Apricon Farmas Health: mencegah Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label mencegah. Show all posts
Showing posts with label mencegah. Show all posts

Monday, June 9, 2014

TIPS PENTING CEGAH KANSER

1. Elakkan penggunaan gula secara berlebihan terutama frukosa. Semua bentuk gula menjejaskan kesihatan secara umum dan menggalakkan penularan kanser. Fruktosa, adalah jelas salah satu bahan yang amat berbahaya dan perlu dielakkan seberapa banyak yang mungkin.
2. Mengoptimumkan pengambilan vitamin D. Vitamin D mempengaruhi hampir setiap sel dalam badan anda. Ia merupakan salah satu pemusnah semulajadi sel-sel kanser. Vitamin D dapat masuk ke dalam sel-sel kanser dan mencetuskan " apoptosis " (kematian sel). Jika anda menghidap kanser, tahap vitamin D anda harus antara 70 dan 100 ng / ml.
Adalah baik 6 bulan sekali anda menjalani ujian jumlah Vitamin D dalam badan anda. Rujuk carta berikut
Tahap tidak selamat kurang dari 50 ng/ml
Tahap mencukupi 50 - 65 ng/ml
Tahap sekiranya anda mempunyai kanser 65 ng/ml - 90 ng/ml
Tahap terlalu banyak lebih dari 100ng/ml
Rujuk link berikut untuk sumber makanan yang mengandungi vitamin D selain sinaran matahari.
3. Pastikan badan anda mempunyai jumlah vitamin A yang mencukupi. Ia sangat penting untuk mencegah kanser payudara. Dapatkannya dari sumber-sumber makanan bukan dalam bentuk supplement. Yang terbaik adalah dari sayuran yang berwarna warni. Badan kita boleh mengimbangi keperluan nutrisi-nutrisi yang diperlukan dengan melupuskan nutrisi-nutrisi berlebihan dengan syarat kita mengambilnya dalam bentuk mentah. Perkara ini penting kerana pengambilan Vitamin A secara berlebihan akan menjejaskan keberkesanan Vitamin D.Berada dibawah sinaran matahari pagi selama 1 jam sehari sudah memadai untuk keperluan Vitamin D anda. Ia adalah percuma.
4. Mengelakkan pengambilan makanan yang dipanggang. Jika anda berisiko tinggi terhadap kanser umpamanya ada dalam keturunan anda pernah mendapat kanser atau mati kerana kanser mengelakkannya sama sekali adalah sesuatu yang sangat penting. Bahan yang berbahaya dalam makanan yang dipanggang dikenali sebagai Acrylamide.Wanita mempunyai risiko tinggi untuk memdapat kanser payudara jika mereka adalah pengemar makanan-makanan yang dipanggang.
5. Berhati hati dengan produk-produk berasaskan soya yang tidak melalui proses fermentasi. Soya adalah makanan yang baik tetapi hanya jika ia melalui proses fermentasi untuk meminimakan unsur utama yang tidak elok untuk bandan ANTINUTRIEN , soya perlu melalui proses fermentasi. Terdapat kajian yang menyatakan satu bahan dalam soya yang dinamakan ISOFLAVON bergabung dengan ESTROGEN dalam badan wanita mempercepatkan pertambahan sel-sel payudara dan ini berisiko tinggi untuk kesilapan dalam proses penyalinan sel.
