Apricon Farmas Health: apricon Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label apricon. Show all posts
Showing posts with label apricon. Show all posts

Wednesday, August 9, 2017

Kanser Dikalangan Kanak Kanak

APAKAH KANSER DIKALANGAN KANAK-KANAK
  • Kanser kanak-kanak merebak lebih aktif dan cepat berbanding kanser di kalangan orang dewasa.
  • Saiz dan bentuk sell yang abnormal  merebak secara cepat dan tidak terkawal
  • Sell kanser akan sentiasa membiak secara berterusan dan membahagi tanpa terkawal.
  • Sel kanser tidak mati seperti normal sel.( terus membiak & menjadi tumor)
  • Apabila sel kanser membiak, sel tersebut akan mengambil nutrisi-nutrisi dalam badan
  • Kanser akan mengambil kekebalan tubuh kanak-kanak, merosakkan sistem organ & tulang, melemahkan sistem imunisasi badan untuk melawan semua penyakit lain.

JENIS-JENIS KANSER DI KALANGAN KANAK-KANAK
       Umum jenis kanser kanak-kanak di Malaysia
           o Leukemia-kanser darah
           o Limfoma-
           o Brain tumor-kanser otak

STATISTIK


SIMPTOM
·         Muntah lebih dari 7 hari , dan keadaan semakin parah terutama ketika anak-anak bangun pada waktu pagi.
·         Batuk yang berterusan
·         Sakit di bahagian pinggang & otot
·         Mengalami kekurangan aktiviti
·         Hilang selera makan
·         Mengalami pendarahan yang mudah, lebam & ruam merah-merah.
·         Perubahan ketara pada kesan penglihatan


·         Penurunan berat badan.

Thursday, January 14, 2016

APRICON bantu terapi kanser

JIKA disebut mengenai penyakit kanser, ia boleh dihidap oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan status.
Merujuk kepada data, kanser merupakan antara penyebab utama kematian di seluruh dunia d imana 40,000 kes kanser dikesan setiap tahun di Malaysia dengan 1 daripada 4 rakyat menghadapinya.
Pakar pemakanan dan perubatan dari seluruh dunia mengakui, faktor pemakanan merupakan antara penyumbang utama kepada kanser.
Ini kerana di zaman yang serba moden dan canggih ini, setiap hari kita tidak terlepas dari pengambilan makanan yang merupakan agen kepada kanser.
Menurut mereka, hampir 90 peratus makanan yang diambil bersifat asid dan mengandungi kandungan aditif yang tinggi seperti pewarna dan perasa tiruan, pemanis buatan, pengawet dan pelbagai lagi campuran bahan kimia yang merbahaya untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kanser.
Akibatnya kita terdedah kepada keadaan tubuh berasid seterusnya system antibodi dan imunisasi badan menjadi lemah dimana keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, diabetis dan lain-lain yang boleh membawa maut dan membunuh manusia secara perlahan.
Pada 1952, Dr Ernes T Krebs, seorang Bio Kimia dan beberapa saintis perubatan mendakwa, penyakit kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan.
Kajian terhadap haiwan liar yang hidup di hutan dikelilingi oleh persekitaran tumbuh-tumbuhan kaya dengan kompaun vitamin B17, tidak akan dijumpai mati akibat kanser. Sebaliknya haiwan yang dipelihara dalam zoo berkemungkinan besar mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya nutrien namun tidak mengandungi B17.
Puak Hunza di pergunungan Pakistan didapati hidup sehingga usia 120 tahun. Makanan utama mereka adalah biji-bijian aprikot yang kaya dengan vitamin B17. Pihak saintis perubatan turut kagum apabila mereka memiliki kesihatan yang tinggi dan tidak pernah dengar mengenai penyakit kanser.
Pakar perubatan berpengalaman dan bekas ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM, Prof Madya Dr Sayed Zainal Husin, mengakui biji aprikot mengandungi vitamin B17 paling tinggi yang dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser. Menurutnya, dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertemu dengan sel kanser, enzim betaglucosidase yang hanya terdapat dalam sel kanser akan menguraikan elemen vitamin B17 seterusnya membunuh sel kanser.
Vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan untuk kesihatan sel-sel dan membantu mengurangkan keasidan serta toksin dalam darah seterusnya membantu meningkatkan keseimbangan PH dalam tubuh serta memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung dan diabetis.
Prof Madya Dr syed Zainal, merupakan penaung produk Apricon Farmas Health.
Katanya, vitamin B17 aprikot bukan sahaja diperkatakan di Malaysia malah keberkesanannya membantu melawan kanser turut diperakui oleh saintis-sainstis di seluruh dunia berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan.
Pandangan pakar & saintis mengenai Vitamin b17
Dr. Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia
“Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser”
Dr. Dean Burk, Pakar Kanser Jerman.
“Di bawah Mikroskop, kami masukkan vitamin B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali”
Namun katanya, biji aprikot mentah yang diambil dan dimakan begitu sahaja amat berbahaya kerana ia terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantaran dari luar negara ke Malaysia. Ia boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan negatif terhadap tubuh bahan.
Untuk mengatasi masalah tersebut, syarikat pengeluar barangan kesihatan, TK Farmas Solution & Industries komited mengeluarkan satu produk Aprikot Vitamin B17 di mana biji aprikot tersebut diproses terlebih dahulu dengan penyelidikan klinikal dan teknologi farmaseutikal yang tinggi supaya bakteria, kulat dan sebarang radikal bebas dapat disingkirkan dan selamat dimakan.
Syarikat tersebut tampil dengan produknya yang dikenali sebagai Apricon Farmas Health yang merupakan produk pertama di Malaysia yang berunsurkan vitamin B17 yang amat diperlukan dalam tubuh badan manusia untuk meningkatkan sistem ketahanan dan imunisasi tubuh badan.
Produk ini mengandungi 100 peratus kapsul biji aprikot dimana biji aprikot diproses dengan kawalan piawaian farmaseutikal yang tinggi dimana pemprosesannya dijamin bersih dan selamat serta bebas dari sebarang campuran kimia bagi mengekalkan kandungan vitamin B17 yang tinggi.
Sementara itu, Presiden Kelab Prostar Malaysia,Dr Ismail Lasa berkata, Apricon Farmas Health kaya dengan vitamin B17 dan dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan yang lain.
Syarikat TK Farmas Solution & Industries merupakan sebuah syarikat yang dinamik dan terdiri dari kakitangan yang sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang perubatan, menghasilkan produk kesihatan terbaik dan berkualiti tinggi dengan harga yang kompetitif dan berpatutan.
Bagi mereka yang telah menggunakan produk Apricon ia ternyata memberi kesan memuaskan.
Khairun Nisa, 36, yang merupakan pesakit kanser payudara telah mengambil aprikot sebagai alternatif bagi membantu merawat penyakit yang dihidapinya. Ternyata ia memberikan perubahan positif.
Katanya, selepas beberapa bulan mengamalkan pemakanan aprikot yang kaya dengan vitamin B17, benjolan pada payudaranya makin menyusut dan menghilang.
Apricon Farmas Health mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berada di pasaran.



Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1009&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Wednesday, December 16, 2015

Menjana Pendapatan RM3500++ bersama APRICON


Ingin menambah pendapatan RM3500++ ??
                 Kami boleh membantu anda….


                 Bagaimana??

                 >> Hanya menjadi stokis kami
                 >> Terhad 30 orang terawal sahaja.

                 Hotline: 03-89273332/ 03-89273330
                 Email : farmashealth@yahoo.com
                 Fb : www.facebook.com/AprikotB17/
                 Laman web : www.farmashealth.com.my



Monday, June 1, 2015

AWAS! Ubat Yang Tidak Berdaftar KKM & Bahan Terlarang!

Tonton video ini untuk mengetahui cara menyemak ubat berdaftar dan bahan yang dilarang dalam produk kesihatan.

Lindungilah orang yang tersayang!

Apricon Vitamin B17 Farmas Health, selamat & halal untuk semua.

Untuk maklumat lanjut layari :
Laman web : http://farmashealth.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/AprikotB17

#produkscam #produktidakberdaftar #bahayakesihatan #apricon #terapikanser #rawatantradisional #vitaminb17 #bijiaprikot #apricotcapsule #kapsulaprikot #farmashealth


Thursday, May 14, 2015

10 Tanda Penyakit Yang Boleh Dilihat Pada Kaki Kita


1. Kering dan mengelupas


Jika anda telah menggunakan pelembap dan ia tidak berkesan, kemungkinan anda mengalamai masalah tiroid. Apabila kelenjar tiroid (kelenjar di pangkal leher) tidak berfungsi dengan baik, ia akan mengalami masalah untuk menghasilkan hormon tiroid, yang berfungsi dalam mengawal kadar metabolik, tekanan darah, pertumbuhan tisu badan, dan pembentukan sistem rangka dan saraf. 

"Masalah tiroid menyebabkan kekeringan kulit yang teruk," kata Marlene Reid, DPM, pakar kaki di Naperville, Illinois. 
"Apabila kita melihat kekeringan pada kaki, atau jika penggunaan pelembap tidak berkesan lebih dari beberapa hari, kita biasanya merujuk pesakit kepada doktor pakar untuk memastikan sama ada tiroid mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak." 

Kuku yang rapuh juga merupakan salah satu tanda kompilasi tiroid.

2. Jari kaki botak

Kemungkinan anda mengalami penyakit arteri. Jika bulu di jari kaki anda hilang tiba-tiba, ia menandakan peredaran darah yang lemah disebabkan oleh peripheral arterial disease (PAD). 

"Tanda-tanda PAD adalah termasuk kadar pertumbuhan rambut menurun pada kaki dan pergelangan kaki, jari kaki ungu, dan kulit nipis atau berkilat," kata Suzanne Fuchs, DPM, pakar bedah Podiatric di North Shore University Hospital di New York.

3. Ulser yang tidak sembuh


Kemungkinan anda mengalami kencing manis. Tahap glukosa yang tidak terkawal boleh merosakkan saraf dan menyebabkan masalah pada peredaran darah sehingga darah tidak sampai ke kaki. Sekiranya terdapat luka pada kaki, dan darah tidak dapat mengalir ke luka, kulit tidak akan dapat pulih dengan sempurna. 

"Ramai pesakit kencing manis yang di diagnosis adalah disebabkan masalah yang terdapat pada kaki mereka," kata Reid. 

Tanda-tanda kencing manis mungkin termasuk rasa cucukan atau kebas pada kaki.

4. Ibu jari kaki yang membesar dan menyakitkan


Mungkin ia terjadi berdasarkan pemakanan anda. Jika ia terjadi selepas anda makan sesuatu, anda mungkin mengalami gout, sejenis radang sendi yang sering terjadi pada sendi ibu jari kaki. Makanan yang mempunyai tahap purin yang tinggi, sejenis bahan kimia yang terdapat dalam daging merah, ikan, dan sesetengah alkohol, boleh mencetuskan serangan gout dengan menaikkan tahap asid urik di dalam badan. Asid urik biasanya dibuang melalui air kencing, tetapi penghasilan yang berlebihan atau masalah perkumuhan berlaku pada sesetengah orang.

"Anda dapat melihat pemendapan asid urik pada sendi, biasanya pada ibu jari atau pergelangan kaki," kata Bob Baravarian, DPM, pakar Podiatric kaki dan buku lali di Providence Saint John's Health Center di Santa Monica, California.
"Pesakit akan bangun dengan sendi yang bengkak, merah dan keras. Ia amat pedih."

