Apricon Farmas Health: kanser tulang Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label kanser tulang. Show all posts
Showing posts with label kanser tulang. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

10 Jenis Kanser

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ramai yang tidak tahu tentang jenis-jenis kanser yang ada di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Hari ini, admin mahu berkongsi sedikit info mengenai 10 jenis kanser yang agak popular.

1. Kanser Payudara

Kanser ini adalah yang paling popular di kalangan kaum wanita di seluruh dunia. Tetapi tahukah anda, walaupun statistik menunjukkan kanser payudara adalah lebih dominan di kalangan wanita, namun golongan lelaki tidak terkecuali untuk turut diserang kanser ini. Di kalangan lelaki, kanser ini sering dikaitkan dengan sejarah keluarga dan faktor genetik.


2. Kanser Serviks

Selain kanser serviks, kanser ini juga dikenali sebagai kanser pangkal rahim. Kanser ini adalah antara yang paling popular dan merupakan kanser kedua yang terbanyak direkodkan menyerang golongan wanita selepas kanser payudara. Menurut laporan WHO, 80% daripada wanita di dunia ini menghidapi penyakit ginekologi yang berbeza tahap. 75% daripada penyakit ginekologi adalah disebabkan oleh penjagaan yang tidak betul ketika haid dan penggunaan tuala wanita yang tidak berkualiti. Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor tersebut berperanan menyebabkan kanser servik.


3. Kanser Paru-paru

Kanser ini sering dikaitkan dengan golongan perokok-perokok tegar. Ini adalah kerana menurut kajian tabiat MEROKOK merupakan salah satu punca terjadinya kanser paru-paru. Kebanyakkan pesakit kanser paru-paru adalah dari penghisap rokok. Selain itu, pendedahan kepada radiasi dan bahan kimia juga turut meyumbang dalam kanser ini. Pencemaran atmosfera juga tidak terlepas pandang dari salah satu punca kanser paru-paru. Dan yang terakhir ialah di sebabkan oleh makanan yang mengandungi lemak tepu.

Sumber gambar: Google

4. Kanser Kulit

Kanser ini mungkin tidak seberapa popular di Malaysia, tetapi ia merupakan kanser yang biasa di Amerika Syarikat. Tahukah anda bahawa setiap tahun rekod kanser ini akan meningkat melebihi lain-lain jenis kanser, sehingga ia dianggap biasa oleh masyarakat US. Kanser ini terjadi disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap cahaya ultraungu (UV) dari sinaran matahari. 


5. Kanser Mulut

Kanser mulut merupakan pertumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Kanser ini sering terjadi di kawasan lidah, lantai mulut, bahagian dalam pipi, gusi, lelangit, dan bibir bawah. Tahukah anda, seramai 1,900 orang di UK mati setiap tahun disebabkan oleh kanser ini. Kanser mulut sering dikaitkan dengan sebarang aktiviti merokok dan meminum minuman beralkohol boleh meningkatkan risiko untuk menghidapi kanser ini. Sumber: British Dental Health Foundation


6. Limfoma

Limfoma adalah kanser yang terjadi di bahagian limfatik badan. Bahagian limfatik merupakan sebahagian dari sistem imunisasi badan kita. Limfoma dibahagikan kepada 2 kategori, bergantung kepada bentuk sel barah. Ianya dikenali sebagai Hodgkin's Lymphoma atau penyakit Hodgkin (HL) dan non-Hodgkin Lymphoma (NHL). Gabungan kedua-dua kanser ini menjadikannya penyakit kanser ke-3 yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Kanser ini biasanya terdapat pada kanak-kanak dewasa atau remaja.

