Apricon Farmas Health: HATI-HATI MEMILIH PRODUK KOSMETIK ANDA Apricon Farmas Health

Followers

Saturday, April 23, 2011

HATI-HATI MEMILIH PRODUK KOSMETIK ANDA

Enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti
  • dexamethasone,
  • hydroquinone
  • tretinoin
.Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata enam produk tersebut ialah
  1. BML HB Lotion,
  2. Krim Malam Shana,
  3.  Natasya Gold Krim Herba,
  4. Biotox Whitening Hydro Cream,
  5. Yoko Whitening Cream 
  6.  Sue Beauty Night Treatment Cream.
Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
  • Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari 
  •  Hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi).
  • Dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.
MENGAPA PROSES DEPIGMENTASI SANGAT PENTING?
Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.
* Pastikan produk anda bebas dari bahan beracun yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada
anda, lebik teruk lagi risiko Kanser Kulit   - BERNAMA

1 comment: