Apricon Farmas Health: buah Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label buah. Show all posts
Showing posts with label buah. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

kenapa perlu makan buah sebelum makan?


Al-Quran menyebut buah-buahan terlebih dahulu dari daging dalam menerangkan mengenai keadaan orang2 beriman yang berada di dalam Syurga.

"Dan buah-buahan dari apa saja yang mereka inginkan (pilih), dan daging burung dari (jenis) apa pun yang mereka inginkan..." (Surah al-Waqiah, ayat 20-21)

Dari Anas ra berkata: "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, makan Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Dulu2, selalu makan buah selepas makan... Yelah, orang kata sebagai pencuci mulut... Tapi ada yang menegur cakap buah patutnya makan sebelum makan, bukannya selepas... Reason??? Masa tu fakta tu tergantung macam tu je tanpa reason yang kukuh... Sekarang, i dah jumpa dah...

Buah mengandungi gula fruktosa yang dapat meransang peningkatan kadar insulin. Fungsi insulin adalah mengawal kadar gula dalam darah. Oleh itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi untuk mengelakkan kerja berat dari pancreas, organ yang menghasilkan insulin apabila makanan masuk dalam perut.

Jika makan nasi terlebih dahulu, pancreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

Contohnya, jika sebiji epal yang sudah dikupas kemudian dibirakan maka tidak laam selepas itu akan menjadi kuning. Itu baru sahaja terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita. Sudah pasti buah akan mengalami fermentasi sebelum sempat diproses.

Buah bukan pencuci mulut tetapi sebagai pembuka hidangan..

sumber :http://drsyuha.blogspot.com/2011/11/kenapa-perlu-makan-buah-sebelum-makan.html

http://www.farmashealth.com.my/
http://www.farmashealth.blogspot.com/

#apricon #aprikot #b17 #rawatkanser #kanser

Sunday, May 25, 2014

Friday, May 23, 2014

Friday, May 16, 2014

Episod 1 : Makanan Semulajadi Menentang Kanser




Makanan Semulajadi Menentang Kanser.

Episod 1 : Bawang Putih (Garlic) - Baik untuk kanser payudra, kolon, esophageal & kanser perut.

Nantikan episod seterusnya esok! 

Info lanjut layari : http://www.farmashealth.com.my/

#kanser #b17

Thursday, August 1, 2013

Khasiat strawberry


SIAPA yang mampu menolak apabila dihulurkan dengan buah berwarna kemerahan ini? Selain comel, buah yang kaya dengan pelbagai nutrisi ini adalah antara diet terbaik yang harus dimasukkan dalam diet seseorang.

Walaupun di Malaysia pokok strawberi bukanlah tumbuhan yang mudah hidup, tetapi bekalan dari tanah tinggi seperti Cameron Highlands sudah cukup untuk mempopularkan buah-buahan ini.

Rasanya yang sedikit masam manis, sesuai dijadikan jus, penghias kek, disalut bersama coklat atau dimakan segar begitu sahaja.

Tetapi adakah benar buah yang saiznya sebesar sedikit duit syiling 50 sen itu membekalkan khasiat yang baik untuk tubuh?

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat(USDA) mencadangkan kepada rakyat negara itu untuk menikmati sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan segar atau sayuran setiap hari, tetapi ramai yang tidak mampu mencapai standard itu.

Walaubagaimanapun, USDA mengakui strawberi adalah antara pengganti dan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.

"Strawberi boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam salad, minuman dan sebagainya. Dengan dua hingga tiga hidangan sehari ia adalah perisai terbaik untuk sistem imun tubuh.

"Gemarkan strawberi? Teruskanlah menikmatinya kerana anda tidak akan menyesal," ujar jurucakap USDA Hazel Brown.

Menurutnya, strawberi mengandungi pelbagai nutrien, dengan vitamin C mengetuai senarai utama kumpulan itu. Vitamin C yang tinggi dapat meningkatkan produksi hormon seks dan melancarkan aliran darah menuju ke organ seks. Vitamin C baik dimakan untuk menjaga kesihatan kulit.

Kandungan lain seperti antianemia dan komponen nutrisi juga baik untuk menjaga stamina tubuh.

Strawberi juga mengandungi fitonutrien dan antioksida yang berfungsi untuk melawan radikal bebas.
Antioksida ini dipercayai mempunyai kaitan menjadikan strawberi berwarna kemerah-merahan.

Persoalannya, bahayakah radikal bebas ini kepada tubuh?

Menerusi pelbagai kajian, radikal bebas ini menyumbang kepada pembentukan kepada pelbagai jenis kanser.

Selain vitamin C, strawberi juga menyediakan sumber vitamin K dan magnesium selain asid folik, potasium, riboflavin, vitamin B5, vitamin B6 dan asid lemak omega-3.

Jelas Brown lagi, strawberi adalah salah satu buah-buahan yang sangat versatil. Walaubagaimanapun, salah satu kelemahan strawberi adalah ia tidak mampu bertahan lama.

"Beli strawberi apabila anda ingin menikmatinya. Ia hanya bertahan antara tiga hingga lima hari.

"Malah, elakkan daripada membekukan strawberi jika niat anda untuk memanjangkan tempoh hayat buah itu. Ini kerana ia hanya akan menghilangkan keseluruhan nutrisi buah tersebut," katanya.

Selain daripada kegunaannya sebagai sumber makanan, strawberi bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Daunnya boleh direbus dan airnya digunakan untuk mencuci dan mengubat kudis dan luka-luka.

Daun yang telah direbus itu kemudiannya ditampal ke bahagian-bahagian yang luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.

Air rebusan daun strawberi juga berkesan untuk menjaga kesihatan mulut. Caranya adalah dengan berkumur menggunakan air rebusan itu. Ia bertujuan menguatkan untuk gusi dan gigi serta mengubati ulser dalam mulut.

Selain buah dan daunnya, jus strawberi yang biasanya dihidangkan sebagai minuman, juga mempunyai nilai tinggi dalam perubatan tradisional. Ia berkesan untuk mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga untuk membersihkan gigi.

Strawberi adalah sejenis buah yang hampir tidak dapat dicerna namun banyak mengandungi vitamin C (lebih banyak daripada oren). Wanita dewasa disarankan makan lima biji strawberi sehari

Tuesday, May 21, 2013

Pemakanan cegah kanser

Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyeru prinsip "mencegah lebih baik daripada mengubati".

Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres minimum.

Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.

Justeru, dengan mengambil berat kepada tiga faktor ini, insya-Allah kanser dapat dielakkan.
Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH berasid.

Apa itu diet beralkali? Diet berakali melibatkan pengambilan minimum makanan seperti daging merah (lembu dan kambing), daging ayam, ikan, makanan laut, makanan berasaskan susu seperti mentega, keju, ais krim; tepung, teh, kopi, makanan segera, minuman soda dan gula.

Kebanyakannya adalah makanan asasi dan kesukaan rakyat Malaysia. Makanan ini meningkatkan kandungan asid dalam badan seseorang.

Diet berakali tinggi adalah makanan berunsur sayur-sayuran dan buah-buahan, biji-bijian, kurma, habatus-sauda, madu, jus buah-buahan, teh hijau dan makanan berunsur soya seperti tempe dan tau fu faa.

Makanan ini meninggalkan alkaline ash atau persekitaran tubuh berakali.
Bagaimana diet beralkali pengaruhi sel kanser?Kajian makmal membuktikan, sel kanser dalam tabung uji lebih cepat membiak dalam persekitaran berasid.

Apabila tahap asid dikurangkan maka didapati ketumbuhan kanser lebih lambat.

Dengan memilih diet yang menjadikan pH di dalam tubuh seseorang lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak adalah berkurang.

Makanan berakali tinggi menghasilkan persekitaran sukar untuk kanser membiak dan merebak.

Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen. Apabila kandungan oksigen rendah, ia menggalakkan pembiakan kanser.

Apabila sel tisu dalam badan mempunyai kandungan alkali tinggi, ia berupaya menampung kandungan oksigen tinggi berbanding sel tisu berasid tinggi.

Dengan memastikan kandungan pH alkali di dalam badan tinggi, ia dapat melindungi sel di dalam badan daripada diserang kanser.

Kesimpulannya, semakin tinggi tahap alkali dalam badan, semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka semakin nipis peluang sel kanser membiak.

Adalah digalakkan memakan banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.

Ini bukan bermakna pesakit kanser tidak boleh mengambil diet berasid tinggi, tetapi dinasihatkan mengurangkan pengambilannya.

Makanan yang perlu dikurang atau dielakkan

1. Daging merah

Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi.
Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser.

Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.

2. Gula

Gula adalah 'hayat kanser'. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.

Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.
Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di pasaran, namun kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan atau lebih buruk daripada gula.

3. Garam

Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam laut.

4. Makanan laut cengkerang

Kebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.

