Kami adalah sebuah syarikat yang membekalkan produk kesihatan dan farmaseutikal, serta produk penjagaan diri berdasarkan kesedaran kepentingan cara hidup yang sihat dan seimbang
Showing posts with label penawar kanser. Show all posts
Showing posts with label penawar kanser. Show all posts
Wednesday, June 4, 2014
Sunday, May 25, 2014
Episod 7 : Makanan Semulajadi Menentang Kanser
Makanan Semulajadi Menentang Kanser.
Episod 7 : Lemon - Baik untuk kanser perut, mulut & kanser tekak.
Nantikan episod TERAKHIR esok!
Maklumat lanjut, layari : http://www.farmashealth.com.my/
#apricon #aprikot #farmashealth #B17 #ubatkanser
Episod 7 : Lemon - Baik untuk kanser perut, mulut & kanser tekak.
Nantikan episod TERAKHIR esok!
Maklumat lanjut, layari : http://www.farmashealth.com.my/
#apricon #aprikot #farmashealth #B17 #ubatkanser
Friday, May 16, 2014
Episod 1 : Makanan Semulajadi Menentang Kanser
Makanan Semulajadi Menentang Kanser.
Episod 1 : Bawang Putih (Garlic) - Baik untuk kanser payudra, kolon, esophageal & kanser perut.
Nantikan episod seterusnya esok!
Info lanjut layari : http://
#kanser #b17
Monday, April 28, 2014
Apa itu buasir?
Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada salur darah vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.
Buasir terjadi disebabkan tekanan dalam darah di bahagian rektum terlalu tinggi, menyebabkan dinding vena meregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya ketika meneran apabila membuang air besar.
Kewujudan tisu buasir adalah satu komponen normal dalam anatomi badan manusia. Ia bertindak sebagai ‘kusyen’ yang kaya dengan saluran darah di dubur dan menjadi ‘pelapik termampat’ untuk membenarkan dubur tertutup dengan ketat.
![]() |
| Simptom buasir |
Kemudian, ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesan apabila dikesat dengan tisu tandas.
Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, namun pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya disebabkan buasir, tetapi boleh menjadi petunjuk kepada penyakit lain yang lebih serius seperti kanser kolorektal.
“Penting bagi individu berkenaan menjalani pemeriksaan di peringkat awal bagi mengesahkan penyakit dialami dan menjalani rawatan sewajarnya.
“Tetapi biasanya pesakit lambat mendapatkan rawatan dan hanya datang berjumpa doktor selepas masalah mereka menjadi teruk,” katanya.
Menurutnya, antara penyebab lazim buasir ialah tidak cukup minum air dan pengambilan makanan yang kurang serat.
Selain itu, terlalu kerap mengangkat barangan berat juga menyebabkan individu berkenaan berisiko tinggi untuk mengalami buasir kerana tekanan dialami di bahagian dubur apabila melakukannya amat tinggi.
“Amalan duduk terlalu lama ketika membuang air besar juga tidak digalakkan dan kebiasaannya individu berkenaan berkemungkinan mengalami masalah buasir tahap tiga atau empat untuk jangka masa lama tanpa sebarang rawatan khusus.
“Jangan tahan atau bertangguh-tangguh untuk buang air besar. Apabila ‘keinginan’ itu datang, segeralah menyahut ‘panggilan’ itu,” katanya.
Ada empat peringkat buasir yang perlu diberi perhatian:
- Peringkat pertama membabitkan buasir yang mengalami pendarahan, tetapi ia tidak menonjol keluar.
- Peringkat kedua berlaku apabila buasir menonjol keluar ketika buang air besar, tetapi masuk kembali dengan sendirinya.
- Peringkat ketiga buasir keluar ketika atau selepas buang air besar dan hanya hilang (masuk kembali) apabila ditekan atau ditolak dari luar.
- Peringkat keempat (kronik) apabila buasir sentiasa berada di luar hingga menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian.
“Untuk peringkat paling kronik mungkin pembedahan adalah pilihan terbaik, tetapi kini ada banyak cara boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan ketika ‘menghilangkan’ buasir serta mempercepatkan penyembuhan.“Buasir mengambil masa yang lama untuk berkembang namun, gejalanya berbeza bergantung kepada peringkat ia berlaku,” katanya.
Punca
- Sembelit dan meneran berlebihan ketika buang air.
- Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
- Obesiti, kehamilan dan proses melahirkan anak.
Masalah ini juga berlaku disebabkan faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan yang meningkatkan kecenderungan untuk mendapat buasir.Namun, ia boleh dicegah dan gejalanya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun sudah mendapat rawatan, individu berkenaan perlu mengubah gaya hidup untuk mengelakkan masalah berulang.
Rawatan
Antara proses rawatan yang boleh dilakukan ialah:
- Untuk peringkat awal pemberian ubat melembutkan najis menjadi pilihan.
- Lingkaran getah (rubber band ligation) bagi peringkat ketiga dan keempat – Bagi buasir yang tidak dapat disembuhkan dengan rawatan konservatif, rawatan standard boleh dijalankan iaitu mengikat dengan lingkaran getah (rubber band ligation).Satu atau dua lingkaran getah diikat di sekeliling pangkal buasir. Ini akan menyekat peredaran darah ke buasir berkenaan. Ikatan lingkaran getah ini hanya digunakan untuk buasir dalaman saja. Ia dilakukan tanpa menggunakan ubat bius dan tidak menimbulkan kesakitan.
- Ligasi Arteri Hemoroid (Haemorrhoidal Artery Ligation) – Kaedah ini menggunakan alat yang dikenali sebagai ultrabunyi Doppler bagi mengikat atau jahit saluran darah untuk mengurangkan tekanan pada bahagian berkenaan. Alat ini akan dimasukkan ke dalam dubur dan prosesnya membabitkan bahagian dalam anus yang kurang sensitif.
- Menggunakan laser – Jarum laser akan dimasukkan dalam buasir yang terkeluar dan proses ini menyebabkannya mengecut. Buasir mengambil masa dua hingga empat minggu untuk kecut sepenuhnya.Panduan mengelak buasir.
- Minum air sekurang-kurangnya 1.5 hingga dua liter sehari.
- Kurangkan pengambilan daging merah kerana boleh menyebabkan sembelit.
- Makan makanan seimbang dengan mengambil makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Kurangkan menikmati makanan segera. Jika makan di luar rumah pilih makanan yang mengandungi serat tinggi dan segar.
- Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan pada proses pembuangan air seperti makanan pedas atau berempah.
- Apabila terdapat gejala tertentu seperti darah dalam najis, sakit atau gangguan pada dubur segeralah berjumpa doktor dan jangan tunggu hingga ia melarat.
Sumber : www.hmetro.com.my
Wednesday, November 20, 2013
KANSER PAYUDARA Vs TERAPI APRIKOT VITAMIN B17
Percaya
atau tidak, secara purata seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19
kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dalam hayat mereka. Ini bermakna,
seramai hampir 700,000 kaum wanita di seluruh Malaysia berhadapan kemungkinan
untuk dihantui gejala ini. Risiko tersebut paling tinggi menyerang kaum Cina,
diikuti kaum India dan akhir sekali kaum Melayu dengan kadar masing-masingnya
adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24. Menurut laporan yang telah dikeluarkan
oleh Daftar Kanser Kebangsaan, Kanser payudara telah menyumbang sebanyak 31 %
kes kanser bagi golongan wanita yang telah didiagnosis pada tahun 2003.
