Apricon Farmas Health: apa leukimia Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label apa leukimia. Show all posts
Showing posts with label apa leukimia. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Lemak dan kesihatan jantung


SEBAHAGIAN  doktor dan pakar pemakanan konvensional biasanya mencadangkan minyak bunga matahari, jagung dan canola sebagai yang sesuai diambil oleh mereka yang disahkan mengalami arteri jantung tersumbat. Untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya silalah teruskan membaca isi keseluruhan artikel ini.

Seorang rakan saya yang disahkan menghidap arteri menganggap marjerin adalah selamat dimakan. Kasihan beliau kerana doktor dari sebuah hospital swasta yang merawat tidak mencadangkan makanan sesuai untuk diambil.

Saya katakan kepadanya bahawa setiap jenis marjerin biasanya mengandungi lemak trans walaupun yang diperbuat daripada minyak sawit. Ramai beranggapan marjerin yang diperbuat daripada minyak kelapa sawit adalah selamat. Ramai juga tidak mengetahui keburukan lemak trans jika diambil berterusan walaupun pada paras rendah.

Lemak trans terhasil daripada proses hidrogenasi iaitu proses menambah hidrogen pada rantaian lemak tidak tepu. Apabila hidrogen ditambah, ikatan ganda dua akan terhapus lalu menghasilkan produk asid lemak tidak tepu.

Ikatan ganda dua pada lemak tidak tepu memiliki kedudukan dua atom hidrogen pada sisi yang serupa. Namun proses hidrogenasi menyebabkan salah satu atom hidrogen berubah kedudukannya dengan menempati sisi berlawanan daripada yang satu lagi.

Asid linolik terkonjugasi (conjugated linoleic acid) merupakan sejenis lemak trans yang terdapat semula jadi dalam susu, telur dan daging. Lemak trans ini didapati memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan. Sebaliknya lemak trans hasil proses hdrogenasi didapati memberi kesan buruk termasuk terhadap kesihatan jantung.

Kolesterol baik dan jahat?

Kajian mendapati lemak trans meningkatkan paras kolesterol jahat iaitu LDL (low density lipoprotein) dan mengurangkan paras kolesterol baik iaitu HDL (high density lipoprotein). Kajian juga mendapati lemak tepu meningkatkan LDL tetapi ia juga meningkatkan paras HDL. Jadi, ramai saintis membuat kesimpulan, lemak trans lebih buruk dari lemak tepu.

Menurut ramai saintis konvensional termasuk doktor dan pakar pemakanan, sesuatu jenis makanan dianggap baik jika ia meningkatkan paras HDL tinggi dan menurunkan LDL. Jadi, jika kajian mendapati sesuatu jenis makanan mengurangkan HDL dan meningkatkan LDL maka makanan tersebut dikategorikan sebagai meningkatkan kolesterol.

Sebagai pengamal perubatan alternatif terlatih dan memahami proses biokimia tubuh, saya tidak menggunakan teori ini. Sebaliknya saya menggunakan teori yang menyatakan bahawa lemak tepu tidak meningkatkan paras kolesterol. Saya muatkan perbincangan berkisar punca penyakit koronari dan bagaimana menanganinya dalam buku saya berjudul Serangan Jantung (Alaf 21).

Sebuah kajian berskala besar telah mendapati lemak tepu tidak memudaratkan kesihatan jantung. Kajian berasaskan analisa meta (meta-analysis, statistik berdasarkan kajian terdahulu yang mengkaji perkara serupa) seperti dilaporkan dalam jurnal The American Journal of Clinical Nutrition (Mac 2010) terhadap 21 kajian terdahulu yang terdiri daripada 347,747 subjek mendapati, tiada bukti kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa makanan mengandungi lemak tepu dapat dikaitkan dengan peningkatan penyakit jantung koronari atau penyakit kardiovaskular.

