Apricon Farmas Health: khasiat Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label khasiat. Show all posts
Showing posts with label khasiat. Show all posts

Wednesday, December 16, 2015

Menjana Pendapatan RM3500++ bersama APRICON


Ingin menambah pendapatan RM3500++ ??
                 Kami boleh membantu anda….


                 Bagaimana??

                 >> Hanya menjadi stokis kami
                 >> Terhad 30 orang terawal sahaja.

                 Hotline: 03-89273332/ 03-89273330
                 Email : farmashealth@yahoo.com
                 Fb : www.facebook.com/AprikotB17/
                 Laman web : www.farmashealth.com.my



Monday, March 16, 2015

10 Khasiat Buah Betik

Assalamualaikum& Salam Sejahtera,

Terdapat banyak khasiat yang terdapat pada buah betik. Di sini admin hanya akan senaraikan 10 kebaikan buah betik, termasuklah khasiatnya dalam memusnahkan sel kanser.   


1. Merupakan sumber vitamin dan mineral
Betik mengandungi vitamin A, vitamin C dan vitamin B kompleks serta kaya dengan magnesium dan potassium. Vitamin A dan vitamin C merupakan antioksidan yang kuat membolehkan ia memusnahkan radikal bebas dalam badan (molekul yang menyumbang kepada pembentukan penyakit kronik termasuklah kanser dan sakit kardiovaskular)

2. Mengurangkan tahap kolesterol
Ia menghalang kolesterol merbahaya dari melekat pada dinding saluran darah yang boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.

3. Kaya dengan serat dan memudahkan penghadaman
Untuk menjaga kesihatan usus, kita perlu mengambil makanan yang kaya dengan serat. Dengan 1 hidangan sahaja ia mampu memennuhi 1 per 4 dari pengambilan harian yang disyorkan. Jika anda baru sahaja menjalani rawatan antibiotik, pastikan anda makan betik atau minum jusnya, kerana buah tersebut mampu mengawal kesihatan usus anda selepas pengambilan antibiotik.  

Radang pada mulut

4. Mengandungi enzim unik yang mampu mengurangkan keradangan
Chymopapin dan papain adalah enzim protein untuk pencernaan yang mampu mengurangkan reaksi keradangan dalam badan. Dengan memakan betik yang kaya dengan vitamin C, ia mampu mengurangkan risiko untuk menghidapi arthritis (radang sendi).

5. Merangsang sistem imun anda
Vitamin A dan vitamin C, yang terdapat pada betik berfungsi untuk menguatkan sistem imun dan membantu melawan jangkitan. 

6. Mengandungi enzim anti-kanser
Antioksidan dalam betik merupakan agen melawan kanser. Ia mengurangkan risiko lelaki menghidap kanser prostat, terutamanya jika ia diambil bersama teh hijau. Ia juga mampu mencegah kanser dalam darah dan sum-sum tulang anda dengan menghentikan sel-sel daripada berlakunya pengoksidaan. Enzim papain boleh membantu melegakan kesan sampingan kemoterapi.


7. Melindungi penglihatan anda
Beta karotena dan vitamin A membantu untuk melindungi dan membaiki penglihatan. Selain itu, kajian yang diterbitkan oleh Archives of Ophthalmology telah menunjukkan bahawa makan buah-buahan juga boleh membantu mencegah penuaan.


 8. Mencegah pembentukan darah beku
Darah beku menyempitkan atau menyekat saluran darah, atau kadang-kadang ia boleh terlerai dan dibawa darah hingga ke jantung atau otak yang mana mampu menyebabkan serangan jantung atau strok. Betik mengandungi fibrin yang mampu mencegah pembekuan darah agar darah boleh mengalir dengan lancar. Jadi, pastikan anda memakan sepotong betik pada waktu pagi bersama sarapan atau jadikan ianya sebagai jus. 

9. Mengurangkan tahap tekanan
Memakan betik bukan sahaja mengenyangkan malah ia juga mampu membuatkan kita rasa lebih tenang. Vitamin C mampu mengawal aliran hormon yang menyebabkan tekanan dan membawa anda kembali ke keadaan yang stabil. 