Namun, perlu diingatkan bahawa kaum
lelaki juga tidak terlepas dari bahana kanser payudara. Buktinya, pada tahun
2002 kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki melayu, 22 lelaki Cina dan 5
lelaki India. Lebih memburukkan lagi keadaan, Dr. Nik Munirah Nik Mahdi yang
merupakan Penyelaras Pusat Sumber Kanser Payudara Hospital Universiti Sains
Malaysia (HUSM) berkata, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah
lebih merbahaya kerana sel kanser tersebut lebih aktif dan agresif berbanding
sel kanser yang menyerang kaum wanita.
Faktor Penyumbang dan Langkah Pencegahan Kanser Payudara
Kanserpayudara berlaku apabila sel-sel dalam tisu payudara berkembang secara tidak
terkawal. Jika dibiarkan berlarutan, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar
limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati. Para pengkaji
percaya bahawa antara penyebab utama kanser payudara adalah faktor genetik,
persekitaran serta cara hidup. Selain
daripada itu, terdapat banyak faktor sampingan yang lain yang perlu
dititik-beratkan terutama oleh golongan wanita seperti:
·
Jantina (95%
lebih tinggi menyerang kaum wanita)
·
Umur (lebih
kerap berlaku pada lewat 40-an)
·
Jumlah
anak
(wanita yang tidak pernah melahirkan anak lebih berisiko)
· Haid (wanita yang baligh sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun lebih
terdedah)
·
Pemakanan (Pengambilan
minuman beralkohol sangat berisiko)
·
Penyusuan (penyusuan
bayi boleh merendahkan risiko)
·
Berat
badan
(golongan yang obesiti lebih berisiko tinggi)
Menurut
Cancer Research UK, sebanyak 75 % kes kanser payudara boleh diubati jika
dikesan pada peringkat permulaan fasa. Oleh itu, kaum wanita khususnya perlu
peka terhadap sebarang perubahan yang berlaku pada payudara mereka kerana
ternyata pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Terdapat 4 kaedah yang
digunakan untuk proses pengesanan. Proses tersebut termasuklah:
·
Pemeriksaan
sendiri
atau Breast Self-Examination (BSE), perlu dilakukan seawal usia 20 tahun.
·
Pemeriksaan
yang lebih teliti oleh doktor dan petugas perubatan yang
bertanggungjawab.
·
Mamografi bagi
wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas.
Bagi mereka yang
belum berumur 40 tahun, tetapi mengesyaki sesuatu yang ganjil, maka rawatan
seperti biopsi, MRI dan ultrasound boleh
dijalankan.
Terapi Pelengkap dan Terapi Alternatif untuk kanser
Mampukah
saya bertahan untuk terus hidup? Persoalaan yang sering bermain difikiran dan
semestinya mendatangkan tekanan kepada penderita kanser payudara. Namun tahukah
anda bahawa di negara-negara maju seperti Eropah dan Amerika syarikat, pelbagai
kaedah terapi pelengkap dan alternatif diwujudkan khusus untuk membantu
pesakit-pesakit kanser.
Berdasarkan
buku yang bertajuk “Understanding Cancer and Complementary Therapies” yang
dihasilkan oleh Irish cancer Society, terapi pelengkap boleh digunakan seiring
dengan kaedah rawatan konvensional. Ia bertujuan untuk menggalakkan
kesejahteraan dan meredakan kesan sampingan yang yang dihadapi selepas rawatan
konvensional dijalankan. Antara terapi yang dimaksudkan adalah seperti
meditasi, aromaterapi, refleksologi, akupunktur, shiatsu, yoga, hipnoterapi dan
visualisasi. Namun, terdapat sebahagian daripada penderita kanser lebih
mempercayai bahan yang berasaskan alam semula jadi seperti herba-herba dan
buah-buahan yang mengandungi agen anti-kanser. Ubatan alternatif sebegini
memberikan lebih banyak pilihan kepada pesakit-pesakit kanser untuk memilih
kaedah yang dirasakan selamat dan sesuai untuk mereka.
Vitamin B17 Sebagai Langkah Alternatif
Salah
satu kaedah alternatif yang semakin berkembang pesat adalah dengan menggunakan
Amygdalin atau Vitamin B17. Amygdalin terkenal mempunyai sifat anti-neoplastik
yang kuat, iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser. Amygdalin
diekstrak daripada teras biji aprikot dan ia boleh dikapsulkan, dijadikan
tablet, atau diberikan dalam bentuk suntikan. Seiring dengan terapi Amygdalin,
pesakit kanser harus menjaga pemakanan dengan menghapuskan daging, gula dan
produk tenusu dalam diet semasa menjalani tempoh rawatan.
Amygdalin terdiri daripada dua molekul
glukosa (gula), satu molekul asid hidrosianik (anti-neoplastik), dan satu
molekul benzaldehyde (analgesik). Dalam terapi metabolik, amygdalin akan
dipecahkan kepada komponen oleh tindakan enzim beta-glucosidase yang bayak
terdapat dalam sel-sel kanser. Oleh yang demikian, sianida hanya akan
dibebaskan jika terdapat sel kanser aktif dan seterusnya akan menyerang kembali
sel kanser tersebut. Pembebasan sianida dalam keadaan terkawal akan memastikan
dos yang sesuai supaya kesan toksik sianida terhalang. Selain itu, enzim
rhodanese yang wujud dalam kuantiti yang
banyak dalam sel-sel normal juga membantu dalam proses detoksifikasi dengan
menukarkan sianida bebas kepada sebatian tiosianat yang akan dikeluarkan
melalui air kencing.
Pengambilan terapi Amygdalin ini telah
disokong oleh Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, selaku penaung kepada
produk Farmas Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan
UKM. Beliau mengakui teras biji aprikot mengandungi kandungan Amygdalin yang
paling tinggi. Beliau juga menggalakkan pengambilan amygdalin yang telah
diproses dan dikapsulkan mengikut piawaian kajian klinikal bagi memastikan
tahap kebersihan dan keselamatan lebih terjamin.
Salah
seorang pengamal terapi Vitamin B17 yang bernama Pn. Khairul (56) merupakan
penderita kanser payudara, Beliau mengambil aprikot vitamin B17 sebagai rawatan alternatif kanser
selama 2 tahun dan mendapati berlaku perubahan yang positif terhadap tahap kesihatan
beliau. Benjolan yang terdapat pada payudara beliau semakin menyusut secara
perlahan-lahan dan beransur hilang. Semasa menjalani terapi ini, beliau menjaga
diet seharian dengan memperbanyakkan sayuran dan buah-buahan disamping mengelakkan
pengambilan daging dan makanan laut.
Monday, September 30, 2013
APRICON : TANPA KIMOTERAPI, TANPA RADIASI & TANPA PEMBEDAHAN.
APAKAH KANSER?
Penyakit kanser merupakan pembunuh kedua di dunia, dianggarkan 1:5 kaum lelaki dan 1: 10 kaum perempuan akan mati sebab penyakit kanser. Seramai 350,000 orang akan mati akibat kanser setiap tahun, 1:4 manusia akan memberikan kesan positif terhadap penyakit ini. Dengan kata lain, seramai 50 juta org akan mengidap kanser di Amerika Syarikat. Kanser payudara adalah kanser paling tinggi hampir di semua pelosok dunia. Variasi ini dikatakan berpunca daripada perbezaan dalam saiz badan, diet, revolusi reproduktif seperti umur haid bermula, bilangan anak, umur melahirkan anak pertama, dan umur pada putus haid. Insiden juga bergantung pada bangsa, lebih tinggi di kalangan wanita berkulit putih berbanding wanita kulit hitam,mereka yang keturunan Sepanyol dan orang Asia di Amerika Syarikat.