5. Garis merah yang kecil di bawah kuku jari kaki


Selalu terdapat pada pesakit yang menghidap jangkitan pada jantung. Jalur-jalur merah di bawah kuku kaki atau kuku merupakan tanda saluran darah yang pecah yang dikenali sebagai serpihan pendarahan (splinter hemorrhages). Ini berlaku apabila darah beku yang kecil merosakkan kapilari darah di bawah kuku. Ia merupakan tanda seseorang itu mengalami endocarditis, sejenis jangkitan yang berlaku pada lapisan dalaman jantung. Seseorang yang mengalami penyakit jantung atau seseorang yang mempunyai masalah sistem imun yang kronik (seperti pesakit kanser yang menjalani kemoterapi, pesakit HIV, dan pesakit kencing manis) mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap endocarditis. Jangkitan ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung jika tidak dirawat. Jika anda perasan terdapat serpihan pendarahan pada kuku kaki atau kuku anda, dan jari anda tidak mengalami sebarang kemalangan, terhantuk dan sebagainya, berjumpalah dengan doktor untuk membuat pemeriksaan jantung dan peredaran darah.

6. Kaki yang berpintal (tidak dapat memijak dengan rata)


Kemungkinan anda mengalami kanser paru-paru atau penyakit jantung. Lain-lain tanda yang terdapat pada kedua-dua jari kaki dan jari, sering dikaitkan dengan kanser paru-paru, jangkitan paru-paru yang kronik, penyakit jantung, atau penyakit usus. Kanser paru-paru dan penyakit jantung mengurangkan ketahanan pembuluh darah, bermaksud aliran darah ke arteri kecil di kuku kaki dan hujung jari akan meningkat. Tisu akan membengkak lalu mengakibatkan kaki berpintal (jari dan jari kaki yang lebih besar dan bulat). 

7. Kuku kaki berongga

Kemungkinan anda menghidap psoriasis (penyakit kulit yang berwarna merah, gatal dan bersisik). Jika terdapat lubang kecil, alur, atau rabung di kuku kaki anda, anda mungkin mempunyai psoriasis kuku.

"Jika anda tidak pernah disahkan mengalami psoriasis, tetapi kuku kaki anda mempunyai lubang-lubang kecil di dalamnya, anda perlu mendapatkan pemeriksaan," kata Gary A. Pichney, DPM, pakar bedah Podiatric dari The Institute for Foot and Ankle Reconstruction di Mercy Medical Center. 

Gejala lain termasuklah tompok putih dan garis mendatar merentasi kuku.

8. Kuku melengkung (Spooned nails)


Kemungkinan anda mengalami anemia atau lupus (sejenis penyakit kulit). Kuku jari atau kuku jari kaki yang melengkung seperti sudu, menunjukkan kekurangan zat besi, serta hemochromatosis (penghasilan zat besi yang berlebihan), penyakit Raynaud (memberi kesan terhadap darah yang disalurkan ke jari dan jari kaki), dan kadang kala lupus (penyakit auto-imun di mana sistem imun badan menyerang sel, tisu dan organ). Kadang-kadang ia berlaku pada bayi, tetapi ia akan semakin pulih apabila bayi semakin membesar.

9. Garis lurus bawah kuku jari kaki


Kemungkinan anda menghidap kanser kulit. Garis menegak dan gelap di bawah kuku jari kaki mungkin petanda bahawa terdapat melanoma lentiginous acral, atau melanoma yang tersembunyi - sejenis kanser kulit yang muncul pada bahagian badan yang tersembunyi. (Lain-lain kanser kulit yang tersembunyi adalah di mata dan mulut.)

"Akan terdapat satu garis hitam dari pangkal kuku anda hingga ke hujung kuku," kata Pichney.

"Ia boleh dilihat oleh podiatrist atau dermatologist. Ini adalah untuk memastikan bahawa ia bukan kulat, yang biasanya berwarna kuning coklat dan kadang kala berlaku di seluruh kuku."

10. Berbentuk seperti gerbang tinggi secara tiba-tiba


Kemungkinan anda mengalami kerosakan saraf.

"Jika seseorang mempunyai penipisan otot kaki yang berbentuk arch, ia boleh menjadi satu petunjuk keadaan neurologi yang dikenali sebagai Charcot-Marie-Tooth (CMT)." says Pichney.
CMT juga boleh menyebabkan perubahan pada gaya berjalan, kebas pada kaki, sukar untuk mengimbang badan, kehilangan otot di kaki, yang kemudiannya boleh berlaku pada lengan dan tangan.


Jika anda mengalami salah satu tanda di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengesan penyakit yang merbahaya. Setidak-tidaknya, anda mampu mengesan dan merawat penyakit di peringkat awal.

Sumber: Reader's Digest

Friday, April 17, 2015

Elakkan Membeli 7 Jenis Makanan Ini

Assalamualaikum & Salam Sejantera,

Memandangkan negara kita telah melaksanakan GST, di sini admin ingin berkongsi beberapa jenis makanan yang kita boleh elak dari membeli semasa berbelanja. Selain dapat menjimatkan kos, kita juga mampu menjaga kesihatan.

1. Keju parmesan


Keju ini selalu digunakan untuk melengkapkan hidangan pasta. Tetapi, selain parmesan, cheddar juga boleh digunakan dalam pasta menggantikan parmesan. Jika dibandingkan dengan parmesan, harga keju cheddar jauh lebih murah, sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan kita.

2. Daging salai dan daging yang telah diawet


Pengambilan daging yang telah diawet seperti sosej, bebola daging, dan bacon, serta daging yang disalai dalam pemakanan seharian kita secara berlebihan mampu meningkatkan peratusan untuk menghidap penyakit merbahaya sepeti kanser, tekanan darah tinggi, dan migrain. Kajian juga menunjukkan bahawa daging yang diawet dan disalai mempunyai lemak yang mampu menyumbat saluran arteri (darah) kita.

3. Produk yang mengandungi blueberry

Gambar hiasan

Kalau anda perasan, terdapat banyak produk yang menggunakan blueberry sebagai bahan perasa utama seperti bijirin sarapan dan muffin. Tetapi, adakah mereka benar-benar menggunakan blueberry sebagai bahan utama? Tidak! Kebanyakan produk hanya menggunakan perasa blueberry. Apa kata jika kita beli sendiri buah blueberry dan makan bersama bijirin sarapan, atau buat muffin sendiri menggunakan buah blueberry yang betul. Kebersihan dan khasiatnya juga akan lebih terjamin.