Sumber gambar: Google

7. Kanser Otak

Kanser ini boleh dihidapi oleh pelbagai peringkat umur, termasuklah bayi dan kanak-kanak. Secara umumnya terdapat dua jenis kanser otak, iaitu di bahagian atas dan di bahagian bawah otak. Kanser ini selalunya terjadi berpunca dari faktor genetik atau keturunan, radiasi pada otak, pesakit AIDS, leukimia dan kegagalan buah pinggang. Virus 'papova' semasa hamil juga memberi risiko kepada anak yang bakal dilahirkan untuk menghidapi kanser ini.

Sumber gambar: Google

8. Kanser Usus

Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia. Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika anda berusia lima puluh tahun ke atas. Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus, dan pernah menghidap penyakit radang usus lebih daripada lapan tahun.



9. Kanser Tulang

Badan kita mempunyai lebih dari 200 tulang. Fungsi utamanya adalah rangka untuk badan dan melindungi organ-organ utama seperti paru-paru dan hati. Terdapat dua jenis kanser tulang iaitu primer dan sekunder. Kanser tulang primer adalah berpunca dari tulang sementara kanser tulang sekunder adalah berpunca dari organ-organ lain dan merebak ke tulang (contoh: dari kanser payudara, paru-paru dan kelenjar prostate). Kanser tulang sekunder adalah kanser tulang yang paling banyak di temui. Ia berpunca dari sel kanser yang merbahaya dari organ lain dan telah merebak ke tulang dan ia boleh menyerang ke semua tulang.


10. Leukemia

Leukemia juga dikenali sebagai kanser darah. Leukemia merupakan sel-sel kanser yang membentuk menjadi darah dan menghasilkan jumlah sel darah putih yang belum matang. Sel-sel abnormal ini tidak boleh menjalankan fungsi-fungsi normal sel-sel darah putih. Mereka terkumpul di dalam sum sum tulang dan melimpah ke dalam darah dan mungkin merebak ke dalam organ-organ seperti hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang. Kadangkala, sel-sel ini juga mungkin merebak masuk ke dalam cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang. Oleh kerana terlalu banyak sel-sel darah putih yang terkumpul di dalam sum sum tulang, sum sum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet yang mencukupi.

Sumber gambar: Google

Ini hanyalah antara 10 jenis kanser yang wujud di dunia ini. Terdapat banyak lagi jenis yang ada seperti kanser prostate, kanser ovari, dan sebagainya. Kebanyakan jenis kanser boleh dirawat sekiranya kita dapat mengenalpasti di peringkat awal.

Untuk maklumat lanjut layari :
Laman web : http://farmashealth.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/AprikotB17

Thursday, July 3, 2014

TIDUR SELEPAS SAHUR ADALAH BAHAYA & mampu aktifkan sel kanser.



Tidur selepas sahur memang aktiviti biasa dilakukan orang pada bulan puasa. Namun doktor pakar penyakit dalam, Ari Fahrial Syam, memberi nasihat sebaiknya hal itu tidak dilakukan. “Kerana makanan belum dicerna dan malah boleh berbalik dari perut ke kerongkong (atau biasa disebut beserta refluks) kerana pengaruh graviti,
Jika refluks berlaku, asid perut akan naik dan melukakan kerongkong.Kerana mengalami luka, kerongkong akan terasa panas seperti terbakar, dan mulut pun terasa pahit.

Untuk atasi masalah refluks asid perut ini, anda bolehlah tidur setengah duduk atau tidur menggunakan bantal yang tinggi.

Namun pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Indonesia lebih menyarankan orang yang berpuasa tidak tidur selepas bersahur. seseorang boleh tidur dua jam selepas makan. “Tapi masih boleh diterima tidur satu jam selepas makan,

Makanan yang sukar dicerna, adalah makanan yang terlalu berlemak. Keju dan minyak dalam jumlah yang banyak akan memerlukan masa dua jam untuk dicerna.Sedangkan nasi dengan sayur berkuah atau telur dan ikan rebus biasanya memerlukan waktu satu jam untuk dicerna.

