Pages

Tuesday, April 21, 2015

BARAH TAHAP 4 - SIAPA SANGKA SAYA BOLEH HIDUP SEMULA






Keratan akhbar artikel testimoni Apricon Farmas Health keluaran Mingguan Malaysia Jan 2015

En. Muchlis disahkan oleh doktor menghidapi tumor otak tahap 4. Beliau mengalami tumor otak yang kritikal sehingga menguji kesabaran & ketabahan beliau sekeluarga melawan penyakit. Doktor mengesahkan beliau hanya mempunyai 10% peluang untuk hidup.

Atas kesedaran itu, isteri Muchlis telah memilih dan membeli kapsul aprikot vitamin b17 yang telah diluluskan. Beliau mula memberikan Muchlis serbuk yang dikeluarkan dari kapsul dan dimasukkan ke dalam air susu. Setelah 4 hari berlalu, Muchlis sudah mula menunjukkan perubahan yang amat positif. Muchlis telah dijadualkan membuat pembedahan bagi mengeluarkan tumor, namun setelah melakukan saringan MRI untuk kali ke-dua, petugas perubatan terkejut dengan perubahan saringan tersebut. Tumor Muchlis telah mengecil dari 3sm kepada 1.7 sm dan berat tumor juga berkurangan dari 5g kepada kurang dari 3g. 

"Bagaikan mati hidup semula. Atas kesungguhan saya mengamalkan cara hidup yang sihat, makan diet yang seimbang serta mengambil kapsul aprikot vitamin b17 keluaran TK Farmas sebagai makanan harian, dengan izin Allah kini saya telah bebas" - Muchlis.
 
Untuk maklumat lanjut layari :

Video Testimoni Apricon Farmas Health 2015 - Tumor Otak




Untuk maklumat lanjut mengenai pengalaman beliau dalam mengharungi penyakit kanser serta penggunaan Apricon, anda boleh menghubungi beliau melalui nombor seperti yang tertera di bawah. 





Friday, April 17, 2015

Elakkan Membeli 7 Jenis Makanan Ini

Assalamualaikum & Salam Sejantera,

Memandangkan negara kita telah melaksanakan GST, di sini admin ingin berkongsi beberapa jenis makanan yang kita boleh elak dari membeli semasa berbelanja. Selain dapat menjimatkan kos, kita juga mampu menjaga kesihatan.

1. Keju parmesan


Keju ini selalu digunakan untuk melengkapkan hidangan pasta. Tetapi, selain parmesan, cheddar juga boleh digunakan dalam pasta menggantikan parmesan. Jika dibandingkan dengan parmesan, harga keju cheddar jauh lebih murah, sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan kita.

2. Daging salai dan daging yang telah diawet


Pengambilan daging yang telah diawet seperti sosej, bebola daging, dan bacon, serta daging yang disalai dalam pemakanan seharian kita secara berlebihan mampu meningkatkan peratusan untuk menghidap penyakit merbahaya sepeti kanser, tekanan darah tinggi, dan migrain. Kajian juga menunjukkan bahawa daging yang diawet dan disalai mempunyai lemak yang mampu menyumbat saluran arteri (darah) kita.

3. Produk yang mengandungi blueberry

Gambar hiasan

Kalau anda perasan, terdapat banyak produk yang menggunakan blueberry sebagai bahan perasa utama seperti bijirin sarapan dan muffin. Tetapi, adakah mereka benar-benar menggunakan blueberry sebagai bahan utama? Tidak! Kebanyakan produk hanya menggunakan perasa blueberry. Apa kata jika kita beli sendiri buah blueberry dan makan bersama bijirin sarapan, atau buat muffin sendiri menggunakan buah blueberry yang betul. Kebersihan dan khasiatnya juga akan lebih terjamin.

4. Roti multi-grain


Roti ini telah disenarai sebagai makanan ringan yang menyamar sebagai makanan kesihatan. Jika anda ingin membeli, pastikan ia menggunakan gandum sebagai bahan utama. Ini adalah untuk memastikan bahawa ia tidak menggunakan bijirin lain yang dicampur bersama roti putih biasa. Lebih baik lagi jika dielakkan dan gantikannya dengan pengambilan barli, beras perang atau oat.

5. Mentega kacang kurang lemak

Gambar hiasan

Apabila syarikat pemakanan mengeluarkan lemak dari bahan utama produk mereka, sudah semestinya mereka terpaksa menggantikan lemak tersebut dengan bahan lain untuk mengekalkan rasa produk mereka. Kebanyakannya akan digantikan dengan gula. Sebaliknya, gunalah mentega kacang biasa untuk membekalkan lemak dan protein tanpa pemanis tiruan.

6. Teh di dalam botol/tin

Gambar hiasan

Bancuhlah teh anda sendiri di rumah. Selain dapat berjimat, anda juga telah terselamat dari pengambilan gula yang berlebihan.

7. Daging burger dan patty daging



Daging burger beku dan yang telah diproses adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan daging segar yang dijual. Membentuk daging menjadi daging burger atau patty hanya memerlukan masa 10 minit sebelum digoreng. Kajian di luar negara juga menunjukkan daging yang telah diproses di sana, mengandungi e. Coli lebih banyak dari daging biasa yang belum diproses.

Terdapat banyak lagi makanan yang kita boleh elakkan demi menjaga kasihatan sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan seharian. Apa yang penting, makanan yang dibeli haruslah bersih, berkhasiat dan halal untuk dimakan.

Sumber: Reader's Digest