SEBAHAGIAN doktor dan pakar pemakanan konvensional biasanya mencadangkan minyak bunga matahari, jagung dan canola sebagai yang sesuai diambil oleh mereka yang disahkan mengalami arteri jantung tersumbat. Untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya silalah teruskan membaca isi keseluruhan artikel ini.Seorang rakan saya yang disahkan menghidap arteri menganggap marjerin adalah selamat dimakan. Kasihan beliau kerana doktor dari sebuah hospital swasta yang merawat tidak mencadangkan makanan sesuai untuk diambil.Saya katakan kepadanya bahawa setiap jenis marjerin biasanya mengandungi lemak trans walaupun yang diperbuat daripada minyak sawit. Ramai beranggapan marjerin yang diperbuat daripada minyak kelapa sawit adalah selamat. Ramai juga tidak mengetahui keburukan lemak trans jika diambil berterusan walaupun pada paras rendah.Lemak trans terhasil daripada proses hidrogenasi iaitu proses menambah hidrogen pada rantaian lemak tidak tepu. Apabila hidrogen ditambah, ikatan ganda dua akan terhapus lalu menghasilkan produk asid lemak tidak tepu.Ikatan ganda dua pada lemak tidak tepu memiliki kedudukan dua atom hidrogen pada sisi yang serupa. Namun proses hidrogenasi menyebabkan salah satu atom hidrogen berubah kedudukannya dengan menempati sisi berlawanan daripada yang satu lagi.Asid linolik terkonjugasi (conjugated linoleic acid) merupakan sejenis lemak trans yang terdapat semula jadi dalam susu, telur dan daging. Lemak trans ini didapati memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan. Sebaliknya lemak trans hasil proses hdrogenasi didapati memberi kesan buruk termasuk terhadap kesihatan jantung.Kolesterol baik dan jahat?Kajian mendapati lemak trans meningkatkan paras kolesterol jahat iaitu LDL (low density lipoprotein) dan mengurangkan paras kolesterol baik iaitu HDL (high density lipoprotein). Kajian juga mendapati lemak tepu meningkatkan LDL tetapi ia juga meningkatkan paras HDL. Jadi, ramai saintis membuat kesimpulan, lemak trans lebih buruk dari lemak tepu.Menurut ramai saintis konvensional termasuk doktor dan pakar pemakanan, sesuatu jenis makanan dianggap baik jika ia meningkatkan paras HDL tinggi dan menurunkan LDL. Jadi, jika kajian mendapati sesuatu jenis makanan mengurangkan HDL dan meningkatkan LDL maka makanan tersebut dikategorikan sebagai meningkatkan kolesterol.Sebagai pengamal perubatan alternatif terlatih dan memahami proses biokimia tubuh, saya tidak menggunakan teori ini. Sebaliknya saya menggunakan teori yang menyatakan bahawa lemak tepu tidak meningkatkan paras kolesterol. Saya muatkan perbincangan berkisar punca penyakit koronari dan bagaimana menanganinya dalam buku saya berjudul Serangan Jantung (Alaf 21).Sebuah kajian berskala besar telah mendapati lemak tepu tidak memudaratkan kesihatan jantung. Kajian berasaskan analisa meta (meta-analysis, statistik berdasarkan kajian terdahulu yang mengkaji perkara serupa) seperti dilaporkan dalam jurnal The American Journal of Clinical Nutrition (Mac 2010) terhadap 21 kajian terdahulu yang terdiri daripada 347,747 subjek mendapati, tiada bukti kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa makanan mengandungi lemak tepu dapat dikaitkan dengan peningkatan penyakit jantung koronari atau penyakit kardiovaskular.Untuk pengetahuan anda, lemak tepu yang digunakan dalam kajian tahun 50-an didapati meningkatkan paras kolesterol kerana lemak tepu yang telah menjalani proses hidrogenasi. Ramai doktor tidak tahu perkara ini. Begitu juga dengan ramai pakar pemakanan konvensional.Apabila dikatakan sesuatu jenis minyak itu ialah lemak tepu ia tidak bermaksud kandungannya 100 peratus terdiri daripada lemak tepu. Ini kerana setiap jenis minyak masak sama ada bersumber daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan mengandungi semua kategori asid lemak iaitu lemak tepu, lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.Kategori lemakSetiap jenis minyak dikategorikan kepada kelas tertentu kerana sesuatu jenis asid lemak didapati paling dominan. Contohnya kuning telur, lemak haiwan, minyak sapi tulen, minyak kelapa dan minyak sawit dikelaskan sebagai lemak tepu kerana lelemak tepu dominan. Sebaliknya minyak seperti bunga matahari, jagung dan soya dikelaskan sebagai lemak poli tidak tepu kerana lemak jenis ini yang dominan.Minyak seperti zaitun, kacang tanah dan canola mengandungi paras lemak mono tidak tepu yang dominan maka ia dikelaskan sebagai lemak mono tidak tepu.Minyak sunflower dan mengandungi paras lemak