Apricon Farmas Health: ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN…. Apricon Farmas Health

Followers

Saturday, March 19, 2011

ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN….

Allah menerusi firman-Nya: ...makan dan minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas. (AL-A’RAAF: 31)


Kita perlu menjaga kesihatan kerana ia adalah antara nikmat yang besar dalam hidup. Nabi SAW bersabda yang maksud-Nya: “Barang siapa yang berada dalam keadaan badan yang sihat, aman dalam penghidupannya dan ia memiliki makanan seharian yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya”. (RIWAYAT AT-TIRMIZI)


Kata orang tua-tua, “yang manis jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus dibuang”. Sebabnya, yang manis itu adakalanya membawa mudarat seperti penyakit. Sedangkan yang pahit itu selalunya menjadi ubat.


BAGAIMANA MEMBAHAGIKAN PERUT DALAM BAB MAKAN MINUM  INI?


Baginda bersabda yang maksud-Nya: “Tidak ada bekas yang diisi oleh anak Adam lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan untuk membetulkan tulang belakangnya. Jika dia terpaksa melakukannya juga, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk nafasnya”. (riwayat at-Tirmizi)


Jangan kita makan terlalu kenyang hinggakan sukar untuk melakukan pergerakan solat. Sebabnya, dalam Islam makan bukan agenda utama kehidupan. Kita makan sekadar mendapat tenaga untuk menunaikan kewajipan yang ditetapkan oleh Allah.


Sekali sekala makan sehingga kenyang itu adalah diharuskan. Cuma perut yang selalu dipenuhi makanan itu adalah rumah penyakit. Ini disebut oleh seorang tabib Arab yang berkata, “perut adalah rumah penyakit dan berpantang adalah kepala segala ubat”.


APAKAH CIRI-CIRI MAKANAN YANG BAIK?
·         firman Allah yang bermaksud: Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan kerana ia musuh yang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168). Makanan yang baik mestilah halal dan bersih dari segi rupa, bau serta zatnya. Abdullah ibn Umar menegaskan: Rasulullah melarang makan daging dan susu binatang yang makan kekotoran”. (riwayat at-Tirmizi)
·         Kedua, binatang yang harus dimakan mestilah hasil sembelihan yang sah.
·         Ketiga, makanan yang dipilih itu mesti berkhasiat. Badan kita memerlukan 13 jenis vitamin dan zat galian setiap hari. Disebabkan tiada satu makanan yang boleh membekalkan semua zat ini sekali gus, pengambilan makanan perlu dipelbagaikan. Rasulullah SAW makan kurma ajwah yang mana antara fadilatnya dapat menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai. Dari Saad Abi Waqas, Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang makan kurma ajwah tujuh biji waktu pagi maka sepanjang hari itu dia tidak dapat bencana racun dan sihir”.
·         Keempat, pilih makanan yang segar dan baru. Makanan yang paling dimakan adalah yang masih segar iaitu yang belum melalui proses pengawetan atau pembekuan. Nabi SAW juga tidak menyimpan makanan yang tidak habis. Sebaliknya, baginda akan mengagihkannya kepada sahabat dan jiran-jiran sebelum tidur.

APAKAH CIRI PENGAMBILAN MAKANAN YANG SIHAT?
·         Jangan terus tidur selepas makan. Sebaliknya hendaklah berjalan kira-kira 100 langkah terlebih dahulu.
·         Rasulullah SAW juga menekankan kepentingan kita makan malam. Cuma seelok-eloknya sebelum waktu Maghrib. Budaya makan begini jarang ada dalam masyarakat Melayu sebaliknya ia diamalkan oleh masyarakat Cina.
·         Nabi SAW pernah bersabda yang antara lainnya bermaksud, ambillah makan malam walaupun hanya segenggam tamar. Kalau tidak kita akan cepat tua.
·         kekuatan tubuh bukan kerana banyak makan tetapi dengan pengambilan makanan yang seimbang dan mencukupi.
·         Mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap adalah lebih baik berbanding makan banyak selepas berpuasa atau menahan makan untuk beberapa ketika.
Akhir kata..... eat fast food, fast die.

No comments:

Post a Comment