4. Roti multi-grain


Roti ini telah disenarai sebagai makanan ringan yang menyamar sebagai makanan kesihatan. Jika anda ingin membeli, pastikan ia menggunakan gandum sebagai bahan utama. Ini adalah untuk memastikan bahawa ia tidak menggunakan bijirin lain yang dicampur bersama roti putih biasa. Lebih baik lagi jika dielakkan dan gantikannya dengan pengambilan barli, beras perang atau oat.

5. Mentega kacang kurang lemak

Gambar hiasan

Apabila syarikat pemakanan mengeluarkan lemak dari bahan utama produk mereka, sudah semestinya mereka terpaksa menggantikan lemak tersebut dengan bahan lain untuk mengekalkan rasa produk mereka. Kebanyakannya akan digantikan dengan gula. Sebaliknya, gunalah mentega kacang biasa untuk membekalkan lemak dan protein tanpa pemanis tiruan.

6. Teh di dalam botol/tin

Gambar hiasan

Bancuhlah teh anda sendiri di rumah. Selain dapat berjimat, anda juga telah terselamat dari pengambilan gula yang berlebihan.

7. Daging burger dan patty daging



Daging burger beku dan yang telah diproses adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan daging segar yang dijual. Membentuk daging menjadi daging burger atau patty hanya memerlukan masa 10 minit sebelum digoreng. Kajian di luar negara juga menunjukkan daging yang telah diproses di sana, mengandungi e. Coli lebih banyak dari daging biasa yang belum diproses.

Terdapat banyak lagi makanan yang kita boleh elakkan demi menjaga kasihatan sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan seharian. Apa yang penting, makanan yang dibeli haruslah bersih, berkhasiat dan halal untuk dimakan.

Sumber: Reader's Digest

Tuesday, March 24, 2015

Apricon - Rawatan Alternatif Kanser

AWAS!!! Ubat tidak berdaftar boleh membawa KEMATIAN.
Pastikan ubat anda BERDAFTAR,SAH, SELAMAT & HALAL!
Bebas Gelatin BABI!

APRICON paling lengkap, Paling Selamat & Paling Berkesan. APRICON Pilihan Terbaik Untuk Anda!

Kelulusan Jakim, Kementerian Kesihatan, Biro Farmaseutikal, Kawalan Dadah, Kilang GMP dengan teknik Sinar UV untuk tahap kebersihan terjamin. Semestinya paling selamat untuk anda!

Testimoni APRICON - Barah Otak Tahap 4 / Hanya 10% untuk hidup!


Untuk maklumat lanjut layari :
Laman web : http://farmashealth.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/AprikotB17

Saturday, March 21, 2015

Nasi Penyebab Kanser?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saintis dunia telah menemui beberapa berita yang merisaukan tentang makanan asasi kita iaitu nasi yang dipenuhi dengan bahan penyebab kanser, iaitu arsenik - sehingga mereka menasihatkan agar kanak-kanak kecil tidak diberi makan nasi "lebih daripada dua kali sebulan."

Dalam penemuan tersebut, Consumer Reports telah menganalisis data dari Food and Drug Administration (FDA) terhadap 656 makanan yang mengandungi nasi dan mendapati tahap arsenik yang terkandung di dalamnya adalah pada tahap yang tinggi, di mana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser.

Arsenik sememangnya terdapat dalam pelbagai bahan makanan, termasuklah buah-buahan, bijirin dan sayur-sayuran. Arsenik diserap dari tanah dan racun perosak yang diberi semasa proses penanaman. Walau bagaimanapun, padi lebih mudah menyerap arsenik jika dibandingkan dengan kebanyakan tumbuhan lain. Penyelidik Dr Michael Crupain, pengkaji dari Consumer Reports menjelaskan:


“Arsenic in our food is a real public health problem and we think it’s important to eat less of it.”
“We found that hot rice cereal and rice pasta can have much more arsenic than we saw in our previous tests … So we now recommend that children rarely eat these foods, which means not more than twice per month.”

Beras yang mengandungi tahap arsenik yang rendah

Salah satu penemuan terbesar ialah tahap arsenik yang terkandung dalam beras adalah bergantung kepada di mana ia ditanam. Beras yang digunakan untuk membuat sushi dari Amerika Syarikat dan beras putih basmati dari California, India dan Pakistan mengandungi separuh daripada jumlah arsenik berbanding kebanyakan jenis beras lain. Berita buruk untuk pencinta beras perang - penyelidik mendapati bahawa beras perang sebenarnya mengandungi arsenik 80 peratus lebih tinggi berbanding beras putih.

Adakah kita perlu tinggalkan nasi?

USA Rise Federation mengatakan bahawa:

“Studies show that including white or brown rice in the diet provides measurable health benefits that outweigh the potential risks associated with exposure to trace levels of arsenic.”
Maksudnya, jika pengambilan makanan disertakan bersama nasi, tahap arsenik mampu dikawal dengan khasiat-khasiat yang disalurkan melalui makanan yang lain. FDA masih belum menetapkan tahap keselamatan yang tepat untuk tahap arsenik dalam padi. Bagaimanapun, mereka menasihatkan ibu bapa untuk mengelakkan dari menghidangkan beras dan pasta beras untuk anak-anak mereka sebagai makanan asasi.

P.s: Islam menyuruh umatnya supaya membasuh bahan masakan sebanyak 3 atau 7 kali sebelum ia dimasak untuk membuang bahan kimia atau bakteria.  Ia adalah untuk menjaga umatnya dari dijangkiti pelbagai jenis penyakit, termasuklah kanser. 

Wednesday, March 18, 2015

8 Tanda Kucing Anda Mengalami Kanser

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Mesti ramai yang tidak tahu bahawa haiwan seperti kucing dan anjing juga boleh menghidap penyakit kanser seperti manusia. Kanser merupakan penyakit nombor 1 yang sering dihidapi oleh kucing dan anjing. Kebanyakan simptom kanser yang terdapat pada kucing sukar untuk dikenalpasti, tetapi jika mana-mana tanda kanser yang disenaraikan dialami oleh kucing anda, anda disarankan untuk bawa kucing anda berjumpa dengan doktor haiwan.

