Bayangkan nikmatnya, dapat meneguk air limau setelah seharian menahan dahaga lantaran menjalankan hukum Islam yang ketiga! Tiada yang lebih baik itu. Dan tiada siapa dapt menafikan, dengan rasa masam-masam manis, air limau sangat sesuai dijadikan minuman dahaga. Namun begitu, tahukah anda, manfaat lain yang boleh diperoleh daripada air limau?
Dengan harga yang berpatutan, limau mengandungi sekitar lima peratus asit sitrat dan merupakan sumber yang kaya dengan vitamin C. Limau juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin B, riboflavin dan mineral seperti kalsium, magnesium, fostor serta protien dan karbohidrat. Terdapat banyak manfaatkesihatan yang boleh diperoleh daripada minuman yang berasaskan limau. Ia termasuklah:
1. Baik untuk perut
Limau membantu meringankan masalah pencernaan apabila dicampurkan dengan air panas. Antaranya mual, memulasdan parasit.Dengan meminum jus limau secara teratur, perut anda dibantu untuk menghilangkan kotoran secara lebih efisen. Limau bertindak sebagai pencuci darah dan agen pembersih. Mengambil jus limau boleh menyembuhkan sembelit. Bukan itu saja, jus limau juga berfungsi sebagai tonik hati dan membantu anda mencerna makanan dengan membantu hati menghasilkan lebih hempedu.
2. Perawatan kulit
Limau dapat menjadi ubat antiseptik semula jadi, yang bertugas untuk menyembuhkan masalah berkaitan dengan kulit. Pengambilan air limau setiap hari dapat memberikab perubahan besar kepada kulit kerana ia berfungsi sebagai ubat anti-penuaan dan menghilangkan kedutan. Parut luka akibat terbakar akan pudar dengan pantas jika ditempelkan limau padanya.
3. Perawatan gigi
Tahukah anda air limau mempunyai fungsi penting dalam perawatan gigi? Ya, jus limau segar yang ditempelkan pada gigi menyingkirkan rasa sakit. Manakala perahan jus limau dapat menghentikan pendarahan gusi. Cara ini juga mencegah bau busuk dan masalah lain yang berkaitan dengan gusi.
4. Sembuhkan infeksi tenggorokan.
Limau juga ialah buah yang sangat baik yang membantu dalam memerangi masalah berkaitan dengan infeksi tekak, sakit tekak dan tonsilitis akibat bakteria. Untuk mengatasinya, anda boleh berkumur dengan menggunakan setengah gelas jus limau.
5. Mengawal tekanan darah tinggi
Air limau bekerja bak ramuan ajaib khususnya bagi individu yang memiliki masalah jantung, kerana kandungan kalium yang tinggi di dalamnya. Diet tinggi kalium juga dipercayai dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi, pening, mual, merehatkan fikiran, mengurangkan stress mental serta depresi.
6. Menurunkan berat badan.
Rutin meminum air limau membuka jalan untuk menurnkan berat badan dengan lebih cepat. Efek yang sama boleh didapati apabila jus limau dicampurkan dengan air hangat dan madu.
7. Membantu penyembuhan gangguan nafas
Jus limau membantu dalam menyembuhkan masalah pernafasan, terutama pada individu yang menderita asma.
8. Mengubati reumatik
Limau memiliki sifat diuretik sehingga dapat membantu mengubati reumatik serta radang sendi, dengan cara mengeluarkan bakteria dan racun dari tubuh.
9. Meredakan demam
Jus limau dapat mengubati seseorang yang menderita flu atau demam, dengan meningkatkan penghasilan keringat.
10. Pembersih darah
Penyakit-penyakit seperti kolera atau malaria dapat diubati dengan air limau kerana mempunyai sifat sebagai pembersih darah.
Berapa banyak yang harus diminum?
Jika tahap kesihatan anda baikdan berat badan 70 kg atau kurang disarankanuntuk memerah setengah buah biji limau dan menyajikannya ke dalam satu gelas air. Minum dua kali sehari. ?Namun, jika anda mempunyai berat badan lebih dari 70 kg, perahkan sebiji limau ke dalam segelas air. Untuk manfaat maksimum, minumlah dua kali sehari.
Untuk maklumat lanjut layari :
Laman web : http://farmashealth.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/AprikotB17
Kami adalah sebuah syarikat yang membekalkan produk kesihatan dan farmaseutikal, serta produk penjagaan diri berdasarkan kesedaran kepentingan cara hidup yang sihat dan seimbang
Showing posts with label Khasiat Air Limau. Show all posts
Showing posts with label Khasiat Air Limau. Show all posts
Wednesday, October 24, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
