Kami adalah sebuah syarikat yang membekalkan produk kesihatan dan farmaseutikal, serta produk penjagaan diri berdasarkan kesedaran kepentingan cara hidup yang sihat dan seimbang
Showing posts with label sakit kepala. Show all posts
Showing posts with label sakit kepala. Show all posts
Tuesday, July 22, 2014
Singkir toksin dari tubuh
Jika anda mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti cepat berasa penat, sakit kepala, jerawat, sembelit, berat badan berlebihan, insomnia, haid tidak teratur termasuk mulut berbau dan masalah kulit, kesemua itumerupakan tanda-tanda bahawa tubuh anda telah diracuni toksin berlebihan.
Agak mustahil bagi seorang manusia untuk bebas daripada toksin kerana toksin ada di mana-mana sahaja seperti di dalam udara, makanan, minuman serta berpunca daripada ubat-ubatan, dehidrasi, merokok, pengambilan minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang.
Biasanya toksin disingkirkan secara semula jadi melalui proses pencernaan iaitu pembuangan air kecil atau air besar. Namun begitu, jika proses pencernaan ini tidak berjalan dengan lancar, ia akan menyebabkan sisa toksin terperangkap di dalam tubuh.
Justeru, proses membuang toksin atau lebih dikenali dengan detoksifikasi secara semula jadi amat penting untuk meneutralkan, mengubah atau menghapuskan toksin. Proses ini berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.
Berikutan itu, kedua-dua organ tersebut perlu diberi perhatian khusus kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam proses menyingkirkan sisa toksin daripada tubuh. Antara langkah yang boleh diikuti bagi menyingkirkan toksin secara semula jadi adalah dengan:
* Berpuasa: Puasa dapat merehatkan tubuh terutama sistem perut daripada bekerja secara berlebihan dan secara tidak langsung dapat membantu proses detoksifikasi.
* Hati: Sisa toksin yang tidak dapat disingkirkan akan berkumpul di dalam hati. Jadi, hati perlu dirangsang semula dengan mengurangkan pengambilan gula, garam, alkohol, kafein, makanan proses dan sebagainya.
* Sistem penghadaman: Bagi melancarkan sistem penghadaman, makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan serta sayuran segar perlu diambil dan jangan lupa minum air masak secukupnya.
Sumber : Utusan
Amalan Hidup Sihat dengan Apricon
#apricon #apricot #b17 #rawatkanser #cegahkanser
Sunday, November 11, 2012
Batuk tanda kanser?
Batuk
seringkali dikaitkan dengan rasa sakit dada dan keperitan di tekak. Ia adalah
salah satu gangguan kesihatan yang 10 kali lebih kerap dideritai oleh kaum Adam
berbanding wanita.
Biasanya
kesakitan akan lebih dideritai individu apabila mereka meneran atau menahan
batuk tersebut daripada 'dilepaskan' secara normal.
Golongan lelaki
yang mempunyai batuk yang berlarutan lazimnya adalah perokok tegar yang
berkemungkinan besar akan menghidap kanser paru-paru.
Di Malaysia,
sebanyak 50 peratus perokok adalah perokok dewasa yang aktif dan 75 peratus
daripadanya difahamkan menghidap penyakit kanser paru-paru.
Pakar Radiologi
Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Dr. Sivakumaran Karupayah berkata,
punca utama pesakit kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok, suasana
di tempat kerja yang tidak kondusif, radiasi atau faktor keturunan.
"Kebanyakan
perokok yang aktif merokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser paru-paru dan
ini selalu dikaitkan dengan lelaki, manakala perempuan peratusannya sedikit
rendah.
"Kajian
saintifik menunjukkan bahawa terdapat begitu banyak bahan kimia berbahaya
terkandung di dalam rokok.
"Antara
simptom-simptom lain yang dapat dikenal pasti jika pesakit membuat rawatan awal
ialah penurunan berat badan, selera makan berkurang, demam, warna kuku berubah
menjadi kebiruan dan batuk berdarah," katanya.
Menurut Dr.
Sivakumaran, pesakit dinasihatkan berjumpa doktor pakar pada peringkat awal
untuk mengenal pasti jenis batuk bagi mengelakkan berlakunya batuk berdarah
seterusnya mendapat kanser paru-paru.
Pesakit yang
tidak mengambil langkah-langkah awal jelasnya, dikhuatiri hanya mempunyai 30
peratus sahaja peluang untuk hidup.
Katanya, walau
untuk tujuan apa sekalipun, merokok pastinya menimbulkan banyak masalah kepada
manusia bukan sahaja dari aspek kesihatan malah sosial.
"Perokok
pasif atau mereka yang dikelilingi perokok aktif terdedah kepada risiko kanser
paru-paru dan penyakit jantung, masalah pernafasan termasuk radang paru-paru
dan bronkitis, sakit atau pedih mata, bersin dan batuk-batuk, sakit kerongkong
dan sakit kepala," katanya.
