Apricon Farmas Health: Apricon - Khasiat buah betik Apricon Farmas Health

Followers

Monday, February 6, 2017

Apricon - Khasiat buah betik

Assalamualaikum& Salam Sejahtera,

Terdapat banyak khasiat yang terdapat pada buah betik. Di sini admin hanya akan senaraikan 10 kebaikan buah betik, termasuklah khasiatnya dalam memusnahkan sel kanser.   




1. Merupakan sumber vitamin dan mineral
Betik mengandungi vitamin A, vitamin C dan vitamin B kompleks serta kaya dengan magnesium dan potassium. Vitamin A dan vitamin C merupakan antioksidan yang kuat membolehkan ia memusnahkan radikal bebas dalam badan (molekul yang menyumbang kepada pembentukan penyakit kronik termasuklah kanser dan sakit kardiovaskular)

2. Mengurangkan tahap kolesterol
Ia menghalang kolesterol merbahaya dari melekat pada dinding saluran darah yang boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.

3. Kaya dengan serat dan memudahkan penghadaman
Untuk menjaga kesihatan usus, kita perlu mengambil makanan yang kaya dengan serat. Dengan 1 hidangan sahaja ia mampu memennuhi 1 per 4 dari pengambilan harian yang disyorkan. Jika anda baru sahaja menjalani rawatan antibiotik, pastikan anda makan betik atau minum jusnya, kerana buah tersebut mampu mengawal kesihatan usus anda selepas pengambilan antibiotik.  

Radang pada mulut

4. Mengandungi enzim unik yang mampu mengurangkan keradangan
Chymopapin dan papain adalah enzim protein untuk pencernaan yang mampu mengurangkan reaksi keradangan dalam badan. Dengan memakan betik yang kaya dengan vitamin C, ia mampu mengurangkan risiko untuk menghidapi arthritis (radang sendi).

5. Merangsang sistem imun anda
Vitamin A dan vitamin C, yang terdapat pada betik berfungsi untuk menguatkan sistem imun dan membantu melawan jangkitan. 

6. Mengandungi enzim anti-kanser
Antioksidan dalam betik merupakan agen melawan kanser. Ia mengurangkan risiko lelaki menghidap kanser prostat, terutamanya jika ia diambil bersama teh hijau. Ia juga mampu mencegah kanser dalam darah dan sum-sum tulang anda dengan menghentikan sel-sel daripada berlakunya pengoksidaan. Enzim papain boleh membantu melegakan kesan sampingan kemoterapi.


7. Melindungi penglihatan anda
Beta karotena dan vitamin A membantu untuk melindungi dan membaiki penglihatan. Selain itu, kajian yang diterbitkan oleh Archives of Ophthalmology telah menunjukkan bahawa makan buah-buahan juga boleh membantu mencegah penuaan.


 8. Mencegah pembentukan darah beku
Darah beku menyempitkan atau menyekat saluran darah, atau kadang-kadang ia boleh terlerai dan dibawa darah hingga ke jantung atau otak yang mana mampu menyebabkan serangan jantung atau strok. Betik mengandungi fibrin yang mampu mencegah pembekuan darah agar darah boleh mengalir dengan lancar. Jadi, pastikan anda memakan sepotong betik pada waktu pagi bersama sarapan atau jadikan ianya sebagai jus. 

9. Mengurangkan tahap tekanan
Memakan betik bukan sahaja mengenyangkan malah ia juga mampu membuatkan kita rasa lebih tenang. Vitamin C mampu mengawal aliran hormon yang menyebabkan tekanan dan membawa anda kembali ke keadaan yang stabil. 

10. Bagus untuk kulit
Pernahkah anda perasan bahawa betik selalu digunakan dalam produk kosmetik seperti krim, topeng muka dan pelembut rambut? Vitamin E yang terdapat pada betik dan beta karotena mencegah kerosakan sel melalui aktiviti antioksidan. Vitamin E juga membantu dalam penghasilan kolagen (bahan yang mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit). Beta karotena membantu dalam menghilangkan kedutan dan membuatkan anda kelihatan segar. 

Customer Hotline : 0389273330 / 0389273332

No comments:

Post a Comment