Apricon Farmas Health: cara Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label cara. Show all posts
Showing posts with label cara. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

KENCING KOTOR..( U.T.I )

 

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)
Bakteria ini boleh menyebabkan:
  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
  • Keradangan uretra atau uretritis.
Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.
Tanda dan Gejala
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk.
Komplikasi
Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.
Penyebab dan faktor-faktor penyumbang
  • Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
  • Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
  • Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
  • Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Pengurusan sendiri
  • Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
  • Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
  • Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
  • Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
  • Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
  • Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?
  • Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
  • Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
  • Memberi antibiotik tertentu.
  • Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.
Pencegahan
  • Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
  • Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
  • Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
  • Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  • Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
  • Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
  • Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
  • Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
  • Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
  • Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.
Maka waspada selalu..bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak

sumber :http://ubatsihat.blogspot.com/2007/07/kencing-kotor-uti.html

Friday, December 2, 2011

Tips-Tips untuk mengatasi/mengurangkan kekotoran Usus


ADA beberapa sebab yang boleh menyebabkan pendarahan rektum. Ini adalah petanda gangguan kesihatan yang penting kerana dalam sesetengah kes, ia boleh membawa maut jika dibiarkan. Kebanyakan masalah pendarahan rektum boleh dikawal dan dirawat seperti ulser dan buasir.

Pendarahan dalam saluran gastrointestin boleh berlaku tanpa disedari dan ia hanya dapat dikesan apabila darah keluar bersama najis. Saluran gastrointestin (pencernaan) ini terdiri daripada esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur. Pendarahan boleh berlaku pada mana-mana bahagian gastrointestin ini.

Bagaimana saluran ini boleh luka ? Ada beberapa keadaan yang menyebabkan pendarahan pada saluran gastrointestin iaitu:

  1. Kehadiran asid perut berlebihan yang boleh menyebabkan keradangan dan pendarahan pada bahagian hujung esofagus dan keadaan ini dipanggil masalah asid refluks.
  2. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori, pengambilan alkohol berlebihan, sentiasa mengambil aspirin dan ubat-ubatan lain juga boleh menyebabkan keradangan atau ulser perut dan pendarahan.
  3. Ulser duodenum yang disebabkan jangkitan bakteria Helicobater pylori atau ubat anti peradangan bukan steroid (NSAIDs) dan aspirin.

Buasir
Buasir terjadi akibat saluran darah pada bahagian dubur bengkak. Saluran darah ini boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Darah akibat buasir biasanya berwarna merah cerah.

Simptom lain ialah sukar membuang air besar dan rasa tidak puas walaupun berkali-kali berulang ke tandas. Pendarahan adalah gejala utama, hampir 70 peratus daripada pesakit buasir akan mengalami pendarahan apabila buang air besar.

Pesakit selalunya mendapati darah akan keluar daripada dubur dan ada kalanya darah memancut.Pesakit juga rasa sakit setiap kali buang air besar bagaimana pun pada peringkat awal buasir tidak mendatangkan kesakitan.

Pada peringkat seterusnya, buasir akan terkeluar sedikit apabila pesakit meneran untuk buang air besar, tetapi naik semula (masuk semula ke dalam dubur) selepas selesai meneran. Pendarahan akibat buasir jarang menyebabkan anemia.

Fisur atau rekahan pada kulit yang melapisi saluran dubur. Ini juga masalah biasa dan menyebabkan rasa sakit. Masalah ini lazimnya disebabkan sembelit atau memaksa najis keluar. Apabila kulit terluka, setiap pergerakan usus akan terasa sakit.

Pendarahan akibat rekahan kulit adalah sedikit, dan darah berwarna merah cerah. Pendarahan ini sering disalah anggap sebagai buasir. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja terutama kanak-kanak yang tidak cukup serat dan kurang minum air.

Polip atau ketumbuhan benigna pada usus. Juga kerap menyebabkan najis berdarah dan disalah anggap sebagai kanser. Darah daripada ketumbuhan ini berwarna merah cerah.

Kanser usus — Kanser ketiga paling kerap di seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di dinding usus besar yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.

Antara simptom kanser usus ialah berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut memulas, terasa asyik hendak buang air besar, perut tidak selesa, kembung atau senak; muntah, hilang selera makan dan cepat penat.

Pada keadaan serius pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, gejala ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.

