Apricon Farmas Health: Kanser Pembunuh Senyap Apricon Farmas Health

Followers

Friday, May 6, 2016

Kanser Pembunuh Senyap

Antara Kanser-Kanser Utama

  1. Kanser Payudara
  2. Kanser Ovari
  3. Kanser Rahim
  4. KAnser Paru-Paru
  5. Kanser Kolon
  6. Kanser Perut
  7. Kanser Pankreas
  8. Kanser Prostat
1.)  Kanser Payu Dara


Faktor Risiko - Kanser Payudara tidak diketahui dengan tepat, kanser ini umumnya diakui adalah akibat dari perubahan genetik, kebanyakan didapati selepas lahir. Kadang-kadang ia diwarisi dari salah seorang ibubapa yang dikenali sebagai predisposisi genetik kepada kanser payudara.

Simptom
Ketulan di Payudara, kemungkinan menyebabkan kulit berhampiran berkedut, kelainan pada puting, puting berdarah dan nodus aksilari.

2.)  Kanser Ovari
Kanser Ovari adalah kanser keempat yang paling umum. Ia 6 kali kurang umum dari kanser payudara. Ia berlaku lebih ketara antara wanita berbangsa putih. Wanita asia kurang menghidap kanser ovari dibanding dengan bangsa amerika

Satu daripada 70 orang wanita akan menghidap kanser ovari dalam seumur hidupnya, Jika dia mempunyai penurunan genetik predisposisi, statistik menunjukan satu daripada dua orang wanita tersebut akan menghidap kanser ini.

Simptom
Sakit pada pelvik-abdomen, bengkak pada abdomen, pendarahan bukan haid. Kanser ovari biasanya berkait dengan kanser lain dimana pengesahan perlu dibuat serentak :
  • Payudara
  • kolon
  • Endometrium
  • Servik
Pengesahan awal tumor ini menyelamatkan pesakit. Semua wanita (faktor risiko 1.4%) perlu menjalani pemeriksaan sekali setiap tahun.

3.) Kanser Rahim

Wujudnya 2 jenis kanser rahim iaitu kanser serviks dan kanser korpus. Rahim adalah sebahagian dari sistem reproduktif.

Lokasi Tumor Ganas - Samada di serviks rahim (bahagian sempit) atau di bahagian akhir rahim.Ini adalah kanser mukosa atau endometrium. Ianya juga boleh tumbuh di dalam rahim (Kanser Korpus).

Faktor risiko kebanyakkan pada wanita berumur lebih dari 50, tetapi kadang-kala lebih muda.
  • Kanser Serviks : Kurang kebersihan
  1. Kebersiahn Seks - kelakuan ini dapat merebak jangkitan, terutamanya virus. Kanser ini jarang berlaku pada wanita yang tidak melakukan seks.
  2. Merokok.
  • Kanser Korpus 
  1. Obesiti
  2. Tamosifen - mengambil ubat ini selepas menghidap kanser payudara meninggikan risiko kanser rahim.
Simptom
  • Susah atau sakit semasa kencing
  • Sakit pada bahagian abdomen
  • Pendarahan.
  • Serviks - pendarahan vagina yang abnormal, semasa melakukan seks atau pendarahan bukan masa haid
  • Korpus - sedikit abnormal tetapi selalu mengeluarkan darah walaupun sesudah putus haid
4.)  Kanser Paru-Paru
Pembunuh nombor satu antara kematian kanser yang berlaku. Merokok secara pasif mungkin mempercepatkan pertumbuhan kanser, 87% dari pesakit kanser paru-paru adalah disebabkan merokok dan 13% daripada pesakit tidak merokok.

RawataMakanaer paru-paru adalah susah, sebab ia sudah terlewat apabila membuat rawatan, bila membuat diagnosa pada peringkat lewat, 50% daripada kes-kes menunjukan metasis.

Faktor risiko
  • Merokok atau pendedahan ke asap rokok. Risiko yang lebih tinggi jikalau menghisap rokok dibanding dengan menghisap cerut atau paip.
  • Pendedahan ke atas abahn kimia industri - Asbestos adalah salah satu dari bahan kimia yang diketahui, gas radon, kadmium, nikel, bahan kimia industri, tar dan habuk karbon.
  • Perokok lebih berisiko jika didedahkan ke bahagian kimia industri tersebut dan pencemaran atmosfera.
  • Fakta genetik pun memainkan peranan kerana hanya seorang dari sepuluh perokok yang menghidap penyakit ini.
Simptom
Batuk berdarah, batuk yang berlarutan, Jangkitan kuman saluran pernafasan dan peru-paru yang susah diubati, suara kasar, lemah lesu dan susut berat badan. Akhir sekali, Sakit-sakit tulang dan skit tulang belakang.