10. Bagus untuk kulit
Pernahkah anda perasan bahawa betik selalu digunakan dalam produk kosmetik seperti krim, topeng muka dan pelembut rambut? Vitamin E yang terdapat pada betik dan beta karotena mencegah kerosakan sel melalui aktiviti antioksidan. Vitamin E juga membantu dalam penghasilan kolagen (bahan yang mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit). Beta karotena membantu dalam menghilangkan kedutan dan membuatkan anda kelihatan segar. 

Customer Hotline : 0389273330 / 0389273332
Website : www.farmashealth.com.my
Facebook : www.facebook.com/AprikotB17
Testimoni : https://www.youtube.com/watch?v=IlGWrD_wsBQ

Wednesday, March 11, 2015

Khasiat & Cara Menggunakan Bawang Putih Sebagai Ubat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bawang putih telah digunakan dalam bidang masakan dan perubatan selama beribu tahun. Terdapat banyak dakwaan tentang bawang putih yang digunakan sebagai penawar untuk pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, tahap kolesterol yang tinggi, sakit jantung, atherosclerosis, dan pelbagai penyakit kanser.

Mencegah Kanser


Kanser usus

Mengambil bawang putih pada setiap hari didapati boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser. Sesetengah orang menggunakan bawang putih untuk mencegah kanser usus besar, kanser rektum (dubur), kanser perut, kanser payudara, kanser prostat, kanser pundi kencing dan kanser paru-paru. Anda juga boleh menambah pemahaman terhadap keberkesanan bawang putih sebagai penawar kanser dengan membaca jurnal penyelidikan seperti Cancer Prevention Research.

Jangkitan Kulat di Kulit

Kurap (Athlete's Foot)

Beberapa penyelidikan telah melaporkan bahawa gel bawang putih yang disapukan pada kulit boleh merawat kulat, kegatalan dan kurap pada kaki.

Bersifat antiseptik

Jangkitan E.coli

Bawang putih memang terkenal dengan ciri-ciri antibakteria dan antivirus yang membantu mengawal bakteria, virus. kulat, yis dan jangkitan cacing. Terdapat beberapa bukti bahawa bawang putih segar dipercayai memainkan peranan penting dalam mencegah keracunan makanan dengan membunuh bakteria seperti E. coli, Salmonella enteritidis, dan lain-lain. Ia juga digunakan untuk membina sistem imun badan.

Pelindung Kardiovaskular

Atherosclerosis

Terdapat bukti tentang bawang putih mencegah sakit jantung dan pengerasan arteri (atherosclerosis), tetapi sesetengah kajian menunjukkan bahawa bawang putih, walaupun ia mampu mencegah sakit jantung dan pengerasan arteri, ia juga mampu membuatkan tekanan darah menjadi rendah. Bawang putih juga boleh mencairkan darah, sekaligus membantu mencegah serangan jantung dan strok dengan mencegah pembentukkan darah beku dalam badan. 

Selsema

Selsema

Terdapat bukti yang mengatakan pengambilan bawang putih boleh mengurangkan kekerapan dijangkiti selsema pada orang dewasa. Mereka yang mengambil bawang putih lebih kurang kekerapan untuk dijangkiti selsema berbanding mereka yang mengambil placebo (sejenis ubat),  dan sekiranya mereka yang mengambil bawang putih dijangkiti selsema, gejala tersebut berlalu pergi dengan lebih cepat berbanding  mereka yang mengambil placebo.

Penggunaan Bawang Putih

Di laman web University of Maryland Medical Center mencadangkan agar mengambil 2-4 gram bawang putih segar yang dicincang. Ia perlu dicincang atau dipotong untuk melepaskan allicin yang merupakan komponen aktif dalam bawang putih. 

