Apricon Farmas Health: merawat kanser Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label merawat kanser. Show all posts
Showing posts with label merawat kanser. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

Episod 3 : Makanan Semulajadi Menentang Kanser



Makanan Semulajadi Menentang Kanser.

Episod 3 : Lobak Merah (carrot) - Baik untuk kanser paru-paru, kerongkong, mulut, perut, pundi kencing, prostat & kanser payudara.

Nantikan episod seterusnya esok! 

Info lanjut layari : http://farmashealth.blogspot.com/

#B17 #Apricon #ubatkanser #farmashealth #kanser#healthyfood

Tuesday, May 20, 2014

Episod 2 : Makanan Semulajadi Menentang Kanser


Makanan Semulajadi Menentang Kanser.

Episod 2 : Brokoli (Broccoli) - Baik untuk kanser payudra, hati, paru-paru, prostat, kulit, perut & kanser pundi kencing.

Nantikan episod seterusnya esok! 

Healthy Cooking: How to Cook Broccoli #B17 #Apricon#ubatkanser #farmashealth #kanser #healthyfood

Wednesday, November 20, 2013

KANSER PAYUDARA Vs TERAPI APRIKOT VITAMIN B17


                            

Percaya atau tidak, secara purata seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dalam hayat mereka. Ini bermakna, seramai hampir 700,000 kaum wanita di seluruh Malaysia berhadapan kemungkinan untuk dihantui gejala ini. Risiko tersebut paling tinggi menyerang kaum Cina, diikuti kaum India dan akhir sekali kaum Melayu dengan kadar masing-masingnya adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan, Kanser payudara telah menyumbang sebanyak 31 % kes kanser bagi golongan wanita yang telah didiagnosis pada tahun 2003.

           
Namun, perlu diingatkan bahawa kaum lelaki juga tidak terlepas dari bahana kanser payudara. Buktinya, pada tahun 2002 kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. Lebih memburukkan lagi keadaan, Dr. Nik Munirah Nik Mahdi yang merupakan Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berkata, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih merbahaya kerana sel kanser tersebut lebih aktif dan agresif berbanding sel kanser yang menyerang kaum wanita.

Faktor Penyumbang dan Langkah Pencegahan Kanser Payudara

Kanserpayudara berlaku apabila sel-sel dalam tisu payudara berkembang secara tidak terkawal. Jika dibiarkan berlarutan, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati. Para pengkaji percaya bahawa antara penyebab utama kanser payudara adalah faktor genetik, persekitaran serta cara hidup.  Selain daripada itu, terdapat banyak faktor sampingan yang lain yang perlu dititik-beratkan terutama oleh golongan wanita seperti:

·      Jantina (95% lebih tinggi menyerang kaum wanita)
·      Umur (lebih kerap berlaku pada lewat 40-an)
·      Jumlah anak (wanita yang tidak pernah melahirkan anak lebih berisiko)
·    Haid (wanita yang baligh sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun lebih terdedah)
·      Pemakanan (Pengambilan minuman beralkohol sangat berisiko)
·      Penyusuan (penyusuan bayi boleh merendahkan risiko)
·      Berat badan (golongan yang obesiti lebih berisiko tinggi)

Menurut Cancer Research UK, sebanyak 75 % kes kanser payudara boleh diubati jika dikesan pada peringkat permulaan fasa. Oleh itu, kaum wanita khususnya perlu peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku pada payudara mereka kerana ternyata pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Terdapat 4 kaedah yang digunakan untuk proses pengesanan. Proses tersebut termasuklah:

·      Pemeriksaan sendiri atau Breast Self-Examination (BSE), perlu dilakukan seawal usia 20 tahun.

·      Pemeriksaan yang lebih teliti oleh doktor dan petugas perubatan yang bertanggungjawab.

·      Mamografi bagi wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas.

Bagi mereka yang belum berumur 40 tahun, tetapi mengesyaki sesuatu yang ganjil, maka rawatan seperti biopsi, MRI dan ultrasound boleh dijalankan.

Terapi Pelengkap dan Terapi Alternatif untuk kanser

Mampukah saya bertahan untuk terus hidup? Persoalaan yang sering bermain difikiran dan semestinya mendatangkan tekanan kepada penderita kanser payudara. Namun tahukah anda bahawa di negara-negara maju seperti Eropah dan Amerika syarikat, pelbagai kaedah terapi pelengkap dan alternatif diwujudkan khusus untuk membantu pesakit-pesakit kanser.
Berdasarkan buku yang bertajuk “Understanding Cancer and Complementary Therapies” yang dihasilkan oleh Irish cancer Society, terapi pelengkap boleh digunakan seiring dengan kaedah rawatan konvensional. Ia bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan dan meredakan kesan sampingan yang yang dihadapi selepas rawatan konvensional dijalankan. Antara terapi yang dimaksudkan adalah seperti meditasi, aromaterapi, refleksologi, akupunktur, shiatsu, yoga, hipnoterapi dan visualisasi. Namun, terdapat sebahagian daripada penderita kanser lebih mempercayai bahan yang berasaskan alam semula jadi seperti herba-herba dan buah-buahan yang mengandungi agen anti-kanser. Ubatan alternatif sebegini memberikan lebih banyak pilihan kepada pesakit-pesakit kanser untuk memilih kaedah yang dirasakan selamat dan sesuai untuk mereka.
Vitamin B17 Sebagai Langkah Alternatif

Salah satu kaedah alternatif yang semakin berkembang pesat adalah dengan menggunakan Amygdalin atau Vitamin B17. Amygdalin terkenal mempunyai sifat anti-neoplastik yang kuat, iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser. Amygdalin diekstrak daripada teras biji aprikot dan ia boleh dikapsulkan, dijadikan tablet, atau diberikan dalam bentuk suntikan. Seiring dengan terapi Amygdalin, pesakit kanser harus menjaga pemakanan dengan menghapuskan daging, gula dan produk tenusu dalam diet semasa menjalani tempoh rawatan.

Amygdalin terdiri daripada dua molekul glukosa (gula), satu molekul asid hidrosianik (anti-neoplastik), dan satu molekul benzaldehyde (analgesik). Dalam terapi metabolik, amygdalin akan dipecahkan kepada komponen oleh tindakan enzim beta-glucosidase yang bayak terdapat dalam sel-sel kanser. Oleh yang demikian, sianida hanya akan dibebaskan jika terdapat sel kanser aktif dan seterusnya akan menyerang kembali sel kanser tersebut. Pembebasan sianida dalam keadaan terkawal akan memastikan dos yang sesuai supaya kesan toksik sianida terhalang. Selain itu, enzim rhodanese  yang wujud dalam kuantiti yang banyak dalam sel-sel normal juga membantu dalam proses detoksifikasi dengan menukarkan sianida bebas kepada sebatian tiosianat yang akan dikeluarkan melalui air kencing.

Pengambilan terapi Amygdalin ini telah disokong oleh Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, selaku penaung kepada produk Farmas Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM. Beliau mengakui teras biji aprikot mengandungi kandungan Amygdalin yang paling tinggi. Beliau juga menggalakkan pengambilan amygdalin yang telah diproses dan dikapsulkan mengikut piawaian kajian klinikal bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan lebih terjamin.

Salah seorang pengamal terapi Vitamin B17 yang bernama Pn. Khairul (56) merupakan penderita kanser payudara, Beliau mengambil aprikot  vitamin B17 sebagai rawatan alternatif kanser selama 2 tahun dan mendapati berlaku perubahan yang positif terhadap tahap kesihatan beliau. Benjolan yang terdapat pada payudara beliau semakin menyusut secara perlahan-lahan dan beransur hilang. Semasa menjalani terapi ini, beliau menjaga diet seharian dengan memperbanyakkan sayuran dan buah-buahan disamping mengelakkan pengambilan daging dan makanan laut.



Monday, September 30, 2013

Amalan Diet ANTI-KANSER dengan APRIKOT VITAMIN B17

Diet seharian kita terdiri daripada karbohidrat seperti nasi, mi dan roti, buah-buahan dan sayuran, protein seperti daging dan ikan, produk tenusu serta lemak. Pola pemakanan seharian seseorang individu boleh memberi impak yang besar terhadap tahap kesihatan individu tersebut. Menurut kajian Dana Penyelidikan Kanser Dunia, dianggarkan sebanyak 30-40 % risiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser boleh dicegah melalui diet yang sihat. Di Malaysia, kebanyakkan kita mempunyai corak pemakanan yang mempunyai kandungan karbohidrat dan lemak yang tinggi, tetapi kurang mengambil sayuran dan buah-buahan. Corak pemakanan sebegini akan menyumbang kepada pelbagai gejala penyakit termasuklah kanser.

KELAS MAKANAN DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

1.      Karbohidrat

Karbohidrat sering dinilai melalui bacaan indeks glisemik (G.I). G.I adalah ukurun berapa pantas 50g karbohidrat tersebut akan meningkatkan paras glukosa dalam darah. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Bingham pada tahun 1987, semakin tinggi nilai G.I, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan untuk membantu mengangkut glukosa ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali secara mendadak dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa. Otak akan menghantar isyarat bahawa badan kekurangan tenaga dan faktor ini mendorong kita untuk makan lebih banyak.

Antara makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi adalah seperti gula (105), nasi lemak (90), teh tarik (79), nasi putih (72) dan roti canai (71). Makanan dengan G.I yang tinggi ini jika di ambil secara berlebihan akan merosakkan metabolisme glukosa dalam badan dan akhirnya akan menyumbang kepada diabetes. Kajian-kajian oleh penyelidik luar seperti Colangelo, Coughlin dan rakan-rakan pada tahun 1997-2004 telah mendapati pesakit diabetes mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat kanser usus, kolorektal serta pankerias. Oleh itu makanan yang mempunyai nilai G.I yang tinggi perlu dihindari khususnya bagi pesakit diabetes bagi mengurangkan risiko untuk mendapat kanser.

2.      Lemak



Walaupun tiada perkaitan langsung di antara pengambilan makanan berlemak dan kanser, namun diet yang tinggi lemak boleh menyebabkan obesiti yang merupakan faktor penyumbang kepada beberapa jenis kanser seperti kanser usus, perut, pankerias dan kolorektal. Melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Eugenia E. Calle dan rakannya pada tahun 1998, kadar kematian yang tinggi telah dicatatkan bagi pesakit kanser yang mempunyai masalah obesiti berbanding pesakit kanser yang mempunyai berat badan yang normal. Pengambilan lemak yang berlebihan turut meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara, serviks, ovari dan prostat kerana lemak yang berlebihan akan mengganggu keseimbangan hormon pembiakan dalam badan. Oleh itu, pengambilan lemak tepu yang biasanya terdapat di dalam daging dan bahan tenusu perlu dikurangkan dan boleh digantikan dengan lemak tak tepu seperti kacang, avocado, buah zaitun dan bijian.


3.      Protein (daging merah)

Pada tahun 2003, terdapat 26 kajian telah dilaporan di dalam laman web MEDLINE yang membincangkan mengenai perkaitan di antara diet dan kanser usus serta kolorektal. Daripada 26 laporan tersebut, 21 daripadanya menyokong bahawa terdapat perkaitan positif di antara diet daging merah dengan kanser usus dan kolorektal. Menurut kajian Brockton pada tahun 2000, risiko untuk mendapat kanser usus adalah 35 % lebih tinggi dengan pengambilan diet daging proses seperti sosej, nuget, dan daging burger berbanding daging merah yang belum diproses. Oleh itu, pengambilan daging yang telah diproses dan daging merah perlu dihadkan dan boleh digantikan dengan daging ayam, ikan dan kekacang seperti kacang dal dan kacang kuda yang lebih selamat.

4.      Buah-buahan dan sayuran

Menurut kajian Gladys Block dan rakannya, pada era 1990-an, masyarakat dunia mula mempunyai kesedaran untuk meningkatkan pengambilan sayuran dan buah-buahan kerana percaya ianya akan mengurangkan risiko untuk mendapat kanser. Masyarakat yang kurang makan sayuran dan buah-buahan akan menghadapi 2 kali ganda risiko untuk diserang kanser termasuklah kanser paru-paru. Perkara ini turut dibuktikan oleh Institut Penyelidikan Kanser Amerika di mana dengan peningkatan diet buah-buahan dan sayuran akan menurunkan sebanyak 20-33 % kadar risiko mendapat kanser paru-paru termasuk golongan perokok. Rahsianya adalah kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan kandungan fitokimia yang bersifat pelindung seperti isoflavone, lycopene, selenium, flavanoids, Beta-carotene, vitamin dan lain-lain.

SIGNIFIKASI PENGAMBILAN VITAMIN B17 KEPADA BADAN KITA

Ramai di kalangan kita menggemari buah-buahan kerana rasanya yang enak dan paling penting merupakan sumber vitamin dan serat yang utama. Vitamin amat diperlukan untuk membantu dalam proses perkembangan sel, bertindak sebagai agen anti-oksida serta meningkatkan rintangan badan terhadap penyakit. Salah satu vitamin yang kita perlukan adalah Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai Amygdalin dan Laetrile. Vitamin B17 telah dibuktikan secara saintifik mempunyai sifat anti-kanser dan anti-tumor oleh Dr. Ernesto Rodriguez dari Hospital Oasis of Hope di Mexico. Menurut laporan yang dibuat oleh Dr. Dean Burks, seorang pakar kanser Jerman, Vitamin B17 juga boleh bertindak sebagai anti-neoplastik iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser.

Apabila Vitamin B17 masuk ke dalam badan kita, ia akan terurai kepada elemen sianida dan bezaldehyde oleh enzim Beta-glucosidase yang terdapat pada sel-sel kanser. Kedua-dua elemen ini seterusnya akan menyerang dan membunuh sel-sel kanser tersebut. Lebihan B17 akan ditukarkan kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang dihasilkan oleh sel-sel normal dalam badan kita. Vitamin B17 sering ditemui dalam kuantiti yang tinggi pada bahagian biji dan teras kebanyakkan buah, terutamanya aprikot, epal, beri, pear, prun dan pic. Namun, kebanyakkan antara kita akan membuang biji dan hanya makan isi buah sahaja. Ini  menyebabkan berlaku pengurangan kadar vitamin B17 dalam diet seharian kita Penaung kepada produk Farmas Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM, Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mempunyai kandungan Vitamin B17 yang tinggi dan dapat membantu dalam mencegah dan merawat kanser. Beliau juga menggalak-kan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan mengikut piawaian teknologi farmaseutikal melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ini amat penting bagi memastikan biji aprikot tersebut tidak terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas yang boleh menyebabkan keracunan kepada pengguna. Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa juga mengakui Aprikot kaya dengan B17 yang mampu merencatkan sel ab-normal dan seterus-nya mengekalkan perkembangan sel-sel yang sihat. Keberkesanan Vitamin B17 turut dirasai oleh salah seorang pesakit kanser iaitu Pn. Safiah. Beliau telah disahkan menghidap kanser usus pada tahun 2008 dan telah menjalani kemoterapi. Semasa menjalani kemoterapi, beliau juga turut mengamalkan vitamin B17. Beliau mendapati masalah sembelit semasa membuang air besar semakin berkurang dan badan terasa lebih bertenaga walaupun setelah menjalani kemoterapi.


Dapatkan Produk Anti Kanser B17 Apricon Farmashealth melalui stokis & farmasi berhampiran anda...

Rencana ini disediakan & ditaja oleh : TK FARMAS SOLUTION & INDUSTRIES

Artikel Keluaran Harian Metro 29/09/2013

APRICON : TANPA KIMOTERAPI, TANPA RADIASI & TANPA PEMBEDAHAN.

APAKAH KANSER?

Penyakit kanser merupakan pembunuh kedua di dunia, dianggarkan 1:5 kaum lelaki dan 1: 10 kaum perempuan akan mati sebab penyakit kanser. Seramai 350,000 orang akan mati akibat kanser setiap tahun, 1:4 manusia akan memberikan kesan positif terhadap penyakit ini. Dengan kata lain, seramai 50 juta org akan mengidap kanser di Amerika Syarikat. Kanser payudara adalah kanser paling tinggi hampir di semua pelosok dunia. Variasi ini dikatakan berpunca daripada perbezaan dalam saiz badan, diet, revolusi reproduktif  seperti umur haid bermula, bilangan anak, umur melahirkan anak pertama, dan umur pada putus haid. Insiden juga bergantung pada bangsa, lebih tinggi di kalangan wanita berkulit putih berbanding wanita kulit hitam,mereka yang keturunan Sepanyol dan orang Asia di Amerika Syarikat.  
PROSES METASTASIS

Sel-sel kanser ini disifatkan sebagai abnormal sel kerana proses gandaan atau pertumbuhan sel berlaku secara tidak terkawal dalam tubuh manusia.  Sebaliknya sel yang normal dalam tubuh manusia berganda secara lebih kerap bermula dari awal pembentukan tubuh manusia. Apabila meningkat usia dewasa, sel- sel ini akan berfungsi bagi menggantikan sel-sel yang telah mati dan merawat luka. Sel-sel kanser akan tetap berganda secara melampau dan fenomena ini akan membentuk tumor, dan akan menjelajah organ-organ dalam tubuh, seterusnya mengambil alih fungsi dan tugas sel-sel biasa serta membunuh tisu-tisu tubuh badan. Proses ini dikenali sebagai metastasis, dimana sel-sel kanser akan memasuki sel-sel darah termasuk saluran limpa.
Sebagai contoh, apabila sel kanser merebak ke hati, namun sel tersebut masih dipanggil sel kanser, walaupon tumor tersebut telah di buang secara pembedahan atau sebagainya.