5.)  Kanser Kolon


Kanser kolon dan rektum adalah jenis kanser sisitem penghadaman yang paling seiring di temui. Kanser kolon dan rektum selalunya bermula didalam lapisan mukosa usus tersebut.

Faktor Risiko
  • Makanan tinggi dalam kandungan lemak dan rendah kandungan serat boleh menyebabkan penyakit kanser kolon.
  • Merokok juga tidak digalakkan.
  • alkohol berlebihan meningkatkan risiko jangkitan kanser kolon dan rektum. (Annals of Internal Medicine, 2005).
  • Sindrom keturunan seperti penyakit keturunan poliposis usus besar, juga dikaitkan sebagai satu dari penyebab penyakit ini.
Pertumbuhan Kanser
Tumor ini menembus jauh kedalam lapisan-lapisan mukosa kolon, peritoneum dan ke kelenjar limfa yang berdekatan. Dalam masa singkat iannya metastasis ke hati, paru-paru, otak dan tulang.

Simptom
  • Sakit perut, cirit atau sembelit yang kekadang selang-seli.
  • Tumor yang berdarah akan mengakibatkan najis berdarah merah atau hitam.
  • Simptom yang lain ialah bengkak dalam abdomem, sakit demam, berat badan susut atau kurang selera makan.
6.)  Kanser Perut
Kanser Perut bermula dari lapisan mukosa perut, dari mana-mana jua bahagian perut dan merebak ke seluruh perut sebelum merebak ke hati, kolon dan pankreas ke kelenjar limfa berdekatan, paru-paru dan ovari. Selalunya berlaku gastrik perut kronik sebelum ia menjadi kanser.

Faktor risiko.
Kanser perut jarang dijumpai sebelum umur 50 tahun. Purata umur ialah 70 tahun. Kaum wanita kurang dijangkiti dibanding dengan lelaki (1:3).

Faktor makanan yang berkait dengan kanser ini adalah seperti pengawetan makanan dengan garam, nitrat kerana mereka akan bertukar ke nitrit. Bektiria bernama "Helicobacteria Pylori" pun ada dikaitkan dengan kanser perut. Sayuran dan buah-buahan ada kesan pelindung terhadap kanser ini. Menyimpan makanan di dalam peti sejuk (Sebagai ganti pengawetan makanan dengan garam yang diguna pada masa silam), dan kurang mengambil makanan daging bergaram boleh mengurangkan penyakit ini.

Simptom
  • Sakit perut dan penghadaman tidak baik
  • Susut berat badan, keletihan dan kelemahan
  • Anemia, muntah darah, loya dan muntah, berak berdarah diakibatkan pendarahan tumor.
7.)  Kanser Pankreas
Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kelenjar tersebut. Pankreas dibahagikan kepada kepala, badan dan ekor. Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium. Kanser pankreas sentiasa dikaitkan dengan kanser perut kerana kedudukannya yang berhampiran sesama lain. Kadang-kala adalah susah memastikan dari mana kanser itu bermula.

Simptom
  • Sakit kuning ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana tekanan ke atas duktus yang mengalirkan jus 
  • hempedu. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal badan. 
  • Selain dari itu pesakit akan susut berat badan, rasa muak
  • rasa keletihan dan sakit menyucuk dalam perut.
Pencegahan
  •  mengawasi kencing manis dengan elok. 
  •  berhenti merokok
  •  membuat ujian darah untuk petanda protin kanser.

8.)  Kanser Prostat
Kanser prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu kanser ini digelar penyakit orang tua. Isipadu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun. Kanser ini merebak dari kelanjar; dari beberapa punca didalam kelenjar, ianya bermula didalam lapisan lemak prostat. Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. 90% dari sel kanser ini merebak ke tulang.

Simptom
  • Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau sperma dalam air kencing adalah sebahagian dari simptomnya.
  • Kalau terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser telah melarat.

No comments:

Post a Comment