1. Sering menyembunyikan diri
Kucing memang suka dengan tempat yang sempit, tetapi jika kucing anda lebih suka menghabiskan masa di bawah katil atau di tempat-tempat yang sukar untuk dicapai, itu merupakan satu tanda bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena. Menurut Jake Zaidel (pengasas Malta Animal Hospital di New York dan ahli American Veterinary Medical Association), "Pemilik kucing sering memberitahu saya bahawa mereka perasan, kucing mereka yang sebelum ini gemar bersosial, apabila sakit mereka lebih suka menghabiskan masa menyorok di tempat persembunyian yang baru dan tidak mahu makan." Apabila kucing anda menunjukkan tanda seperti ini, tidak semestinya ia menghidap kanser, tetapi sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Jadi anda disarankan untuk berjumpa doktor haiwan bagi memastikan tahap kesihatannya.


2. Hilang berat badan
Menurut Dr Zaidel, kehilangan berat badan merupakan simptom utama kanser pada kucing. Ia merupakan tanda kanser saluran gastrousus (usus pencernaan). "Apabila kucing yang biasanya suka makan tetapi mula menunjukkan tanda-tanda hilang selera makan, ia sangat merisaukan," katanya. Kanser juga boleh menyebabkan berat kucing berkurang semasa ia masih mempunyai selera makan. Jika berat badan kucing anda menurun, sama ada cepat atau lambat, pastikan buat temujanji dengan doktor haiwan.

Kanser Saluran Gastrousus

3. Perubahan pada mulut
Kudis, ketulan, bau pelik, pendarahan, atau perubahan pada warna gusi boleh menjadi tanda kanser mulut, terutamanya pada kucing dewasa. Tanda ini sering dibiarkan dalam jangka masa yang lama kerana tidak disedari oleh pemilik kucing. "Banyak kes apabila kucing dibawa berjumpa dengan saya, kanser yang dihidapi telah berada pada tahap kronik kerana mereka tidak dapat mengesan tanda-tanda kanser tersebut sehingga ianya menjadi lebih parah," kata Zaidel. Anda disarankan untuk melihat mulut kucing anda apabila ia menguap atau makan. Jika terdapat sesuatu yang luar dari kebiasaan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor haiwan.

Kanser mulut

4. Pendarahan di hidung
Hidung berdarah adalah sesuatu yang tidak normal, kata Dr. Timothy Rocha, pakar onkologi di New York. "Jika ia dialami oleh kucing dewasa, ia sangat membimbangkan. Ia boleh menjadi tanda-tanda kanser hidung," katanya. "Jika dialami oleh kucing yang masih muda, saya akan menjadi lebih bimbang memikirkan jika terdapat sesuatu tersekat di situ sebelum bimbang mengenai kanser."

Kanser hidung

5. Cirit birit atau perubahan dalam tabiat perkumuhan
Selalunya cirit birit bukanlah tanda kucing mengalami kanser, kata Dr. Rocha, tetapi sekiranya ia berpanjangan atau menjadi lebih teruk, bawalah kucing anda bertemu doktor haiwan. Penggunaan litter box yang berlebihan, kesukaran semasa kencing atau buang air besar, atau darah pada najis juga tanda kucing anda menghidap kanser, menurut PetMD.com. Tumpukan perhatian pada kekerapan kucing anda muntah. Ia mungkin disebabkan oleh gumpalan bulu (hairball) atau sakit perut, tetapi ia juga merupakan tanda kanser saluran gastrousus, kata Dr. Zaidel.

Hairball

6. Sawan
Sawan merupakan tanda kanser otak pada kucing, terutamanya kucing dewasa, kata Dr. Zaidel. Jika anda mula perasan aktiviti yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak terkawal, seperti mengunyah, sentakan kaki, atau mulut berbuih, kucing anda mungkin mengalami sawan dan jumpalah dengan doktor haiwan dengan segera. Kucing juga boleh mengalami serangan sawan atypical. Ia bukan seperti sawan biasa sebaliknya ia adalah sawan yang membuatkan mangsa melakukan perkara-perkara pelik seperti marah secara tiba-tiba atau histeria, menjilat atau mengunyah secara berlebihan, menggaru atau menggigit tuan mereka.

Kanser otak

7. Perubahan pada kulit
"Setiap ketulan, benjolan, atau perubahan pada kulit perlu diperiksa," kata Dr. Zaidel. "Ia mungkin benigna atau kanser, tetapi lebih mudah untuk dirawat sekiranya dapat dikesan dari awal." Cuba rasakan sekiranya terdapat lebam, ketulan, atau bengkak semasa anda usap kucing peliharaan anda. Jika anda perasan sesuatu yang pelik, jangan berlengah - tidak ada cara untuk membezakan antara ketulan itu benigna atau malignan tanpa mengambil sampel. Serta berilah perhatian kepada mana-mana luka yang parah atau luka yang kelihatan gatal atau sakit.

8. Sakit atau rasa tidak selesa
Jika kucing anda biasa mengerekot (snuggle) tetapi mula berteriak apabila anda mengangkatnya, pergilah berjumpa dengan doktor haiwan kerana walaupun ia bukan kanser, mungkin ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan ia rasa tidak selesa.

Customer Hotline : 0389273330 / 0389273332
Website : www.farmashealth.com.my 
Facebook : www.facebook.com/AprikotB17
Testimoni : https://www.youtube.com/watch?v=IlGWrD_wsBQ

Monday, March 16, 2015

10 Khasiat Buah Betik

Assalamualaikum& Salam Sejahtera,

Terdapat banyak khasiat yang terdapat pada buah betik. Di sini admin hanya akan senaraikan 10 kebaikan buah betik, termasuklah khasiatnya dalam memusnahkan sel kanser.   


