Apricon Farmas Health: biji aprikot Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label biji aprikot. Show all posts
Showing posts with label biji aprikot. Show all posts

Wednesday, December 16, 2015

Menjana Pendapatan RM3500++ bersama APRICON


Ingin menambah pendapatan RM3500++ ??
                 Kami boleh membantu anda….


                 Bagaimana??

                 >> Hanya menjadi stokis kami
                 >> Terhad 30 orang terawal sahaja.

                 Hotline: 03-89273332/ 03-89273330
                 Email : farmashealth@yahoo.com
                 Fb : www.facebook.com/AprikotB17/
                 Laman web : www.farmashealth.com.my



Monday, June 1, 2015

AWAS! Ubat Yang Tidak Berdaftar KKM & Bahan Terlarang!

Tonton video ini untuk mengetahui cara menyemak ubat berdaftar dan bahan yang dilarang dalam produk kesihatan.

Lindungilah orang yang tersayang!

Apricon Vitamin B17 Farmas Health, selamat & halal untuk semua.

Untuk maklumat lanjut layari :
Laman web : http://farmashealth.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/AprikotB17

#produkscam #produktidakberdaftar #bahayakesihatan #apricon #terapikanser #rawatantradisional #vitaminb17 #bijiaprikot #apricotcapsule #kapsulaprikot #farmashealth


Thursday, May 14, 2015

10 Tanda Penyakit Yang Boleh Dilihat Pada Kaki Kita


1. Kering dan mengelupas


Jika anda telah menggunakan pelembap dan ia tidak berkesan, kemungkinan anda mengalamai masalah tiroid. Apabila kelenjar tiroid (kelenjar di pangkal leher) tidak berfungsi dengan baik, ia akan mengalami masalah untuk menghasilkan hormon tiroid, yang berfungsi dalam mengawal kadar metabolik, tekanan darah, pertumbuhan tisu badan, dan pembentukan sistem rangka dan saraf. 

"Masalah tiroid menyebabkan kekeringan kulit yang teruk," kata Marlene Reid, DPM, pakar kaki di Naperville, Illinois. 
"Apabila kita melihat kekeringan pada kaki, atau jika penggunaan pelembap tidak berkesan lebih dari beberapa hari, kita biasanya merujuk pesakit kepada doktor pakar untuk memastikan sama ada tiroid mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak." 

Kuku yang rapuh juga merupakan salah satu tanda kompilasi tiroid.

2. Jari kaki botak

Kemungkinan anda mengalami penyakit arteri. Jika bulu di jari kaki anda hilang tiba-tiba, ia menandakan peredaran darah yang lemah disebabkan oleh peripheral arterial disease (PAD). 

"Tanda-tanda PAD adalah termasuk kadar pertumbuhan rambut menurun pada kaki dan pergelangan kaki, jari kaki ungu, dan kulit nipis atau berkilat," kata Suzanne Fuchs, DPM, pakar bedah Podiatric di North Shore University Hospital di New York.

3. Ulser yang tidak sembuh


Kemungkinan anda mengalami kencing manis. Tahap glukosa yang tidak terkawal boleh merosakkan saraf dan menyebabkan masalah pada peredaran darah sehingga darah tidak sampai ke kaki. Sekiranya terdapat luka pada kaki, dan darah tidak dapat mengalir ke luka, kulit tidak akan dapat pulih dengan sempurna. 

"Ramai pesakit kencing manis yang di diagnosis adalah disebabkan masalah yang terdapat pada kaki mereka," kata Reid. 

Tanda-tanda kencing manis mungkin termasuk rasa cucukan atau kebas pada kaki.

4. Ibu jari kaki yang membesar dan menyakitkan


Mungkin ia terjadi berdasarkan pemakanan anda. Jika ia terjadi selepas anda makan sesuatu, anda mungkin mengalami gout, sejenis radang sendi yang sering terjadi pada sendi ibu jari kaki. Makanan yang mempunyai tahap purin yang tinggi, sejenis bahan kimia yang terdapat dalam daging merah, ikan, dan sesetengah alkohol, boleh mencetuskan serangan gout dengan menaikkan tahap asid urik di dalam badan. Asid urik biasanya dibuang melalui air kencing, tetapi penghasilan yang berlebihan atau masalah perkumuhan berlaku pada sesetengah orang.

"Anda dapat melihat pemendapan asid urik pada sendi, biasanya pada ibu jari atau pergelangan kaki," kata Bob Baravarian, DPM, pakar Podiatric kaki dan buku lali di Providence Saint John's Health Center di Santa Monica, California.
"Pesakit akan bangun dengan sendi yang bengkak, merah dan keras. Ia amat pedih."