BAGAIMANA KANSER TERBENTUK
Sel-sel ini terbentuk kerana berlaku kerosakan pada DNA tubuh manusia, DNA merupakan bahan paling mustahak dalam sel-sel kita yang bertindak sebagai ketua dan monitor sel-sel lain agar tahu menjalankan fungsi masing-masing. Jikalau DNA rosak sel-sel tubuh badan secara semulajadi boleh membaikinya tetapi DNA dalam sel-sel kanser tidak boleh diperbaiki. Kerosakan DNA berlaku daripada tekanan hidup dan cara kehidupan ynag tidak sihat. Kebanyakan sel-sel kanser menghasilkan tumor, tetapi ada yang sebaliknya seperti leukemia yang menggunakan darah dan organ-organ yang membina darah sebagai pengangkutan.

Kita tahu bahawa penyakit kanser tidak berjangkit kerana ia bermula di dalam sistem dan hanya melibatkan organ-organ dalaman tubuh badan. Sel kanser di kenali sebagai abnormal cell kerana menghasilkan sel yang berganda secara tidak terkawal. Ia diklasifikasikan sebagai penyakit Chronic metabolic dimana definisi kronik yang datang dari pengaruh nutrisi diet seseorang individu dan bukan daripada virus luar. Sistem imunisasi dalam badan manusia berfungsi secara unik yang bertindak menghapuskan semua objek yang tak dikehendaki, berbahaya dan tak berguna Penyakit kanser sahaja disifatkan sebagai penyakit fizikal malah ianya juga merupakan penyakit minda dan rohani. Sikap-sikap negatif seperti berada dalam keadaan marah, tekanan dan kelakuan jahat menyebabkan tubuh badan berada dalam keadaan metabolik berasid. Amalan gaya hidup sihat seperti bertolak ansur, kasih sayang, dan harmoni boleh sama sekali menghapuskan sel-sel kanser. Sel-sel kanser ini tidak boleh hidup dalam suasana yang penuh dengan oksigen. Senaman yang kerap dan pernafasan yang sempurna boleh membantu pengaliran darah yang penuh dengan oksigen pada peringkat selular tubuh badan. Oksigen terapi merupakan satu kaedah rawatan anti kanser serta meningkatkan kesihatan tubuh badan.

PUAK HUNZA

 Dr. Ernest T. Krebs Jr,  mendakwa penyakit kanser sama seperti penyakit skurvi atau pellagra, iaitu sejenis penyakit kekurangan nutrisi badan iaitu kimia nutrisi jenis nitrilosides atau B17.  Contohnya, orang Eskimo dan Hunza mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat, seperti amalan memakan apricot, beri bebas dari tekanan hidup,  bebas alcohol dan, pencemaran udara. Puak Hunza mempunyai diet nutrisi 200 x lebih tinggi berbanding diet penduduk di Amerika Syarikat dimana kadar riwayat hidup hidup mereka mencecah sehingga 100 hingga 120 tahun.  Elemen atau komponen ini adalah oksigen, nutrisi, enzim, mineral, asid, asid amino dan lain-lain bahan kimia semulajadi yang boleh diperolehi dari diet atau makanan seharian.

                                            Bagaimana B17 Melawan Kanser”  atau “B17 VS KANSER”.

Amygdalin atau Vitamin B17 merupakan agen kimoterapi semulajadi dalam mengubati penyakit kanser. Menurut pakar kanser Ohio, USA, Dr . Philip E . Binzel , Jr.  Cancer Specialist of Ohio , USA B17 ialah elemen semulajadi yang terdapat dalam kandungan makanan nitrilosides yang mampu memusnahkan sel-sel kanser, dan menghasilkan sel-sel yang baik pada masa yang sama. Vitamin B17 atau nitrilosides mengandungi beberapa elemen. Berdasarkan rajah di bawah, B17 terdiri dari 2 gula, benzaldehyde, cyanide. Kedua-dua benzaldehyde dan cynide boleh membunuh manusia dalam dos yang kecil, tetapi empat elemen ini terkunci ketat dan menjadikan ia tidak merbahaya.

Tubuh badan kita juga mempunyai enzim yang dinamakan rhidanese, ia berfungsi menukarkan elemen cyanide dari vitamin B17 yang berlebihan kepada elemen yang positif untuk kesihatan tubuh badan. Kesimpulannya, vitamin B17 mempunyai elemen sel-sel yang membunuh kanser dan menyihatkan tubuh badan. Inilah sesuatu bahan semulajadi yang boleh didapati pada tumbuh-tumbuhan, bijirin dan buah-buahan.

Pengambilan Vitamin B17 dalam diet seseorang individu terutamanya pesakit kanser amat penting kerana keberkesanannya melawan kanser. Elemen dalam B17 yang dikenali sebagai cynide boleh membunuh seseorang manusia dewasa begitu juga dengan BZD adalah toksin yang juga dapat membunuh walaupun dalam dos yang kecil. Jika dua elemen ini disatukan, toksifikasinya seratus kali lebih toksin kepada tubuh badan manusia tetapi empat elemen ini terkunci ketat dan hanya enzim beta-glucosidase yang dapat membuka sel ini iaitu sel kenser. Ini bermakna apabila nitrilocide atau laetrile meliputi sel kanser secara semulajadi cyniade dan benzadahyde akan diasingkan lalu membunuh sel-sel kenser dan enzim rodanese dalam tubuh kita ini akan menukarkan kepada elemen yang positif untuk kesihatan sel-sel tubuh badan.