![]() |
| PROSES METASTASIS |
Sel-sel kanser ini disifatkan sebagai abnormal sel kerana proses gandaan atau pertumbuhan sel berlaku secara tidak terkawal dalam tubuh manusia. Sebaliknya sel yang normal dalam tubuh manusia berganda secara lebih kerap bermula dari awal pembentukan tubuh manusia. Apabila meningkat usia dewasa, sel- sel ini akan berfungsi bagi menggantikan sel-sel yang telah mati dan merawat luka. Sel-sel kanser akan tetap berganda secara melampau dan fenomena ini akan membentuk tumor, dan akan menjelajah organ-organ dalam tubuh, seterusnya mengambil alih fungsi dan tugas sel-sel biasa serta membunuh tisu-tisu tubuh badan. Proses ini dikenali sebagai metastasis, dimana sel-sel kanser akan memasuki sel-sel darah termasuk saluran limpa.
Sebagai contoh, apabila sel kanser merebak ke hati, namun sel tersebut masih dipanggil sel kanser, walaupon tumor tersebut telah di buang secara pembedahan atau sebagainya.
BAGAIMANA KANSER TERBENTUK
Sel-sel ini terbentuk kerana berlaku kerosakan pada DNA tubuh manusia, DNA merupakan bahan paling mustahak dalam sel-sel kita yang bertindak sebagai ketua dan monitor sel-sel lain agar tahu menjalankan fungsi masing-masing. Jikalau DNA rosak sel-sel tubuh badan secara semulajadi boleh membaikinya tetapi DNA dalam sel-sel kanser tidak boleh diperbaiki. Kerosakan DNA berlaku daripada tekanan hidup dan cara kehidupan ynag tidak sihat. Kebanyakan sel-sel kanser menghasilkan tumor, tetapi ada yang sebaliknya seperti leukemia yang menggunakan darah dan organ-organ yang membina darah sebagai pengangkutan.
Kita tahu bahawa penyakit kanser tidak berjangkit kerana ia bermula di dalam sistem dan hanya melibatkan organ-organ dalaman tubuh badan. Sel kanser di kenali sebagai abnormal cell kerana menghasilkan sel yang berganda secara tidak terkawal. Ia diklasifikasikan sebagai penyakit Chronic metabolic dimana definisi kronik yang datang dari pengaruh nutrisi diet seseorang individu dan bukan daripada virus luar. Sistem imunisasi dalam badan manusia berfungsi secara unik yang bertindak menghapuskan semua objek yang tak dikehendaki, berbahaya dan tak berguna Penyakit kanser sahaja disifatkan sebagai penyakit fizikal malah ianya juga merupakan penyakit minda dan rohani. Sikap-sikap negatif seperti berada dalam keadaan marah, tekanan dan kelakuan jahat menyebabkan tubuh badan berada dalam keadaan metabolik berasid. Amalan gaya hidup sihat seperti bertolak ansur, kasih sayang, dan harmoni boleh sama sekali menghapuskan sel-sel kanser. Sel-sel kanser ini tidak boleh hidup dalam suasana yang penuh dengan oksigen. Senaman yang kerap dan pernafasan yang sempurna boleh membantu pengaliran darah yang penuh dengan oksigen pada peringkat selular tubuh badan. Oksigen terapi merupakan satu kaedah rawatan anti kanser serta meningkatkan kesihatan tubuh badan.
Dr. Ernest T. Krebs Jr, mendakwa penyakit kanser sama seperti penyakit skurvi atau pellagra, iaitu sejenis penyakit kekurangan nutrisi badan iaitu kimia nutrisi jenis nitrilosides atau B17. Contohnya, orang Eskimo dan Hunza mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat, seperti amalan memakan apricot, beri bebas dari tekanan hidup, bebas alcohol dan, pencemaran udara. Puak Hunza mempunyai diet nutrisi 200 x lebih tinggi berbanding diet penduduk di Amerika Syarikat dimana kadar riwayat hidup hidup mereka mencecah sehingga 100 hingga 120 tahun. Elemen atau komponen ini adalah oksigen, nutrisi, enzim, mineral, asid, asid amino dan lain-lain bahan kimia semulajadi yang boleh diperolehi dari diet atau makanan seharian.
![]() |
| PUAK HUNZA |
Dr. Ernest T. Krebs Jr, mendakwa penyakit kanser sama seperti penyakit skurvi atau pellagra, iaitu sejenis penyakit kekurangan nutrisi badan iaitu kimia nutrisi jenis nitrilosides atau B17. Contohnya, orang Eskimo dan Hunza mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat, seperti amalan memakan apricot, beri bebas dari tekanan hidup, bebas alcohol dan, pencemaran udara. Puak Hunza mempunyai diet nutrisi 200 x lebih tinggi berbanding diet penduduk di Amerika Syarikat dimana kadar riwayat hidup hidup mereka mencecah sehingga 100 hingga 120 tahun. Elemen atau komponen ini adalah oksigen, nutrisi, enzim, mineral, asid, asid amino dan lain-lain bahan kimia semulajadi yang boleh diperolehi dari diet atau makanan seharian.
Amygdalin atau Vitamin B17 merupakan agen kimoterapi semulajadi dalam mengubati penyakit kanser. Menurut pakar kanser Ohio, USA, Dr . Philip E . Binzel , Jr. Cancer Specialist of Ohio , USA B17 ialah elemen semulajadi yang terdapat dalam kandungan makanan nitrilosides yang mampu memusnahkan sel-sel kanser, dan menghasilkan sel-sel yang baik pada masa yang sama. Vitamin B17 atau nitrilosides mengandungi beberapa elemen. Berdasarkan rajah di bawah, B17 terdiri dari 2 gula, benzaldehyde, cyanide. Kedua-dua benzaldehyde dan cynide boleh membunuh manusia dalam dos yang kecil, tetapi empat elemen ini terkunci ketat dan menjadikan ia tidak merbahaya.
Tubuh badan kita juga mempunyai enzim yang dinamakan rhidanese, ia berfungsi menukarkan elemen cyanide dari vitamin B17 yang berlebihan kepada elemen yang positif untuk kesihatan tubuh badan. Kesimpulannya, vitamin B17 mempunyai elemen sel-sel yang membunuh kanser dan menyihatkan tubuh badan. Inilah sesuatu bahan semulajadi yang boleh didapati pada tumbuh-tumbuhan, bijirin dan buah-buahan.
Vitamin B17 Penawar semulajadi ini mempunyai konsentrasi yang tinggi pada biji buah apricot, yang berpotensi sebanyak 95% keberkesanan untuk mengubati kanser. Kernels aprikot merupakan kumpulan Nut dan seed (kekacang dan bijirin) yang mengandungi khasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Bitter Apricot. Dalam bahasa nutrient, biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, (vitamin B17). Vitamin B17 mempunyai kandungan vitamin B17 paling tinggi di dunia, terdiri daripada 2 bahagian glukosa, 1 hidrogen Sianida dan satu bahagian benzaldehyde ( pelali tahan sakit). Hasil kajian ahli sains dan ahli biokimia tentang B17 telah dibukukan dan dirakam dalam bentuk DVD bertajuk world without cancer, oleh G. Edward Griffin dan “Alive and Well”; One Doctor’s Experience with Nutrition in the Treatment of Cancer Patients. Berdasarkan fakta tersebut, badan manusia memerlukan beberapa enzim bagi tubuh melaksanakan tugasan mereka. Salah satu enzim yang berfungsi sebagai menyahtoksin dikenali sebagai rhodanese,yang boleh didapati dalam tubuh kita dengan kuantiti yang banyak, tetapi sel ini tidak terdapat pada sel kanser.