5. Garis merah yang kecil di bawah kuku jari kaki


Selalu terdapat pada pesakit yang menghidap jangkitan pada jantung. Jalur-jalur merah di bawah kuku kaki atau kuku merupakan tanda saluran darah yang pecah yang dikenali sebagai serpihan pendarahan (splinter hemorrhages). Ini berlaku apabila darah beku yang kecil merosakkan kapilari darah di bawah kuku. Ia merupakan tanda seseorang itu mengalami endocarditis, sejenis jangkitan yang berlaku pada lapisan dalaman jantung. Seseorang yang mengalami penyakit jantung atau seseorang yang mempunyai masalah sistem imun yang kronik (seperti pesakit kanser yang menjalani kemoterapi, pesakit HIV, dan pesakit kencing manis) mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap endocarditis. Jangkitan ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung jika tidak dirawat. Jika anda perasan terdapat serpihan pendarahan pada kuku kaki atau kuku anda, dan jari anda tidak mengalami sebarang kemalangan, terhantuk dan sebagainya, berjumpalah dengan doktor untuk membuat pemeriksaan jantung dan peredaran darah.

6. Kaki yang berpintal (tidak dapat memijak dengan rata)


Kemungkinan anda mengalami kanser paru-paru atau penyakit jantung. Lain-lain tanda yang terdapat pada kedua-dua jari kaki dan jari, sering dikaitkan dengan kanser paru-paru, jangkitan paru-paru yang kronik, penyakit jantung, atau penyakit usus. Kanser paru-paru dan penyakit jantung mengurangkan ketahanan pembuluh darah, bermaksud aliran darah ke arteri kecil di kuku kaki dan hujung jari akan meningkat. Tisu akan membengkak lalu mengakibatkan kaki berpintal (jari dan jari kaki yang lebih besar dan bulat). 

7. Kuku kaki berongga

Kemungkinan anda menghidap psoriasis (penyakit kulit yang berwarna merah, gatal dan bersisik). Jika terdapat lubang kecil, alur, atau rabung di kuku kaki anda, anda mungkin mempunyai psoriasis kuku.

"Jika anda tidak pernah disahkan mengalami psoriasis, tetapi kuku kaki anda mempunyai lubang-lubang kecil di dalamnya, anda perlu mendapatkan pemeriksaan," kata Gary A. Pichney, DPM, pakar bedah Podiatric dari The Institute for Foot and Ankle Reconstruction di Mercy Medical Center. 

Gejala lain termasuklah tompok putih dan garis mendatar merentasi kuku.

8. Kuku melengkung (Spooned nails)


Kemungkinan anda mengalami anemia atau lupus (sejenis penyakit kulit). Kuku jari atau kuku jari kaki yang melengkung seperti sudu, menunjukkan kekurangan zat besi, serta hemochromatosis (penghasilan zat besi yang berlebihan), penyakit Raynaud (memberi kesan terhadap darah yang disalurkan ke jari dan jari kaki), dan kadang kala lupus (penyakit auto-imun di mana sistem imun badan menyerang sel, tisu dan organ). Kadang-kadang ia berlaku pada bayi, tetapi ia akan semakin pulih apabila bayi semakin membesar.

9. Garis lurus bawah kuku jari kaki


Kemungkinan anda menghidap kanser kulit. Garis menegak dan gelap di bawah kuku jari kaki mungkin petanda bahawa terdapat melanoma lentiginous acral, atau melanoma yang tersembunyi - sejenis kanser kulit yang muncul pada bahagian badan yang tersembunyi. (Lain-lain kanser kulit yang tersembunyi adalah di mata dan mulut.)

"Akan terdapat satu garis hitam dari pangkal kuku anda hingga ke hujung kuku," kata Pichney.

"Ia boleh dilihat oleh podiatrist atau dermatologist. Ini adalah untuk memastikan bahawa ia bukan kulat, yang biasanya berwarna kuning coklat dan kadang kala berlaku di seluruh kuku."

10. Berbentuk seperti gerbang tinggi secara tiba-tiba


Kemungkinan anda mengalami kerosakan saraf.

"Jika seseorang mempunyai penipisan otot kaki yang berbentuk arch, ia boleh menjadi satu petunjuk keadaan neurologi yang dikenali sebagai Charcot-Marie-Tooth (CMT)." says Pichney.
CMT juga boleh menyebabkan perubahan pada gaya berjalan, kebas pada kaki, sukar untuk mengimbang badan, kehilangan otot di kaki, yang kemudiannya boleh berlaku pada lengan dan tangan.


Jika anda mengalami salah satu tanda di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengesan penyakit yang merbahaya. Setidak-tidaknya, anda mampu mengesan dan merawat penyakit di peringkat awal.

Sumber: Reader's Digest

Tuesday, March 24, 2015

Apricon - Rawatan Alternatif Kanser

AWAS!!! Ubat tidak berdaftar boleh membawa KEMATIAN.
Pastikan ubat anda BERDAFTAR,SAH, SELAMAT & HALAL!
Bebas Gelatin BABI!

APRICON paling lengkap, Paling Selamat & Paling Berkesan. APRICON Pilihan Terbaik Untuk Anda!

Kelulusan Jakim, Kementerian Kesihatan, Biro Farmaseutikal, Kawalan Dadah, Kilang GMP dengan teknik Sinar UV untuk tahap kebersihan terjamin. Semestinya paling selamat untuk anda!

Testimoni APRICON - Barah Otak Tahap 4 / Hanya 10% untuk hidup!


Untuk maklumat lanjut layari :
Laman web : http://farmashealth.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/AprikotB17

Friday, December 19, 2014

Tahukah Anda ?