6. Meningkatkan kepekaan reseptor insulin anda. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah dengan mengelakkan gula dan bijirin dan pastikan anda bersenam setiap hari.
7. Kekalkan berat badan yang sihat. Ingat Lemak berlebihan tidak sihat kerna ia menghasilkan estrogen.
8. Minum satu gelas besar jus sayur-sayuran hijau organik setiap hari.Yang terbaik adalah seperti bayam, saderi,lobak,kale, Timun yang dibuang kulitnya dan brokoli.Terung yang direbus adalah sayuran terbaik untuk pembasmian sel-sel kanser.
9. Ambil makanan yang mengandungi lemak haiwan yang tinggi dengan OMEGA 3. Kekurangan OMEGA 3 adalah salah satu faktor penularan kanser.
10. Carcumin. Ini adalah bahan aktif dalam kunyit. Samada anda perbanyakkan penggunaannya dalam masakkan atau beli dalam bentuk yang dikapsulkan. Ia sangat baik dalam rawatan kanser terutamanya kanser payudara. Walaubagaimana pun pengambilan yang dikapsulkan adalah lebih digalakkan kerana carcumin secara amnya tdak dapat diserap dengan baik olih badan olih itu penggunaan melalui yang dikapsulkan lebih disyorkan.
11.Untuk para wanita amalkan menyuskan anak untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan. Kajian menunjukkan penyusuan boleh mengurangkan risiko kanser payudara.
12.Untuk wanita elakkan memakai coli yang menggunakan dawai sebagai bingkainya. Ia boleh meningkatkan risiko kanser payudara.
13.Elakkan diri anda dari terdedah pada produk-produk atau berada dalam kawasan medan elektromagnet.
14.Pastikan anda mempunyai iodin yang cukup terutamanya wanita. Para penyelidk menyatakan iodin adalah sangat berguna dalam memusnahkan sel-sel kanser payudara dan tiroid. Dapatkannya dalam bentuk permakanan.
15.Elakkan penggunaan ubat-ubat tahan sakit,ubat pengawalan kolestrol,ubat darah tinggi,suntikkan insulin dan antibiotik. Jika anda terpaksa menggunakannya sedaya upaya cuba beralih kepada yang bersifat semulajadi umpamanya dari tumbuh-tumbuhan. Umpamanya penggunaan ubat darah tinggi dan ubat pengawalan kolestrol dalam jangkamasa melebihi 10 tahun mempertingkatkan risiko kanser hati dan pankerias.
16.Gunakan air tanpa klorin dalam setiap masakkan dan air minuman anda.Jika anda mandi menggunakan air panas pastikan ianya telah dinyahkan klorin. Beratus penyelidikkan saintifik menyatakan majoriti penghidap kanser payudara mempunyai sebatian-sebatian klorin didalam tisu payudara. Mereka mengesyaki klorin menjadi penyebab kepada majoriti kes-kes berkaitan kanser terutamanya kanser payudara.
11.Pastikan penampalan gigi dibuat dengan rapi dan menggunakan jenis simen yang selamat walaupun kosnya agak tinggi. Bakteria yang bersembunyi dibawah simen yang tidak sempurna seringkali menyelinap masuk dalam badan terutamanya kawasan payudara.