EDWARD GRIFFIN
SESI SOAL JAWAB
1) Apakah nasihat/cadangan/ saranan pengambilan dos-dos vitamin B17 untuk 1 hari sebagai langkah pencegahan kanser.
Terdapat 2 cadangan pengambilan vitamin B17, untuk keperluan minimum harian bagi pencegahan kanser. Pertama makan semua buah-buahan yang terdiri dari jenis vitamin B17 termasuk biji buah tersebut sebagai contoh apabila kita makan tiga biji epal dalam satu hari maka biji-biji dalam epal tersebut sudah memadai bagi membekalkan vitamin B17 tetapi bukannya memakan biji itu semata-mata. Cara yang kedua bagi pengambilan B17 bergantung kepada kadar metabolisma dan diet seseorang individu. Sebagai contoh individu yang mempunyai berat 170LB disarankan memakan 17biji atau kernel apricot dalam satu hari. Selain itu dua atau tiga tablet vitamin B17 ( 100mg) juga merupakan kadar yang sesuai sebagai makanan tambahan (supplement) untuk 1 hari. Namun makanan semulajadi tersebut mesti lah diambil mengikut jumlah biologi yang sesuai tidak melebihi 30-35 kernel dalam masa 1 hari. Pengambilan biji-biji kernel yang berlebihan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini
2) Apakah perbezaan diantara biji apricot dan B17 100mg tablet sebagai langkah pengcegahan. Yang manakah lebih efesyen atau perlu diambil kedua-duanya ?
Bedasarkan kajian yang dijalankan vitamen B17 yang berbentuk semulajadi dan bersifat bahan mentah seperti biji buah apricot adalah lebih baik berbanding B17 yang telah dibersihkan dan berbentuk serbuk yang dikapsulkan. Beggitu juga vitamin C semulajadi seperti oren dan anggur adalah lebih baik dari pil. Namun perbezaan yang jelas antara bentuk vitamin semulajadi dan tablet ialah vitamin dalam bentuk tablet atau kapsul lebih mudah pengurusan komersialnya, mudah , cepat dan sistematik. Sesetengah org mempunyai tidak suka kerana rasa biji atau kernel itu pahit, oleh itu penggunaan kapsul memudahkan seseorang itu makan vitamin tersebut. Pesakit kanser juga boleh memakan vitamin B17 dalam apa jua bentuk sekali pun sama ada dalam bentuk semulajadi atau tablet .Tetapi bagi pesakit kanser, mereka disarankan agar memakan Vitamin B17 yang berbentuk kapsul sebagai sumber vitamin tambahan kerana mustahil bagi vitamin B17 yang terdapat dalam buah-buahan semata untuk mengawal sel-sel kanser dalam tubuh. Tetapi jika pengambilan B17 yang berlebihan dan tidak bersesuaian dengan keperluan tubuh boleh menyebabkan kesan negative kepada manusia.
3) Apakah dos yang sesuai bagi pengambilan B17, dan berapa lamakah tempoh pengambilan vitamin tersebut?
Bagi pesakit kanser, mereka perlulah mengambil Vitamin B17 dengan kadar maksimum dalam tempoh masa terdekat. Elemen yang terdapat dalam vitamin B17 adalah program yang lengkap bagi melengkapkan terapi yang sempurna. Vitamin B17 yang larut dalam air dan tidak beracun. Sesetengah orang yang mengambil vitamin 17 pada dos yang tinggi pada satu masa boleh menyebabkan mual. Sekiranya keadaan ini berlaku, ubah cara pengambil dos tersebut dengan mengurangkan jumlah tablet vitamin B17 tetapi lebih kerap sepanjang hari. Untuk pesakit kanser, anda boleh mengambil antara 6 hingga 10 daripada tablet 500 milligram sehari untuk 21 pertama sampai 30 hari. Jika pesakit mendapati pengambilan vitamin tersebut menyebabkan pesakit sakit maka kurangkan pengambilan tersebut dan memakan separuh sahaja untuk sekali makan. Pastikan anda makan sebelum anda makan vitamin tersebut. Selepas 21-31 hari berikutnya dos yang sesuai adalah 4-6 tablet sehari dalam tempoh 3bulan berikutnya.
4) Bolehkah pesakit kanser yang dijadualkan menjalani pembedahan kimoterapi, radiasi pada masa yang sama mengambil vitamin B17 ?
Kanser ialah penyakit kronik metabolic dimana satu cara memulihkan sistem metabolic tersebut ialah melalui kaedah diet yang sesuai dan sempurna. Terapi metabolik mampu mengenal pasti kekurangan nutrien dan mengukuhkan sistem imunisasi badan untuk merawat kanser. Menurut pakar-pakar metabolic mereka bersependapat bahawa metabolic terapi sangat penting bagi memulihkan badan dan melawan kanser. Ini kerana, rawatan kimoterapi, pembedahan, radiasi, merupakan salah satu cara membunuh kanser secara umum, secara tidak langsung menyebabkan kerosakan organ-organ dalam tubuh dan sistem pertahanan. Seeloknya pesakit hendaklah merujuk kepada doktor terlebih dahulu mengenai kadar rawatan tersebut seperti tahap keberkesanan bagi penyakit yang mereka hidapi. Ini penting bagi memastikan rawatan tersebut samada menolong atau memudaratkan berbanding penyakit yang tersendiri. Rawatan melalui vitamin B17 berpotensi membantu dan tidak akan didatangkan kecerderaan atau membahayakan namun rawatan ini tidak mampu untuk membaiki kerosakan yang berlaku akibat proses rawatan radiasi kimoterapi dan kanser itu sendiri. Secara ringkasnya rawatan vitamin B17 ini sesuai untuk semua tanpa mengira peringkat penyakit tersebut
5) Apakah tahap keberkesanan bagi jenis-jenis penyakit kanser?
Tahap keberkesanan rawatan untuk jenis-jenis kanser bergantung kepada tahap atau peringkat penyakit itu sendiri dan tahap kerosakan yang berlaku pada organ-organ kesan dari rawatan-rawatan moden seperti kimoterapi, radiasi dan pembedahan. Bagi pengidap kanser yang baru penting bagi mereka untuk memulakan rawatan metabolic terapi secara segera. Bedasarkan laporan di US sebanyak 98% kadar keberkesanan bagi kes-kes baru (bebas dari rawatan kimoterapi dan radiasi). Tetapi bagi pesakit yang pernah terdedah dan mendapatkan ketiga rawatan moden tersebut, jadi dalam konteks ini, ia akan bergantung sejauh mana kanser itu telah merebak, dan kadar kerosakan yang berlaku pada otgan manusa kesan dari rawatan tersebut. Terapi ini penting bagi membaiki kekurangan nutrisi pada tubuh badan sehingga membenarkan sel-sel kanser mengawal dan bermaharajalela dalam tubuh kita.