1. Merupakan sumber vitamin dan mineral
Betik mengandungi vitamin A, vitamin C dan vitamin B kompleks serta kaya dengan magnesium dan potassium. Vitamin A dan vitamin C merupakan antioksidan yang kuat membolehkan ia memusnahkan radikal bebas dalam badan (molekul yang menyumbang kepada pembentukan penyakit kronik termasuklah kanser dan sakit kardiovaskular)

2. Mengurangkan tahap kolesterol
Ia menghalang kolesterol merbahaya dari melekat pada dinding saluran darah yang boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.

3. Kaya dengan serat dan memudahkan penghadaman
Untuk menjaga kesihatan usus, kita perlu mengambil makanan yang kaya dengan serat. Dengan 1 hidangan sahaja ia mampu memennuhi 1 per 4 dari pengambilan harian yang disyorkan. Jika anda baru sahaja menjalani rawatan antibiotik, pastikan anda makan betik atau minum jusnya, kerana buah tersebut mampu mengawal kesihatan usus anda selepas pengambilan antibiotik.  

Radang pada mulut

4. Mengandungi enzim unik yang mampu mengurangkan keradangan
Chymopapin dan papain adalah enzim protein untuk pencernaan yang mampu mengurangkan reaksi keradangan dalam badan. Dengan memakan betik yang kaya dengan vitamin C, ia mampu mengurangkan risiko untuk menghidapi arthritis (radang sendi).

5. Merangsang sistem imun anda
Vitamin A dan vitamin C, yang terdapat pada betik berfungsi untuk menguatkan sistem imun dan membantu melawan jangkitan. 

6. Mengandungi enzim anti-kanser
Antioksidan dalam betik merupakan agen melawan kanser. Ia mengurangkan risiko lelaki menghidap kanser prostat, terutamanya jika ia diambil bersama teh hijau. Ia juga mampu mencegah kanser dalam darah dan sum-sum tulang anda dengan menghentikan sel-sel daripada berlakunya pengoksidaan. Enzim papain boleh membantu melegakan kesan sampingan kemoterapi.


7. Melindungi penglihatan anda
Beta karotena dan vitamin A membantu untuk melindungi dan membaiki penglihatan. Selain itu, kajian yang diterbitkan oleh Archives of Ophthalmology telah menunjukkan bahawa makan buah-buahan juga boleh membantu mencegah penuaan.


 8. Mencegah pembentukan darah beku
Darah beku menyempitkan atau menyekat saluran darah, atau kadang-kadang ia boleh terlerai dan dibawa darah hingga ke jantung atau otak yang mana mampu menyebabkan serangan jantung atau strok. Betik mengandungi fibrin yang mampu mencegah pembekuan darah agar darah boleh mengalir dengan lancar. Jadi, pastikan anda memakan sepotong betik pada waktu pagi bersama sarapan atau jadikan ianya sebagai jus. 

9. Mengurangkan tahap tekanan
Memakan betik bukan sahaja mengenyangkan malah ia juga mampu membuatkan kita rasa lebih tenang. Vitamin C mampu mengawal aliran hormon yang menyebabkan tekanan dan membawa anda kembali ke keadaan yang stabil. 

10. Bagus untuk kulit
Pernahkah anda perasan bahawa betik selalu digunakan dalam produk kosmetik seperti krim, topeng muka dan pelembut rambut? Vitamin E yang terdapat pada betik dan beta karotena mencegah kerosakan sel melalui aktiviti antioksidan. Vitamin E juga membantu dalam penghasilan kolagen (bahan yang mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit). Beta karotena membantu dalam menghilangkan kedutan dan membuatkan anda kelihatan segar. 

Customer Hotline : 0389273330 / 0389273332
Website : www.farmashealth.com.my
Facebook : www.facebook.com/AprikotB17
Testimoni : https://www.youtube.com/watch?v=IlGWrD_wsBQ

Wednesday, March 11, 2015

Khasiat & Cara Menggunakan Bawang Putih Sebagai Ubat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bawang putih telah digunakan dalam bidang masakan dan perubatan selama beribu tahun. Terdapat banyak dakwaan tentang bawang putih yang digunakan sebagai penawar untuk pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, tahap kolesterol yang tinggi, sakit jantung, atherosclerosis, dan pelbagai penyakit kanser.

Mencegah Kanser


Kanser usus

Mengambil bawang putih pada setiap hari didapati boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser. Sesetengah orang menggunakan bawang putih untuk mencegah kanser usus besar, kanser rektum (dubur), kanser perut, kanser payudara, kanser prostat, kanser pundi kencing dan kanser paru-paru. Anda juga boleh menambah pemahaman terhadap keberkesanan bawang putih sebagai penawar kanser dengan membaca jurnal penyelidikan seperti Cancer Prevention Research.

Jangkitan Kulat di Kulit

Kurap (Athlete's Foot)

Beberapa penyelidikan telah melaporkan bahawa gel bawang putih yang disapukan pada kulit boleh merawat kulat, kegatalan dan kurap pada kaki.

Bersifat antiseptik

Jangkitan E.coli

Bawang putih memang terkenal dengan ciri-ciri antibakteria dan antivirus yang membantu mengawal bakteria, virus. kulat, yis dan jangkitan cacing. Terdapat beberapa bukti bahawa bawang putih segar dipercayai memainkan peranan penting dalam mencegah keracunan makanan dengan membunuh bakteria seperti E. coli, Salmonella enteritidis, dan lain-lain. Ia juga digunakan untuk membina sistem imun badan.

Pelindung Kardiovaskular

Atherosclerosis

Terdapat bukti tentang bawang putih mencegah sakit jantung dan pengerasan arteri (atherosclerosis), tetapi sesetengah kajian menunjukkan bahawa bawang putih, walaupun ia mampu mencegah sakit jantung dan pengerasan arteri, ia juga mampu membuatkan tekanan darah menjadi rendah. Bawang putih juga boleh mencairkan darah, sekaligus membantu mencegah serangan jantung dan strok dengan mencegah pembentukkan darah beku dalam badan. 