Untuk pengetahuan anda, lemak  tepu yang digunakan dalam kajian tahun 50-an didapati meningkatkan paras kolesterol kerana lemak tepu yang telah menjalani proses hidrogenasi. Ramai doktor tidak tahu perkara ini. Begitu juga dengan ramai pakar pemakanan konvensional.

Apabila dikatakan sesuatu jenis minyak itu ialah lemak tepu ia tidak bermaksud kandungannya 100 peratus terdiri daripada lemak tepu. Ini kerana setiap jenis minyak masak sama ada bersumber daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan mengandungi semua kategori asid lemak iaitu lemak tepu, lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.

Kategori lemak

Setiap jenis minyak dikategorikan kepada kelas tertentu kerana sesuatu jenis asid lemak didapati paling dominan. Contohnya kuning telur, lemak haiwan, minyak sapi tulen, minyak kelapa dan minyak sawit dikelaskan sebagai lemak tepu kerana lelemak tepu dominan. Sebaliknya minyak seperti bunga matahari, jagung dan soya dikelaskan sebagai lemak poli tidak tepu kerana lemak jenis ini yang dominan.

Minyak seperti zaitun, kacang tanah dan canola mengandungi paras lemak mono tidak tepu yang dominan maka ia dikelaskan sebagai lemak mono tidak tepu.

Minyak sunflower dan mengandungi paras lemak mono tidak tepu yang tinggi namun kebanyakan jenis yang dijual di pasaran dikatakan tinggi dengan lemak poli tidak tepu.

Jadi, kerana paras minyak poli tidak tepu yang tinggi, maka saya sendiri mengelaskan minyak canola dan minyak kacang tanah di mana kedua-duanya dalam kategori mono tidak tepu sebagai minyak poli tidak tepu.

Jika anda sering mengikuti tulisan-tulisan saya, anda akan dapati bahawa saya mencadangkan agar anda menjauhi minyak-minyak poli tidak tepu kecuali dalam bentuk perahan sejuk seperti untuk salad pada kuantiti dan kekerapan rendah.

Sesungguhnya kesan epigenetik (epigenetic) lemak poli tidak tepu dipercayai memudaratkan kesihatan kerana ia mengganggu struktur membran sel-sel tubuh termasuk membran mitokondria.

Pada jangka panjang, ia dipercayai menyebabkan sel tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Jadi, seseorang yang sedang mengalami arteri jantung tersumbat atau mengalami diabetes dipercayai akan sukar reda atau mengalami keadaan yang lebih buruk.

Jadi, lemak tepu yang menjalani proses hidrogenasi dalam kajian tahun 50-an tersebut tidak sepatutnya dijadikan rujukan! Ia kerana lemak tepu terhidrogenasi mengandungi lelemak dan produk kimia tertentu yang meningkatkan kolesterol. Dengar-dengarnya lemak tepu terhidrogenasi masih terus digunakan dalam kajian-kajian berkaitan lemak tepu hingga ke hari ini.

Untuk menambah pengetahuan anda mengenai kebaikan lemak tepu dan keburukan lemak poli tidak tepu sila lawati laman sesawang Weston A Price Foundation di pautan http://www.westonaprice.org/.

Di laman sesawang tersebut anda akan faham mengapa lepa susu asli, lemak haiwan, minyak sapi tulen, kuning telur, minyak kelapa dan minyak sawit dikatakan sebagai minyak yang tidak memudaratkan kesihatan jantung dan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

HERBALIS BAHRAIN SAMAH, RH (AHG)

sumber

Friday, January 21, 2011

MAKANAN KANSER…


Manusia terdedah kepada pelbagai jenis makanan berbahaya dimana kandungan makanan tersebut kaya dengan bahan kimia berbanding khasiat sebenar makanan tersebut.Kaedah atau cara yang paling efektif untuk menghapuskan sel-sel kanser adalah menahan pemakananya;

1)    Gula adalah makanan utama sel-sel kanser, pengganti gula yang semulajadi dan paling baik didunia ialah madu , maduka atau syrup molasses.