Bagaimana mengenal pasti ada darah pada najis?
  1. Najis diselaputi darah berwarna merah cerah
  2. Ada ketulan darah bercampur dengan najis
  3. Najis berwarna kehitaman dan melekit

Gejala pendarahan akut:
  1. Tiga tanda di atas
  2. Cepat berasa lesu
  3. Pening
  4. Sesak nafas
  5. Senak perut
  6. Rasa mahu pitam
  7. Cirit birit

Gejala pendarahan kronik:
  1. Semua tanda di atas
  2. Badan terasa lemah
  3. Sentiasa berasa penat
  4. Sukar bernafas
  5. Pitam

Petikan Harian Metro - 1hb. Januari, 2006

Thursday, August 11, 2011

8 Tips Kuruskan Badan Dengan Cara Yang Sihat


1. Piramid makanan 
Anda harus belajar untuk membuat susunan keperluan makanan anda dalam bentuk piramid. Pastikan urutannya bersesuaian seperti yang anda perlukan diikuti dengan panduan cara diet yang betul dan bagus untuk kesihatan. Dengan cara ini, ia akan memberitahu atau mengingatkan anda makanan yang boleh anda masukkan ke dalam menu pemakanan harian anda dan berapa jumlah yang perlu diambil setiap hari. Keperluan ini bergantung kepada setiap individu kerana ia berbeza mengikut keperluan tubuh badan masing-masing. Dengan ini, ia akan menunjukkan bagaimana anda boleh menjalankan diet yang seimbang dengan mengikut urutan daripada piramid pemakanan tersebut.


2. Perhatikan warna
Semasa hendak memilih buah atau sayuran, pilihlah yang warnanya terang dan kelihatan segar. Elakkan buah atau sayur yang warnanya sudah pudar atau kelihatan lebam. Buah-buahan seperti anggur atau kranberri kaya dengan bahan kimia semulajadi yang membantu melindungi tubuh daripada penyakit seperti kanser dan masalah jantung. Manakala sayuran yang berdaun hijau, lobak merah, kentang dan bayam juga kaya dengan zat tertentu yang membantu mencegah penyakit.


3. Jangan lupakan serat 
Pastikan anda mengambil serat dalam menu anda setiap hari. Caranya mudah, banyakkan makan buah dan sayuran serta pastikan anda minum air yang cukup (8 gelas sehari). Serat penting untuk membantu proses pencernaan anda sihat dan mampu bekerja dengan baik.


4. Bakteria baik juga penting
Bukan semua bakteria itu jahat dan boleh mendatangkan penyakit. Ada juga bakteria yang membantu tubuh untuk menjalankan tugas dengan lancar dan ia dianggap bakteria yang baik kerana memberi faedah untuk tubuh kita. Antara contoh makanan yang mengandungi bakteria baik adalah seperti yogurt yang bagus untuk dimasukkan ke dalam menu pemakanan/diet anda. Ini kerana ia mengandungi bakteria yang membantu menjaga saluran pencernaan agar dapat berfungsi dengan baik selain membantu menangani bakteria jahat yang masuk melalui makanan yang anda makan.
Salmon dan Tuna 5. Rahsia ikan laut
Walaupun sedang berdiet atau dalam proses menguruskan badan, bukan bermakna anda harus menghindari lemak sepenuhnya. Ini kerana tubuh juga memerlukan lemak untuk kesihatan. Yang penting, anda memilih lemak yang baik untuk keperluan tubuh. Anda boleh memperolehinya melalui ikan laut seperti salmon dan tuna. Lemak pada ikan ini (omega 3) membantu untuk kesihatan jantung. Malah, ia juga mengandungi sumber protein yang tinggi.
6. Khasiat kacang soya 
Amalkan makan makanan berasaskan soya setiap hari kerana ia membantu menurunkan kadar kolesterol dan kaloridalam tubuh selain membantu melindungi anda daripada serangan sakit jantung. Makanan yang dihasilkan daripada kacang soya ada banyak seperti taufu, minuman, tepung dan banyak lagi.
7. Jangan lupakan air putih
Sentiasa pastikan anda minum air putih yang cukup setiap hari. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air amat penting untuk menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh kita. Tambahan pula keperluan minum untuk tubuh juga seiring dengan pertambahan usia.
8. Lakukan senaman 
Selain faktor pemakanan seperti di atas, jangan lupa anda perlu lakukan senaman atau olahraga secara konsisten kerana ia juga membantu mengatasi berat tubuh daripada bertambah.