Untuk perut mempunyai masa untuk mencerna makanan sahur, kita digalakkan bersahur sejam sebelum imsak iaitu sekitar jam 4.30-5 pagi. yang ni memang dalam sunnah nabi pun ade cakap..supaya lewat2kan sahur..

Bila dah dekat waktu imsak, makanlah makanan dalam bentuk buah-buahan dan air masak.Dengan cara ini, ketika tidur, makanan sahur telah dicerna dan mengelakkan daripada terjadinya refluks. Selesai sembahyang subuh, jika memang sangat mengantuk, orang yang berpuasa digalakkan tidur sebelum menjalankan rutin harian kalau sempat huhu.

Makanan yang disyorkan ketika bersahur ialah nasi, kentang, dan ubi sebagai sumber karbohidrat.Untuk protein, daging, ikan, dan telur boleh menjadi pilihan. Lemak boleh diperolehi daripada minyak dan daging ayam .

Diingatkan kepada orang yang berpuasa elakkan makanan yang mengandungi lemak yang banyak untuk bersahur kerana susah dicerna.

Begitu juga pengambilan susu. Bagi yang berusia di atas 30 tahun, sebaiknya memilih susu rendah lemak atau tanpa lemak.

Jenis air yang disyorkan untuk bersahur adalah jus buah-buahan, seperti mangga atau jeruk, kerana mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Tapi jangan pakai gula atau susu.

#apricon #aprikot #b17 #rawatkanser #cegahkanser

Thursday, June 26, 2014

Punca badan lemah dan lesu serta atasinya dengan #Apricon



Punca badan lemah dan lesu serta atasinya dengan #Apricon

Badan lemah, letih dan lesu adalah perkara yang normal terutama apabila kita menjalani hari yang panjang dengan kerja yang banyak. 

Kelesuan yang biasa boleh diatasi dengan meminum air suam dan berehat, misalnya tidur. Namun, bagaimana untuk menghadapi badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang meskipun sudah tidur dan berehat?

Sebelum itu kita lihat dulu apakah penyebab badan lemah dan lesu:

- Pemakanan yang tidak sihat
- Tekanan dan stress
- Kegemukan
- Pekerjaan yang memenatkan
- Insomnia
- Darah rendah/anemia
- Perokok tegar
- Mengambil kafein secara berlebihan
- Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
- Tidak melakukan senaman
- Pengambilan ubat-ubatan
- Kekurangan air
- Kehamilan
- Sekiranya penyebab kelesuan ialah bukan sebab-sebab kesihatan atau pengambilan ubat-ubatan, faktor penyebab ialah kemungkinan besar kekurangan nutrisi.

Maklum sajalah, tidak semua antara kita yang makan untuk sihat, kebanyakan kita makan untuk sedap atau sekadar makan untuk hidup.

Oleh itu, cara mengatasinya adalah dengan pengambilan #Apricon kerana kandungan vitamin B17 dalam setiap kapsul mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu.

http://www.farmashealth.com.my/apricon.html
http://www.farmashealth.blogspot.com/
IG : Farmashealth Farmas

#apricon #aprikot #b17 #sayajual #rawatkanser #cegahkanser #ubatkanser

Wednesday, June 25, 2014

Jom Amalkan Gaya Hidup Sihat & Cergas !


Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang

Kepentingan Makanan Berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1. Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3. Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4. Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5. Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6. Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Tips Diet Seimbang

Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Sumber dari UTUSAN PENGGUNA

#apricon #aprikot #rawatkanser #cegahkanser #b17 #farmashealth

Tuesday, June 24, 2014

Tanda-tanda awal Kanser Payudara


Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita Malaysia.
Pengesanan di peringkat awal perlu dilakukan agar rawatan yang sewajarnya dan berkesan dapat diberikan.

Ia boleh dilakukan melalui kesedaran wanita itu sendiri dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan terutama di kalangan mereka yang berumur 20 tahun ke atas.
Wanita yang telah berumur 30 tahun ke atas patut menjalani pemeriksaan dengan doktor atau kakitangan perubatan berkelayakan.

