Apricon Farmas Health: amygdalin Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label amygdalin. Show all posts
Showing posts with label amygdalin. Show all posts

Monday, September 30, 2013

Amalan Diet ANTI-KANSER dengan APRIKOT VITAMIN B17

Diet seharian kita terdiri daripada karbohidrat seperti nasi, mi dan roti, buah-buahan dan sayuran, protein seperti daging dan ikan, produk tenusu serta lemak. Pola pemakanan seharian seseorang individu boleh memberi impak yang besar terhadap tahap kesihatan individu tersebut. Menurut kajian Dana Penyelidikan Kanser Dunia, dianggarkan sebanyak 30-40 % risiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser boleh dicegah melalui diet yang sihat. Di Malaysia, kebanyakkan kita mempunyai corak pemakanan yang mempunyai kandungan karbohidrat dan lemak yang tinggi, tetapi kurang mengambil sayuran dan buah-buahan. Corak pemakanan sebegini akan menyumbang kepada pelbagai gejala penyakit termasuklah kanser.

KELAS MAKANAN DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN

1.      Karbohidrat

Karbohidrat sering dinilai melalui bacaan indeks glisemik (G.I). G.I adalah ukurun berapa pantas 50g karbohidrat tersebut akan meningkatkan paras glukosa dalam darah. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Bingham pada tahun 1987, semakin tinggi nilai G.I, maka semakin banyak insulin yang akan dirembeskan untuk membantu mengangkut glukosa ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali secara mendadak dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa. Otak akan menghantar isyarat bahawa badan kekurangan tenaga dan faktor ini mendorong kita untuk makan lebih banyak.

Antara makanan yang mempunyai indeks glisemik yang tinggi adalah seperti gula (105), nasi lemak (90), teh tarik (79), nasi putih (72) dan roti canai (71). Makanan dengan G.I yang tinggi ini jika di ambil secara berlebihan akan merosakkan metabolisme glukosa dalam badan dan akhirnya akan menyumbang kepada diabetes. Kajian-kajian oleh penyelidik luar seperti Colangelo, Coughlin dan rakan-rakan pada tahun 1997-2004 telah mendapati pesakit diabetes mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat kanser usus, kolorektal serta pankerias. Oleh itu makanan yang mempunyai nilai G.I yang tinggi perlu dihindari khususnya bagi pesakit diabetes bagi mengurangkan risiko untuk mendapat kanser.

2.      Lemak



Walaupun tiada perkaitan langsung di antara pengambilan makanan berlemak dan kanser, namun diet yang tinggi lemak boleh menyebabkan obesiti yang merupakan faktor penyumbang kepada beberapa jenis kanser seperti kanser usus, perut, pankerias dan kolorektal. Melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Eugenia E. Calle dan rakannya pada tahun 1998, kadar kematian yang tinggi telah dicatatkan bagi pesakit kanser yang mempunyai masalah obesiti berbanding pesakit kanser yang mempunyai berat badan yang normal. Pengambilan lemak yang berlebihan turut meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara, serviks, ovari dan prostat kerana lemak yang berlebihan akan mengganggu keseimbangan hormon pembiakan dalam badan. Oleh itu, pengambilan lemak tepu yang biasanya terdapat di dalam daging dan bahan tenusu perlu dikurangkan dan boleh digantikan dengan lemak tak tepu seperti kacang, avocado, buah zaitun dan bijian.


3.      Protein (daging merah)

Pada tahun 2003, terdapat 26 kajian telah dilaporan di dalam laman web MEDLINE yang membincangkan mengenai perkaitan di antara diet dan kanser usus serta kolorektal. Daripada 26 laporan tersebut, 21 daripadanya menyokong bahawa terdapat perkaitan positif di antara diet daging merah dengan kanser usus dan kolorektal. Menurut kajian Brockton pada tahun 2000, risiko untuk mendapat kanser usus adalah 35 % lebih tinggi dengan pengambilan diet daging proses seperti sosej, nuget, dan daging burger berbanding daging merah yang belum diproses. Oleh itu, pengambilan daging yang telah diproses dan daging merah perlu dihadkan dan boleh digantikan dengan daging ayam, ikan dan kekacang seperti kacang dal dan kacang kuda yang lebih selamat.