Sunday, May 25, 2014

Friday, May 23, 2014

Monday, April 28, 2014

Apa itu buasir?

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia meng­ganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir terjadi disebab­kan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.
Kewujudan tisu buasir adalah satu komponen normal dalam anatomi badan manusia. Ia bertindak sebagai ‘kusyen’ yang kaya dengan saluran darah di dubur dan menjadi ‘pelapik termampat’ untuk membenarkan dubur tertutup de­ngan ketat.
Simptom buasir
Dr Yunus berkata, apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang keras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur terbabit akan membengkak.
Kemudian, ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesan apabila dikesat dengan tisu tandas.
Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, namun pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya disebabkan buasir, tetapi boleh menjadi petunjuk kepada pe­nyakit lain yang lebih serius seperti kanser kolorektal.
“Penting bagi individu berkenaan menjalani pemeriksaan di peringkat awal bagi menge­sahkan penyakit dialami dan menjalani rawatan sewajarnya.
“Tetapi biasanya pesakit lambat mendapatkan rawatan dan hanya datang berjumpa doktor selepas masalah mereka menjadi teruk,” kata­nya.
Menurutnya, antara penyebab lazim buasir ialah tidak cukup minum air dan pengambilan makanan yang kurang serat.
Selain itu, terlalu kerap mengangkat barangan berat juga menyebabkan individu berkenaan berisiko tinggi untuk mengalami buasir kerana tekanan dialami di bahagian dubur apabila melakukannya amat tinggi.
“Amalan duduk terlalu lama ketika membuang air besar juga tidak digalakkan dan kebiasaannya individu berkenaan berkemungkinan me­ngalami masalah buasir tahap tiga atau empat untuk jangka masa lama tanpa sebarang rawatan khusus.
“Jangan tahan atau bertang­guh-tangguh untuk buang air besar. Apabila ‘keinginan’ itu datang, segeralah menyahut ‘panggilan’ itu,” katanya.
Ada empat peringkat buasir yang perlu diberi perhatian:
  • Peringkat pertama membabitkan buasir yang mengalami pendarahan, tetapi ia tidak menonjol keluar.
  • Peringkat kedua berlaku apabila buasir menonjol keluar ketika buang air besar, tetapi masuk kembali dengan sendirinya.
  • Peringkat ketiga buasir keluar ketika atau selepas buang air besar dan hanya hilang (masuk kembali) apabila ditekan atau ditolak dari luar.
  • Peringkat keempat (kronik) apabila buasir sentiasa berada di luar hingga menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian.
“Untuk peringkat paling kronik mungkin pembedahan adalah pilihan terbaik, tetapi kini ada banyak cara boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan ketika ‘menghilangkan’ buasir serta mempercepatkan penyembuhan.“Buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang namun, gejalanya berbeza bergantung kepada peringkat ia berlaku,” katanya.

Punca

  • Sembelit dan meneran berlebihan ketika buang air.
  • Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
  • Obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.
Masalah ini juga berlaku disebabkan faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan yang meningkatkan kecenderungan untuk mendapat buasir.Namun, ia boleh dicegah dan gejalanya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun sudah mendapat rawatan, individu berkenaan perlu mengubah gaya hidup untuk mengelakkan masalah berulang.

Rawatan

Antara proses rawatan yang boleh dilakukan ialah:
  • Untuk peringkat awal pemberian ubat melembutkan najis menjadi pilihan.
  • Lingkaran getah (rubber band ligation) bagi peringkat ketiga dan keempat – Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, rawatan standard boleh dijalankan iaitu mengikat de­ngan lingkaran getah (rubber band ligation).Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman saja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan.
  • Ligasi Arteri Hemoroid (Haemorrhoidal Artery Ligation) – Kaedah ini menggunakan alat yang dikenali sebagai ultrabunyi Doppler bagi mengikat atau jahit saluran darah untuk mengurangkan tekanan pada bahagian berkenaan. Alat ini akan dimasukkan ke dalam dubur dan prosesnya membabitkan bahagian dalam anus yang kurang sensitif.
  • Menggunakan laser – Jarum laser akan dimasukkan dalam buasir yang terkeluar dan proses ini menyebab­kannya mengecut. Buasir mengambil masa dua hingga empat minggu untuk kecut sepenuhnya.Panduan mengelak buasir.
  • Minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
  • Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.
  • Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.
  • Elakkan memakan makanan yang boleh me­nyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.
  • Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.

Monday, September 30, 2013

Amalan Diet ANTI-KANSER dengan APRIKOT VITAMIN B17

Diet seharian kita terdiri daripada karbohidrat seperti nasi, mi dan roti, buah-buahan dan sayuran, protein seperti daging dan ikan, produk tenusu serta lemak. Pola pemakanan seharian seseorang individu boleh memberi impak yang besar terhadap tahap kesihatan individu tersebut. Menurut kajian Dana Penyelidikan Kanser Dunia, dianggarkan sebanyak 30-40 % risiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser boleh dicegah melalui diet yang sihat. Di Malaysia, kebanyakkan kita mempunyai corak pemakanan yang mempunyai kandungan karbohidrat dan lemak yang tinggi, tetapi kurang mengambil sayuran dan buah-buahan. Corak pemakanan sebegini akan menyumbang kepada pelbagai gejala penyakit termasuklah kanser.

