Apricon Farmas Health: bahaya Apricon Farmas Health

Followers

Showing posts with label bahaya. Show all posts
Showing posts with label bahaya. Show all posts

Tuesday, March 10, 2015

Bahaya Pengambilan Grapefruit Dengan Ubat-ubatan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tahukah anda bahawa terdapat 43 jenis ubat yang jika di ambil bersama limau gedang (grapefruit) akan menghasilkan reaksi yang merbahaya.


Berita mengenai kesan reaksi yang berlaku di antara campuran limau gedang dan ubat bukan berita baru terhadap golongan saintis. Kajian telah menunjukkan sekiranya ia di ambil bersama, ia akan menghasilkan reaksi kimia yang merbahaya berdasarkan bahan kimia yang dikenali sebagai furanocoumarins (juga terdapat di dalam lemon dan oren).

Kajian terbaru mendapati bahawa bilangan ubat-ubatan yang tidak boleh di ambil bersama limau gedang (termasuklah ubat untuk tekanan darah dan mengurangkan kolesterol) telah meningkat lebih dari 2x ganda semenjak 2008, disebabkan oleh formulasi ubat yang terkini. "Pengambilan satu tablet ubat bersama segelas jus limau gedang adalah seperti mengambil lima tablet bersama air," kata ketua penyelidikan, David Bailey, PhD, seorang ahli farmakologi klinikal di Lawson Health Research Institute di London, Ontario.

Contoh kesan pengambilan ubat bersama grapefruit: rhabdomyolysis

Sebiji limau gedang atau segelas jus, jika di ambil satu jam sebelum atau selepas ubat di ambil, adalah cukup untuk menghasilkan reaksi kimia. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dan semak sekiranya ubat yang anda ambil berada dalam senarai terbaru.


Customer Hotline : 0389273330 / 0389273332 

Tuesday, October 21, 2014

Makanan Penyebab Kanser! Enam Makanan Berbahaya yang Sering Kita Makan

KANSER disebabkan oleh banyak faktor, termasuk gaya hidup yang tidak sihat dan terbiasa makan makanan yang diproses. Sekurang-kurangnya ada 6 makanan yang sering jadi penyebab mendapat kanser dan penyakit lainnya. Berikut ini enam makanan paling tidak sihat atau membahayakan yang menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit lain, seperti dipetik Dailyhealthpost.

1. Daging yang diproses
Kebanyakan produk daging diproses, seperti bacon (babi), sosej dan hot dog, mengandungi bahan pengawet kimia yang membuat kelihatan lebih segar dan menarik, tetapi juga boleh menyebabkan kanser.
Kandungan pengawet yang sering digunakan, sodium nitrite dan sodium nitrate, telah dikaitkan dengan peningkatkan risiko kanser usus besar dan bentuk lain darikanser. Jadi pastikan untuk memilih produk daging yang dipelihara tanpa nitrat, dan sebaiknya dari sumber yang diberi makan rumput.
2. Ketuhar popcorn
Popcorn dilihat sebagai makanan yang selamat, tapi sebenarnya microwave popcorn disalut dengan bahan kimia yang boleh menyebabkan kemandulan, kanser hati,testis, dan kanser pankreas.
Environmental Protection Agency AS (EPA) mengakui perfluorooctanoic acid (PFOA) dalam microwave popcorn merupakan bahan yang bersifat karsinogenik, dan beberapa kajian bebas telah mengaitkan bahan kimia untuk menyebabkan tumor. Demikian pula, diacetyl chemical yang digunakan dalam popcorn sendiri berkaitan dengan kerosakan paru-paru dan kanser.
3. Soda
Seperti daging yang diproses, soda juga telah terbukti menyebabkan kanser. Sarat dengan gula, bahan kimia makanan, dan pewarna, soda acidify tubuh dan benar-benar memberi makan sel-sel kanser. Bahan kimia yang banyak digunakan dalam soda seperti pewarna karamel dan turunan 4-methylimidazole (4-MI) juga secara khusus dikaitkan dengan penyebab kanser.
4. Tepung ‘putih’ halus
Tepung halus adalah bahan umum dalam makanan diproses, tetapi kandungan karbohidrat berlebih adalah penyebab kebimbangan yang serius. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal ‘Cancer Epidemiology, Mile Markers, and Prevention’ mendapati bahawa pengambilan rutin karbohidrat yang diproses dikaitkan dengan peningkatan 220 peratus kanser payudara di kalangan wanita.
Makanan tinggi glisemik secara umum juga telah dibuktikan dapat dengan cepat meningkatkan kadar gula darah dalam tubuh, yang secara langsung memberi makansel kanser dan membuatnya menyebar lebih cepat.
5. Gula halus
Hal yang sama berlaku juga untuk gula halus, yang cenderung meningkatkan insulin dengan cepat dan memberi makan pertumbuhan sel kanser. Pemanis kaya fruktosa seperti high-fructose corn syrup (HFCS) sangat menyakitkan hati, dan sel-sel kanser telah terbukti cepat dan mudah memetabolismenya untuk berkembang biak.
6. Minyak terhidrogenasi
Minyak terhidrogenasi umumnya digunakan untuk mengawetkan makanan yang diproses dan menjaga agar bentuknya agar tetap stabil. Namun, minyak hydrogenated mengubah struktur dan fleksibiliti membran sel di seluruh tubuh, yang boleh menyebabkan sejumlah penyakit yang melemahkan seperti kanser.
Beberapa pengeluar menghentikan penggunaan minyak terhidrogenasi dan menggantikannya dengan kelapa sawit dan alternatif yang lebih selamat yang lain, tetapi lemak trans masih banyak digunakan dalam makanan yang diproses.