Pemeriksaan yang berkala dapat mengesan kejadian kanser payu dara di peringkat awal dan memudahkan rawatan yang lebih berkesan.

Tanda-tanda awal kanser payudara

Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting.
* Perubahan rasa di payudara atau puting
* Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
* Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
* Perubahan dilihat pada payudara atau puting
* Perubahan saiz dan bentuk payudara
* Puting payudara terperosok ke dalam
* Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.

Walaupun kanser payudara di peringkat awal biasanya tidak menyebabkan kesakitan, wanita haruslah berjumpa dengan doktor atau kakitangan perubatan yang berkelayakan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara mereka atau tanda-tanda tersebut tidak hilang.
Kebanyakan simptom atau tanda-tanda ini bukan kanser.

Siapa berisiko tinggi?

Tiada siapa tahu punca yang jelas berlakunya kanser payudara. Bagaimanapun kajian menunjukkan beberapa faktor risiko boleh memungkinkan seseorang itu mengalami kanser payudara.

Umur: Kemungkinan untuk mendapat kanser payudara semakin tinggi bila wanita semakin berumur.

Penyakit ini jarang dialami oleh wanita sebelum menopaus.
* Sejarah individu kanser payudara: Seorang wanita yang mengalami kanser payudara di sebelah payudara mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser payudara di sebelah satu lagi.
* Sejarah keluarga: Seorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara sekiranya ibu, saudara perempuan atau anak perempuannya mengalami kanser payudara.
* Beberapa perubahan di payudara: Beberapa peratus wanita mempunyai sel di payudara yang tidak normal.
Contohnya Atypical hyperplasia atau Lobular carcinoma in situ merupakan sel-sel abnormal di payudara yang mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara.
Perubahan genetik: Perubahan pada gen-gen tertentu (BRCA1, BRCA2 dan yang lain).
Wanita yang berada di kalangan keluarga yang mengalami kanser payudara boleh menjalani pemeriksaan genetik untuk mengetahui perubahan pada gen-gen tertentu.

Risiko lain
* Kesuburan dan sejarah haid
* Semakin berumur seseorang wanita semasa memperoleh anak pertama, semakin tinggi risiko untuk mendapat kanser payudara.
* Wanita yang mengalami haid pada umur yang terlalu awal (sebelum 12 tahun), putus haid di usia lewat (selepas umur 55 tahun), atau tidak mempunyai anak juga mempunyai risiko untuk mendapat kanser payudara.
* Mereka yang mengambil terapi hormon menopaus melebihi lima tahun berkemungkinan mendapat kanser payu dara.
* Bangsa: Kanser payudara lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang berkulit putih daripada bangsa Asia atau Afrika.
* Obes setelah menopaus: Setelah menopaus, mereka yang obes (terlalu gemuk) berkemungkinan besar mendapat kanser payudara yang lebih tinggi.
* Aktiviti fizikal: Wanita yang tidak aktif langsung sepanjang usianya mengalami risiko yang tinggi untuk memperolehi kanser payudara.
* Alkohol: Beberapa kajian menunjukkan wanita yang meminum arak berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara.

Wanita yang mengalami tanda-tanda di atas perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut. Biasanya ketulan yang lembut, licin, bulat dan boleh bergerak-gerak adalah tidak merbahaya atau benigna.
Ketulan yang tidak jelas bentuknya, melekat di dalam tisu payu dara selalunya berkemungkinan besar adalah kanser.

Oleh yang demikian adalah sedikit info mengenai tanda-tanda awal Kanser Payudara.Untuk Kaum wanita adalah dinasihatkan supaya dapat membuat pemeriksaan sendiri mauhupun di hospitak atau klinik yang bertauliah.Sediakan payung sebelum hujan kerana wanita adalah tonggak dunia.

sumber : http://cintaimaginasi.blogspot.com/2012/06/tanda-tanda-awal-kanser-payudara.html

Monday, June 23, 2014

Apakah toksin?