Disarankan agar memakan bawang putih secara mentah, kerana jika kita memasak bawang putih, beberapa khasiat di dalamnya akan termusnah. Tetapi, memakan bawang putih bukanlah semudah yang dikatakan. Jadi kita disarankan untuk masak bawang putih (menumis) secara sederhana, tidak terlalu kering. Jangan gunakan microwave untuk memasak bawang putih kerana ia akan membunuh allicin dan kesan

Berikut adalah tip semasa memasak bawang putih untuk mengekalkan khasiat penyembuhan:

  • Hancurkan bawang putih dan tunggu 10 min sebelum memasak. Ia adalah untuk meningkatkan pembentukan allicin dan membuatkan ia lebih tahan terhadap haba panas. Kemudian masak di atas api kecil atau sederhana dalam tempoh yang singkat.
  • Jika anda ingin mengambil makanan tambahan yang mengandungi bawang putih, terdapat banyak produk yang dijual untuk tujuan perubatan. Jumlah allicin bergantung kepada kaedah penyediaan, dan tidak semua makanan tambahan tersebut mengandungi jumlah bahan-bahan aktif yang sama. Jadi, berhati-hatilah membaca label khasiat makanan.

Thursday, May 22, 2014

Episod 5 : Makanan Semulajadi Menentang Kanser



Makanan Semulajadi Menentang Kanser.


Episod 5 : Epal (Apple) - Baik untuk kanser payudara, kolon & kanser papru-paru.

Nantikan episod seterusnya esok! 

Maklumat lanjut, layari : http://www.farmashealth.com.my/

#apricon #aprikot #farmashealth #B17 #ubatkanser




Wednesday, November 20, 2013

KANSER PAYUDARA Vs TERAPI APRIKOT VITAMIN B17


                            

Percaya atau tidak, secara purata seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dalam hayat mereka. Ini bermakna, seramai hampir 700,000 kaum wanita di seluruh Malaysia berhadapan kemungkinan untuk dihantui gejala ini. Risiko tersebut paling tinggi menyerang kaum Cina, diikuti kaum India dan akhir sekali kaum Melayu dengan kadar masing-masingnya adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan, Kanser payudara telah menyumbang sebanyak 31 % kes kanser bagi golongan wanita yang telah didiagnosis pada tahun 2003.

           
Namun, perlu diingatkan bahawa kaum lelaki juga tidak terlepas dari bahana kanser payudara. Buktinya, pada tahun 2002 kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. Lebih memburukkan lagi keadaan, Dr. Nik Munirah Nik Mahdi yang merupakan Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berkata, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih merbahaya kerana sel kanser tersebut lebih aktif dan agresif berbanding sel kanser yang menyerang kaum wanita.

Faktor Penyumbang dan Langkah Pencegahan Kanser Payudara

Kanserpayudara berlaku apabila sel-sel dalam tisu payudara berkembang secara tidak terkawal. Jika dibiarkan berlarutan, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati. Para pengkaji percaya bahawa antara penyebab utama kanser payudara adalah faktor genetik, persekitaran serta cara hidup.  Selain daripada itu, terdapat banyak faktor sampingan yang lain yang perlu dititik-beratkan terutama oleh golongan wanita seperti:

·      Jantina (95% lebih tinggi menyerang kaum wanita)
·      Umur (lebih kerap berlaku pada lewat 40-an)
·      Jumlah anak (wanita yang tidak pernah melahirkan anak lebih berisiko)
·    Haid (wanita yang baligh sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun lebih terdedah)
·      Pemakanan (Pengambilan minuman beralkohol sangat berisiko)
·      Penyusuan (penyusuan bayi boleh merendahkan risiko)
·      Berat badan (golongan yang obesiti lebih berisiko tinggi)

Menurut Cancer Research UK, sebanyak 75 % kes kanser payudara boleh diubati jika dikesan pada peringkat permulaan fasa. Oleh itu, kaum wanita khususnya perlu peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku pada payudara mereka kerana ternyata pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Terdapat 4 kaedah yang digunakan untuk proses pengesanan. Proses tersebut termasuklah:

·      Pemeriksaan sendiri atau Breast Self-Examination (BSE), perlu dilakukan seawal usia 20 tahun.

·      Pemeriksaan yang lebih teliti oleh doktor dan petugas perubatan yang bertanggungjawab.

·      Mamografi bagi wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas.

Bagi mereka yang belum berumur 40 tahun, tetapi mengesyaki sesuatu yang ganjil, maka rawatan seperti biopsi, MRI dan ultrasound boleh dijalankan.