 
Di Malaysia, pada 2003, Daftar Barah Kebangsaan melaporkan jumlah kasar kes kanser servik sekitar 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini mencakupi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita. Manakala tahun sebelumnya, 1,492 kes baru dicatatkan dengan 766 kematian.

Hanya tekan Share sahaja anda mungkin dapat bantu Sahabat Anda yang anda kasihi

Like Page di kami : https://www.facebook.com/AprikotB17

Friday, September 26, 2014

Mengapa Kita Harus Makan Biji Aprikot.


  • Dalam bahasa nutrient, biji Aprikot ini disebut mengandungi Amigdalin dikenali sebagai Vitamin B17. Vitamin B17 ini dapat membantu membunuh sel-sel kanser dalam badan kita, hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini. Kanser merupakan pembunuh senyap.

  •  Vitamin B17 boleh diperolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan. Dalam diet pemakanan kita harus ada B17, jika tiada B17 dalam diet pemakanan, anda boleh dihidapi penyakit kanser.Selain dari Biji Aprikot, Vitamin B17 juga boleh diperolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit – badam manis tidak mengandungi B17), epal pipis, benih-benih anggur, sengkuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren & biji benih yang lain.

  •  Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Diantaranya membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat & dapat melindungi anda dari kanser.Salah satu caranya adalah dengan menggunakan (supplement with antioxidants) yang dapat melawan carcinogens dalam tubuh badan anda.Bagaimanapun Vitamin B17 menggunakan cara yang sangat unik. Iaitu secara langsung menyerang sel kanser (directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah disebutkan di atas.

  •  Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian Vitamin B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan "cyanide" ia adalah lengai secara kimia & tidak berbahaya untuk normal tisu hidup.

  • Perkara yang sama juga dapat kita lihat dalam garam biasa. Garam biasa sebenarnya terdapat dua unsur kimia didalamnya tetapi tidak bertindak balas dalam badan manusia, bahkan sangat diperlukan dalam badan manusia. 2 unsur kimia yang ada dalam garam adalah natrium & klorida, maka sebab itu garam dalam istilah kimia disebut Natrium Klorida. Sebenarnya dalam garam ada satu sebatian kimia yang berbahaya "klorin". Sudah tentu jika ada makan banyak garam pada satu masa anda akan sakit.

  •  Perkara yang sama juga berlaku dalam Biji Aprikot, makan jangan berlebihan ikut peraturan yang telah diberikan. Bagaimanapun amigdalin adalah kurang toksik daripada garam & jauh lebih selamat dari gula yang anda makan setiap hari.

  •  Kita sedia maklum bahawa badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Bagaimanapun pada saat anda berada dalam keadaan "stress" atau tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sangat lemah & sering terdedah dalam persekitaran karsinogen. Keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imun.

  •  Vitamin B17 dari Biji Aprikot akan berkerjasama dengan sistem imun dalam badan dan membunuh sel kanser secara langsung. Untuk pengetahuan anda dalam sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka "ikatan kimia" yang terpadu dalam Vitamin B17 (Biji Aprikot) iaitu cyanide.Maka cyanide akan dibebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam Vitamin B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser. Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah Vitamin B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat. Vitamin B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir.

  •  Enzim yang terdapat dalam sel kanser dapat membuka kunci amigdalin maka terhasillah cyanide. Jika terdapat lebihan cyanide yang terhasil dari tindak balas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah anda. Maka secara semulajadi akan dineutralkan oleh hati.

  •  Hati (liver) bekerja dengan lebih kuat jika terdapat unsur toksin dalam badan anda.Sehingga anda dapat melihat kesan kerosakan hati akibat pembersihan toksin dalam badan.Tapi bukan kerosakan dari kanser. Maka jika tubuh kita terlalu banyak toksin dan tidak dikeluarkan dari badan, besar kemungkinan kita bakal menghidap kanser hati pula.

  • Penyelidik-penyelidik di Imperial College London telah membuat ujikaji menggunakan cyanide untuk menghapuskan sel-sel kanser , hasil kajian mereka mendapati cyanide atau apa-apa toksin yang berada didalam darah dengan cepatnya dineutralkan oleh hati.

  • Amigdalin kadangkala dirujuk sebagai vitamin B17 dan ditemui dalam nitriloside kaya dengan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Digunakan sebagai terapi utama, kecuali kepada mereka yang menjaga pemakanan yang baik, menjaga PH tubuh dengan baik , tiada pencemaran toksin dalam badan. Telah digunakan untuk merawat pengidap-pengidap kanser dalam beberapa klinik di seluruh dunia.

  •  Pada permulaan abad ke-21 adalah dijangkakan bahawa satu dari lapan orang di UK akan mendapat kanser payudara dan satu dari empat orang lelaki akan mendapat kanser prostat. Jika termasuk kanser yang berlainan jenis, dijangkakan tiada keluarga yang bebas dari penyakit kanser.

Oleh itu cadangan memakan 7 - 15 Biji Aprikot setiap hari insyaallah seumur hidup anda terpelihara dari terkena penyakit kanser. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang tercari-cari alternatif penjagaan diri. 

**Nota : Biji Aprikot harus dikunyah atau dihancurkan dan ditabur dalam makanan harian atau dikisar bersama buah-buahan. Diamalkan sebanyak 4 hingga 6 kali sehari.