4.      Buah-buahan dan sayuran

Menurut kajian Gladys Block dan rakannya, pada era 1990-an, masyarakat dunia mula mempunyai kesedaran untuk meningkatkan pengambilan sayuran dan buah-buahan kerana percaya ianya akan mengurangkan risiko untuk mendapat kanser. Masyarakat yang kurang makan sayuran dan buah-buahan akan menghadapi 2 kali ganda risiko untuk diserang kanser termasuklah kanser paru-paru. Perkara ini turut dibuktikan oleh Institut Penyelidikan Kanser Amerika di mana dengan peningkatan diet buah-buahan dan sayuran akan menurunkan sebanyak 20-33 % kadar risiko mendapat kanser paru-paru termasuk golongan perokok. Rahsianya adalah kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan kandungan fitokimia yang bersifat pelindung seperti isoflavone, lycopene, selenium, flavanoids, Beta-carotene, vitamin dan lain-lain.

SIGNIFIKASI PENGAMBILAN VITAMIN B17 KEPADA BADAN KITA

Ramai di kalangan kita menggemari buah-buahan kerana rasanya yang enak dan paling penting merupakan sumber vitamin dan serat yang utama. Vitamin amat diperlukan untuk membantu dalam proses perkembangan sel, bertindak sebagai agen anti-oksida serta meningkatkan rintangan badan terhadap penyakit. Salah satu vitamin yang kita perlukan adalah Vitamin B17 yang juga dikenali sebagai Amygdalin dan Laetrile. Vitamin B17 telah dibuktikan secara saintifik mempunyai sifat anti-kanser dan anti-tumor oleh Dr. Ernesto Rodriguez dari Hospital Oasis of Hope di Mexico. Menurut laporan yang dibuat oleh Dr. Dean Burks, seorang pakar kanser Jerman, Vitamin B17 juga boleh bertindak sebagai anti-neoplastik iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser.

Apabila Vitamin B17 masuk ke dalam badan kita, ia akan terurai kepada elemen sianida dan bezaldehyde oleh enzim Beta-glucosidase yang terdapat pada sel-sel kanser. Kedua-dua elemen ini seterusnya akan menyerang dan membunuh sel-sel kanser tersebut. Lebihan B17 akan ditukarkan kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang dihasilkan oleh sel-sel normal dalam badan kita. Vitamin B17 sering ditemui dalam kuantiti yang tinggi pada bahagian biji dan teras kebanyakkan buah, terutamanya aprikot, epal, beri, pear, prun dan pic. Namun, kebanyakkan antara kita akan membuang biji dan hanya makan isi buah sahaja. Ini  menyebabkan berlaku pengurangan kadar vitamin B17 dalam diet seharian kita Penaung kepada produk Farmas Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM, Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mempunyai kandungan Vitamin B17 yang tinggi dan dapat membantu dalam mencegah dan merawat kanser. Beliau juga menggalak-kan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan mengikut piawaian teknologi farmaseutikal melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ini amat penting bagi memastikan biji aprikot tersebut tidak terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas yang boleh menyebabkan keracunan kepada pengguna. Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa juga mengakui Aprikot kaya dengan B17 yang mampu merencatkan sel ab-normal dan seterus-nya mengekalkan perkembangan sel-sel yang sihat. Keberkesanan Vitamin B17 turut dirasai oleh salah seorang pesakit kanser iaitu Pn. Safiah. Beliau telah disahkan menghidap kanser usus pada tahun 2008 dan telah menjalani kemoterapi. Semasa menjalani kemoterapi, beliau juga turut mengamalkan vitamin B17. Beliau mendapati masalah sembelit semasa membuang air besar semakin berkurang dan badan terasa lebih bertenaga walaupun setelah menjalani kemoterapi.


Dapatkan Produk Anti Kanser B17 Apricon Farmashealth melalui stokis & farmasi berhampiran anda...

Rencana ini disediakan & ditaja oleh : TK FARMAS SOLUTION & INDUSTRIES

Artikel Keluaran Harian Metro 29/09/2013

Tuesday, June 5, 2012

Aprikot Sebagai Makanan Kesihatan

Pokok Aprikot merupakan pokok kecil dengan daun rimbun, melebar setinggi 8–12 meter, daunnya berbentuk simbol hati, dengan hujung runcing, dan sepanjang 8 cm dan 3–4 cm lebar. Ia berbunga putih hingga merah jambu. Buahnya menyerupai buah pic atau nektarin, dengan warna daripada kuning hingga warna oren dan kadangkala kemerah-merahan, permukaannya licin dan hampir tanpa bulu. Buah aprikot ialah buah berbiji benih besar juga dikenali sebagai pepauh, kerana biji benih tunggal yang keras.



Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.
Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di Eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak. Apricot merupakan buah yang berbij dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh, masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot.

Kebanyakan orang mengambil vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil vitamin B-17 sebagai pemakanan makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.

