Apricon Farmas Health: Rahsia Laetrile sembuhkan KANSER Apricon Farmas Health

Followers

Wednesday, June 22, 2011

Rahsia Laetrile sembuhkan KANSER

Biji Aprikot yang kaya dengan vitamin B17

Laetrile merupakan sebatian yang digunakan sebagai rawatan bagi pesakit kanser disesetengah negara. Walau bagaimanapunia telah didapati tidak mendapat kelulusan daripada pihak pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA), Amerika Syarikat (AS) sebagai salah satu alternatif rawatan bagi kanseer atau perubatan lain.

Istilah Laetrile adalah berasal daripada dua perkataan iaitu laevorotatory dan mendelonitrile dan digunakan untuk menggambarkan bahan sebatian yang di ekstrak daripada Amygdalin kimia (sebatian tanaman yang mengandungi  gula dan menghasilkan sianida, salah satu bahan yang berupaya membunuh sel kanser yang aktif).

Laetrile dan Amygdalin sering juga dikaitkan di antara satu dama lain, walhal ia adalah dua bahan yang berbeza. Laetrile yang dipatenkan daripada Amerika adalah berbeza dengan Laetrile yang dipatenkan di Mexico kerana ia dihasilkan daripada sebatian sintetik daripada Amygdalin manakala Laetrile daripada Mexico pula dihasilkan dari biji-biji aprikot yang dihancurkan.

Amygdalin pada pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1830 dan digunakan oleh agen anti-kanser di Rusia seawal tahun 1845. Penggunaan bahan ini di Amerika bermula pada tahun 1920. Pada awalnya, pil ini didapati amat beracun dan penggunaannya telah dihentikan dengan serta-merta dan pada tahun 1950, Laetrile yang dihasilkan oleh sebatian sintetik dihasilkan di Amerika dan juga diberikan nama yang sama.

Ubat ini terkenal pada sekitar tahun 1970-an sebagai anti-kanser dan turut digunakan sebagai ubat khas di dalam program terapi metabolik yang melibatkan diet khas, vitamin tambahan, enzim pankreas. Pada tahun 1978 orang di AS telah direkodkan berjaya sembuh daripada kanser menggunakan ubat ini.

PANDANGAN PAKAR & SAINTIS

Menurut Dr.Philip E. Binzel, pakar kanser dari Ohio, B17 adalah bahan alamsemulajadi yang terdapat di dalam pemakanan nitrilosida yang boleh memusnahkan sel-sel kanser serta menyuburkan sel baik yang lain.

Dr. Michael Tait dari Fountain of Life Clinic, Gold Cost, Australia, kanser adalah penyakit metabolik kerana terdapat bukti kukuh bahawa pengurangan vitamin B17 daripada makanan seharian adalah punca utama seseorang mendapat kanser.

Dr. Dean Burk, pakar kanser daripada Jerman yang mengkaji secara terperinci di bawah mikroskop memasukkan B17 keatas sel kanser dan melihat dengan jelas sel kanser mati dengan cepat sekali.

Dr. Ernest Kreb Jr.,pakar Biokimia serta pengasas vitamin 15 dan B17 menyatakan bahawa ia adalah harapan terakhir di dalam terapi kanser

Dr. Hans Nieper, pakar kanser dari Jerman Barat, setelah melebihi 20 tahun bekerja sebagai pakar perubatan mendapati vitamin B17 jauh lebih baik dalam pencegahan kanser. Malahan berpendapat B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.

BAGAIMANA B17 MEMBUNUH SEL KANSER

Terapi Laetrile (Amygdalin atau vitamin B17 adalah satu rawatan alternatif paling popular dan terkenal bagi kanser. Ia sangat mudah digunakan, dalam dos yang tinggi dan digabungkan dengan diet kanser yang disarankan. Ia juga akan membaiki sel yang mengalami kerosakan teruk akibat rawatan kimoterapi atau radiasi yang berlebihan.

Laetrile berfungsi dengan menyasarkan dan membunuh sel-sel kanser dan membina kekebalan tubuh untuk menangkis penularan sel kanser untuk masa depan. Hasil kajian ahli sains dan ahli biokimia tentang B17 telah dibukukan bertajuk World Without Cancer oleh G.Edward Griffin dan Alive & Well: One Doctor Experience  with Nutrition in the Treatment of Cancer Patients.

Fakta hasil kajian mereka mendapati bahawa tubuh manusia memerlukan beberapa enzim bagi melaksanakan tugas mereka. Salah satu enzim yang berfungsi untuk menyingkirkan toksin badan adalah enzim yang dipanggil Rhodanese yang boleh dijumpai dalam kuantiti yang banyak di seluruh badan kita kecuali pada bahagian sel kanser.

Seterusnya, badan kita juga mempunyai enzim yang dinamakan Beta-Glukosida iaitu enzim yang terdapat pada bahagian kanser. Kajian yang dijalankan mendapati biji Aprikot mengandungi kandungan vitamin B17 yang tinggi dan terdiri daripada dua bahagian glukosa iaitu hidrogen sianida dan dua bahagian benzaldehid (pelali penahan sakit semulajadi)

Apabila B17 memasuki ke dalam badan manusia ia akan dipecahkan oleh enzim Rhodanese, yang juga akan memecahkan Hidrogen Sianida dan Benzaldehid setelah B17 yang bertemu dengan enzim Beta-Glukosida. Gabungan ini akan menghasilkan sebuah bahan yang membunuh dan membinasakan sel kanser.

Thiocyanate dan Asid Benzoik merupakan enzim yang sangat diperlukan oleh sel-sel yang sihat untuk menjalankan proses metabolisme dan lebihan proses ini akan menghasilkan B12. Lebihan daripada hasil metabolisme tersebut akan disingkirkan oleh sistem pembuangan. Vitamin B17 yang berada dalam tubuh kita tidak akan bertahan lebih daripada 80 minit dan ia perlu digantikan dengan B17 daripada biji aprikot yang baru. Pengambilan biji aprikot setiap 4 jam merupakan satu kaedah mengekalkan vitamin B17 agar sentiasa berada dalam badan.

Sumber : Majalah isihat - edisi Julai 2011

No comments:

Post a Comment