Apricon Farmas Health: punca leukimia Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label punca leukimia. Show all posts
Showing posts with label punca leukimia. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Kanser Sedang Meningkat di Negara-negara Membangun

 Sumber : http://e-kesihatan.blogspot.com/2011/02/kanser-sedang-meningkat-di-negara.html

Sebagai menandakan Hari Kanser Sedunia, Persatuan Kanser Amerika telah mengeluarkan satu laporan baru yang memberi amaran bahawa gaya hidup yang berhubungkait dengan pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun sedang menyebabkan peningkatan berlakunya kanser di seluruh dunia.

Malahan, kebanyakan dari kes-kes dan kematian baru kanser di dunia (7.1 juta dan 4.8 juta, masing-masing) adalah berlaku di negara-negara yang sedang membangun ekonominya, mengikut pengarang laporan tersebut. Ini, mengikut mereka, menggambarkan peningkatan penerimaan perlakuan yang tidak sihat – seperti merokok, gaya hidup yang tidak aktif dan amalan pemakanan yang tidak baik – yang lazimnya mengiringi pembangunan ekonomi.

Laporan tersebut, "Fakta & Bilangan Kanser Global (Global Cancer Facts & Figures)", menyatakan kanser paru-paru, payu dara dan kolorektal adalah menyumbang kepada peningkatan ini.

Daripada itu, kira-kira satu pertiga dari jumlah kematian kanser yang telah berlaku di seluruh dunia pada tahun 2008 (bersamaan dengan lebih kurang 7 300 kematian sehari) mungkin boleh dielak dengan memberi fokus terhadap faktor risiko yang boleh dielak seperti merokok, minuman keras, corak jangkitan dan tabiat pemakanan, kata ketua pegawai perubatan Persatuan Kanser Amerika Dr. Otis W. Brawley dalam satu editorial bersama dengan laporan tersebut.

"Penerapan pengetahuan kawalan kanser sedunia mengikut kemampuan dan pembangunan negara atau kawasan boleh menjurus kepada pencegahan lebih lagi kematian kanser dalam dua tiga dekad akan datang" katanya dalam siaran dari persatuan itu.

"Untuk mencapai itu, bagaimanapun, agensi-agensi kesihatan awam nasional dan antarabangsa, pihak kerajaan, para dermawan, dan sektor swasta perlu memainkan peranan utama dalam pembangunan dan penerapan program kawalan kanser nasional atau antarabangsa di seluruh dunia" tambah beliau.

Analisis penuh Persatuan Kanser Amerika dijadualkan untuk diterbitkan, bersama dengan rencana pengarang Brawley, dalam CA: A Cancer Journal for Clinicians edisi 4 Febuari.

Pengarang laporan tersebut menyatakan walaupun bilangan penyakit global 2008 (12.7 juta kes-kes kanser baru dan 7.6 juta kematian-kematian kanser), bilangan itu dijangka akan hampir berganda menjelang 2030 apabila penduduk dunia bertambah dan meningkat tua.

Di negara maju, sebagaimana pada 2008, kanser prostat, paru-paru dan kolorektal adalah paling boleh dielakkan dalam golongan lelaki, manakala kanser payudara, kolorektal dan paru-paru adalah yang paling biasa dalam kalangan wanita.

Sebaliknya, di negara membangun, risiko terbesar untuk lelaki adalah kanser paru-paru, perut dan hati, dan kanser payudara, paru-paru dan servikal adalah ancaman kanser utama bagi wanita.

Friday, January 7, 2011

Leukemia adalah sejenis Kanser?

  • Apa yang anda tahu tentang Leukemia?
Leukemia atau kanser darah dikenali sebagai non-cancerious tumor dimana kanser jenis ini tidak akan bermetastatis ditempat lain. Leukemia tidak menghasilkan tumor , tetapi sebaliknya menggunakan darah dan organ-organ yang membina darah sebagai pengangkutan tisu-tisu yang lain di tubuh badan.
Leukemia merupakan kanser sel-sel yang membentuk darah. Leukemia menyebabkan jumlah-jumlah sel darah putih yang belum matang dihasilkan.
  • Bagaimana ia bertindak?
Sel-sel abnormal ini dipanggil blas leukemia, tidak boleh menjalankan fungsi-fungsi normal sel-sel darah putih. Mereka terkumpul di dalam sum sum tulang dan melimpah ke dalam darah dan mungkin merebak ke dalam organ-organ seperti hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang. Kadang-kala, sel-sel ini juga mungkin merebak masuk ke dalam cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang.

Oleh kerana terlalu banyak sel-sel darah putih yang terkumpul di dalam sum sum tulang, sum sum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet yang mencukupi. Dalam keadaan normal, sel darah putih bertindak sebagai penghalang jangkitan yang membahagi secara teratur untuk menambah bilangannya dan leukemia mengganggu perjalanan proses ini.

Sum-sum tulang pesakit leukemia menghasilkan banyak sel darah putih berlainan bentuk dan tidak berfungsi dengan baik. Akhirnya, kehadiran sel darah putih yang terlalu banyak akan menghalang pembentukan sel darah putih yang normal dan menjejaskan kebolehan badan melawan jangkitan.

Sel leukemia ini juga mengganggu sel darah lain, termasuk sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan dan platlet yang membantu pembekuan darah untuk mengawal pendarahan.
  • Siapakah yang Berpotensi Terdedah Kepada Kanser?
Kanser tidak mengira mangsa, namun, kanser darah atau Leukimia dikalangan kanak-kanak makin menjadi-jadi. Besar kemungkinan kanser yang berlaku dikalangan kanak-kanak adalah kerana terdedahnya ibu kepada bahan kimia beracun semasa  mengandung.

Sebagai contoh, penggunaan bahan kima ketika menggunakan produk kecantikan, syampu, sabun pencuci dan mandian, wangian, yang mempunyai bahan kimia yang boleh menyerap ke dalam kulit kepala, liang rongga dan serta liang roma kulit dan masuk ke saluran darah dan merosakkan organ dalam tubuh badan seperti jantung, paru-paru, otak dan lain-lain. Bahan kimia ini mampu merosakkan sel dan sistem dalam tubuh badan.

*Pilih produk anda yang bebas dari bahan kimia yang beracun, pastikan ianya bebas dari senarai dibawah bagi mengelakkan kanser, radang kulit, kerosakan mata, keguguran rambut dan sebagainya :
·         SLS sodium lauryl sulfate, (bahan kimia y digunakan dalam syampu, sabun & ubat gigi.
·         SLES Sodium Laureth Sulfate
·         TEA Triethanolamin
·         DEA Diethanolime
·         MEA monoethanolamine
·         Stearal konium Chloride
·         Disodium Laureth Sulfosucinate
·         Lauamide MEA
·         DEA PEG Stearates

Simptom Leukemia
* Rasa lemah, letih dan kelihatan pucat yang mungkin berpunca daripada jumlah sel darah merah yang berkurangan.
* Perdarahan yang berterusan agak lama, contohnya hidung berdarah dengan banyaknya, atau mudah lebam yang mungkin berpunca daripada kekurangan platelet.
* Kecenderungan untuk mendapat jangkitan dan mempunyai suhu badan yang tinggi yang mungkin berpunca daripada sel-sel darah putih yang tidak berfungsi dengan betul.
* Kesakitan di dalam tulang dan sendi mungkin juga dialami.