Apricon Farmas Health: Ubat penahan sakit Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label Ubat penahan sakit. Show all posts
Showing posts with label Ubat penahan sakit. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Kenali 4 Makanan Pencetus Sakit Kepala



Sakit kepala ataupun migrain merupakan jenis penyakit paling umum dan ramai yang mengalaminya. Banyak faktor yang boleh mencetuskan sakit kepala seperti sinusitis, stress dan ketegangan mental. Akan tetapi, tahukah anda bahawa pola diet atau pengambilan makanan tertentu juga menyumbang besar terhadap situasi ini.

Pakar diet Dr. Sunita Dube dari Hospital Aryan di Mumbai, India bersetuju dengan pendapat makanan dapat merangsang sakit kepala.

“Di samping faktor keturunan keluarga dengan migrain dan stess, makanan juga bertanggungjawab  sehingga 30 peratus sebagai penyebab migrin. Keadaan lain, seperti perubahan hormon, stress, amalan tidur dan depresi, bagaimanapun tetap mempunyai peratus lebih tinggi.” Katanya.

Pakar berpendapat, salah satu alasan paling umum penyebab sakit kepala adalah terjadinya perubahan pola makan secara tiba-tiba (beralih ke diet kalori sangat rendah). Perkara tersebut boleh menyebabkan sakit kepala, terutama jika anda menjalani diet dengan mengurangkan atau menghilangkan karbohidrat sepenuhnya. Ini kerana, otak hanya dapat menggunakan karbohidrat sebagai bahan bakar. Bukan saja melewatkan waktu makan, kekurangan air dalam badan juga boleh mencetuskan sakit kepala.

Para ahli bersetuju, tyramine (salah satu jenis asid amino) sebagai pencetus utama penyebab sakit kepala. Tyramine terdapat dalam beberapa makanan tertentu. Ia bertindak dengan cara mengurangkan kadar serotonin pada otak dan mempengaruhi saiz saluran darah. Berikut adalah beberapa makanan dan minuman yang mencetuskan sakit kepala dengan kandungan tyramine di dalamnya:

1.       Minuman beralkohol

Penelitian menyatakan anggur merah mengandungi tyramine dan bahan fitokimia, yang mungkin menjadi pencetus sakit kepala. Tyramine bertindak dengan meningkatkan pengaliran darah ke otak hingga menyebabkan sakit kepala pada sesetengah individu. Yang pasti, saintis hingga ke hari ini masih tidak dapat menjelaskan bagaimana ia terjadi.

Selain anggur merah, kandungan yang hampir sama terdapat dalam bir, wiski dan anggur yang bertindak mengurangkan  kadar serotonin ( hormon yang menenangkan ) pada yang akhirnya memicu migrain.

2.       Coklat

Coklat berupaya mencetuskan rangsangan migrain disebabkan oleh kandungan tyramine yang terdapat di dalamnya. Selain itu, coklat juga mengandungi kafein dan feniletilamina yang menyebabkan salur darah mengecut sekaligus menyebabkan sakit kepala. Biarpun begitu, terdapat sesetengah individu yang diserang sakit kepala sekiranya menikmati coklat tetapi tidak mengalaminya sewaktu menikmati minuman berkafein. Pakar percaya ia mungkin disebabkan oleh individu terbabit sensitif terhadap feniletilamina, hanya terhadap kafein. Biarpun begitu terdapat juga yang sensitif pada kedua-duanya.

3.       Gula

Gula secara semulajadinya amat penting kerana semua tumbuhan dan haiwan menyimpan tenaga dalam bentuk gula. Secara umum gula memiliki nilai tenaga yang sama, yakni sekitar empat kalori bagi setiap gram. Secara umum, tidak ramai yang intoleran dengan gula menderita sakit kepala. Namun, kes sakit kepala lebih tinggi di kalangan mereka yang intoleran dengan pemanis aspartam (pemanis gentian). Jadi, apabila anda sering sakit kepala atau migraine akibat pola makan atau diet, ada baiknya segera berjumpa doktor.

4.       Kopi

Sebagaimana diketahui kopi mengandungi kafein yang dapat meningkatkan tahap konsentrasi minda. Bagaimanapun  jika kerap menikmatinya, tetapi kemudian berhenti secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan anda sakit kepala, mudah marah dan gejala lain.