Thursday, August 21, 2014

Lemak dan kesihatan jantung


SEBAHAGIAN  doktor dan pakar pemakanan konvensional biasanya mencadangkan minyak bunga matahari, jagung dan canola sebagai yang sesuai diambil oleh mereka yang disahkan mengalami arteri jantung tersumbat. Untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya silalah teruskan membaca isi keseluruhan artikel ini.

Seorang rakan saya yang disahkan menghidap arteri menganggap marjerin adalah selamat dimakan. Kasihan beliau kerana doktor dari sebuah hospital swasta yang merawat tidak mencadangkan makanan sesuai untuk diambil.

Saya katakan kepadanya bahawa setiap jenis marjerin biasanya mengandungi lemak trans walaupun yang diperbuat daripada minyak sawit. Ramai beranggapan marjerin yang diperbuat daripada minyak kelapa sawit adalah selamat. Ramai juga tidak mengetahui keburukan lemak trans jika diambil berterusan walaupun pada paras rendah.

Lemak trans terhasil daripada proses hidrogenasi iaitu proses menambah hidrogen pada rantaian lemak tidak tepu. Apabila hidrogen ditambah, ikatan ganda dua akan terhapus lalu menghasilkan produk asid lemak tidak tepu.

Ikatan ganda dua pada lemak tidak tepu memiliki kedudukan dua atom hidrogen pada sisi yang serupa. Namun proses hidrogenasi menyebabkan salah satu atom hidrogen berubah kedudukannya dengan menempati sisi berlawanan daripada yang satu lagi.

Asid linolik terkonjugasi (conjugated linoleic acid) merupakan sejenis lemak trans yang terdapat semula jadi dalam susu, telur dan daging. Lemak trans ini didapati memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan. Sebaliknya lemak trans hasil proses hdrogenasi didapati memberi kesan buruk termasuk terhadap kesihatan jantung.

Kolesterol baik dan jahat?

Kajian mendapati lemak trans meningkatkan paras kolesterol jahat iaitu LDL (low density lipoprotein) dan mengurangkan paras kolesterol baik iaitu HDL (high density lipoprotein). Kajian juga mendapati lemak tepu meningkatkan LDL tetapi ia juga meningkatkan paras HDL. Jadi, ramai saintis membuat kesimpulan, lemak trans lebih buruk dari lemak tepu.

Menurut ramai saintis konvensional termasuk doktor dan pakar pemakanan, sesuatu jenis makanan dianggap baik jika ia meningkatkan paras HDL tinggi dan menurunkan LDL. Jadi, jika kajian mendapati sesuatu jenis makanan mengurangkan HDL dan meningkatkan LDL maka makanan tersebut dikategorikan sebagai meningkatkan kolesterol.

Sebagai pengamal perubatan alternatif terlatih dan memahami proses biokimia tubuh, saya tidak menggunakan teori ini. Sebaliknya saya menggunakan teori yang menyatakan bahawa lemak tepu tidak meningkatkan paras kolesterol. Saya muatkan perbincangan berkisar punca penyakit koronari dan bagaimana menanganinya dalam buku saya berjudul Serangan Jantung (Alaf 21).

Sebuah kajian berskala besar telah mendapati lemak tepu tidak memudaratkan kesihatan jantung. Kajian berasaskan analisa meta (meta-analysis, statistik berdasarkan kajian terdahulu yang mengkaji perkara serupa) seperti dilaporkan dalam jurnal The American Journal of Clinical Nutrition (Mac 2010) terhadap 21 kajian terdahulu yang terdiri daripada 347,747 subjek mendapati, tiada bukti kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa makanan mengandungi lemak tepu dapat dikaitkan dengan peningkatan penyakit jantung koronari atau penyakit kardiovaskular.

Untuk pengetahuan anda, lemak  tepu yang digunakan dalam kajian tahun 50-an didapati meningkatkan paras kolesterol kerana lemak tepu yang telah menjalani proses hidrogenasi. Ramai doktor tidak tahu perkara ini. Begitu juga dengan ramai pakar pemakanan konvensional.