Terapi Pelengkap dan Terapi Alternatif untuk kanser

Mampukah saya bertahan untuk terus hidup? Persoalaan yang sering bermain difikiran dan semestinya mendatangkan tekanan kepada penderita kanser payudara. Namun tahukah anda bahawa di negara-negara maju seperti Eropah dan Amerika syarikat, pelbagai kaedah terapi pelengkap dan alternatif diwujudkan khusus untuk membantu pesakit-pesakit kanser.
Berdasarkan buku yang bertajuk “Understanding Cancer and Complementary Therapies” yang dihasilkan oleh Irish cancer Society, terapi pelengkap boleh digunakan seiring dengan kaedah rawatan konvensional. Ia bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan dan meredakan kesan sampingan yang yang dihadapi selepas rawatan konvensional dijalankan. Antara terapi yang dimaksudkan adalah seperti meditasi, aromaterapi, refleksologi, akupunktur, shiatsu, yoga, hipnoterapi dan visualisasi. Namun, terdapat sebahagian daripada penderita kanser lebih mempercayai bahan yang berasaskan alam semula jadi seperti herba-herba dan buah-buahan yang mengandungi agen anti-kanser. Ubatan alternatif sebegini memberikan lebih banyak pilihan kepada pesakit-pesakit kanser untuk memilih kaedah yang dirasakan selamat dan sesuai untuk mereka.
Vitamin B17 Sebagai Langkah Alternatif

Salah satu kaedah alternatif yang semakin berkembang pesat adalah dengan menggunakan Amygdalin atau Vitamin B17. Amygdalin terkenal mempunyai sifat anti-neoplastik yang kuat, iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser. Amygdalin diekstrak daripada teras biji aprikot dan ia boleh dikapsulkan, dijadikan tablet, atau diberikan dalam bentuk suntikan. Seiring dengan terapi Amygdalin, pesakit kanser harus menjaga pemakanan dengan menghapuskan daging, gula dan produk tenusu dalam diet semasa menjalani tempoh rawatan.

Amygdalin terdiri daripada dua molekul glukosa (gula), satu molekul asid hidrosianik (anti-neoplastik), dan satu molekul benzaldehyde (analgesik). Dalam terapi metabolik, amygdalin akan dipecahkan kepada komponen oleh tindakan enzim beta-glucosidase yang bayak terdapat dalam sel-sel kanser. Oleh yang demikian, sianida hanya akan dibebaskan jika terdapat sel kanser aktif dan seterusnya akan menyerang kembali sel kanser tersebut. Pembebasan sianida dalam keadaan terkawal akan memastikan dos yang sesuai supaya kesan toksik sianida terhalang. Selain itu, enzim rhodanese  yang wujud dalam kuantiti yang banyak dalam sel-sel normal juga membantu dalam proses detoksifikasi dengan menukarkan sianida bebas kepada sebatian tiosianat yang akan dikeluarkan melalui air kencing.

Pengambilan terapi Amygdalin ini telah disokong oleh Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, selaku penaung kepada produk Farmas Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM. Beliau mengakui teras biji aprikot mengandungi kandungan Amygdalin yang paling tinggi. Beliau juga menggalakkan pengambilan amygdalin yang telah diproses dan dikapsulkan mengikut piawaian kajian klinikal bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan lebih terjamin.

Salah seorang pengamal terapi Vitamin B17 yang bernama Pn. Khairul (56) merupakan penderita kanser payudara, Beliau mengambil aprikot  vitamin B17 sebagai rawatan alternatif kanser selama 2 tahun dan mendapati berlaku perubahan yang positif terhadap tahap kesihatan beliau. Benjolan yang terdapat pada payudara beliau semakin menyusut secara perlahan-lahan dan beransur hilang. Semasa menjalani terapi ini, beliau menjaga diet seharian dengan memperbanyakkan sayuran dan buah-buahan disamping mengelakkan pengambilan daging dan makanan laut.



Thursday, August 1, 2013

Khasiat strawberry


SIAPA yang mampu menolak apabila dihulurkan dengan buah berwarna kemerahan ini? Selain comel, buah yang kaya dengan pelbagai nutrisi ini adalah antara diet terbaik yang harus dimasukkan dalam diet seseorang.