Penting bagi pesakit mengethaui tahap atau peringkat keberkesanan rawatan kimoterapi, radiasi, atau pembedahan untuk jenis khusus kanser. Hal ini penting untuk mengetahui terlebih dahulu apakah rawatan ini benar-benar akan membantu atau menyakitkan anda. Terdapat beberapa kes dimana rawatan tersebut menjadi lebih buruk daripada penyakit itu sendiri. Jika anda akan menjalani pembedahan, biopsi, di mana sel-sel kanser akan terganggu, maka vitamin B-17 sangat penting membunuh sel kanser yang bebas.
Vitamin B-17 terapi metabolik akan masuk ke dalam tubuh untuk membantu sistem imunisasi tubuh untuk melawan kanser. Kadang-kadang kimoterapi atau radiasi yang berlebihan, menyebabkan kerosakan pada organ yang tidak boleh dibaiki. Ringkasnya, semua pesakit di setiap tahap boleh mendapatkan rawatan metabolic.
6) Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk melihat hasil vitamin B17 dan tempoh yang diperlukan untuk membuang sel-sel kanser dari tubuh pengidap kanser?
Terdapat dua jenis hasil atau kesan setelah menjalani rawatan metabolik terapi. Kesan pertama dikenali sebagai subjektif, dimana pesakit dapat merasa serta merta kesan setelah bermulanya rawatan. Ini termasuklah mengurangkan rasa sakit, meningkatkan kesedaran kesihatan, meningkatkan selera makan, tenaga, berat dan otot. Kesan kedua ialah kesan objektif iaitu rawatan ini membantu meningkatkan sel- sel yang baik dalam darah, membaiki tisu-tisu badan mengecutkan tumor dan seluruh kerosakan simptom-simptom penyakit kanser. Kesimpulanya kesan objektif mengambil masa 3 hingga 4 bulan. Jumlah masa yang diperlukan untuk mempertingkatkan tindakbalas yang maksima ialah 4 bulan hingga 1 tahun kerana kita sedia maklum bahawa sel kanser merebak sangat pantas. Kanser kulit merupakan kategori kanser yang merebak paling cepat, diikuti kanser tulang dan kanser otak. Ini kerana vitamin mengambil masa yang sangat lama untuk meresap ke dalam tubuh. Dalam masa 1 minggu, kita boleh melihat beberapa perubahan yang manakala perubahan yang ketara berlaku pada kurang dari 3 minggu. Sel-sel kanser yang bahaya ini mengambil masa selama beberapa minggu untuk menyurut atau mengecil. Dalam beberapa kes, rawatan alternatif ini terhadap kanser servik menunjukkan tindak balas yang baik dan mampu memulihkan pesakit dalam tempoh kurang dari tiga minggu.
7) Kenapakah pakar-pakar perubatan tidak menggunakan Vitamin B17 sebagai punca rawatan kanser?
Sebuah buku yang ditulis oleh G.Edward Griffin, bertajuk “The Politics of Cancer Theraphy” menunjukkan satu bukti penipuan besar, ketidakjujuran dan penyalahgunaan kuasa dalam bidang kajian perubatan. Ini kerana, terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa laetrile atau B17 sebagai tiada nilai kepada rawatan anti kanser. Para pelajar perubatan di institiusi-institusi diajar dan diberi latihan yang berunsurkan rawatan moden, (drug-oriented training) dan menggunakan dasar-dasar kemanusiaan untuk mengawal dan mempengaruhi institusi-institusi pendidikan. Selain itu, para doktor juga dipaksa untuk mengguna cara rawatan moden sahaja seperti kimoterapi, radiasi dan pembedahan bagi mengubati kanser, walaupun cara rawatan tersebut tidak efektif. Mereka hanya diajar untuk mengubati simptom-simptom, tanpa menfokuskan punca-punca penyebab kanser. Itulah kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam dunia perubatan sekarang apabila duit menjadi taruhan antara nyawa manusia.
8) Bolehkah saya mengambil B17 bersama dengan ubat-ubatan lain (Diabetes, kolesterol, darah tinggi, tekanan darah tinggi, dll)?
Terapi metabolik membantu merawat seluruh tubuh, dan bukan hanya penyakit tertentu. Jadi pengambilan B17 bersama dengan ubat diatas dibolehkan, anda boleh menjalani terapi metabolik tanpa mengganggu fungsi atau peranan setiap ubattersebut. Laetrile bukanlah ubat atau dadah tetapi kategori vitamin atau suplemen makanan. Terapi metabolik penting untuk membuatkan badan kita dalam keadaan baik, sehingga kita bebas dari bergantung pada ubat tersebut seumur hidup .
9) Jika vitamin B-17 membunuh kanser dengan menggunakan sianida, apakah sebarang kemungkinan untuk sianida membunuh sel-sel normal?
Kajian menunjukkan bahawa sel-sel normal dalam organisma kita mengandungi enzim yang disebut Rodhanese yang "meneutralkan" Amygdalin. Enzim ini tidak membenarkan Amygdalin untuk melepaskan sianida. Dengan cara ini, Amygdalin hanya berfungsi sebagai glukosa terhadap sel-sel sihat dan memberikan tenaga.hanya tubuh manusia mengandungi enzim ini. Apabila tiada Rodhanese, Amygdalin akan membebaskan sianida dan hanya memusnahkan sel-sel sel ganas (kanser) tersebut.
Rujukan: World without Cancer
APRIKOT VS CANCER
APRICON adalah produk makanan kesihatan anti-kanser yang dikeluarkan oleh FARMAS HEALTH. APRICON mengandungi 100 peratus aprikot kernel yang dikisar halus setelah menjalani proses sinaran UV yang kaya dengan Vitamin B17, atau dikenali juga sebagai amygdalin atau Laetrile yang mampu membunuh sel-sel kanser dan merawat pesakit kanser yang kronik. Vitamin B17 atau Laetrile juga mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu. Komponen Vitamin B17 atau Amgdalin yang terdapat dalam APRICON ini berfungsi sebagai agen kimoterapi semulajadi yang mampu melawan kanser secara efektif . Berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, B17 atau amgdalin yang terdapat dalam APRICON mampu merawat dan memulih masalah sistem metabolik dan menstabilkan sistem tubuh badan yang berfungsi secara tidak normal. Keberkesanan APRICON dalam merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit kanser dan penyakit kronik yang lain telah jelas terbukti dan diakui ramai terutamanya para penguna yang telah menggunakan poduk APRICON ini.
Antara khasiat APRICON ialah:
- Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser seperti; Leukimia, kanser payudara, kanser Serviks, Kanser Otak, Kanser Hati, Kanser Tulang, Kanser Lympoma, Kanser Uterus, Kanser Perut, Kanser Prostat, Kanser Ovari, Kanser Colon, kanser Paru-paru, Kanser Usus, Kanser kulit dan lain-lain lagi
- Mampu merawat penyakit kronik yang lain seperti penyakit Kencing Manis, Jantung, Darah Tinggi, Gout, Parkinson & Asma.
- Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & Kolestrol dalam darah
- mengurangkan berat badan,tekanan darah tinggi dan kolestrol dalam darah.
- -mengimbangkan kandungan gula dalam darah
- -meningkatkan kesihatan mental & memori
- -membersihkan arteri
- -Mengurangkan masalah sakit sendi
- -Membantu masalah buasir
- -berfungsi sebagai tonic dan antioksidan yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan.
- -membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
- -Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan keputihan
- -mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran Uv, gatal-gatal & alahan.
- -Menyelesaikan masalah jerawat dan resdung
- -Menghaluskan kulit
- -Anti penuaan.
Friday, August 2, 2013
10 tanda awal kanser payudara..