** Tetapi sebaiknya disarankan mengambil biji Aprikot yang telah dikapsulkan seperti Produk Apricon Farmashealth kerana ianya di hasilkan menggunakan teknologi pemprosesan yang berkualiti dimana  ianya dikawal oleh Biro Farmaseutikal dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia serta disahkan HALAL. Memakan biji aprikot yang masih belum diproses boleh menyebabkan anda keracunan dari kesan bakteria @ fungus yang melekat pada kulit biji aprikot tersebut

Tuesday, August 19, 2014

Apricot: Nutritional Value:










The impressive health benefits of apricots are due to the wide range of nutrients present in it. Apricot is rich in vitamins like beta-carotene, Vitamin A, C E and K. It is rich in minerals like iron, potassium, manganese, magnesium, phosphorus. It is also a good source of antioxidants, dietary fiber and flavonoids.


Apricots (Prunus armeniaca), fresh,
Nutritive Value per 100 g,
Total-ORAC umol TE/100 g-1115. 
(Source: USDA National Nutrient data base)
Principle Nutrient Value Percentage of RDA
Energy 50 Kcal 2.50%
Carbohydrates 11 g 8.50%
Protein 1.4 g 2.50%
Total Fat 0.4 g 1%
Cholesterol 0 mg 0%
Dietary Fiber 2 g 5%
Vitamins
Folates 9 µg 2%
Niacin 0.600 mg 4%
Pantothenic acid 0.240 mg 5%
Pyridoxine 0.054 mg 5%
Riboflavin 0.040 mg 3%
Thiamin 0.030 mg 2.50%
Vitamin A 1926 IU 64%
Vitamin C 10 mg 16%
Vitamin E 0 mg 0%
Vitamin K 3.3 µg 3%
Electrolytes
Sodium 1 mg 0%
Potassium 259 mg 5.50%
Minerals
Calcium 13 mg 1.30%
Copper
Iron 0.39 mg 5%
Magnesium 10 mg 2.50%
Manganese 0.077 mg 3%
Phosphorus 23 mg 3%
Zinc 0.2 mg 2%
Phyto-nutrients
Carotene-α 19 µg -
Carotene–ß 1094 µg -
Crypto-xanthin-ß 104 µg -
Lutein-zeaxanthin 89 µg -