Walaupun di Malaysia pokok strawberi bukanlah tumbuhan yang mudah hidup, tetapi bekalan dari tanah tinggi seperti Cameron Highlands sudah cukup untuk mempopularkan buah-buahan ini.

Rasanya yang sedikit masam manis, sesuai dijadikan jus, penghias kek, disalut bersama coklat atau dimakan segar begitu sahaja.

Tetapi adakah benar buah yang saiznya sebesar sedikit duit syiling 50 sen itu membekalkan khasiat yang baik untuk tubuh?

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat(USDA) mencadangkan kepada rakyat negara itu untuk menikmati sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan segar atau sayuran setiap hari, tetapi ramai yang tidak mampu mencapai standard itu.

Walaubagaimanapun, USDA mengakui strawberi adalah antara pengganti dan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.

"Strawberi boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam salad, minuman dan sebagainya. Dengan dua hingga tiga hidangan sehari ia adalah perisai terbaik untuk sistem imun tubuh.

"Gemarkan strawberi? Teruskanlah menikmatinya kerana anda tidak akan menyesal," ujar jurucakap USDA Hazel Brown.

Menurutnya, strawberi mengandungi pelbagai nutrien, dengan vitamin C mengetuai senarai utama kumpulan itu. Vitamin C yang tinggi dapat meningkatkan produksi hormon seks dan melancarkan aliran darah menuju ke organ seks. Vitamin C baik dimakan untuk menjaga kesihatan kulit.

Kandungan lain seperti antianemia dan komponen nutrisi juga baik untuk menjaga stamina tubuh.

Strawberi juga mengandungi fitonutrien dan antioksida yang berfungsi untuk melawan radikal bebas.
Antioksida ini dipercayai mempunyai kaitan menjadikan strawberi berwarna kemerah-merahan.

Persoalannya, bahayakah radikal bebas ini kepada tubuh?

Menerusi pelbagai kajian, radikal bebas ini menyumbang kepada pembentukan kepada pelbagai jenis kanser.

Selain vitamin C, strawberi juga menyediakan sumber vitamin K dan magnesium selain asid folik, potasium, riboflavin, vitamin B5, vitamin B6 dan asid lemak omega-3.

Jelas Brown lagi, strawberi adalah salah satu buah-buahan yang sangat versatil. Walaubagaimanapun, salah satu kelemahan strawberi adalah ia tidak mampu bertahan lama.

"Beli strawberi apabila anda ingin menikmatinya. Ia hanya bertahan antara tiga hingga lima hari.

"Malah, elakkan daripada membekukan strawberi jika niat anda untuk memanjangkan tempoh hayat buah itu. Ini kerana ia hanya akan menghilangkan keseluruhan nutrisi buah tersebut," katanya.

Selain daripada kegunaannya sebagai sumber makanan, strawberi bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Daunnya boleh direbus dan airnya digunakan untuk mencuci dan mengubat kudis dan luka-luka.

Daun yang telah direbus itu kemudiannya ditampal ke bahagian-bahagian yang luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.

Air rebusan daun strawberi juga berkesan untuk menjaga kesihatan mulut. Caranya adalah dengan berkumur menggunakan air rebusan itu. Ia bertujuan menguatkan untuk gusi dan gigi serta mengubati ulser dalam mulut.

Selain buah dan daunnya, jus strawberi yang biasanya dihidangkan sebagai minuman, juga mempunyai nilai tinggi dalam perubatan tradisional. Ia berkesan untuk mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga untuk membersihkan gigi.

Strawberi adalah sejenis buah yang hampir tidak dapat dicerna namun banyak mengandungi vitamin C (lebih banyak daripada oren). Wanita dewasa disarankan makan lima biji strawberi sehari

Tuesday, May 22, 2012

Khasiat Buah-buahan


Semua orang tahu buah-buahan mengandungi pelbagai berkhasiat.

Anggur/kismis mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.

Oren menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

Epal mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan antioksidan.

Kiwi membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolestreol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (seperti pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

Pear mempunyai antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.

Pisang mempunyai antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekaran darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan cirit-birit dan juga sembelit.

Pisang kaki menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

Mangga adalah antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.

Sumber: Berita Harian