Selsema

Selsema

Terdapat bukti yang mengatakan pengambilan bawang putih boleh mengurangkan kekerapan dijangkiti selsema pada orang dewasa. Mereka yang mengambil bawang putih lebih kurang kekerapan untuk dijangkiti selsema berbanding mereka yang mengambil placebo (sejenis ubat),  dan sekiranya mereka yang mengambil bawang putih dijangkiti selsema, gejala tersebut berlalu pergi dengan lebih cepat berbanding  mereka yang mengambil placebo.

Penggunaan Bawang Putih

Di laman web University of Maryland Medical Center mencadangkan agar mengambil 2-4 gram bawang putih segar yang dicincang. Ia perlu dicincang atau dipotong untuk melepaskan allicin yang merupakan komponen aktif dalam bawang putih. 

Disarankan agar memakan bawang putih secara mentah, kerana jika kita memasak bawang putih, beberapa khasiat di dalamnya akan termusnah. Tetapi, memakan bawang putih bukanlah semudah yang dikatakan. Jadi kita disarankan untuk masak bawang putih (menumis) secara sederhana, tidak terlalu kering. Jangan gunakan microwave untuk memasak bawang putih kerana ia akan membunuh allicin dan kesan

Berikut adalah tip semasa memasak bawang putih untuk mengekalkan khasiat penyembuhan:

  • Hancurkan bawang putih dan tunggu 10 min sebelum memasak. Ia adalah untuk meningkatkan pembentukan allicin dan membuatkan ia lebih tahan terhadap haba panas. Kemudian masak di atas api kecil atau sederhana dalam tempoh yang singkat.
  • Jika anda ingin mengambil makanan tambahan yang mengandungi bawang putih, terdapat banyak produk yang dijual untuk tujuan perubatan. Jumlah allicin bergantung kepada kaedah penyediaan, dan tidak semua makanan tambahan tersebut mengandungi jumlah bahan-bahan aktif yang sama. Jadi, berhati-hatilah membaca label khasiat makanan.

Tuesday, March 10, 2015

Bahaya Pengambilan Grapefruit Dengan Ubat-ubatan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tahukah anda bahawa terdapat 43 jenis ubat yang jika di ambil bersama limau gedang (grapefruit) akan menghasilkan reaksi yang merbahaya.


Berita mengenai kesan reaksi yang berlaku di antara campuran limau gedang dan ubat bukan berita baru terhadap golongan saintis. Kajian telah menunjukkan sekiranya ia di ambil bersama, ia akan menghasilkan reaksi kimia yang merbahaya berdasarkan bahan kimia yang dikenali sebagai furanocoumarins (juga terdapat di dalam lemon dan oren).

Kajian terbaru mendapati bahawa bilangan ubat-ubatan yang tidak boleh di ambil bersama limau gedang (termasuklah ubat untuk tekanan darah dan mengurangkan kolesterol) telah meningkat lebih dari 2x ganda semenjak 2008, disebabkan oleh formulasi ubat yang terkini. "Pengambilan satu tablet ubat bersama segelas jus limau gedang adalah seperti mengambil lima tablet bersama air," kata ketua penyelidikan, David Bailey, PhD, seorang ahli farmakologi klinikal di Lawson Health Research Institute di London, Ontario.

Contoh kesan pengambilan ubat bersama grapefruitrhabdomyolysis

Sebiji limau gedang atau segelas jus, jika di ambil satu jam sebelum atau selepas ubat di ambil, adalah cukup untuk menghasilkan reaksi kimia. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan semak sekiranya ubat yang anda ambil berada dalam senarai terbaru.


Customer Hotline : 0389273330 / 0389273332 

Monday, March 9, 2015

10 Cara Mudah Untuk Menghindari Kanser

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa cara mudah yang kita boleh lakukan untuk menghindari kanser. Antaranya adalah:

1. Kurangkan minuman bergula


Minuman bergula bukan sahaja menyumbang kepada penyakit obesiti dan diabetis, malah ia juga mampu meningkatkan risiko menghidap kanser endrometrium (dinding rahim). Berdasarkan kajian dari University of Minnesota School of Public Health, wanita yang minum minuman bergula dalam kuantiti yang banyak mempunyai risiko sebanyak 87% untuk menghidap kanser endrometrium.

2. Makan "resistant starch"


Resistant starch adalah kanji yang tidak diserap ke dalam darah, sebaliknya ia akan menjadi serat dan akan dilupus dengan cepat. Kanji ini boleh ditemui pada makanan seperti pisang hijau, kacang putih dan oat yang telah dihancurkan. Kanji ini boleh membantu mengurangkan risiko untuk menghidapi kanser usus yang terjadi akibat dari pemakanan daging merah yang tinggi. Berdasarkan jurnal Cancer Prevention Research, peserta yang menyertai kajian tersebut mempunyai peningkatan sebanyak 30% pertambahan sel pada tisu rektum (dubur) selepas memakan 300g daging merah dalam sehari untuk empat minggu. Selepas menambah 40g resistant starch semasa memakan daging tersebut dalam sehari, level pertambahan sel kembali menurun ke tahap yang normal.

3. Kurangkan duduk, lebihkan berdiri


Kajian terbaru menunjukkan bahawa golongan yang menghabiskan masa dengan duduk sepanjang hari memiliki risiko sebanyak 24% untuk menghidap kanser usus dan endometrium berbanding golongan yang kurang menghabiskan masa dengan duduk. Kajian lain menunjukkan bahawa golongan yang menghabiskan masa di hadapan tv mmpunyai risiko sebanyak 54% untuk menghidap kanser usus berbanding mereka yang kurang menonton tv. Cara paling mudah yang kita boleh lakukan, kita boleh bangun dan berjalan untuk beberapa minit sekurang-kurangnya setiap satu jam. 

4. Makan brokoli yang telah dikukus


Brokoli adalah sayur yang boleh menghalang kanser yang kita perlu makan selalu. Tetapi, menurut penyelidik dari Itali yang telah membuat kajian mengatakan bahawa brokoli yang telah dikukus mengandungi lebih glukosinolat (komponen sihat dari sayur) berbanding brokoli yang direbus, digoreng atau dimasukkan ke dalam microwave. Ini adalah kerana menurut Harvard Family Health Guide, nutrien dari brokoli akan melarut ke dalam air dan bukannya kekal di dalam sayur. 