KELAS MAKANAN DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

1.      Karbohidrat

Karbohidrat sering dinilai melalui bacaan indeks glisemik (G.I). G.I adalah ukurun berapa pantas 50g karbohidrat tersebut akan meningkatkan paras glukosa dalam darah. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Bingham pada tahun 1987, semakin tinggi nilai G.I, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan untuk membantu mengangkut glukosa ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali secara mendadak dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa. Otak akan menghantar isyarat bahawa badan kekurangan tenaga dan faktor ini mendorong kita untuk makan lebih banyak.

Antara makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi adalah seperti gula (105), nasi lemak (90), teh tarik (79), nasi putih (72) dan roti canai (71). Makanan dengan G.I yang tinggi ini jika di ambil secara berlebihan akan merosakkan metabolisme glukosa dalam badan dan akhirnya akan menyumbang kepada diabetes. Kajian-kajian oleh penyelidik luar seperti Colangelo, Coughlin dan rakan-rakan pada tahun 1997-2004 telah mendapati pesakit diabetes mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat kanser usus, kolorektal serta pankerias. Oleh itu makanan yang mempunyai nilai G.I yang tinggi perlu dihindari khususnya bagi pesakit diabetes bagi mengurangkan risiko untuk mendapat kanser.

2.      Lemak



Walaupun tiada perkaitan langsung di antara pengambilan makanan berlemak dan kanser, namun diet yang tinggi lemak boleh menyebabkan obesiti yang merupakan faktor penyumbang kepada beberapa jenis kanser seperti kanser usus, perut, pankerias dan kolorektal. Melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Eugenia E. Calle dan rakannya pada tahun 1998, kadar kematian yang tinggi telah dicatatkan bagi pesakit kanser yang mempunyai masalah obesiti berbanding pesakit kanser yang mempunyai berat badan yang normal. Pengambilan lemak yang berlebihan turut meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara, serviks, ovari dan prostat kerana lemak yang berlebihan akan mengganggu keseimbangan hormon pembiakan dalam badan. Oleh itu, pengambilan lemak tepu yang biasanya terdapat di dalam daging dan bahan tenusu perlu dikurangkan dan boleh digantikan dengan lemak tak tepu seperti kacang, avocado, buah zaitun dan bijian.


3.      Protein (daging merah)

Pada tahun 2003, terdapat 26 kajian telah dilaporan di dalam laman web MEDLINE yang membincangkan mengenai perkaitan di antara diet dan kanser usus serta kolorektal. Daripada 26 laporan tersebut, 21 daripadanya menyokong bahawa terdapat perkaitan positif di antara diet daging merah dengan kanser usus dan kolorektal. Menurut kajian Brockton pada tahun 2000, risiko untuk mendapat kanser usus adalah 35 % lebih tinggi dengan pengambilan diet daging proses seperti sosej, nuget, dan daging burger berbanding daging merah yang belum diproses. Oleh itu, pengambilan daging yang telah diproses dan daging merah perlu dihadkan dan boleh digantikan dengan daging ayam, ikan dan kekacang seperti kacang dal dan kacang kuda yang lebih selamat.

4.      Buah-buahan dan sayuran

Menurut kajian Gladys Block dan rakannya, pada era 1990-an, masyarakat dunia mula mempunyai kesedaran untuk meningkatkan pengambilan sayuran dan buah-buahan kerana percaya ianya akan mengurangkan risiko untuk mendapat kanser. Masyarakat yang kurang makan sayuran dan buah-buahan akan menghadapi 2 kali ganda risiko untuk diserang kanser termasuklah kanser paru-paru. Perkara ini turut dibuktikan oleh Institut Penyelidikan Kanser Amerika di mana dengan peningkatan diet buah-buahan dan sayuran akan menurunkan sebanyak 20-33 % kadar risiko mendapat kanser paru-paru termasuk golongan perokok. Rahsianya adalah kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan kandungan fitokimia yang bersifat pelindung seperti isoflavone, lycopene, selenium, flavanoids, Beta-carotene, vitamin dan lain-lain.