5. Kopi, teh, coklat

Ketiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi.
Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh.

6. Makanan cuka tinggi

Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.

7. Makanan berminyak

Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.

8. Hindari alkohol

Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.

9. Makanan kandungan lemak tinggi

Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit.

Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang kurang selera makan.

Kadangkala pesakit dijangkiti penyakit ulser di dalam mulut dan lidah menyebabkan rasa sakit menelan atau mengunyah.

Kadangkala ubat kemoterapi boleh menghilangkan selera makan. Semasa menjalani kemoterapi, pesakit berasa penat dan emosi mereka lebih tertekan.

Hilang selera makan boleh berlarutan sehingga berminggu atau berbulan. Adalah mustahak pesakit kanser memaksa diri untuk makan meskipun tidak ada selera.

Apabila makan, badan menjadi kuat untuk melawan jangkitan kuman dan membaiki tisu tubuh yang rosak akibat rawatan kemoterapi.

Kesimpulannya pesakit kanser perlu menyedari kepentingan diet seimbang. Ini untuk mengawal pembiakan sel kanser di dalam badan pesakit.

Jika pesakit mengamalkan diet yang sama seperti sebelumnya, ini akan membahayakan.

Ini kerana bila seseorang menghidap kanser, mereka perlu menukar cara pemakanan dengan mengambil diet lebih bersifat alkali seperti sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengurangkan diet berasid.

Selain pemakanan seimbang, pesakit kanser mesti mengamalkan cara hidup sihat iaitu memastikan waktu tidur dan rehat mencukupi, serta mengawal tekanan emosi dan stres, perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan melakukan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bila hati dan jiwa kita dekat dengan Allah, hati lebih tenteram dan datang rasa reda kepada Allah atas penyakit yang dihadapi.

Nabi Muhammad bersabda "Berubatlah kamu dengan dua perkara - madu dan al-Quran" (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
 
Madu adalah ubat segala penyakit tetapi dengan syarat tidak menjadikan madu atau ubat sebagai pegangan menyebabkan kita sembuh, itu adalah dengan keizinan Allah semata-mata untuk menyembuhkan kita.
Jadi di sini wajar pesakit kanser mengamalkan sunah Nabi iaitu dengan menggantikan pengambilan gula dengan madu kerana sifat alkalinya yang tinggi.

Kajian saintis barat menunjukkan madu sebagai satu alternatif sihat mengganti gula.

Disebutkan dalam hadis Abu Dzar bahawa Nabi bersabda tentang air zamzam "Sesungguhnya air zamzam itu penuh berkat, sesungguhnya ia makanan yang mengenyangkan".

Abu Daud Ath-Thayalisi menambah dalam musnadnya "Dan penyembuh penyakit". (Hadis Riwayat Muslim).
 
Di dalam proses penyembuhan penyakit kanser digalakkan agar pesakit meminum air zamzam sebanyak mungkin.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah ada menganjurkan pakej umrah untuk pesakit dan orang ramai.
Selalunya pesakit yang menyertai pakei umrah ini, selain melakukan perubatan di Tanah Suci, disyorkan meminum air zamzam sebanyak mungkin bagi membantu proses rawatan di samping mengamalkan bacaan ayat al-Quran yang telah diberikan.

Nabi Muhammad SAW bersabda "perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit" (Hadis Riwayat Muslim).
 
Jadi di sini memang wajar umat Islam mengambil berat tentang jenis makanan dan diet yang diambil setiap hari agar tubuh kita sihat dan dapat menikmati kualiti hidup.

Nabi SAW bersabda "Seorang mukmin yang sihat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah...." (Hadis Riwayat Muslim).
 
Kita sebagai seorang mukmin wajib menjaga kesihatan agar menjadi seorang yang sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.

Tuesday, June 19, 2012

Fakta Menarik Tentang Buah Kurma

Buah Kurma

Fakta Tentang Pokok Kurma Dan Buah Kurma (Tamar)


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.
Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga buah kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Pokok Dan Buah Kurma

Buah Kurma Dalam Kehidupan Umat Islam Seharian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan buah kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ (buah kurma) dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.
Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
“Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”
“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat buah kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
Pokok Dan Buah Kurma

Khasiat Buah Kurma (Tamar)

1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung yang sangat rendah.
2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.
4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.
6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di peringkat Rotab atau khalal
10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah usus.
Walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.Selain berbuka puasa, buah kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu .
Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan buah kurma wajar dijadikan amalan harian.