5. Makan bawang putih


Herba ini mempunyai sebatian allyl sulfur yang boleh merangsang sistem imun terhadap kanser, dan mungkin mempunyai potensi untuk membantu badan menyingkirkan bahan kimia yang menyebabkan kanser dan membantu sel kanser mati secara semula jadi (proses ini dipanggil apoptosis). Iowa Women’s Health Study menunjukkan wanita yang memakan bawang putih dalam jumlah yang tinggi mempunyai risiko 50% lebih rendah untuk menghidap kanser usus berbanding wanita yang makan sedikit.

6. Minum teh hijau


Menurut Institut Kanser Kebangsaan, lebih dari 50 kajian terhadap kaitan antara teh hijau dengan risiko kanser telah diterbitkan sejak 2006.  Sesetengah kajian menemui bahawa golongan yang suka meminum teh mempunyai risiko yang kurang untuk menghidap kanser payudara, ovari, usus, prostat dan paru-paru. Khasiat penyembuhan teh hijau telah di iktiraf di Asia selama beribu-ribu tahun. Sesetengah saintis percaya bahawa bahan kimia di dalam teh hijau, EGCG, boleh menjadi salah satu sebatian anti-kanser yang paling kuat, memandangkan ia mempunyai bilangan antioksidan yang tinggi. 

7. Tidur dalam keadaan yang gelap


Kajian menunjukkan pendedahan terhadap cahaya pada waktu malam boleh meningkatkan risiko kanser ovari dan payudara di kalangan wanita. Cahaya ini menyekat penghasilan melatonin (bahan kimia otak yang mengawal kitaran tidur dan jaga manusia). Kajian menunjukkan risiko kanser payudara meningkat terhadap golongan wanita yang tidak tidur semasa paras melatonin mereka berada pada tahap tertinggi. 

8. Berjalan 30min sehari


Berdasarkan Fred Hutchinson Cancer Research Center, lebih dari 24 kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang bersenam mempunyai risiko kurang dari 30% - 40% untuk menghidap kanser payudara berbanding wanita yang kurang aktif. Senaman yang sederhana menurunkan paras estrogen di dalam darah (hormon yang memberi kesan terhadap risiko kanser payudara).

9. Minum susu


Kajian terbaru menunjukkan bahawa kalsium mampu melindungi manusia dari kanser usus. Peserta dari Nurses' Health Study yang mengambil kalsium lebih dari 700mg sehari mempunyai 45% pengurangan terhadap risiko menghidap kanser usus berbanding mereka yang mengambil kalsium 500mg atau kurang dalam sehari. 700mg susu boleh disamakan dengan secawan yogurt rendah lemak pada waktu pagi (345mg), secawan susu rendah lemak pada tengahari (300mg) dan secawan bayam bersama hidangan makan malam (292mg).

10. Elakkan dry-cleaning


Banyak kedai dobi masih menggunakan bahan kimia yang dikenali sebagai PERC (perchlorethylene), yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, hati, dan kanser melalui pernafasan atau keadaan yang terdedah terhadap bahan kimia tersebut berulang kali. Dengan membeli pakaian yang tidak memerlukan cucian kering, atau mencuci dengan tangan anda sendiri boleh mengurangkan risiko anda terdedah kepada bahan kimia ini. Jika anda memerlukan cucian kering, keluarkan pakaian anda dari beg plastik dan jemurkan di luar atau di bilik lain sebelum memakainya.

Sumber: Reader's Digest

Customer Hotline : 0389273330 / 0389273332
Untuk maklumat lanjut layari :
Laman web : http://farmashealth.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/AprikotB17

Friday, March 6, 2015

Kebaikan Berjalan Kaki

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Admin tahu ramai diantara kita memang malas mahu berjalan, walaupun sekadar pergi ke kedai beli bawang (menaip berdasarkan pengalaman). Tetapi, tahukah anda bahawa berjalan kaki mempunyai kebaikan dari segala aspek. Jadi, hari ini admin mahu berkongsi dengan anda sedikit kebaikan berjalan kaki.

1. Meningkatkan tahap kesihatan


Berjalan kaki merupakan senaman paling mudah yang kita boleh lakukan. Dengan berjalan, kita boleh mengawal berat badan dan tekanan darah. Secara tidak langsung, dengan berjalan kaki sahaja kita sudah mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit seperti strok, kanser payudara, dan diabetes. Berjalan cepat setiap hari boleh meningkatkan mood serta mengurangkan risiko untuk menghidap kemurungan. 

2. Mengawal kecergasan mental


Selain mencergaskan fizikal tubuh badan kita, berjalan juga boleh mencergaskan fikiran dan mental manusia. Dari segi psikologi, berjalan kaki mampu memberikan peluang pada kita untuk melapangkan fikiran dan mengurangkan stres. Kalau anda selesa dengan aktiviti yang menenangkan, berjalan kaki juga boleh menjadi salah satu cara untuk bermeditasi. 

3. Meneroka alam sekitar




Tahukah anda bahawa masyarakat di bandar-bandar besar seperti New York, Paris, Tokyo, dan lain-lain paling suka berjalan kaki. Selain dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, berjalan kaki juga dapat mengasah ketajaman pancaindera mereka, membuatkan mereka dapat memberikan respon yang cepat terhadap persekitaran.

4. Bersosial


Kebiasaannya kita lebih suka berjalan bersama rakan berbanding berseorangan. Ini adalah kerana dengan berjalan secara berkumpulan kita dapat bersembang dan mengeratkan hubungan dengan membincangkan topik secara rawak tanpa gangguan dari pihak lain (berjalan sambil bermain gajet tidak dikira).

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dengan menerapkan budaya berjalan kaki. Tidak perlu mengamalkannya dengan cara yang berlebihan. Cukup sekadar dengan meringankan tulang membantu ibu pergi ke kedai membeli sup bunjut, ataupun jika inginkan sesuatu, kita sendiri yang berjalan tanpa mengharapkan bantuan orang lain.