2)    Susu menyebabkan tubuh badan kita membuat nukleus atau lendir di saluran gastro-estentional, lendir ini adalah makanan sel-sel kanser untuk penyakit kanser, pengganti susu adalah susu kacang soya yang tidak mengandungi gula.
3)    Sel-sel kanser hidup berleluasa dipersekitaran tubuh badan yang berasid. Daging lembu dan kambing tinggi dengan protein dan ia juga bersifat asid. Gantikan diet daging dengan ikan atau ayam. Daging lembu juga mempunyai antibiotic untuk binatang ternakan untuk pembesaran dan berjenis-jenis parasit yang merbahaya pada tubuh badan manusia terutama sekali pesakit kanser.

4)    Protein daging sukar untuk dihadamkan ia memerlukan banyak enzim penghadaman, malah serpihan daging yang tidak dapat dihadam akan tertinggal di usus kecil lalu menjadi busuk dan bertoksin.

5)    Air pili mempunyai toksin dan galian heavy metal yang tidak baik untuk kesihatan. Minumlah air yang ditapis seperti air mineral atau RO (Reverse Osmosis). Air pili yang dipanaskan sehingga mendidih hanya membunuh kuman-kuman tertentu, toksin, galian, heavy metal akan bertambah kepekatanya. Elakkan minum air suling atau distrill water kerana ia mempunyai kadar PH berasid yang tinggi.

6)    Kopi, tea dan coklat mempunyai kadar kafein yang tinggi. Kafein tidak baik untuk kesihatan tubuh badan terutama sekali pesakit kanser. Penggantinya adalah tea hijau yang turut mempunyai sifat-sifat anti-kanser.

AMALKAN…….
Pesakit kanser mempunyai kadar nutrisi tubuh badan yang rendah yang disebabkan oleh tekanan hidup atau stress, cara dan tabiat pemakanan serta cara hidup alam sekeliling atau secara genetik. Untuk mengatasi masalah ini, kita harus menukar atau mengamalkan tabiat cara pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.

Mengamalkan 80% diet sayur-sayuran,jus buah-buah dan biji-bijiran meletakkan badan kita ke tahap sifat akhalian. 20% boleh mengandungi makanan masakan ayam atau ikan. Sayur-sayuran mengandungi enzem-enzem hidup yang boleh menyuburkan dan meninggikan kadar kesihatan sel-sel tisu badan.
Proses ini hanya mengambil masa 15minit selepas dimakan terutamanya jus-jus abstrak dan sayur-sayuran yang segar dan mentah. Enzim-enzim ini akan dihapuskan sekiranya sayuran tersebut dimasak melebihi suhu 40 darjah celcius
·   Mengamalkan gaya hidup bertolak ansur belas kasihan dan harmoni boleh sama sekali menghapuskan sel-sel kanser.
·    Sel-sel kanser juga tidak boleh hidup dalam cuaca yang penuh dengan oksigen. Senaman yang kerap penafasan yang sempurna boleh membantu pengaliran darah yang penuh dengan oksigen pada peringkat selular tubuh badan.
·   Oksigen terapi adalah salah satu kaedah rawatan yang boleh menghapuskan sel-sel kanser serta mensihatkan tubuh badan.
·   Botol plastik juga tidak boleh dibekukan dalam peti ais. Ini adalah kerana plastik yang dipanaskan atau disejukan akan menyebabkan sejenis kimia yang bernama dioksin. Dioksin adalah racun yang boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara.
·   Gunakan bekas kaca atau seramik untuk memanaskan makanan dan untuk menutup bekas tersebut, gunakan kertas dan bukan salon wrap.
** Kanser bukan sahaja penyakit tubuh badan malah ianya juga penyakit jiwa dan rohani. Sikap pro-aktif dan positive juga dapat menghapuskan sel-sel kanser.

Friday, January 7, 2011

Leukemia adalah sejenis Kanser?