Source : http://www.healthbeckon.com/apricots-benefits-and-uses/

Monday, June 9, 2014

TIPS PENTING CEGAH KANSER

1. Elakkan penggunaan gula secara berlebihan terutama frukosa. Semua bentuk gula menjejaskan kesihatan secara umum dan menggalakkan penularan kanser. Fruktosa, adalah jelas salah satu bahan yang amat berbahaya dan perlu dielakkan seberapa banyak yang mungkin.
2. Mengoptimumkan pengambilan vitamin D. Vitamin D mempengaruhi hampir setiap sel dalam badan anda. Ia merupakan salah satu pemusnah semulajadi sel-sel kanser. Vitamin D dapat masuk ke dalam sel-sel kanser dan mencetuskan " apoptosis " (kematian sel). Jika anda menghidap kanser, tahap vitamin D anda harus antara 70 dan 100 ng / ml.
Adalah baik 6 bulan sekali anda menjalani ujian jumlah Vitamin D dalam badan anda. Rujuk carta berikut
Tahap tidak selamat kurang dari 50 ng/ml
Tahap mencukupi 50 - 65 ng/ml
Tahap sekiranya anda mempunyai kanser 65 ng/ml - 90 ng/ml
Tahap terlalu banyak lebih dari 100ng/ml
Rujuk link berikut untuk sumber makanan yang mengandungi vitamin D selain sinaran matahari.
3. Pastikan badan anda mempunyai jumlah vitamin A yang mencukupi. Ia sangat penting untuk mencegah kanser payudara. Dapatkannya dari sumber-sumber makanan bukan dalam bentuk supplement. Yang terbaik adalah dari sayuran yang berwarna warni. Badan kita boleh mengimbangi keperluan nutrisi-nutrisi yang diperlukan dengan melupuskan nutrisi-nutrisi berlebihan dengan syarat kita mengambilnya dalam bentuk mentah. Perkara ini penting kerana pengambilan Vitamin A secara berlebihan akan menjejaskan keberkesanan Vitamin D.Berada dibawah sinaran matahari pagi selama 1 jam sehari sudah memadai untuk keperluan Vitamin D anda. Ia adalah percuma.
4. Mengelakkan pengambilan makanan yang dipanggang. Jika anda berisiko tinggi terhadap kanser umpamanya ada dalam keturunan anda pernah mendapat kanser atau mati kerana kanser mengelakkannya sama sekali adalah sesuatu yang sangat penting. Bahan yang berbahaya dalam makanan yang dipanggang dikenali sebagai Acrylamide.Wanita mempunyai risiko tinggi untuk memdapat kanser payudara jika mereka adalah pengemar makanan-makanan yang dipanggang.
5. Berhati hati dengan produk-produk berasaskan soya yang tidak melalui proses fermentasi. Soya adalah makanan yang baik tetapi hanya jika ia melalui proses fermentasi untuk meminimakan unsur utama yang tidak elok untuk bandan ANTINUTRIEN , soya perlu melalui proses fermentasi. Terdapat kajian yang menyatakan satu bahan dalam soya yang dinamakan ISOFLAVON bergabung dengan ESTROGEN dalam badan wanita mempercepatkan pertambahan sel-sel payudara dan ini berisiko tinggi untuk kesilapan dalam proses penyalinan sel.
6. Meningkatkan kepekaan reseptor insulin anda. Cara terbaik untuk melakukan ini adalah dengan mengelakkan gula dan bijirin dan pastikan anda bersenam setiap hari.
7. Kekalkan berat badan yang sihat. Ingat Lemak berlebihan tidak sihat kerna ia menghasilkan estrogen.
8. Minum satu gelas besar jus sayur-sayuran hijau organik setiap hari.Yang terbaik adalah seperti bayam, saderi,lobak,kale, Timun yang dibuang kulitnya dan brokoli.Terung yang direbus adalah sayuran terbaik untuk pembasmian sel-sel kanser.
9. Ambil makanan yang mengandungi lemak haiwan yang tinggi dengan OMEGA 3. Kekurangan OMEGA 3 adalah salah satu faktor penularan kanser.
10. Carcumin. Ini adalah bahan aktif dalam kunyit. Samada anda perbanyakkan penggunaannya dalam masakkan atau beli dalam bentuk yang dikapsulkan. Ia sangat baik dalam rawatan kanser terutamanya kanser payudara. Walaubagaimana pun pengambilan yang dikapsulkan adalah lebih digalakkan kerana carcumin secara amnya tdak dapat diserap dengan baik olih badan olih itu penggunaan melalui yang dikapsulkan lebih disyorkan.
11.Untuk para wanita amalkan menyuskan anak untuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan. Kajian menunjukkan penyusuan boleh mengurangkan risiko kanser payudara.
12.Untuk wanita elakkan memakai coli yang menggunakan dawai sebagai bingkainya. Ia boleh meningkatkan risiko kanser payudara.
13.Elakkan diri anda dari terdedah pada produk-produk atau berada dalam kawasan medan elektromagnet.
14.Pastikan anda mempunyai iodin yang cukup terutamanya wanita. Para penyelidk menyatakan iodin adalah sangat berguna dalam memusnahkan sel-sel kanser payudara dan tiroid. Dapatkannya dalam bentuk permakanan.
15.Elakkan penggunaan ubat-ubat tahan sakit,ubat pengawalan kolestrol,ubat darah tinggi,suntikkan insulin dan antibiotik. Jika anda terpaksa menggunakannya sedaya upaya cuba beralih kepada yang bersifat semulajadi umpamanya dari tumbuh-tumbuhan. Umpamanya penggunaan ubat darah tinggi dan ubat pengawalan kolestrol dalam jangkamasa melebihi 10 tahun mempertingkatkan risiko kanser hati dan pankerias.
16.Gunakan air tanpa klorin dalam setiap masakkan dan air minuman anda.Jika anda mandi menggunakan air panas pastikan ianya telah dinyahkan klorin. Beratus penyelidikkan saintifik menyatakan majoriti penghidap kanser payudara mempunyai sebatian-sebatian klorin didalam tisu payudara. Mereka mengesyaki klorin menjadi penyebab kepada majoriti kes-kes berkaitan kanser terutamanya kanser payudara.
11.Pastikan penampalan gigi dibuat dengan rapi dan menggunakan jenis simen yang selamat walaupun kosnya agak tinggi. Bakteria yang bersembunyi dibawah simen yang tidak sempurna seringkali menyelinap masuk dalam badan terutamanya kawasan payudara.

Friday, May 23, 2014

Tuesday, May 20, 2014

Episod 2 : Makanan Semulajadi Menentang Kanser


Makanan Semulajadi Menentang Kanser.

Episod 2 : Brokoli (Broccoli) - Baik untuk kanser payudra, hati, paru-paru, prostat, kulit, perut & kanser pundi kencing.

Nantikan episod seterusnya esok! 

Healthy Cooking: How to Cook Broccoli #B17 #Apricon#ubatkanser #farmashealth #kanser #healthyfood

Friday, May 16, 2014

Episod 1 : Makanan Semulajadi Menentang Kanser




Makanan Semulajadi Menentang Kanser.

Episod 1 : Bawang Putih (Garlic) - Baik untuk kanser payudra, kolon, esophageal & kanser perut.

Nantikan episod seterusnya esok! 

Info lanjut layari : http://www.farmashealth.com.my/

#kanser #b17

Wednesday, January 22, 2014

Mutasi Gen Akibatkan Kanser Payu dara


Kanser payu dara adalah kanser yang biasa menyerang kebanyakan wanita di Malaysia. Malah keganasan penyakit meragut nyawa telah membuatkan ia berada di ranking pembunuh utama wanita. Menyentuh perkaitan bagaimaan kanser ini boleh terjadi, kebanyakannya disebabkan oleh gen dalam tubuh.