mono tidak tepu yang tinggi namun kebanyakan jenis yang dijual di pasaran dikatakan tinggi dengan lemak poli tidak tepu.Jadi, kerana paras minyak poli tidak tepu yang tinggi, maka saya sendiri mengelaskan minyak canola dan minyak kacang tanah di mana kedua-duanya dalam kategori mono tidak tepu sebagai minyak poli tidak tepu.Jika anda sering mengikuti tulisan-tulisan saya, anda akan dapati bahawa saya mencadangkan agar anda menjauhi minyak-minyak poli tidak tepu kecuali dalam bentuk perahan sejuk seperti untuk salad pada kuantiti dan kekerapan rendah.Sesungguhnya kesan epigenetik (epigenetic) lemak poli tidak tepu dipercayai memudaratkan kesihatan kerana ia mengganggu struktur membran sel-sel tubuh termasuk membran mitokondria.Pada jangka panjang, ia dipercayai menyebabkan sel tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Jadi, seseorang yang sedang mengalami arteri jantung tersumbat atau mengalami diabetes dipercayai akan sukar reda atau mengalami keadaan yang lebih buruk.Jadi, lemak tepu yang menjalani proses hidrogenasi dalam kajian tahun 50-an tersebut tidak sepatutnya dijadikan rujukan! Ia kerana lemak tepu terhidrogenasi mengandungi lelemak dan produk kimia tertentu yang meningkatkan kolesterol. Dengar-dengarnya lemak tepu terhidrogenasi masih terus digunakan dalam kajian-kajian berkaitan lemak tepu hingga ke hari ini.Untuk menambah pengetahuan anda mengenai kebaikan lemak tepu dan keburukan lemak poli tidak tepu sila lawati laman sesawang Weston A Price Foundation di pautan http://www.westonaprice.org/.Di laman sesawang tersebut anda akan faham mengapa lepa susu asli, lemak haiwan, minyak sapi tulen, kuning telur, minyak kelapa dan minyak sawit dikatakan sebagai minyak yang tidak memudaratkan kesihatan jantung dan kesihatan tubuh secara keseluruhan.
HERBALIS BAHRAIN SAMAH, RH (AHG)
sumber
Bukan hanya harta yang akan menjadi warisan turun temurun, malah penyakit juga boleh diwarisi. Persoalannya, sebanyak mana penyakit genetik ini akan mempengaruhi kehidupan anda? Sebelum berbicara lebih lanjut, gangguan genetik bermaksud penyakit yang disebabkan oleh kelainan pada gen atau kromosom.
Dengan kata lain, jika ibu bapa atau ahli keluarga mempunyai sejarah penyakit kronik, berkemungkinan besar juga anda bakal mendapat penyakit yang sama. Menurut Penyelidik Perubatan dan Pengamal Perubatan Alternatif, Prof. Dr. Ariffaizal Mohd dari Pusat Rawatan Attitude Theraphy, setiap individu akan mewarisi setiap maklumat ibu bapa. Ini termasuklah maklumat yang tercatat dalam Asid Deoksiribonukleik (DNA) ibu dan bapa.
Biarpun begitu penyakit genetik tidak 100 peratus akan mempengaruhi kehidupan seseorang.Kadang kala amalan hidup yang tidak sihat juga menjadi pendorong untuk anda diserang penyakit kronik, bukan hanya disebabkan oleh genetik keluarga.
"Misalnya kencing manis atau diabetes. Penyakit ini boleh diwarisi daripada induk kepada ahli keluarga yang lain iaitu si anak. Tetapi jika si anak menjaga gaya hidup yang teratur, maka potensi untuk dapat penyakit tersebut menjadi kurang. Berkemungkinan juga tidak akan berlaku.
"Ia bergantung kepada kemampuan si anak itu sendiri untuk mengatasinya. Jika amalan gaya hidup seharian dijaga dengan baik, ia dapat dielakkan." jelasnya dengan memberitahu terdapat juga situasi di mana ibu bapa menghidap penyakit kronik tetapi anaknya tidak. Sebenarnya, dalam setiap tubuh individu sudah wujud pelbagai jenis penyakit.
Menyentuh tentang faktor umur pula, Dr. Arif berkata, majoritinya usia yang kian meningkat mendedahkan seseorang diserang penyakit. Hal ini termasuklah yang diwarisi daripada keluarga terdahulu.
Dr. Arif turut menasihati individu yang mempunyai sejarah penyakit genetik agar menjalani pemeriksaan awal dan mendapatkan rawatan secara berjadual di mana-mana hospital.
Pemeriksaan awal berupaya membantu mengurangkan kecenderungan diserang penyakit. Selain itu, rujukan daripada pakar juga boleh membantu untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai penyakit yang disebabkan oleh faktor genetik.
Berikut beberapa penyakit disebabkan genetik yang dipetik melalui Tribun-Medan.com Berita Terkini Medan September 2011 :-
Tekanan Darah Tinggi
Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah disebabkan peningkatan tekanan darah normal (dalam waktu yang lama). Kadang kala hipertensi ini tidak akan menunjukkan simptom-simptom secara jelas. Jika ibu bapa anda memiliki tekanan darah tinggi, anda juga berisiko 15 peratus untuk mendapat penyakit yang sama.
Kolestrol Tinggi
Kadar kolestrol yang tinggi dalam kalangan anggota keluarga dipanggil Familial Hypercholesterolaemia (FH). FH juga merupakan salah satu contoh genetik yang dominan. Kebarangkalian untuk seseorang mendapat penyakit ini daripada genetik keluarga adalah sekitar 50 peratus.
Hipotiroid
Hipotiroid berlaku apabila tubuh badan tidak dapat menghasilkan hormon tiroksin yang cukup. Simptom-simptom penyakit ini seperti cepat letih dan mengalami penurunan berat badan ketara. Perempuan lebih berisiko tujuh kali untuk dapat penyakit ini. Menurut perunding Endokrinologi dari spire Bushey Hospital, Dr. Mark Cohen, jika terdapat salah seorang dari saudara atau ibu anda memiliki penyakit kronik, maka anda memiliki risiko 20 kali ganda unutk mendapat penyakit yang sama.
Gangguan Bipolar
Jika ibu bapa memiliki penyakit ini, maka risiko setiap anak-anak untuk mendapat penyakit ini antara 10 hingga 15 peratus. Gangguan bipolar berlaku disebabkan ketidakseimbangan kimia dalam otak dan pengaruh faktor genetik juga.
Diabetis jenis 2
Lazimnya diabetes jenis 2 ini dianggap sebagai penyakit orang dewasa. Risiko seseorang untuk dapat penyakit ini adalah 15 peratus. Tetapi jika ibu bapa yang mempunyai sejarah penyakit ini, risiko untuk individu mewarisi penyakit ini adalah 75 peratus.
Artristis (Radang sendi)
Artristis adalah jenis penyakit yang tergolong dalam atristis disebabkan masalah sendi.Jenis penyakit ini sering menyerang individu yang mengalami peningkatan usia. Peratus untuk individu mendapat penyakit ini adalah 80 peratus. Tetapi penyakit ini jarang diwarisi jika dibandingkan dengan penyakit lain.
Kanser Payudara
Kanser payudara merupakan salah satu penyakit tersebab menyebabkan kematian kepada kaum wanita. Anggaran lima hingga 10 peratus kanser payudara ini disebabkan oleh masalah genetik.
Parkinson
Pada mulanya penyakit Parkinson dikenali sebagai tremor iaitu gementar pada tangan, kaki, rahang dan muka. Didapati 15 hingga 20 peratus individu akan mendapat penyakit ini melalui genetik daripada ibu bapa. Parkinson biasanya menyerang individu yang lewat usia biasanya melebihi 50 tahun.
Kecenderungan lain disebabkan genetik adalah seperti:
Personaliti
Terdapat juga genetik ibu bapa juga mempengaruhi tingkah laku dan personaliti anak-anak mereka. Banyak juga penemuan telah menunjukkan bahawa perubahan personaliti diri adalah disebabkan oleh bahan kimia yang terkumpul dalam otak. Comtoh penting jelas adalah penyakit mental dan perubahan sikap seperti daripada sopan ke kurang sopan.
Ketagihan
Dopamin merupakan faktor untuk seseorang mengalami ketagihan. Dopamin akan merangsang pemikiran untuk berada dalam keadaan yang cukup 'senang' atau khayal. Dopamin ini selalunya terdapat dalam alkohol, rokok dan juga dadah.
Obesiti
Kanak-kanak mempunyai peluang 75 peratus untuk mewarisi berat badan berlebihan daripada ibu bapa mereka. Jika si ibu obes, kecenderungan anak untuk obesiti juga adalah tinggi. Terdapat teori mengenai gen abnormal yang dikenali sebagai Beta-3 boleh mengubah metabolisme individu untuk menjadi obes. Sepatutnya gen ini digunakan untuk membakar lemak secara semula jadi dalam tubuh badan.
Agresif
Secara semula jadinya lelaki lebih agresif berbanding wanita. Golongan lelaki mempunyai jumlah hormon estrogen dan testosteron yang kecil dalam sistem tubuh badan mereka. Jumlah estrogen ini menyebabkan lelaki lebih sensitif. Kedua-dua jenis hormon ini akan menampakkan keagresifan lelaki.
Kecerdasan atau kebijaksanaan
Kajian terhadap pasangan kembara antara yang paling menyakinkan untuk menguji kecerdasan atau kepintaran mereka. Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 50 pasangan kembar yang dipisahkan dan dibesarkan dalam keluarga yang berlainan., ia tidak mengubah keserasian mereka. Kajian membuktikan 70 peratus pasangan kembar ini tetap mempunyai kolaborasi yang sama dengan saudara kandung yang lain.
Kecenderungan peratusan untuk dapat penyakit genetik lain :
Kanser Prostat = 45%
Kanser Pankreas = 36 %
Kanser Kolon ( Kanser Usus) = 35%
Kanser Pundi Kencing = 31%
Kanser Perut = 28%
Kanser Paru-paru = 26%
Leukimia = 21%
sumber : majalah i sihat