Apabila dikatakan sesuatu jenis minyak itu ialah lemak tepu ia tidak bermaksud kandungannya 100 peratus terdiri daripada lemak tepu. Ini kerana setiap jenis minyak masak sama ada bersumber daripada haiwan atau tumbuh-tumbuhan mengandungi semua kategori asid lemak iaitu lemak tepu, lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.

Kategori lemak

Setiap jenis minyak dikategorikan kepada kelas tertentu kerana sesuatu jenis asid lemak didapati paling dominan. Contohnya kuning telur, lemak haiwan, minyak sapi tulen, minyak kelapa dan minyak sawit dikelaskan sebagai lemak tepu kerana lelemak tepu dominan. Sebaliknya minyak seperti bunga matahari, jagung dan soya dikelaskan sebagai lemak poli tidak tepu kerana lemak jenis ini yang dominan.

Minyak seperti zaitun, kacang tanah dan canola mengandungi paras lemak mono tidak tepu yang dominan maka ia dikelaskan sebagai lemak mono tidak tepu.

Minyak sunflower dan mengandungi paras lemak mono tidak tepu yang tinggi namun kebanyakan jenis yang dijual di pasaran dikatakan tinggi dengan lemak poli tidak tepu.

Jadi, kerana paras minyak poli tidak tepu yang tinggi, maka saya sendiri mengelaskan minyak canola dan minyak kacang tanah di mana kedua-duanya dalam kategori mono tidak tepu sebagai minyak poli tidak tepu.

Jika anda sering mengikuti tulisan-tulisan saya, anda akan dapati bahawa saya mencadangkan agar anda menjauhi minyak-minyak poli tidak tepu kecuali dalam bentuk perahan sejuk seperti untuk salad pada kuantiti dan kekerapan rendah.

Sesungguhnya kesan epigenetik (epigenetic) lemak poli tidak tepu dipercayai memudaratkan kesihatan kerana ia mengganggu struktur membran sel-sel tubuh termasuk membran mitokondria.

Pada jangka panjang, ia dipercayai menyebabkan sel tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Jadi, seseorang yang sedang mengalami arteri jantung tersumbat atau mengalami diabetes dipercayai akan sukar reda atau mengalami keadaan yang lebih buruk.

Jadi, lemak tepu yang menjalani proses hidrogenasi dalam kajian tahun 50-an tersebut tidak sepatutnya dijadikan rujukan! Ia kerana lemak tepu terhidrogenasi mengandungi lelemak dan produk kimia tertentu yang meningkatkan kolesterol. Dengar-dengarnya lemak tepu terhidrogenasi masih terus digunakan dalam kajian-kajian berkaitan lemak tepu hingga ke hari ini.

Untuk menambah pengetahuan anda mengenai kebaikan lemak tepu dan keburukan lemak poli tidak tepu sila lawati laman sesawang Weston A Price Foundation di pautan http://www.westonaprice.org/.

Di laman sesawang tersebut anda akan faham mengapa lepa susu asli, lemak haiwan, minyak sapi tulen, kuning telur, minyak kelapa dan minyak sawit dikatakan sebagai minyak yang tidak memudaratkan kesihatan jantung dan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

HERBALIS BAHRAIN SAMAH, RH (AHG)

sumber

Tuesday, June 17, 2014

7 Jenis Perwarna Makanan Yang Berbahaya Kepada Manusia

1.Carmoisine atau kemerahan

Perwarna ini menyebabkan kanser,alahan dan keracunan makanan.Kod yang biasa digunakan ialah E122

2.Briliant Blue

Dikatakan pewarna jenis ini menyebabkan kanser,kerosakan kromosom,alahan dan hyperaktif kepada kanak-kanak.Kod yang digunakan ialah E133.

3.Tartrazine atau jingga kekuningan

Bahaya pewarna ini menyebabkan kanser,merangsang migrain dan alahan.Kodnya ialah E102.

4.Sunset Yellow

Jelas bahawa pewarna ini menyebabkan kanser kepada manusia.Negara maju seperti Norway,Sweden dan Finland telah mengharamkan penggunaanya.Kod yang digunakan ialah E110

5.Ponceau 4R

Jenis pewarna ini menyebabkan kanser,alahan,lelah dan pembengkakan tisu.Kod yang digunakan ialah E124

6.Amaranth

Namanya sahaja kita sudah tahu bahawa pewarna ini telah memberi amaran bahaya kepada kesihatan.Kod yang digunakan ialah 123

7.Erythrosine atau Red no.3

Ujian yang dillakukan ke atas haiwan didapati menyebabkan tumor tiroid.Selain itu menyebabkan lelah,ruam dan hyperaktif.Kod yang digunakan ialah E127


Sumber; Buku Makan Berbahaya terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang 2002

http://www.farmashealth.com.my/ 


IG : Farmashealth farmas

#apricon #aprikot #b17 #rawatkanser #antikanser #vitamin