Saintifiknnya, di dalam tubuh manusia tidak kira sama ada lelaki atau wanita diciptakan gen yang dikenali sebagai BRCA1 dan BRCA2. Bagaimanapun kedua-dua gen ini boleh bermutasi atau rosak menjadi gen BRCA dan boleh mengakibatkan kanser.

Bagaimana gen dalam tubuh ini boleh bermutasi? Ia kesan pendedahan kesan biologi dan persekitaran atau disebabkan seseorang itu telah dilahirkan dengan satu gen yang telah rosak.

Selain daripada dua gen yang disebutkan tadi terdapat beberapa gen lain yang boleh rosak dan mampu merangsang kanser mengganas di dalam tubuh. Ia adalah TP53 dan PTEN, CYP1B1 dan COMT, yang akan diuji untuk mutasi (polymorphism).

Di dalam gen CYP1B1 juga terdapat kaitan dengan beberapa jenis kanser (termasuklah kanser payudara). Ia fungsinya dalam mengaktifkan procarcinogens alam sekitar. Variant CYP1B1 juga mempunyai keupayaan untuk bertukar menjadi pemangkin penukaran estrogen yang tidak sihat, catechol estrogen, terutamanya 16-hydroxyestrone (16-OHE2), yang boleh menyebabkan mutasi genotoksik.

Manakala individu yang mempunyai varian COMTT yang rendah juga berisiko terdedah kepada kanser payu dara kerana peningkatan pengumpulan metabolisma catechol estrogen yang tidak sihat. Gen lain yang dikaitkan dengan kanser payu dara adalah CASP8, FGFR2, TNRCP dan MAP3K1 selebihnya masih lagi tidak dapat diuji.

Sama seperti yang dialami Angelina Jolie, dia juga dikesan 87 peratus berisiko mendapat penyakit kanser lantaran BRCA1 beliau telah rosak. Sehubungan itu, bagi mengurangkan peratusan dirinya terkena penyakit kanser, Jolie bertindak melakukan pembedahan yang dikenali sebagai prophylactic mastektomi membuang payu dara dan ovary oophorektomi.

Itu cara Jolie mengelakkan diri dari menjadi mangsa kanser. Namun anda tidak semestinya perlu melakukan tindakan yang sama dengan aktres popular ini kerana setiap manusia punya gen yang berbeza.

Pemeriksaan daripada pakar adalah langkah terbaik menentukan tindakan anda.


Mencari Gen

Menentukan sama ada gen anda rosak atau tidak semestinya lebih tepat dikesan dengan ujian genetik tetapi kos melaksanakannya bukan murah. Satu sesi prosedur ini menelan belanja melebihi RM 6,000. Tambahan pula, melakukan ujian genetik ini tidak semudah ujian dan darah.

Justeru, saya sarankan kepada wanita yang ingin kepada wanita yang ingin mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penyakit kanser ini menggunakan cara lain. Ambil kira latar belakang keluarga tentang penyakit ini kerana ia merupakan penyakit yang diwarisi. Jika salah seorang ibu bapa mempunyai mutasi gen, anda mempunyai 50-50 peluang mendapat gen yang rosak.

Selain daripada cara tersebut, anda juga boleh lakukan profil genetik DNA yang mana kosnya lebih murah. Sekitar rm 3,000 dan mendapatkan juga doktor terlatih di dalam nutrigenomic untuk menasihati anda mengenai diet dan makanan tambahan yang betul bagi mengurangkan risiko bukan sahaja untuk kanser payu dara tetapi semua jenis kanser.

Akhir sekali, lakukan pemantauan payu dara secara berterusan melalui pemeriksaan sendiri payu dara, ultra bunyi, monogram dan MRI ( mengikut nasihat doktor). Ambil kira sebarang perubahan tidak normal pada payu dara seperti ketulan, cecair nanah atau darah.

Lakukan perkara ini jika ingin sihat...

1.Makan makanan sihat dan seimbang. Pastikan anda ambil buah-buahan segar dan makanan organik dan sayur-sayuran seperti brokoli, bunga kol, pucuk brussel, kubis atau sayur pak choy untuk membantu mengurangkan risiko kanser payu dara.

2. Lakukan senaman secara rutin. Kajian menunjukkan bahawa senaman boleh mengubah metabolisme estrogen dan peningkatan nisbah 2-hydroxyestrone (2-OHE2)/ 16 alpa-hydroxyestrone (16-OHE2) yang cukup hebat mengurangkan risiko payu dara.

3. Kekalkan berat badan ideal terutamanya selepas menopaus dan dapatkan tidur yang cukup, paling kurang enam hingga lapan jam setiap malam untuk mengekalkan tahap melatonin. Mengapa melatonin ditekankan? Sekiranya melatonin rendah, ia boleh memicu juga kanser payu dara.

4. Dapatkan makanan tambahan seperti probiotik, Omega-3, minyak ikan, DIM (diindole methane), vitamin B6, B12 dan folate dan mineral tambahan seperti selenium dan magnesium.