  • Apa yang anda tahu tentang Leukemia?
Leukemia atau kanser darah dikenali sebagai non-cancerious tumor dimana kanser jenis ini tidak akan bermetastatis ditempat lain. Leukemia tidak menghasilkan tumor , tetapi sebaliknya menggunakan darah dan organ-organ yang membina darah sebagai pengangkutan tisu-tisu yang lain di tubuh badan.
Leukemia merupakan kanser sel-sel yang membentuk darah. Leukemia menyebabkan jumlah-jumlah sel darah putih yang belum matang dihasilkan.
  • Bagaimana ia bertindak?
Sel-sel abnormal ini dipanggil blas leukemia, tidak boleh menjalankan fungsi-fungsi normal sel-sel darah putih. Mereka terkumpul di dalam sum sum tulang dan melimpah ke dalam darah dan mungkin merebak ke dalam organ-organ seperti hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang. Kadang-kala, sel-sel ini juga mungkin merebak masuk ke dalam cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang.

Oleh kerana terlalu banyak sel-sel darah putih yang terkumpul di dalam sum sum tulang, sum sum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet yang mencukupi. Dalam keadaan normal, sel darah putih bertindak sebagai penghalang jangkitan yang membahagi secara teratur untuk menambah bilangannya dan leukemia mengganggu perjalanan proses ini.

Sum-sum tulang pesakit leukemia menghasilkan banyak sel darah putih berlainan bentuk dan tidak berfungsi dengan baik. Akhirnya, kehadiran sel darah putih yang terlalu banyak akan menghalang pembentukan sel darah putih yang normal dan menjejaskan kebolehan badan melawan jangkitan.

Sel leukemia ini juga mengganggu sel darah lain, termasuk sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan dan platlet yang membantu pembekuan darah untuk mengawal pendarahan.
  • Siapakah yang Berpotensi Terdedah Kepada Kanser?
Kanser tidak mengira mangsa, namun, kanser darah atau Leukimia dikalangan kanak-kanak makin menjadi-jadi. Besar kemungkinan kanser yang berlaku dikalangan kanak-kanak adalah kerana terdedahnya ibu kepada bahan kimia beracun semasa  mengandung.

Sebagai contoh, penggunaan bahan kima ketika menggunakan produk kecantikan, syampu, sabun pencuci dan mandian, wangian, yang mempunyai bahan kimia yang boleh menyerap ke dalam kulit kepala, liang rongga dan serta liang roma kulit dan masuk ke saluran darah dan merosakkan organ dalam tubuh badan seperti jantung, paru-paru, otak dan lain-lain. Bahan kimia ini mampu merosakkan sel dan sistem dalam tubuh badan.

*Pilih produk anda yang bebas dari bahan kimia yang beracun, pastikan ianya bebas dari senarai dibawah bagi mengelakkan kanser, radang kulit, kerosakan mata, keguguran rambut dan sebagainya :
·         SLS sodium lauryl sulfate, (bahan kimia y digunakan dalam syampu, sabun & ubat gigi.
·         SLES Sodium Laureth Sulfate
·         TEA Triethanolamin
·         DEA Diethanolime
·         MEA monoethanolamine
·         Stearal konium Chloride
·         Disodium Laureth Sulfosucinate
·         Lauamide MEA
·         DEA PEG Stearates

Simptom Leukemia
* Rasa lemah, letih dan kelihatan pucat yang mungkin berpunca daripada jumlah sel darah merah yang berkurangan.
* Perdarahan yang berterusan agak lama, contohnya hidung berdarah dengan banyaknya, atau mudah lebam yang mungkin berpunca daripada kekurangan platelet.
* Kecenderungan untuk mendapat jangkitan dan mempunyai suhu badan yang tinggi yang mungkin berpunca daripada sel-sel darah putih yang tidak berfungsi dengan betul.
* Kesakitan di dalam tulang dan sendi mungkin juga dialami.