SIGNIFIKASI PENGAMBILAN VITAMIN B17 KEPADA BADAN KITA

Ramai di kalangan kita menggemari buah-buahan kerana rasanya yang enak dan paling penting merupakan sumber vitamin dan serat yang utama. Vitamin amat diperlukan untuk membantu dalam proses perkembangan sel, bertindak sebagai agen anti-oksida serta meningkatkan rintangan badan terhadap penyakit. Salah satu vitamin yang kita perlukan adalah Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai Amygdalin dan Laetrile. Vitamin B17 telah dibuktikan secara saintifik mempunyai sifat anti-kanser dan anti-tumor oleh Dr. Ernesto Rodriguez dari Hospital Oasis of Hope di Mexico. Menurut laporan yang dibuat oleh Dr. Dean Burks, seorang pakar kanser Jerman, Vitamin B17 juga boleh bertindak sebagai anti-neoplastik iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser.

Apabila Vitamin B17 masuk ke dalam badan kita, ia akan terurai kepada elemen sianida dan bezaldehyde oleh enzim Beta-glucosidase yang terdapat pada sel-sel kanser. Kedua-dua elemen ini seterusnya akan menyerang dan membunuh sel-sel kanser tersebut. Lebihan B17 akan ditukarkan kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang dihasilkan oleh sel-sel normal dalam badan kita. Vitamin B17 sering ditemui dalam kuantiti yang tinggi pada bahagian biji dan teras kebanyakkan buah, terutamanya aprikot, epal, beri, pear, prun dan pic. Namun, kebanyakkan antara kita akan membuang biji dan hanya makan isi buah sahaja. Ini  menyebabkan berlaku pengurangan kadar vitamin B17 dalam diet seharian kita Penaung kepada produk Farmas Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM, Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mempunyai kandungan Vitamin B17 yang tinggi dan dapat membantu dalam mencegah dan merawat kanser. Beliau juga menggalak-kan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan mengikut piawaian teknologi farmaseutikal melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ini amat penting bagi memastikan biji aprikot tersebut tidak terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas yang boleh menyebabkan keracunan kepada pengguna. Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa juga mengakui Aprikot kaya dengan B17 yang mampu merencatkan sel ab-normal dan seterus-nya mengekalkan perkembangan sel-sel yang sihat. Keberkesanan Vitamin B17 turut dirasai oleh salah seorang pesakit kanser iaitu Pn. Safiah. Beliau telah disahkan menghidap kanser usus pada tahun 2008 dan telah menjalani kemoterapi. Semasa menjalani kemoterapi, beliau juga turut mengamalkan vitamin B17. Beliau mendapati masalah sembelit semasa membuang air besar semakin berkurang dan badan terasa lebih bertenaga walaupun setelah menjalani kemoterapi.


Dapatkan Produk Anti Kanser B17 Apricon Farmashealth melalui stokis & farmasi berhampiran anda...

Rencana ini disediakan & ditaja oleh : TK FARMAS SOLUTION & INDUSTRIES

Artikel Keluaran Harian Metro 29/09/2013

Tuesday, May 21, 2013

Pemakanan cegah kanser

Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyeru prinsip "mencegah lebih baik daripada mengubati".

Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres minimum.

Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.

Justeru, dengan mengambil berat kepada tiga faktor ini, insya-Allah kanser dapat dielakkan.
Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH berasid.

Apa itu diet beralkali? Diet berakali melibatkan pengambilan minimum makanan seperti daging merah (lembu dan kambing), daging ayam, ikan, makanan laut, makanan berasaskan susu seperti mentega, keju, ais krim; tepung, teh, kopi, makanan segera, minuman soda dan gula.