5. Amalkan minum teh hijau untuk mengurangkan keaktifan sel dan gen yang rosak menjadi kanser

Sumber : Majalah Wanita (Disember 2013)



Sunday, December 8, 2013

TAWAN KANSER PARU-PARU APRIKOT VITAMIN B17



Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia apabila lebih 4,000 kes pesakit baru dicatatkan setiap tahun. Pada tahun 2007, secara keseluruhannya kanser paru-paru mencatatkan kematian ketiga tertinggi selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Namun, dikalangan lelaki ia menduduki tempat pertama dengan kes sebanyak 15.8%. Kanser paru-paru sering dikaitkan dengan tabiat merokok. Walaubagaimanapun, selain daripada faktor pencemaran udara, bahan kimia karsinogenik, radiasi dan kecenderungan genetik, penyedutan asap rokok secara pasif kini diakui sebagai penyebab utama kanser paru-paru. Perokok pasif adalah golongan bukan perokok, namun sering berada di persekitaran yang memaksa mereka untuk menghidu atau menyedut asap rokok yang keluar melalui hasil pembakaran rokok atau asap basi yang dihembus oleh perokok. Menurut statistik, di Malaysia kira-kira 60% golongan wanita yang menghidap kanser paru-paru tidak pernah merokok.

BAHAYA ASAP ROKOK!

Asap rokok mengandungi lebih daripada 4,000 bahan kimia yang merbahaya kepada kesihatan. Ia juga melemahkan sistem pertahanan semula jadi paru-paru. Saluran udara manusia dipenuhi dengan bulu halus yang dikenali sebagai silia yang bertugas untuk menyingkirkan toksin, bakteria serta virus. Kehadiran asap rokok akan melumpuhkan tugas silia dan seterusnya bahan karsinogen dari asap rokok akan terperangkap dan terus terkumpul di dalam paru-paru. Menurut kajian yang dijalankan oleh para penyelidik, asap aliran sisi yang keluar hasil daripada pembakaran asap rokok dan asap yang dihembus oleh perokok adalah lebih merbahaya jika dibandingkan dengan asap aliran utama atau “mainstream smoke” yang disedut oleh perokok. Ini adalah kerana kandungan asap aliran sisi mengandungi:

·         50 kali lebih banyak bahan kimia yang menyebabkan kanser,
·         5 kali lebih banyak karbon monoksida,
·         3 kali lebih banyak tar dan
·         2 kali lebih banyak nikotin.

Namun, ini tidak bermakna golongan perokok terlepas daripada bahaya merokok kerana menurut pakar kesihatan, seorang perokok aktif atau perokok tegar berpotensi mengalami:

·      12 kali ganda risiko untuk menghidap kanser paru-paru,
·      10 kali ganda risiko untuk menghidap kanser mulut,
·      10 kali ganda risiko untuk menghidap kanser di larinks,
·      6 kali ganda risiko untuk menghidap penyakit hati dan
·      2 kali ganda risiko untuk mendapat strok.

APAKAH SIMPTOM DAN DIAGNOSIS KANSER PARU-PARU?
Menurut pakar onkologi, Dr. Albert Lim, kanser paru-paru sukar didiagnosis kerana sesetengah daripada gejalanya adalah sama dengan penyakit lain seperti kelesuan, penurunan berat badan, tiada selera makan dan sesak nafas. Seramai 80% daripada penghidap kanser paru-paru hanya menyedarinya setelah penyakit itu berada pada tahap ke tiga atau empat.
Antara simptom-simptom awal lain yang menunjukkan kemungkinan terjadinya kanser paru-paru adalah seperti:
·         Batuk yang tidak sembuh (lebih dari 2 minggu),
·         sakit di bahagian dada, bahu dan belakang ketika menarik nafas panjang,
·         nafas berbunyi,
·         lelah
 ·         batuk berdarah dan kahak yang banyak,
·         bengkak di bahagian leher atau muka,
·         kerapkali mendapat jangkitan paru-paru atau “pneumonia” dan
·         bentuk hujung jari tangan atau kaki berubah serta membonjol.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang sama seperti yang telah disenaraikan, maka anda perlu menjalani pengesanan awal. Antara diagnosis yang boleh dilakukan bagi mengesan kanser paru-paru adalah seperti pengimbasan tulang, biopsi, sinar-X dada, kiraan darah yang lengkap, imbasan CT, ujian fungsian hati, MRI, Imbasan PET (Pancaran Tomografi Positron), ujian kahak, thoracentesis dan bronkoskopi.

PENGKELASAN KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru terbahagi kepada dua jenis iaitu kanser sel kecil paru-paru dan kanser bukan sel kecil paru-paru. Kanser sel kecil paru-paru yang meliputi hampir 20% daripada kes kanser paru-paru terbahagi kepada dua jenis iaitu "limited"  dan "extensive". Jika sel kanser tersebut hanya menyerang satu paru-paru atau kelenjar limfa yang berdekatan sahaja, ia dikategorikan sebagai “limited”. Seterusnya, apabila kanser tersebut telah merebak ke paru-paru kedua atau organ badan yang lain, maka ia akan dikategorikan sebagai “extensive”. Manakala bagi kanser bukan sel kecil paru-paru pula, ia merupakan penyumbang terbesar kes kanser paru-paru dengan peratusan sebanyak 80%. Kanser ini dikelaskan mengikut tahap iaitu, tahap 1 hingga tahap 4 bergantung kepada sejauh mana ia telah merebak. Walaupun pengkelasan ini berasaskan kriteria mudah patomorfologi, namun ia memerlukan  pengurusan dan prognosis penyakit yang berbeza dan spesifik.