Friday, October 19, 2012

Kesan Sampingan ubat penahan sakit



Ubat-ubat penahan sakit atau analgesik sudah menjadi sebahagian dari hidup kita. Terdapat dua kategori ubat analgesik iaitu narkotik dan bukan narkotik. Analgesik bukan narkotik yang sering kali digunakan untuk merawat sakit kepala, sakit gigi, sakit otot adalah dari kumpulan NSAID (Non-Steroidal Anti- Inflammatory Drugs) contohnya, Ponstan, Diclofenac, Aspirin, Naproxen dan Ibuprofen.

Ubat penahan sakit daripada kumpulan bukan narkotik (kecuali Acetaminophen) bertindak dengan cara menghalang pengeluaran Prostaglandin (sejenis bahan kimia yang dikeluarkan oleh bahagian tubuh yang mengalami kecederaan, inflamasi atau pun jangkitan) yang berfungsi menghantar isyarat ke otak.

Manakala untuk sakit yang lebih teruk, kombinasi ubat analgesik bukan narkotik dan narkotik sering digunakan. Namun analgesik narkotik hanya akan digunakan sekiranya sediaan-sediaan lain tidak berkesan untuk menahan sakit yang dialami.

Biarpun melegakan kesakitan, ubat-ubat penahan sakit ini mempunyai kesan sampingan dan bahaya jika disalahgunakan. Acetaminophen (Paracetamol) yang diambil dalam dos yang tinggi atau unutk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kegagalan hepar (hati).

Aspirin pula boleh menyebabkan ulser dan pendarahan gastrousus selain daripada memberi kesan terhadap otak dan hati, jika ia diambil dalam dos yang tinggi atau dos yang rendah tetapi dalam tempoh yang panjang.

Opiat pula ubat penahan sakit daripada kumpulan narkotik dan selalunya diberi dalam keadaan sakit yang teruk. Beberapa contoh bahan ini adalah seperti codeine, fentanyl dan morfin.  Kesan sampingan jangka pendek akibat penyalahgunaan bahan-bahan ini susah untuk memberi tumpuan, anak mata mengecil, sembelit dan gangguan pernafasan.

Penggunaan bagi jangka panjang boleh menyebabkan ketagihan dan sering kali berpunca daripada kemampuan bahan ini untuk menyebabkan eurofia. Eurofia ialah satu keadaan keriangan dan kegembiraan yang abnormal dan selalunya disebabkan oleh pengambilan dadah. Oleh sebab badan mudah melakukan penyesuian dengan eurofia, penyalahgunaan akan terus menaikkan dos opiat  yang diambil.

NSAID yang selalunya diambil untuk menahan sakit kronik seperti artristis, sakit belakang atau sakit tengkuk boleh menyebabkan ulser dan pendarahan pada saluran gastrousus  jika digunakan secara berlebihan tanpa mengikut dos yang disyorkan atau penggunaan untuk jangka masa panjang.

Penggunaan NSAID dalam dos yang tinggi atau dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan beberapa masalah yang serius kepada fungsi buah pinggang. Walaupun jarang terjadi, penggunaan NSAID boleh menyebabkan terjadinya beberapa masalah buah pinggang yang serius seperti sindrom nefrotik dan kegagalan buah pinggang akut. Tambahan lagi, NSAID dalam kombinasi dengan penggunaan berlebihan paracetamol (acetaminophen) boleh menyebabkan terjadinya nefropati analgesik.

Kajian terkini berdasarkan bukti-bukti yang ada pada ubat penahan sakit nonsteroidal (NSAIDs) mengesahkan bahawa rofecoxib (Vioxx, Merck) dan diclofenac  dikaitkan dengan risiko berbahaya penyakit jantung dan salur darah. Pada 2004, syarikat Meck menarik balik ubat terbabit kerana risiko serangan jantung (myocardial infarction) dan angin ahmar (strok).

Terapi ubat-ubatan menjadi pilihan dalam pencegahan, pengawalan dan perawatan pelbagai jenis penyakit. Meskipun begitu, terapi ini juga mempunyai kebaikan dan keburukan yang perlu dikenal pasti serta dipelajari oleh semua pihak tidak kira pengamal perubatan, pesakit dan lain-lain. Amalan gaya hidup sihat langkah terbaik ialah untuk mencegah penyakit dari berlaku selain mengambil pemakanan seimbang dan sihat.