Kanser atau barah adalah nama penyakit bagi salah satu tumor ganas yang sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita dan ia sukar diramalkan. Banyak faktor yang mempengaruhi dan terdapat banyak jenis. Dikatakan sampai kini kanser masih menduduki peringkat pertama dalam kes kematian di dunia. Salah satu jenis kanser adalah kanser payudara. Penderita penyakit ini terus bertambah saban tahun namun, hanya segelintir sahaja yang mengetahui gejala kanser payudara ini.
Oleh kerana cetek dalam ilmu pengetahuan dan tidak prihatin dengan perubahan diri menyebabkan penyakit ini sukar dicegah dan ditangani. Atas kerana pada umumnya gejala-gejala kanser tersebut didapati dari beberapa kes kecil yang seringkali dirasakan tidak penting dan tidak berbahaya. Namun pada hakikatnya, pengenalan terhadap gejala-gejala awal kanser payudara dapat menangani kes ini secara maksima sebelum kanser merebak dan menjadi semakin serius.
Ada beberapa tanda-tanda atau gejala (sipmtom) umum yang kadang kala di luar dari pengawasan kita kerana hal tersebut biasanya tidak akan mengganggu keadaan tubuh badan dalam melakukan sebarang aktiviti dan kerana itu pulalah beberapa orang yang mengalaminya biasa mengabaikannya dengan mudah dan menganggapnya sebagai hal yang biasa-biasa saja. Padahal dari sini, kewaspadaan dan pemeriksaan lebih lanjut harus dilakukan. Berikut adalah gejala awal yang sering dialami oleh penderita kanser payudara :-
1. Benjolan
Benjolan ini umumnya terdapat di bawah kulit payudara dan ukurannya lebih kurang sebesar kacang tanah. Biasanya benjolan tersebut hanya terdapat di sebelah payudara saja. Apabila benjolan tersebut ditekan dan dapat bergeser, itu bermakna masih merupakan gejala awal yang ringan dan boleh segera ditangani. Sebaliknya, bila benjolan tersebut sudah tidak boleh bergeser dan ukurannya lebih besar dan keras maka awas, kanser sudah memasuki tahap serius. Benjolan ini juga boleh didapati di permukaan ketiak, walaupun tidak selalu bermakna kanser—tapi ada baiknya diberikan pemeriksaan lebih lanjut.
2. Perubahan bentuk puting payudara
Puting tetek kelihatan rata, terbalik atau masuk ke dalam. Atau mungkin terasa sakit yang berlanjutan.
3. Keluarnya darah atau cairan janggal
Cairan darah yang keluar umumnya tidaklah banyak, namun cukup mengganggu. Selain darah ada juga berupa cairan kekuningan seperti darah putih atau bahkan nanah. Hal ini biasanya diikuti dengan rasa nyeri pada permukaan payudara dan rasa gatal pada daerah sekitar puting tetek. (Kadang kala ini bukan bermakna kanser, namun tetap harus berwaspada)
4. Perubahan warna kulit
Warna kulit payudara berubah warna menjadi kemerahan .
5. Perubahan tekstur kulit
Permukaan kulit payudara kelihatan bersisik atau berkedut seperti kulit limau purut. Kulit akan terasa kasar dan kaku.
6. Luka yang sukar sembuh
sering juga timbul luka yang sukar sembuh dan terasa panas seterusnya akan membengkak.
7. Payudara terasa panas, kemerahan dan bengkak
8. Adanya benjolan-benjolan kecil
9. Terasa sangat gatal di daerah sekitar puting tetek
10. Benjolan yang keras itu tidak bergerak ( terfiksasi )
Biasanya pada peringkat awal tidak terasa sakit.
Pada kebiasaannya jika benjolan itu kanser, ia hanya terdapat pada satu belah payudara sahaja.
Thursday, August 1, 2013
Para wanita tolong lah amek tahu ni..
Kanser Endometrium(Rahim)- Ini adalah rahim wanita yang telah dibelah oleh doktor, Ianya sangat busuk mungkin disebabkan oleh bahagian yang berwarna kuning itu.
Mengikut teori saintifik, tisu endometrium yang mengalir ke dalam abdomen bersama darah haid akan melekat di organ keliling rahim dan tumbuh di situ. Seterusnya, setiap kali pendarahan haid berlaku, tisu ini akan tumbuh dan berdarah. Tisu ini selalunya terdapat di
1.Ovari
2.Belakang rahim
3.Dinding rahim atau otot rahim
4.Saluran fallopian
5.Parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak
6.Parut bekas pembedahan laparoscopy atau laparotomy
7.Pundi kencing
Tanda-tanda endometriosis:
- Senggugut atau sakit pada bawah perut dan pinggang.
-Berlaku sebelum datang haid dan berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian pelvic dan juga ke bahagian pinggang
-Ketidaksuburan dan kemandulan
-Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
-Ketumbuhan
Diagnosa endometriosis. Endometriosis hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan:
• V.E ( vagina examinatination ). Pemeriksaan vagina di lakukan di mana perasaan sakit timbul apabila disentuh
• T.V.S ( vaginal ultrasound scan). Ultrasound yang dilakukan melalui faraj boleh mengesan cyst pada ovari
• Laparoskopi Hanya pemeriksaan ini yang dilakukan melalui pembedahan kecil di abdomen yang dapat memastikan diagnosa endometriosis
KAITAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS DENGAN KANSER:
Wanita yang mengidapi penyakit endometriosis lebih cenderung mengalami beberapa jenis kanser. Satu kajian terkini yang dijalankan di Sweden sejak 20 tahun kebelakangan ini, dan melibatkan seramai 20000 orang wanita pesakit endometriosis, mendapati peningkatan beberapa jenis kanser di kalangan wanita tersebut
1. Kajian ini yang dilaksanakan selama 11 tahun menjumpai peningkatan risiko kanser-kanser saperti kanser ovari (90%), kanser darah (40%) dan kanser payudara (30%), pada wanita yang mengalami penyakit endometriosis berbanding dengan mereka yang tidak. Selain dari itu, satu penemuan penting ialah wanita yang mengalami penyakit endometriosis khususnya di ovari mempunyai risiko tinggi mengalami kanser ovari. Jenis kanser ovari yang paling biasa ialah kanser endometrioid dan kanser clear cell carcinoma
2.Penemuan-penemuan ini susah dipertikai kerana faktor-faktor lain (confounding factors) diambilkira sebelum keputusan dibuat, dan jumlah pesakit yang dikaji yang besar. Malahan, satu lagi kajian yang lebih besar di Sweden mendapat keputusan yang sama dengan kajian ini
3. Kajian spesimen lepas bedah kanser ovari juga mendapati kebanyakan kes mempunyai endometriosis atau sista endometriosis
4.Penyakit endometriosis melibatkan antara 7% hingga 15% wanita dalam golongan subur.Wanita yang mengalami perasaan sakit senggugut, pendarahan haid tidak teratur dan ketumbuhan di pelvis mungkin mengidapi penyakit endometriosis. Mengikut Persatuan Kanser Amerika, risiko seseorang wanita mengidapi penyakit kanser ovari ialah 1.4% sepanjang hayatnya
5. Oleh itu, para pesakit dan doktor perlu peka terhadap kemungkinan berlakunya penyakit kanser dikalangan wanita saperti ini. Pemeriksaan ultrasound dan pengeluaran sista adalah tindakan-tindakan penting yang disyorkan...
Tuesday, May 22, 2012
Khasiat Buah-buahan
Anggur/kismis mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.
Oren menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.
Epal mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan antioksidan.