 Vitamin B17  Penawar semulajadi ini mempunyai konsentrasi yang tinggi pada  biji buah apricot, yang berpotensi sebanyak 95% keberkesanan untuk mengubati kanser. Kernels aprikot merupakan kumpulan Nut dan seed (kekacang dan bijirin) yang mengandungi khasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Bitter Apricot. Dalam bahasa nutrient, biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, (vitamin B17). Vitamin B17 mempunyai kandungan vitamin B17 paling tinggi di dunia, terdiri daripada 2 bahagian glukosa, 1 hidrogen Sianida dan satu bahagian benzaldehyde  ( pelali tahan sakit). Hasil kajian ahli sains dan ahli biokimia tentang B17 telah dibukukan dan dirakam dalam bentuk DVD bertajuk world without cancer, oleh G. Edward Griffin dan “Alive and Well”; One Doctor’s Experience with Nutrition in the Treatment of Cancer Patients. Berdasarkan fakta tersebut, badan manusia memerlukan beberapa enzim bagi tubuh melaksanakan tugasan mereka. Salah satu enzim yang berfungsi sebagai menyahtoksin dikenali sebagai rhodanese,yang boleh didapati dalam tubuh kita dengan kuantiti yang banyak, tetapi sel ini tidak terdapat pada sel kanser.