Kelebihan Vitamin B-17;

· Merawat dan membunuh kanser
· Merawat penyakit kencing manis
· Merawat penyakit jantung
· Merawat penyakit gout
· Anti penuaan
· Mengurangkan risiko penyakit Parkinson & Asma
· Mengurangkan berat badan
· Melancarkan sistem penghadaman
· Melancarkan sistem peredaran darah
· Seimbangkan kandungan gula dalam darah
· Menurunkan kolesterol dalam darah

Sumber: World Without Cancer.

Thursday, November 10, 2011

AWAS BAHAYA KANSER SERVIKS!

Apa itu kanser serviks?

Barah serviks adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebab ia terjadi?

 

Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.
Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke 2 terbanyak selepas kanser payudara.

Tanda dan gejala

 

Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin akan mengalami:

  • Pendarahan semasa bersama
  • Pendarahan ditengah bulan
  • Pendarahan selepas menopos
  • Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
  • Sakit semasa seks

Siapa Wanita yang berisiko untuk mendapat kanser cerviks?

 

Fakta berikut boleh meninggikan risiko anda untuk kanser serviks

  • Mempunyai pasangan berbilang
  • Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
  • Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
  • Kurang daya tahan imun
  • Merokok

Apa yang doktor akan lakukan sekiranya saya mempunyai gejala di atas?

  1. Ujian Pap
    Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.
  2.  Ujian HPV
    Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim.
  3. Colposcopy
    Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam.
  4. Rawatan
    Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.

Bagaimana untuk mencegahnya?

Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.
Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:
  1. Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
  2. Elakkan hubungan seks pada usia muda
  3. Tidak merokok
  4. Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
  5. Suntikan Vaksin

Vaksin terhadap HPV

Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.

Dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan vaksin ini?

Vaksin boleh didapati dimana mana klinik GP atau klinik pakar berdekatan

Sumber : http://portal.alamhamil.com

Wednesday, July 13, 2011

Biji Aprikot - Banyak Kelebihannya!!!

Berdasarkan buku "World without Cancer", tulisan G.Edward Griffin, biji aprikot mentah mrngandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi berbanding biji-biji buah yang lain. Biji aprikot amat berkhasiat dan ia menjadi makanan kaum Hunza untuk bebas dari kanser, sihat dan lanjut usia sehingga lebih 120 tahun. Antara nutrien yang banyak terdapat pada biji aprikot ialah enzim amygdalin atau laetrile atau disebut vitamin B17.

Tugas B17 ini hanyalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui perkumuhan. B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakan kita hari ini telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agal pahit, tetapi berkesan mencegah kanser.

Selain daripada biji aprikot, B17 juga boleh didapati dalam almond pahit, pie apple, biji anggur, millet (yang sekarang ini digantikan dengan gandum yang kurang B17), broad beans, sengkuang, oren, ubi kayu, kacang hijau, keledek dan betik. Juga terdapat di dalam sesetengah rumput seperti gandum dan tunas.

B17 pertama kali diekstrak dan diberi nama 100 tahun dahulu malah telahpun didaftarkan di dalam pharmacological sebagai ubatan tidak bertoksin. Namun terdapat racun yang terperangkap yang dinamakan cyanide seperti garam harian yang mempunyai sodium tetapi tidak merosakkan tisu manusia, ia tidak beracun seperti garam dan gula yang kita makan hari ini.

Biji aprikot mentah mempunyai kandungan B17 yang tertinggi di antara bijian yang lain. Biji aprikot hanya berkhasiat dalam bentuk mentah, tidak dimasak, tidak dipanggang atau dibekukan. Untuk menghilangkan rasa pahit apabila memakan biji aprikot ini, anda boleh memakannya bersama buah-buahan lain seperti kismis, kurma dan buah-buahan lain segar yang lain.

Anda juga boleh menghancurkannya menggunakan mesin pengisar dan taburkan biji aprikot yang telah dikisar ke atas salad buah-buahan. Bagi yang tidak menyukai rasa pahitnya, kini sudah ada di pasaran bentuk kapsul dan minuman pracampur.

B17 akan hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuk sel kanser, tumor, jerawat ataupun buasir. Enzim yang terdapat dalam sel kanser dapat membuka kunci amygdalin maka terhasillah tindakbalas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah yang mana secara semulajadi akan di nuetralkan oleh hati.

Jika anda mengambil biji aprikot untuk tujuan pencegahan kanser, cukup dengan mengambil 10 - 20 biji dalam sehari. Dapatkan makanan dan air yang paling berkhasiat serta udara yang sihat dan segar, dan sentiasa memasukkan biji aprikot ke dalam diet pemakanan anda.