Kiwi membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolestreol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (seperti pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.
Pear mempunyai antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.
Pisang mempunyai antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekaran darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan cirit-birit dan juga sembelit.
Pisang kaki menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.
Mangga adalah antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.
Sumber: Berita Harian
Labels:
buah buahan,
kanser,
kanser hati,
kanser kulit,
kencing manis,
khasiat,
langkah pencegahan,
losyen.racun,
maksud kanser,
merawat kanser,
penawar kanser,
penyakit,
punca,
sihat,
tips,
vitamin b17,
vitamin kanser
Friday, December 2, 2011
Kanser Hati
Kanser Hati
Apakah itu kanser hati?
Kebanyakan kanser mengambil sempena nama bahagian tubuh di mana kanser tersebut bermula. Kanser hati primer terjadi apabila sel-sel hati berubah dan menjadi malignan. Ia berasal dari hati bukan hasil perebakan (metastasis). Metastasis berlaku apabila sel-sel kanser yang berasal dari bahagian lain dalam tubuh manusia merebak ke hati. Kanser hati ini juga dikenali sebagai hepatoma.
Bagaimanakah kanser hati ini boleh diperjelaskan?
Kanser hati ataupun hepatoma ini biasanya lebih lazim berlaku di negara-negara Asia. Secara purata, pesakit kanser ini kebanyakannya berumur antara 40 hingga 50 tahun. Ia didapati empat kali ganda lebih kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita .
Tumor hati merupakan sejenis kanser yang jarang berlaku di dunia Barat. Tetapi ia merupakan antara beberapa jenis kanser yang paling biasa menyerang penduduk-penduduk Asia dan Afrika.
Tumor hati primer iaitu tumor yang bermula dari tisu hati itu sendiri boleh di bahagikan kepada tumor benigna dan tumor malignan.
Tumor benigna hati:
• Adalah lebih biasa berlaku berbanding dengan tumor hati malignan.
• Ianya termasuk hemangioma, adenoma dan hiperplasia nodul fokal.
Tumor malignan hati:
• Termasuklah hepatoma (kanser hati primer), kanser kolangioselular, gabungan kanser hepato-kolangioselular dan angiosarkoma.
TUMOR BENIGNA HATI
Hemangioma
• Hemangioma merupakan tumor hati yang paling biasa berlaku.
• Kerapkalinya ia dikesan secara kebetulan melalui pengimbasan CT atau ultrasound.
• Pengimejan resonan magnetik (MRI) juga digunakan untuk membuat diagnosis hemangioma.
• Rawatan bagi kebanyakan penyakit ini termasuklah:
o Apabila ketumbuhan menimbulkan gejala, pembedahan merupakan rawatan pilihan. Pembedahannya bergantung pada saiz dan kedudukan atau lokasi ketumbuhan tersebut. Ia mungkin merupakan hanya satu pembedahan kecil (reseksi) atau satu pembedahan lanjutan hepatektomi (eksisi organ hati).
o Jika pembedahan dilakukan, ia biasanya diikuti dengan rawatan sinaran atau radiasi.
Adenoma
• Tumor jenis ini lebih lazim berlaku di kalangan kaum wanita muda yang mengambil pil perancang keluarga (kontraseptik) terlalu lama.
• Selalunya terdapat ketulan dalam abdomen dan terasa sakit.
• Kira-kira 1/3 dari pesakit mengalami pendarahan sekunder dalam abdomen dan tumor pecah.
• Kebanyakan pesakit yang mendapat tumor ini akan dibedah. Tujuannya adalah sama ada disebabkan oleh pendarahan itu ataupun untuk mengesahkan diagnosis ketumbuhan tersebut.
Hiperplasia nodul fokal
• Ketumbuhan ini selalunya tidak menimbulkan sebarang gejala dan ditemui secara kebetulan.
• Pesakit yang mengalami kesakitan sebagai gejala awal atau primer mungkin memerlukan pembedahan. Rawatan pembedahan biasanya dilakukan ke atas mereka yang ada gejala atau di kalangan mereka yang diagnosisnya tidak dapat dipastikan.
TUMOR MALIGNAN HATI YANG LAIN
Kolangiokarsinoma
Kolangiokarsinoma merupakan tumor malignan hati yang berasal dari duktus hempedu. Ia boleh dibezakan dengan hepatoma (kanser hati primer) melalui perkaitannya dengan penghasilan musin dan tindak balas tisu berseratnya yang tebal. Pesakit selalunya diserang demam, jaundis (kekuningan kulit dan bahagian mata yang putih) dan kesakitan.
Tumor ini sukar dirawat kerana ia tidak dapat dibedah disebabkan ia multisentrik (mempunyai banyak pusat). Terapi sinaran dan kemoterapi didapati tidak berkesan untuk merawat kanser jenis ini.
Angiosarkoma
Kanser hati jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya multisentrik. Tumor ini lazimnya besar, multisentrik dan mudah merebak. Pesakit selalunya mengadu sakit abdomen, terasa letih, penurunan berat badan, anoreksia (hilang selera makan) dan perut membuncit. Pesakit juga mungkin mendapat jaundis.
Diagnosis dibuat melalui arteriografi dan diikuti oleh pengimbasan CT. Prognosis (kesan) bagi penyakit ini adalah tidak baik - kemandirian hanya beberapa bulan sahaja dan tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan pesakit.
Bagaimanakah kanser hati ini terbentuk?
Hati merupakan organ utama dalam tubuh manusia yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin, dadah dan racun keluar dari tubuh. Ini dilakukan dengan memecahkan toksin tersebut kepada sebatian berpigmen dan kemudiannya diangkut keluar melalui duktus ke dalam usus. Apabila virus, dadah atau alkohol merosakkan hati, sebatian berpigmen ini akan terkumpul, menyebabkan berlakunya jaundis, atau kekuningan bahagian mata putih. Biasanya sel-sel hati inilah yang menjadi kanser.
Terdapat pelbagai bentuk atau pola histologi bagi hepatoma. Hepatoma boleh wujud dalam dua bentuk: Tumpuan (fokus) dan berbaur. Bentuk fokus atau tumpuan ini dapat dilihat sebagai jisim yang bulat atau berlobul, biasanya wujud dalam jumlah yang banyak. Bentuk berbaur atau tersebar pula lebih sukar untuk didiagnoskan.
Dari sampel spesimen yang telah dipotong didapati kebanyakan kes hepatoma ini telah merebak ke bahagian vena portal. Ini boleh melibatkan vena hepatik, vena kava, dan vena portal dan dipercayai merupakan punca utama metastasis.
Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser hati?
Mereka yang berisiko termasuklah:
• Peminum alkohol.
• Pembawa Hepatitis B.
Ingat:
• Elakkan pengambilan alkohol yang berlebihan. Ia dikaitkan begitu rapat sekali dengan masalah kanser hati terutama di negara-negara maju.
• Pembawa Hepatitis B berisiko lebih tinggi untuk mendapat kanser hati terutamanya jika mereka memiliki virus yang aktif ataupun jika mereka mengalami kerosakan hati*.
Apakah tanda-tanda dan gejala kanser hati?
Terdapat beberapa gejala yang anda perlu ketahui:
• Gejala-gejala yang utama adalah kesakitan di bahagian abdomen, susut berat badan dan hilang selera makan. Gejala-gejala ini juga wujud apabila hati dijangkiti virus seperti Hepatitis A atau B. Berwaspadalah kerana hampir 30% dari pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala.