CEGAH DAN RAWAT KANSER PARU-PARU MENGGUNAKAN VITAMIN B17

Hasil kajian ahli sains dan ahli biokimia tentang B17 telah dibukukan dan dirakamkan dalam bentuk VCD yang bertajuk “World without Cancer” oleh G. Edward Griffin dan “Alive & Well”: One Doctor's Experience with Nutrition in the Treatment of Cancer Patients. Intipati buku tersebut telah menerangkan bagaimana tubuh badan manusia akan bertindak balas jika mengambil diet Vitamin B17. Vitamin B17 terdiri daripada komponan glukosida dan radikal sianida yang bersifat “bio-accessible”. Ini bermaksud ia dapat menembusi membran selular terus kepada intrasel dengan cepat dan mudah. Sel-sel kanser dikenali sebagai Trophoblast. Di dalam Throphoblast terdapat enzim yang dinamakan sebagai Beta-glucosidase. Apabila pesakit kanser mengambil Vitamin B17 semasa proses rawatan, Beta-glucosidase akan menguraikan Vitamin B17 untuk membentuk dua molekul glukosa, satu molekul benzaldehid dan satu molekul hidrogen sianida (HCN). HCN yang terhasil akan bertindak membunuh sel-sel kanser dengan memecah dan menembusi dinding-dinding sel. Keseluruhan proses ini dikenali sebagai “selective toxicity” kerana hanya sel-sel kanser sahaja disasarkan untuk dimusnahkan.

 Pengambilan Vitamin B17 ini turut disokong oleh Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, selaku penaung kepada produk Farmas Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM. Beliau mengakui sumber terbaik bagi Vitamin B17 adalah daripada teras biji aprikot
Namun, beliau mengingatkan kepada para pengguna supaya mengambil teras biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan mengikut piawaian teknologi farmaseutikal melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ini amat penting bagi memastikan biji aprikot tersebut tidak terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas yang boleh menyebabkan keracunan kepada pengguna.

Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa juga mengakui aprikot kaya dengan Vitamin B17 yang mampu merencatkan sel abnormal dan seterusnya mengekalkan perkembangan sel-sel yang sihat. 

Keberkesanan Vitamin B17 turut dirasai oleh salah seorang bekas penghidap kanser, iaitu Sarah Saidin. Pada awalnya beliau sering diserang batuk teruk yang berpanjangan sehinggakan beliau hilang selera makan. Disebabkan itu, beliau telah kehilangan berat badan dan staminanya juga semakin merosot. Beliau sering mengadu sakit-sakit diseluruh badan terutamanya dibahagian belakang dan pinggang. Setelah membuat pemeriksaan, beliau disahkan menghidapi kanser Hodgkin Lymphoma iaitu kanser darah pada November 2009.
Beliau akhirnya membuat keputusan untuk menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 12 kali bermula Mac 2010. Walaupun menerima kesan sampingan negatif daripada proses kemoterapi, namun beliau tetap berfikiran positif. Dalam usaha mencari penawar dan hasil daripada pencarian itu, beliau akhirnya tertarik dengan sebuah artikel mengenai pengalaman seorang seniwati tanah air iaitu, Dato’ Sarimah Ahmad yang telah berkongsi mengenai khasiat dan keberkesanan Vitamin B17.

Sejak itu, suplemen Vitamin B17 menjadi hidangan utama di mana beliau perlu menelan 24 biji kapsul setiap hari. Disamping itu, beliau turut mengamalkan diet sayuran yang banyak dan sering bersenam bagi meningkatkan stamina beliau. Hasil daripada kesungguhan dan sokongan keluarga, kini beliau telah disahkan bebas daripada Hodgkin Lymphoma.

TAHUKAH ANDA?

1.       30% daripada semua kematian berkaitan kanser berpunca daripada tabiat merokok.

2.       Kes kanser paru-paru bertambah dengan kadar 17% setahun dan tabiat rokok juga menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit jantung korinari.
3.       Merokok satu paket sehari meningkatkan risiko kanser paru-paru sehingga 10 kali ganda.
4.       Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau di mana 2000 daripadanya toksik dan 63 karsinogenik.

5.       Jumlah perokok di Malaysia kini dianggarkan 3 juta orang (2008). Menurut ramalan Kementerian Kesihatan Malaysia, angka tersebut akan meningkat kepada 4 juta orang menjelang 2015.

6.       Kira-kira 90% perokok adalah lelaki dengan purata menghisap 14 batang rokok sehari.

7.       Sebanyak 60-75% asap rokok disedut oleh perokok pasif.

8.       Hanya 50% daripada golongan perokok akan menjangkau ke usia 70 tahun.
9.       Kira-kira 10,000 perokok di Malaysia berhenti merokok setiap tahun, namun malangnya mereka berhenti kerana telah meninggal dunia.

10.    Perokok tegar di Malaysia membelanjakan sekitar RM15 juta sehari untuk membeli rokok. Ini bermakna RM5.8 billion setahun.

Artikel keluaran TK Farmas Solution & Industries
Metro 08/12/2013