"Toksin yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor utama kepada pelbagai jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia...."

Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis atau nama sesuatu penyakit yang dialami adalah ditentukan oleh kerosakkan yang disebabkan oleh toksin tersebut.

Apakah Toksin?


Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.
Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa bunagan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.


Kesan Toksin Kepada Tubuh ?

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.
Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan keta. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:

Penyakit Kulit 


Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

Tumor

Tumor atau ketumbuhan berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.

Demam

Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akanmerembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.


PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI TOKSIN

Alergi, Asma, Pundi hempudu dan Karang , Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksual.


Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.Ada banyak cara bagaimana hendak menyingkirkan toksin daripada badan iaitu melalui pembuangan air besar, banyakkan minum air masak, mengambil makanan kesihatan, bersukan dan berpuasa.

sumber: http://noratalib.blogspot.com/2012/12/bahaya-toksin.html#comment-form

Friday, June 20, 2014

Kurang bersenam antara faktor risiko dapat kanser usus!


Kurang bersenam antara faktor risiko dapat kanser usus!

Ada banyak faktor risiko boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit ini seperti:

1. Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.

2. Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan boleh mencegah pertumbuhan sel kanser.

3. Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga mendapat kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.

4. Sejarah diri yang pernah menghidap kanser. Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus berisiko mendapat kanser usus.

5. Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.

6. Rokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap rokok boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip. Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok.

7. Obesiti. Individu obes berisiko tinggi mendapat kanser usus.

8. Alkohol. Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak minuman keras boleh meningkatkan risiko kanser usus.

9. Kurang bersenam.

#apricon #b17 #aprikot #cegahkanser #rawatkanser #ubatkanser

Thursday, May 29, 2014

Bahaya Ubat Gigi berfluorida

Tahukah kita tentang ubat gigi yang berada di pasaran kini mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja dan ia digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Dan bahan itu ialah Fluorida.
Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai “sodium monofluorophosphate” (smlp) atau “sodium fluoride” dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga di pertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Dan menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.
Tinjauan CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang)  keatas label mendapati semua ubat gigi berfluorida juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen. Jadi, untuk mengetahui sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik lihat gambar gambar berikut.




KENAPA UBAT GIGI BERFLOURIDA BAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Ameria (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tiada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi ( pertubuhan bukan kerajaan kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksin yang digunakan dalam pergigian) telah mengelaskan fluorida sebagai ubat untuk gigi yang tidak diluluskan di sebabkan kandungan racunanya yang tinggi.
Satu tinjauan dijalankan dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat dan didapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida, telah menelan antara 0.3 - 0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi. Bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang sepatutnya dengan hanya memberus gigi.
MENGAPA KITA TIDAK PERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
  • Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi untuk keperluan seseorang.
  • Pihak berkuasa di malaysia telah menambah fluorida ke dalan sistem bekalan pengairan. Oleh itu, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada.
  • Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain.
  • Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan  bilis dan sardin.
Oleh sebab itu, kita tidak memerlukan fluorida tambahan daripada ubat gigi atau ubat kumur yang mampu memudaratkan kesihatan.


KESAN FLUORIDA :
  • Kematian 
  • Kanser
  • Ruam kuit
  • Luka Kanser
  • Kelunturan warna gigi
  • Masalah gastrik
  • kerapuhan tulang
  • keracunan saraf
  • kanser tulang
  • Keretakan tulang
  • Menyebabkan masalah IQ di kalangan kanak-kanak
  • Meransang masalah buah pinggang
Mengikut kajian,fluorida mampu meresap menerusi gusi, kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50 % daripada ubat gigi ketika memberusnya, terdedah kepada risiko kanser.

sumber : http://infokansertulang.blogspot.com/2012/02/bahaya-ubat-gigi-berfluorida.html