Apricon Farmas Health: hipertensi Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label hipertensi. Show all posts
Showing posts with label hipertensi. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Kanser- Apa itu kanser dan tumor


Definisi kanser.

Penyakit kanser berkait rapat dengan unit-unit sel badan. Setiap masa berlaku penggantian sel-sel baru kerana proses sel tua atau kecederaan. Badan anda membuat sel yang mencukupi dan membina sel yang sama jenis. Kadang kala sel-sel baru ini membahagi tanpa henti. Sel-sel tambahan ini adalah tidak normal. Sel-sel ini akan membentuk satu tumbuhan tisu yang dipanggil tumor. Tisu tumor ini akan mengepit sel-sel normal sekitarnya dan mengambil makanan daripadanya. Tumor ini boleh menjadi kanser.

Tumor malignan atau benigna.

Tumor boleh jadi tumor benigna atau malignan. Tumor benigna masih boleh menimbulkan masalah jika tumbuh di dalam otak kawasan yang tertutup. Kanser atau tumor malignan merebak dan memusnahkan sel-sel sekitaran dan merebak jauh ke bahagian badan lain.

Barah merebak ke organ-organ lain.

Ketumbuhan malignan terdiri dari sel-sel barah. Sel-sel kanser ini akan merebak ke tempat –tempat lain menerusi aliran darah atau saluran limfa jika ia tidak dirawat.

Adakah anda tahu penyebab kanser?

Kejadian sebenar kanser sehingga kini masih tidak diketahui. 90% kanser berkait rapat dengan gaya hidup dan alam sekitaran.
Faktor-faktor risiko kanser ialah:
  • Sejarah keluarga kanser.
Jika anda mempunyai keluarga yang menghidap sebarang jenis kanser berkemungkinan besar anda lebih berisiko tinggi untuk mendapat barah.
  • Amalan pemakanan(diet).
Dianggarkan 30-40% kanser dikaitkan dengan amalan diet anda. Lemak berlebihan berkait rapat dengan kanser kolon dan barah payudara.
Kanser esofagus, kanser perut dan kanser nasofarinks mempunyai kaitan dengan pengambilan makanan yang digaramkan dan bersalai.
  • Rokok.
Kanser paru-paru dikaitkan dengan amalan merokok. 90% daripada pesakit kanser paru-paru adalah perokok.
Tar di dalam tembakau rokok juga dikaitkan dengan kanser larinks, kanser mulut, kanser farinks,kanser esofagus,kanser pundi kencing,kanser buah pinggang dan kanser serviks.
  • Tabiat seks.
Mempunyai tabiat bertukar-tukar pasangan dalam hubungan seks dan memulakan tabiat di usia muda menambah risiko kanser serviks.
  • Sirih dan tembakau
Mengunyah sirih dan tembakau mungkin menyebabkan kanser mulut.
  • Jangkitan hepatitis B.
Kanser hati mempunyai hubungan dengan jangkitan virus hepatitis B.
  • Amalan cara kerja.
Anda terdedah kepada kanser tertentu jika terdedah di persekitaran kerja yang melibatkan bahan karsinogen.

Langkah-langkah pengesanan awal kanser

Melakukan ujian saringan kanser atau lebih dikenali sebagai pengesanan awal kanser amat penting.
Rawatan segera hasil dari pengesanan awal kanser menambah peluang pesakit kanser untuk terus hidup berkualiti.

Apa yang patut anda lakukan?

9 tanda amaran awal kanser.
Anda harus peka dengan tanda-tanda ini:
  1. Batuk berterusan dan berkahak darah.
  2. Sebarang perubahan pada payudara seperti gumpalan atau bisul berpanjangan.
  3. Perubahan pada amalan membuang air besar.
  4. Pendarahan faraj selepas bersetubuh atau selepas putus haid.
  5. Leher benjol yang tidak ada sebelumnya.
  6. Suara yang garau dan berubah dari asal lebih dari dua minggu.
  7. Sakit atau ketidakselesaan di dalam perut yang berterusan.
  8. Ulser,bengkak atau tompok-tompok putih dan merah yang tidak hilang selepas rawatan.
  9. Pendarahan hidung berlebihan, hilang fungsi pendengaran dan telinga yang berdengung.
Langkah-langkah pencegahan kanser

Mengamalkan gaya hidup sihat boleh mencegah dan mengurangkan risiko kanser.
Umumnya langkah yang boleh anda lakukan ialah:
  • Pengesanan awal kanser payudara dengan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan
  • Tidak merokok
  • Kurangkan makanan berlemak dan banyakan buah-buahan dan sayuran
  • Kekalkan berat badan ideal dengan senaman tetap dan makanan yang seimbang
  • Elakkan hubungan seks rambang
  • Tidak minum alkohol secara berlebihan
  • Elakkan mengunyah sirih dan tembakau serta amalkan penjagaan mulut yang baik
  • Dapatkan imunisasi hepatitis B
Sumber : http://www.cybermedik.com/kanser-apa-itu-kanser-dan-tumor

Tuesday, December 13, 2011

Tekanan Darah Tinggi



Pengenalan

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan
samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.

Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar,

kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.


Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada
keluarga anda dan kerja anda.
• Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
• Sebab yang tidak diketahui (90%)
• Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala

• Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti
sakit kepala atau pening kepala
• Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya
ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
(bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
• Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa
kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan
Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

• Otak
o Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient
Ischaemic Attack)

• Penyakit jantung seperti :

o Coronary Heart Disease
o Congestive Heart Failure
o Left Ventricular Hypertrophy

• Komplikasi pada mata

o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

• Komplikasi pada buah pinggang

o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,
Microalbuminuria, Proteinuria).

• Peripheral vascular disease seperti

o Aneurysm
o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit
Hypertensive/Darah Tinggi?

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat
• tanpa menggunakan ubatan
o Perlu mengubah amalan cara hidup andae
o Amalkan permakanan sihat
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
o Melakukan senaman berkala
o Kurangkan berat badan jika berlebihan
o Atasi tekanan secara berkesan
o Berhenti merokok

Kategori tekanan darah normal/optima

• Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.

Pra Hypertensi

• Amalkan gaya hidup sihat
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.
• Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

• Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
• Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
• Amalkan pemakanan sihat
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
• Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
• Kurangkan berat badan jika berlebihan
• Atasi tekanan secara berkesan
• Berhenti merokok
• Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi
• Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang
diarahkan
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
• Amalkan gaya hidup sihat
• Berhenti merokok
• Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
• Prevent and treat complications early
• Pengesanan komplikasi terutamanya :

o Jantung
o Ginjal
o Mata

• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Kumpulan Sokongan

• Pertubuhan Hypertensi Malaysia (Malaysian Society of Hypertensi)
• NASAM
• Yayasan Jantung Negara