EDWARD GRIFFIN




SESI SOAL JAWAB

1)       Apakah nasihat/cadangan/ saranan pengambilan dos-dos vitamin B17 untuk 1 hari sebagai langkah pencegahan kanser.
Terdapat 2 cadangan pengambilan vitamin B17, untuk keperluan minimum harian bagi pencegahan kanser.  Pertama makan semua buah-buahan yang terdiri dari jenis vitamin B17 termasuk biji buah tersebut sebagai contoh apabila kita makan tiga biji epal dalam satu hari maka biji-biji dalam epal tersebut sudah memadai bagi membekalkan vitamin B17 tetapi bukannya memakan biji itu semata-mata. Cara yang kedua bagi pengambilan B17 bergantung kepada kadar metabolisma dan diet seseorang individu. Sebagai contoh individu yang mempunyai berat 170LB disarankan memakan 17biji atau kernel apricot dalam satu hari. Selain itu dua atau tiga tablet vitamin B17 ( 100mg) juga merupakan kadar yang sesuai sebagai makanan tambahan (supplement) untuk 1 hari. Namun makanan semulajadi tersebut mesti lah diambil mengikut jumlah biologi yang sesuai tidak melebihi 30-35 kernel dalam masa 1 hari. Pengambilan biji-biji kernel yang berlebihan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini
2)       Apakah perbezaan diantara biji apricot dan B17 100mg tablet sebagai langkah pengcegahan. Yang manakah lebih efesyen atau perlu diambil kedua-duanya ?
Bedasarkan kajian yang dijalankan vitamen B17 yang berbentuk semulajadi dan bersifat bahan mentah seperti biji buah apricot adalah lebih baik berbanding B17 yang telah dibersihkan dan berbentuk serbuk yang dikapsulkan. Beggitu juga vitamin C semulajadi seperti oren dan anggur adalah lebih baik dari pil. Namun perbezaan yang jelas antara bentuk vitamin semulajadi dan tablet ialah vitamin dalam bentuk tablet atau kapsul lebih mudah pengurusan komersialnya, mudah , cepat dan sistematik. Sesetengah org mempunyai tidak suka kerana rasa biji atau kernel itu pahit, oleh itu penggunaan kapsul memudahkan seseorang itu makan vitamin tersebut.  Pesakit kanser juga boleh memakan vitamin B17 dalam apa jua bentuk sekali pun sama ada dalam bentuk semulajadi atau tablet .Tetapi bagi pesakit kanser, mereka disarankan agar memakan Vitamin B17 yang berbentuk kapsul sebagai sumber vitamin tambahan kerana mustahil bagi vitamin B17 yang terdapat dalam buah-buahan semata untuk mengawal sel-sel kanser dalam tubuh. Tetapi jika pengambilan B17 yang berlebihan dan tidak bersesuaian dengan keperluan tubuh boleh menyebabkan kesan negative kepada manusia.
3)       Apakah dos yang sesuai bagi  pengambilan B17, dan berapa lamakah tempoh pengambilan vitamin tersebut?
Bagi pesakit kanser, mereka perlulah mengambil Vitamin B17 dengan kadar maksimum dalam tempoh masa  terdekat. Elemen yang terdapat dalam vitamin B17 adalah program yang lengkap bagi melengkapkan terapi yang sempurna. Vitamin B17 yang larut dalam air dan tidak beracun. Sesetengah orang yang mengambil vitamin 17 pada dos yang tinggi pada satu masa boleh menyebabkan mual. Sekiranya keadaan ini berlaku, ubah cara pengambil dos tersebut dengan mengurangkan jumlah tablet vitamin B17 tetapi lebih kerap sepanjang hari. Untuk pesakit kanser, anda boleh mengambil antara 6 hingga 10 daripada tablet 500 milligram sehari untuk 21 pertama sampai 30 hari. Jika pesakit mendapati pengambilan vitamin tersebut menyebabkan pesakit sakit maka kurangkan pengambilan tersebut dan memakan separuh sahaja untuk sekali makan. Pastikan anda makan sebelum anda makan vitamin tersebut. Selepas 21-31 hari berikutnya dos yang sesuai adalah 4-6 tablet sehari dalam tempoh 3bulan berikutnya.
4)       Bolehkah pesakit kanser yang dijadualkan menjalani pembedahan kimoterapi, radiasi pada masa yang sama mengambil vitamin B17 ?
Kanser ialah penyakit kronik metabolic dimana satu cara memulihkan sistem metabolic tersebut  ialah melalui kaedah diet yang sesuai dan sempurna.  Terapi metabolik mampu mengenal pasti kekurangan nutrien dan mengukuhkan sistem imunisasi badan untuk merawat kanser. Menurut pakar-pakar metabolic mereka bersependapat bahawa metabolic terapi sangat penting bagi memulihkan badan dan melawan kanser. Ini kerana, rawatan kimoterapi, pembedahan, radiasi, merupakan salah satu cara membunuh kanser secara umum, secara tidak langsung menyebabkan kerosakan organ-organ dalam tubuh dan sistem pertahanan. Seeloknya pesakit hendaklah merujuk kepada doktor terlebih dahulu mengenai kadar rawatan tersebut seperti tahap keberkesanan bagi penyakit yang mereka hidapi. Ini penting bagi memastikan rawatan tersebut samada menolong atau memudaratkan berbanding penyakit yang tersendiri. Rawatan melalui vitamin B17 berpotensi membantu dan tidak akan didatangkan kecerderaan atau membahayakan namun rawatan ini tidak mampu untuk membaiki kerosakan yang berlaku akibat proses rawatan radiasi kimoterapi dan kanser itu sendiri. Secara ringkasnya rawatan vitamin B17 ini sesuai untuk semua tanpa mengira peringkat penyakit tersebut
5)       Apakah tahap keberkesanan bagi jenis-jenis penyakit kanser?
Tahap keberkesanan rawatan untuk jenis-jenis kanser bergantung kepada tahap atau peringkat penyakit itu sendiri dan tahap kerosakan yang berlaku pada organ-organ kesan dari rawatan-rawatan moden seperti kimoterapi, radiasi dan pembedahan. Bagi pengidap kanser yang baru penting bagi mereka untuk memulakan rawatan metabolic terapi secara segera. Bedasarkan laporan di US sebanyak 98% kadar keberkesanan bagi kes-kes baru (bebas dari rawatan kimoterapi dan radiasi). Tetapi bagi pesakit yang pernah terdedah dan mendapatkan ketiga rawatan moden tersebut, jadi dalam konteks ini, ia akan bergantung sejauh mana kanser itu telah merebak, dan kadar kerosakan yang berlaku pada otgan manusa kesan dari rawatan tersebut. Terapi ini penting bagi membaiki kekurangan nutrisi pada tubuh badan sehingga membenarkan sel-sel kanser mengawal dan bermaharajalela dalam tubuh kita.
Penting bagi pesakit mengethaui tahap atau peringkat keberkesanan rawatan kimoterapi, radiasi, atau pembedahan untuk jenis khusus kanser. Hal ini penting untuk mengetahui terlebih dahulu apakah rawatan ini benar-benar akan membantu atau menyakitkan anda. Terdapat beberapa kes dimana rawatan tersebut menjadi lebih buruk daripada penyakit itu sendiri. Jika anda akan menjalani pembedahan, biopsi, di mana sel-sel kanser akan terganggu, maka vitamin B-17 sangat penting membunuh sel kanser yang bebas.
Vitamin B-17 terapi metabolik akan masuk ke dalam tubuh untuk membantu sistem imunisasi tubuh untuk melawan kanser.  Kadang-kadang kimoterapi atau radiasi yang berlebihan, menyebabkan kerosakan pada organ yang tidak boleh dibaiki. Ringkasnya, semua pesakit di setiap tahap boleh mendapatkan rawatan metabolic.
6)       Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk melihat hasil vitamin B17 dan tempoh yang diperlukan untuk membuang sel-sel kanser dari tubuh pengidap kanser?
Terdapat dua jenis hasil atau kesan setelah menjalani rawatan metabolik terapi. Kesan pertama dikenali sebagai subjektif, dimana pesakit dapat merasa serta merta kesan setelah bermulanya rawatan. Ini termasuklah mengurangkan rasa sakit, meningkatkan kesedaran kesihatan, meningkatkan selera makan, tenaga, berat dan otot. Kesan kedua ialah kesan objektif iaitu rawatan ini membantu meningkatkan sel- sel yang baik dalam darah, membaiki tisu-tisu badan mengecutkan tumor dan seluruh kerosakan simptom-simptom penyakit kanser. Kesimpulanya kesan objektif mengambil masa 3 hingga 4 bulan. Jumlah masa yang diperlukan untuk mempertingkatkan tindakbalas yang maksima ialah 4 bulan hingga 1 tahun kerana kita sedia maklum bahawa sel kanser merebak sangat pantas. Kanser kulit merupakan kategori kanser yang merebak paling cepat, diikuti kanser tulang dan kanser otak.  Ini kerana vitamin mengambil masa yang sangat lama untuk meresap ke dalam tubuh. Dalam masa 1 minggu, kita boleh melihat beberapa perubahan yang manakala perubahan yang ketara berlaku pada kurang dari 3 minggu. Sel-sel kanser yang bahaya ini mengambil masa selama beberapa minggu untuk menyurut atau mengecil. Dalam beberapa kes, rawatan alternatif ini terhadap kanser servik menunjukkan tindak balas yang baik dan mampu memulihkan pesakit dalam tempoh kurang dari tiga minggu.
7)       Kenapakah pakar-pakar perubatan tidak menggunakan Vitamin B17 sebagai punca rawatan kanser?
Sebuah buku yang ditulis oleh G.Edward Griffin, bertajuk “The Politics of Cancer Theraphy” menunjukkan satu bukti penipuan besar, ketidakjujuran dan penyalahgunaan kuasa dalam bidang kajian perubatan. Ini kerana, terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa laetrile atau B17 sebagai tiada nilai kepada rawatan anti kanser.  Para pelajar perubatan di institiusi-institusi diajar dan diberi latihan yang berunsurkan rawatan moden, (drug-oriented training) dan menggunakan dasar-dasar kemanusiaan untuk mengawal dan mempengaruhi institusi-institusi pendidikan. Selain itu, para doktor juga dipaksa untuk mengguna cara rawatan moden sahaja seperti kimoterapi, radiasi dan pembedahan bagi mengubati kanser, walaupun cara rawatan tersebut tidak efektif. Mereka hanya diajar untuk mengubati simptom-simptom, tanpa menfokuskan punca-punca penyebab kanser. Itulah kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam dunia perubatan sekarang apabila duit menjadi taruhan antara nyawa manusia.
8)        Bolehkah saya mengambil B17 bersama dengan ubat-ubatan lain (Diabetes, kolesterol, darah tinggi, tekanan darah tinggi, dll)?
Terapi metabolik membantu merawat seluruh tubuh, dan bukan hanya penyakit tertentu. Jadi pengambilan B17 bersama dengan ubat diatas dibolehkan, anda boleh menjalani terapi metabolik tanpa mengganggu fungsi  atau peranan setiap ubattersebut. Laetrile bukanlah ubat atau dadah tetapi kategori  vitamin atau suplemen makanan. Terapi metabolik penting untuk membuatkan badan kita dalam keadaan baik, sehingga kita bebas dari bergantung pada ubat tersebut seumur hidup .
9)        Jika vitamin B-17 membunuh kanser dengan menggunakan sianida, apakah sebarang kemungkinan  untuk sianida membunuh sel-sel normal?
 Kajian menunjukkan bahawa sel-sel normal dalam organisma kita mengandungi enzim yang disebut Rodhanese yang "meneutralkan" Amygdalin. Enzim ini tidak membenarkan Amygdalin untuk melepaskan sianida. Dengan cara ini, Amygdalin hanya berfungsi sebagai glukosa terhadap  sel-sel sihat dan memberikan tenaga.hanya tubuh manusia  mengandungi enzim ini. Apabila tiada Rodhanese, Amygdalin akan membebaskan sianida  dan hanya memusnahkan sel-sel  sel ganas (kanser) tersebut.  