• Demam yang tidak diketahui puncanya juga merupakan gejala yang biasa berlaku.
• Asites atau busung (pengumpulan cecair dalam rerongga peritoneum yang menyebabkan abdomen menjadi kembung). Cecair ini biasanya mengandungi kandungan protein yang tinggi dan mungkin bercampur dengan darah.
Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?
Kanser hati merupakan penyebab utama yang ketiga kematian akibat kanser di seluruh dunia (450,000 - 1,000,000 kematian setahun di seluruh dunia). Secara globalnya, kira-kira 80% daripada jumlah kematian dikaitkan dengan jangkitan Hepatitis B (dengan atau tanpa pendedahan kepada aflatoksin) manakala 15% lagi dikaitkan dengan sirosis Hepatitis C yang kronik.
Angka sebenar mengenai kanser di Malaysia masih tidak diketahui. Kanser merupakan di antara tiga penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan di Semenanjung Malaysia dan akan terus menjadi semakin penting untuk diberi perhatian. Insidens atau kejadian kanser di Malaysia dianggarkan sebanyak 130 bagi setiap 100,000 penduduk. Berdasarkan kepada Laporan Kementerian Kesihatan*, kanser hati merupakan di antara 10 kanser yang paling kerap dikesan di Institut Radioterapi & Onkologi, Hospital Kuala Lumpur. Pada tahun 1997, kematian yang disebabkan oleh kanser hati merangkumi sebanyak 9.1% dari kematian yang disebabkan oleh kanser di Malaysia.
Apakah komplikasi yang mungkin boleh terjadi?
Metastasis - kanser tersebut boleh merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain.
Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan kanser hati?
Ujian darah untuk mengukur kandungan alfa-fetoprotein (AFP) - sejenis penanda tumor - bagi pesakit kanser hati, ia akan menunjukkan peningkatan sebanyak 80%. AFP juga boleh meningkat semasa kehamilan ataupun dalam kanser-kanser jenis lain. Ujian fungsi hati juga berfaedah untuk menentukan tahap kerosakan pada hati.
Ultrasonografi ataupun pengimbas CT (Tomografi Berkomputer) untuk mengimbas hati adalah penting dalam membuat diagnosis. Apabila diagnosis telah dibuat, angiografi mungkin diperlukan untuk memastikan sama ada pembedahan boleh dilakukan ataupun tidak. Ketika angiografi dijalankan, sejenis pewarna X-ray akan disuntik ke dalam saluran darah di bahagian kelangkang pesakit. Kemudiannya, beberapa pengimejan X-ray hati akan diambil. Pewarna yang disuntik itu akan bergerak menuju ke hati dan menunjukkan garis bentuk kedudukan serta keadaan kanser yang dipaparkan dalam X-ray.
Biopsi - teknik biopsi perkutaneus meliputi penyedutan sitologi menggunakan jarum halus (FNA - Fine Needle Aspiration) ataupun biopsi jarum teras (Core Needle Biopsy). Biopsi jarum ini boleh dilaksanakan secara langsung dengan bantuan ultrasound ataupun CT, secara tidak langsung ke dalam jisim yang boleh dirasa, ataupun dengan menggunakan peralatan laparoskop.
Apakah jenis rawatan yang boleh diberikan?
Kemoterapi menggunakan dadah untuk merawat kanser. Dadah-dadah ini bertindak dengan mengganggu pertumbuhan sel-sel kanser dan seterusnya membunuh sel-sel kanser tersebut. Kemoterapi boleh diberikan dengan pelbagai cara. Rawatan keseluruhan badan dikenali sebagai 'kemoterapi sistemik', manakala rawatan di sesuatu bahagian tertentu dikenali sebagai 'kemoterapi setempat'. Kemoterapi diberikan melalui pelbagai cara: secara oral (melalui mulut), melalui vena (intravena) ataupun melalui arteri (intra-arteri).
Kemoterapi dan radioterapi memainkan peranan yang kecil sahaja dalam rawatan kanser hati. Dadah-dadah kemoterapi hanya mampu mengecutkan kanser di kalangan kira-kira 30% pesakit. Kesan sampingan seperti keguguran rambut yang sementara, rasa loya dan muntah-muntah, penurunan jumlah sel darah putih dan rasa letih (letargi) boleh berlaku. Rawatan hormon juga merupakan rawatan yang masih di dalam percubaan di beberapa negara.
Terapi radiasi atau sinaran memainkan peranan yang kecil sahaja di dalam merawat kanser hati ini. Kebanyakan tumor primer yang merebak ke hati mewujudkan pertentangan terhadap terapi sinaran, manakala hati yang sihat sangat mudah terjejas oleh radiasi. Terapi pancaran sinaran luaran ataupun gabungannya dengan kemoterapi digunakan sebagai rawatan paliatif (rawatan untuk melegakan sahaja tetapi tidak boleh memulihkan) bagi hepatoma. Rawatannya akan menjadi lebih berkesan jika kanser tersebut dikesan awal.
RAWATAN AM
Rawatan pilihan utama kanser hati ialah pembedahan dan diikuti dengan kemoterapi dan terapi sinaran atau radiasi.
RAWATAN BUKAN FARMAKOLOGI
Walaupun pelbagai kemajuan telah dicapai dalam kaedah rawatan pelbagai jenis kanser sejak sedekad yang lalu tetapi, rawatan bagi kanser hati tetap sukar dan mencabar. Keadaan hati yang teruk disebabkan sirosis dan juga hepatitis kronik selalunya membataskan pemilihan terhadap rawatan. Sehingga kini, pemilihan rawatan adalah amat terhad.
Pembedahan
Pembedahan bergantung kepada saiz dan lokasi kanser hati dan juga keadaan bahagian hati yang lain. Hepatoma berbaur dan juga hati yang mengalami sirosis teruk biasanya dianggap sebagai tidak boleh lagi dibedah. Bagi ketumbuhan yang kecil, cuma sebahagian daripada segmen atau satu segmen pada hati sahaja akan dibuang. Ini merupakan pilihan yang selalu dibuat terutamanya jika terjadinya sirosis. Ketumbuhan atau lesi yang lebih besar memerlukan pembedahan untuk membuang bahagian yang lebih besar atau beberapa segmen hati. Kadar kematian disebabkan pembedahan bergantung pada jumlah tisu yang dibuang dan jumlah tisu yang kekal selepas pembedahan. Jenis dan keterukan kanser, kewujudan sirosis dan hepatitis menentukan kemandirian pesakit.
Apakah prognosis bagi kanser hati?
Purata pesakit kanser hati dilapor dapat meneruskan hidup hanya untuk jangka 4-8 bulan sahaja selepas didiagnos. Keterukan kanser hati, kerosakan hati yang awal disebabkan oleh hepatitis B atau pengambilan alkohol dan kebolehbedahan kanser tersebut, akan menentukan kemandirian pesakit kanser hati. Jika pembedahan mampu memulihkan kanser, peluang untuk pesakit meneruskan hidupnya selama 5 tahun lagi adalah tinggi, hampir 46%.
Bagaimanakah kanser hati ini boleh dicegah?
Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil ialah:
• Dapatkan imunisasi Hepatitis B seperti yang dijadualkan.
• Elakkan pengambilan alkohol berlebihan.
• Menjalani pemeriksaan kesihatan apabila terdapatnya perubahan tertentu pada kesihatan anda khususnya yang berkaitan dengan tanda-tanda amaran kanser
Subscribe to:
Posts (Atom)