Kebanyakannya adalah makanan asasi dan kesukaan rakyat Malaysia. Makanan ini meningkatkan kandungan asid dalam badan seseorang.

Diet berakali tinggi adalah makanan berunsur sayur-sayuran dan buah-buahan, biji-bijian, kurma, habatus-sauda, madu, jus buah-buahan, teh hijau dan makanan berunsur soya seperti tempe dan tau fu faa.

Makanan ini meninggalkan alkaline ash atau persekitaran tubuh berakali.
Bagaimana diet beralkali pengaruhi sel kanser?Kajian makmal membuktikan, sel kanser dalam tabung uji lebih cepat membiak dalam persekitaran berasid.

Apabila tahap asid dikurangkan maka didapati ketumbuhan kanser lebih lambat.

Dengan memilih diet yang menjadikan pH di dalam tubuh seseorang lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak adalah berkurang.

Makanan berakali tinggi menghasilkan persekitaran sukar untuk kanser membiak dan merebak.

Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen. Apabila kandungan oksigen rendah, ia menggalakkan pembiakan kanser.

Apabila sel tisu dalam badan mempunyai kandungan alkali tinggi, ia berupaya menampung kandungan oksigen tinggi berbanding sel tisu berasid tinggi.

Dengan memastikan kandungan pH alkali di dalam badan tinggi, ia dapat melindungi sel di dalam badan daripada diserang kanser.

Kesimpulannya, semakin tinggi tahap alkali dalam badan, semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka semakin nipis peluang sel kanser membiak.

Adalah digalakkan memakan banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.

Ini bukan bermakna pesakit kanser tidak boleh mengambil diet berasid tinggi, tetapi dinasihatkan mengurangkan pengambilannya.

Makanan yang perlu dikurang atau dielakkan

1. Daging merah

Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi.
Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser.

Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.

2. Gula

Gula adalah 'hayat kanser'. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.

Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.
Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di pasaran, namun kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan atau lebih buruk daripada gula.

3. Garam

Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam laut.

4. Makanan laut cengkerang

Kebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.

5. Kopi, teh, coklat

Ketiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi.
Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh.

6. Makanan cuka tinggi

Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.

7. Makanan berminyak

Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.

8. Hindari alkohol

Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.

9. Makanan kandungan lemak tinggi

Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit.

Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang kurang selera makan.

Kadangkala pesakit dijangkiti penyakit ulser di dalam mulut dan lidah menyebabkan rasa sakit menelan atau mengunyah.

Kadangkala ubat kemoterapi boleh menghilangkan selera makan. Semasa menjalani kemoterapi, pesakit berasa penat dan emosi mereka lebih tertekan.

Hilang selera makan boleh berlarutan sehingga berminggu atau berbulan. Adalah mustahak pesakit kanser memaksa diri untuk makan meskipun tidak ada selera.

Apabila makan, badan menjadi kuat untuk melawan jangkitan kuman dan membaiki tisu tubuh yang rosak akibat rawatan kemoterapi.

Kesimpulannya pesakit kanser perlu menyedari kepentingan diet seimbang. Ini untuk mengawal pembiakan sel kanser di dalam badan pesakit.

Jika pesakit mengamalkan diet yang sama seperti sebelumnya, ini akan membahayakan.

Ini kerana bila seseorang menghidap kanser, mereka perlu menukar cara pemakanan dengan mengambil diet lebih bersifat alkali seperti sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengurangkan diet berasid.

Selain pemakanan seimbang, pesakit kanser mesti mengamalkan cara hidup sihat iaitu memastikan waktu tidur dan rehat mencukupi, serta mengawal tekanan emosi dan stres, perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan melakukan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Bila hati dan jiwa kita dekat dengan Allah, hati lebih tenteram dan datang rasa reda kepada Allah atas penyakit yang dihadapi.