Imbas kanser
Justeru itu,
atas kesedaran masyarakat setempat, Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara
kini membuat satu kempen rawatan pengimbasan kanser paru-paru bagi mereka yang
berumur lingkungan 50-70 tahun bermula 16 Mei lalu sehingga 16 November ini.
Pesakit juga
akan mendapat tawaran harga istimewa di mana harga biasa sebelum ini ialah
RM400 tetapi kini mereka yang berminat untuk melakukan imbasan hanya perlu
membayar RM115 sahaja.
Untuk maklumat
lanjut, sila hubungi talian 03- 62871111 untuk mendapatkan sebarang keterangan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0717&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2BuDikyph
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, October 30, 2012
Kenali 4 Makanan Pencetus Sakit Kepala
Sakit kepala ataupun migrain merupakan
jenis penyakit paling umum dan ramai yang mengalaminya. Banyak faktor yang
boleh mencetuskan sakit kepala seperti sinusitis, stress dan ketegangan mental.
Akan tetapi, tahukah anda bahawa pola diet atau pengambilan makanan tertentu
juga menyumbang besar terhadap situasi ini.
Pakar diet Dr. Sunita Dube dari
Hospital Aryan di Mumbai, India bersetuju dengan pendapat makanan dapat
merangsang sakit kepala.
“Di samping faktor keturunan
keluarga dengan migrain dan stess, makanan juga bertanggungjawab sehingga 30 peratus sebagai penyebab migrin.
Keadaan lain, seperti perubahan hormon, stress, amalan tidur dan depresi,
bagaimanapun tetap mempunyai peratus lebih tinggi.” Katanya.
Pakar berpendapat, salah satu alasan
paling umum penyebab sakit kepala adalah terjadinya perubahan pola makan secara
tiba-tiba (beralih ke diet kalori sangat rendah). Perkara tersebut boleh
menyebabkan sakit kepala, terutama jika anda menjalani diet dengan mengurangkan
atau menghilangkan karbohidrat sepenuhnya. Ini kerana, otak hanya dapat
menggunakan karbohidrat sebagai bahan bakar. Bukan saja melewatkan waktu makan,
kekurangan air dalam badan juga boleh mencetuskan sakit kepala.
Para ahli bersetuju, tyramine
(salah satu jenis asid amino) sebagai pencetus utama penyebab sakit kepala.
Tyramine terdapat dalam beberapa makanan tertentu. Ia bertindak dengan cara
mengurangkan kadar serotonin pada otak dan mempengaruhi saiz saluran darah.
Berikut adalah beberapa makanan dan minuman yang mencetuskan sakit kepala dengan
kandungan tyramine di dalamnya:
1. Minuman
beralkohol
Penelitian menyatakan anggur
merah mengandungi tyramine dan bahan fitokimia, yang mungkin menjadi pencetus
sakit kepala. Tyramine bertindak dengan meningkatkan pengaliran darah ke otak
hingga menyebabkan sakit kepala pada sesetengah individu. Yang pasti, saintis hingga
ke hari ini masih tidak dapat menjelaskan bagaimana ia terjadi.
Selain anggur merah, kandungan
yang hampir sama terdapat dalam bir, wiski dan anggur yang bertindak
mengurangkan kadar serotonin ( hormon
yang menenangkan ) pada yang akhirnya memicu migrain.
2. Coklat
Coklat berupaya mencetuskan
rangsangan migrain disebabkan oleh kandungan tyramine yang terdapat di
dalamnya. Selain itu, coklat juga mengandungi kafein dan feniletilamina yang
menyebabkan salur darah mengecut sekaligus menyebabkan sakit kepala. Biarpun begitu,
terdapat sesetengah individu yang diserang sakit kepala sekiranya menikmati
coklat tetapi tidak mengalaminya sewaktu menikmati minuman berkafein. Pakar
percaya ia mungkin disebabkan oleh individu terbabit sensitif terhadap feniletilamina,
hanya terhadap kafein. Biarpun begitu terdapat juga yang sensitif pada
kedua-duanya.
3. Gula
Gula secara semulajadinya amat
penting kerana semua tumbuhan dan haiwan menyimpan tenaga dalam bentuk gula. Secara
umum gula memiliki nilai tenaga yang sama, yakni sekitar empat kalori bagi
setiap gram. Secara umum, tidak ramai yang intoleran dengan gula menderita
sakit kepala. Namun, kes sakit kepala lebih tinggi di kalangan mereka yang
intoleran dengan pemanis aspartam (pemanis gentian). Jadi, apabila anda sering
sakit kepala atau migraine akibat pola makan atau diet, ada baiknya segera
berjumpa doktor.
4. Kopi
Sebagaimana diketahui kopi
mengandungi kafein yang dapat meningkatkan tahap konsentrasi minda. Bagaimanapun
jika kerap menikmatinya, tetapi kemudian
berhenti secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan anda sakit kepala, mudah marah
dan gejala lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)