Rujukan: World without Cancer


                                                   APRIKOT VS CANCER
FARMAS HEALTH membekalkan produk  kesihatan dan farmaseutikal, serta produk penjagaan diri berdasarkan kesedaran kepentingan cara hidup yang sihat dan seimbang. apricon berasaskan rawatan dari sumber semulajadi yang mampu meneutralkan diet dan memperbaiki cara pengambilan makanan anda .

APRICON adalah produk makanan kesihatan anti-kanser yang dikeluarkan oleh FARMAS HEALTH. APRICON mengandungi 100 peratus aprikot kernel yang dikisar halus setelah menjalani proses sinaran UV yang kaya dengan Vitamin B17, atau dikenali juga sebagai amygdalin atau Laetrile yang mampu membunuh sel-sel kanser dan merawat pesakit kanser yang kronik. Vitamin B17 atau Laetrile juga mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu. Komponen Vitamin B17 atau Amgdalin yang terdapat dalam APRICON ini berfungsi sebagai agen kimoterapi semulajadi yang mampu melawan kanser secara efektif . Berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, B17 atau amgdalin yang terdapat dalam APRICON mampu merawat dan memulih masalah sistem metabolik dan menstabilkan sistem tubuh badan yang berfungsi secara tidak normal. Keberkesanan APRICON dalam merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit kanser dan penyakit kronik yang lain telah jelas terbukti dan diakui ramai terutamanya para penguna yang telah menggunakan poduk APRICON ini.
 Antara khasiat APRICON ialah:
  • Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser seperti; Leukimia, kanser payudara, kanser Serviks, Kanser Otak, Kanser Hati, Kanser Tulang, Kanser Lympoma, Kanser Uterus, Kanser Perut, Kanser Prostat, Kanser Ovari, Kanser Colon, kanser Paru-paru, Kanser Usus, Kanser kulit dan lain-lain lagi
  • Mampu merawat penyakit kronik yang lain seperti penyakit Kencing Manis, Jantung, Darah Tinggi, Gout, Parkinson & Asma.
  • Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & Kolestrol dalam darah
  • mengurangkan berat badan,tekanan darah tinggi dan kolestrol dalam darah. 
  • -mengimbangkan kandungan gula dalam darah
  • -meningkatkan kesihatan mental & memori                                                                
  • -membersihkan arteri
  • -Mengurangkan masalah sakit sendi
  • -Membantu masalah buasir
  • -berfungsi sebagai tonic dan antioksidan yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan.
  • -membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
  • -Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan keputihan
  • -mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran Uv, gatal-gatal & alahan.
  • -Menyelesaikan masalah jerawat dan resdung
  • -Menghaluskan kulit
  • -Anti penuaan.

Thursday, August 1, 2013

Para wanita tolong lah amek tahu ni..



Kanser Endometrium(Rahim)- Ini adalah rahim wanita yang telah dibelah oleh doktor, Ianya sangat busuk mungkin disebabkan oleh bahagian yang berwarna kuning itu.

Mengikut teori saintifik, tisu endometrium yang mengalir ke dalam abdomen bersama darah haid akan melekat di organ keliling rahim dan tumbuh di situ. Seterusnya, setiap kali pendarahan haid berlaku, tisu ini akan tumbuh dan berdarah. Tisu ini selalunya terdapat di

1.Ovari
2.Belakang rahim
3.Dinding rahim atau otot rahim
4.Saluran fallopian
5.Parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak
6.Parut bekas pembedahan laparoscopy atau laparotomy
7.Pundi kencing

Tanda-tanda endometriosis:

- Senggugut atau sakit pada bawah perut dan pinggang.
-Berlaku sebelum datang haid dan berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian pelvic dan juga ke bahagian pinggang
-Ketidaksuburan dan kemandulan
-Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
-Ketumbuhan

Diagnosa endometriosis. Endometriosis hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan:
• V.E ( vagina examinatination ). Pemeriksaan vagina di lakukan di mana perasaan sakit timbul apabila disentuh
• T.V.S ( vaginal ultrasound scan). Ultrasound yang dilakukan melalui faraj boleh mengesan cyst pada ovari
• Laparoskopi Hanya pemeriksaan ini yang dilakukan melalui pembedahan kecil di abdomen yang dapat memastikan diagnosa endometriosis

KAITAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS DENGAN KANSER:

Wanita yang mengidapi penyakit endometriosis lebih cenderung mengalami beberapa jenis kanser. Satu kajian terkini yang dijalankan di Sweden sejak 20 tahun kebelakangan ini, dan melibatkan seramai 20000 orang wanita pesakit endometriosis, mendapati peningkatan beberapa jenis kanser di kalangan wanita tersebut

1. Kajian ini yang dilaksanakan selama 11 tahun menjumpai peningkatan risiko kanser-kanser saperti kanser ovari (90%), kanser darah (40%) dan kanser payudara (30%), pada wanita yang mengalami penyakit endometriosis berbanding dengan mereka yang tidak. Selain dari itu, satu penemuan penting ialah wanita yang mengalami penyakit endometriosis khususnya di ovari mempunyai risiko tinggi mengalami kanser ovari. Jenis kanser ovari yang paling biasa ialah kanser endometrioid dan kanser clear cell carcinoma

2.Penemuan-penemuan ini susah dipertikai kerana faktor-faktor lain (confounding factors) diambilkira sebelum keputusan dibuat, dan jumlah pesakit yang dikaji yang besar. Malahan, satu lagi kajian yang lebih besar di Sweden mendapat keputusan yang sama dengan kajian ini

3. Kajian spesimen lepas bedah kanser ovari juga mendapati kebanyakan kes mempunyai endometriosis atau sista endometriosis

4.Penyakit endometriosis melibatkan antara 7% hingga 15% wanita dalam golongan subur.Wanita yang mengalami perasaan sakit senggugut, pendarahan haid tidak teratur dan ketumbuhan di pelvis mungkin mengidapi penyakit endometriosis. Mengikut Persatuan Kanser Amerika, risiko seseorang wanita mengidapi penyakit kanser ovari ialah 1.4% sepanjang hayatnya

5. Oleh itu, para pesakit dan doktor perlu peka terhadap kemungkinan berlakunya penyakit kanser dikalangan wanita saperti ini. Pemeriksaan ultrasound dan pengeluaran sista adalah tindakan-tindakan penting yang disyorkan...

Khasiat strawberry


SIAPA yang mampu menolak apabila dihulurkan dengan buah berwarna kemerahan ini? Selain comel, buah yang kaya dengan pelbagai nutrisi ini adalah antara diet terbaik yang harus dimasukkan dalam diet seseorang.

Walaupun di Malaysia pokok strawberi bukanlah tumbuhan yang mudah hidup, tetapi bekalan dari tanah tinggi seperti Cameron Highlands sudah cukup untuk mempopularkan buah-buahan ini.

Rasanya yang sedikit masam manis, sesuai dijadikan jus, penghias kek, disalut bersama coklat atau dimakan segar begitu sahaja.

Tetapi adakah benar buah yang saiznya sebesar sedikit duit syiling 50 sen itu membekalkan khasiat yang baik untuk tubuh?

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat(USDA) mencadangkan kepada rakyat negara itu untuk menikmati sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan segar atau sayuran setiap hari, tetapi ramai yang tidak mampu mencapai standard itu.

Walaubagaimanapun, USDA mengakui strawberi adalah antara pengganti dan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.

"Strawberi boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam salad, minuman dan sebagainya. Dengan dua hingga tiga hidangan sehari ia adalah perisai terbaik untuk sistem imun tubuh.

"Gemarkan strawberi? Teruskanlah menikmatinya kerana anda tidak akan menyesal," ujar jurucakap USDA Hazel Brown.

Menurutnya, strawberi mengandungi pelbagai nutrien, dengan vitamin C mengetuai senarai utama kumpulan itu. Vitamin C yang tinggi dapat meningkatkan produksi hormon seks dan melancarkan aliran darah menuju ke organ seks. Vitamin C baik dimakan untuk menjaga kesihatan kulit.

Kandungan lain seperti antianemia dan komponen nutrisi juga baik untuk menjaga stamina tubuh.

Strawberi juga mengandungi fitonutrien dan antioksida yang berfungsi untuk melawan radikal bebas.
Antioksida ini dipercayai mempunyai kaitan menjadikan strawberi berwarna kemerah-merahan.

Persoalannya, bahayakah radikal bebas ini kepada tubuh?

Menerusi pelbagai kajian, radikal bebas ini menyumbang kepada pembentukan kepada pelbagai jenis kanser.

Selain vitamin C, strawberi juga menyediakan sumber vitamin K dan magnesium selain asid folik, potasium, riboflavin, vitamin B5, vitamin B6 dan asid lemak omega-3.

Jelas Brown lagi, strawberi adalah salah satu buah-buahan yang sangat versatil. Walaubagaimanapun, salah satu kelemahan strawberi adalah ia tidak mampu bertahan lama.

"Beli strawberi apabila anda ingin menikmatinya. Ia hanya bertahan antara tiga hingga lima hari.

"Malah, elakkan daripada membekukan strawberi jika niat anda untuk memanjangkan tempoh hayat buah itu. Ini kerana ia hanya akan menghilangkan keseluruhan nutrisi buah tersebut," katanya.

Selain daripada kegunaannya sebagai sumber makanan, strawberi bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Daunnya boleh direbus dan airnya digunakan untuk mencuci dan mengubat kudis dan luka-luka.

Daun yang telah direbus itu kemudiannya ditampal ke bahagian-bahagian yang luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.

Air rebusan daun strawberi juga berkesan untuk menjaga kesihatan mulut. Caranya adalah dengan berkumur menggunakan air rebusan itu. Ia bertujuan menguatkan untuk gusi dan gigi serta mengubati ulser dalam mulut.

Selain buah dan daunnya, jus strawberi yang biasanya dihidangkan sebagai minuman, juga mempunyai nilai tinggi dalam perubatan tradisional. Ia berkesan untuk mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga untuk membersihkan gigi.

Strawberi adalah sejenis buah yang hampir tidak dapat dicerna namun banyak mengandungi vitamin C (lebih banyak daripada oren). Wanita dewasa disarankan makan lima biji strawberi sehari