Nabi Muhammad bersabda "Berubatlah kamu dengan dua perkara - madu dan al-Quran" (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
 
Madu adalah ubat segala penyakit tetapi dengan syarat tidak menjadikan madu atau ubat sebagai pegangan menyebabkan kita sembuh, itu adalah dengan keizinan Allah semata-mata untuk menyembuhkan kita.
Jadi di sini wajar pesakit kanser mengamalkan sunah Nabi iaitu dengan menggantikan pengambilan gula dengan madu kerana sifat alkalinya yang tinggi.

Kajian saintis barat menunjukkan madu sebagai satu alternatif sihat mengganti gula.

Disebutkan dalam hadis Abu Dzar bahawa Nabi bersabda tentang air zamzam "Sesungguhnya air zamzam itu penuh berkat, sesungguhnya ia makanan yang mengenyangkan".

Abu Daud Ath-Thayalisi menambah dalam musnadnya "Dan penyembuh penyakit". (Hadis Riwayat Muslim).
 
Di dalam proses penyembuhan penyakit kanser digalakkan agar pesakit meminum air zamzam sebanyak mungkin.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah ada menganjurkan pakej umrah untuk pesakit dan orang ramai.
Selalunya pesakit yang menyertai pakei umrah ini, selain melakukan perubatan di Tanah Suci, disyorkan meminum air zamzam sebanyak mungkin bagi membantu proses rawatan di samping mengamalkan bacaan ayat al-Quran yang telah diberikan.

Nabi Muhammad SAW bersabda "perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit" (Hadis Riwayat Muslim).
 
Jadi di sini memang wajar umat Islam mengambil berat tentang jenis makanan dan diet yang diambil setiap hari agar tubuh kita sihat dan dapat menikmati kualiti hidup.

Nabi SAW bersabda "Seorang mukmin yang sihat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah...." (Hadis Riwayat Muslim).
 
Kita sebagai seorang mukmin wajib menjaga kesihatan agar menjadi seorang yang sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.

Thursday, April 19, 2012

Apakah Pemakanan Yang Sesuai dan Terbaik Untuk Mencegah Penyakit Kanser Payudara?



Umum mengetahui bahawa 90% factor sesuatu penyakit itu berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan kurang tahap kualitinya. Kementerian Kesihatan serta Pakar Pemakanan telah meneliti beberapa punca serta mengenalpasti faktor utama yang disumbangkan oleh pemakanan yang tidak dijaga dengan betul dan menjadi penyebab kepada penyakit kanser payudara.

Statistik menunjukkan 35% penyakit kanser berpunca daripada pemakanan sehingga tahun 2001 dan sehingga tahun 2007 telah dikenalpasti punca daripada pemakanan telah menyumbang kepada 80%.

Selain faktor pemakanan, faktor merokok serta kurangnya aktiviti senaman turut menyumbang sekurang-kurangnya 30%.


Jenis pemakanan yang dinasihatkan PERLU DIKURANGKAN.....

-       Pengambilan lemak tepu yang berpunca daripada lemak haiwan dan minyak kelapa yang berlebihan seperti;
·         Keju / mentega
·         Susu
·         Makanan bergoreng dengan kuantiti minyak yang banyak
·         Telur
-       Pengambilan protien daripada haiwan
·         Daging
-      Pengambilan makanan kurang serabut yang tinggi

Jenis pemakanan yang dinasihatkan PERLU DILEBIHKAN.....

-       Memakan sayuran yang dimasak dengan kuantiti sekurang-kurangnya 30 -35% sehari
-      Memakan buah-buahan segar pada setiap waktu makanan dihidang
-      Mengurangkan kadar jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan pada kadar 15%
-      Mengambil makanan seperti bijirin dan kekacang pada kadar 20%

PENTING!!!!

Awasilah kadar serta tahap kesihatan seperti kandungan asid lemak, gula dan kolesterol didalam badan... Penyeliaan serta pengawasan yang konsisten dan terjaga mampu mengurangkan serta mengelak sel-sel kanser ini dari terus membiak dengan aktif......



Untuk lebih informasi sila layari website : www.radiologymalaysia.org / www.infosihat.gov.my