Biji Aprikot yang mengandungi Vitamin B17 yang Tinggi |
Seniwati tersebut dilaporkan berkata penderitaannya bermula pada tahun 2008 dan disahkan menghidapnya pada April tahun lalu. Akur kepada ketentuan, Sarimah bagaimanapun enggan menjalani pembedahan, sebaliknya mengambil makanan tambahan B17 yang diimport dari Mexico (setelah disyor oleh doktor yang merawat). Langkahnya tidak sia-sia apabila pada 28 April lalu, beliau berupaya menyambut ulang tahun ke-69 bersama keluarga dan teman-teman.
Selain Sarimah, cerita tragik penghidap kanser turut diluahkan oleh Bibi Hasnah Mohd Ayub. Menghidap kanser serviks yang telah merebak ke tulang belakang dan tidak lagi berupaya berjalan, Bibi Hasnah bernasib baik kerana memonton program Halal Bio yang membincangkan topik B17 Amygdalin.
Biarpun agak sukar untuk mempercayai adanya penawar kanser, namun dia bertindak mencari penawarnya. Ia mungkin bukan sesuatu yang boleh dimengerti kerana Bibi Hasnah telah melalui 28 kali rawatan kimoterapi, 28 kali sesi radioterapi dan empat kali brakiterapi. Seperti mana Sarimah, Bibi Hasnah yang berkerusi roda semakin pulih setelah pil biji aprikot sejak Januari lalu.
Sebenarnya keistimewaan B17 atau Laetrile atau Amygdalin bagaimana pun sesuatu yang cukup kontroversi. Laporan menyatakan pengambilan vitamin tersebut mencetuskan gejala keracunan sianida selain tidak berupaya mencegah kanser. Ketiadaan keputusan yang yang signifikan dan dikumentasi yang jelas menyebabkan amalan terapi kanser B17 ditolak oleh kebanyakan negara di dunia termasuklah hospital-hospital kerajaan dinegara ini.
Senario tersebut turut disokong oleh Prof Madya Datuk Dr Fuad Ismail, Pakar Perunding Onkologi dari Jabatan Radioterapi & Onkologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang berpendapat ia mungkin sebahagian daripada kaedah pemasaran bagi melariskan produk.
Berdasarkan pengalaman beliau, pesakit biasanya telah menerima rawatan di hospital sebelum ini mengambil suplemen lain termasuk B17. Apabila nampak kejayaan, ia kemudian dikaitkan dengan keberkesanan suplemen seperti B17. Sedangkan rawatan lain yang diterima sebelum itu dilupakan begitu sahaja.
Sekalipun dinafikan amalannya, terapi kanser B17 'mendapat' tempat yang cukup baik dan banyak dipraktikkan di Mexico dan Filipina. Sebutkan kanser jenis apa dan pada tahap yang mana, terdapat kombinasi rawatan yang didakwa berupaya meringankan penderitaan yang ditanggung. Sekiranya anda pesakit kanser payudara tahap tiga, selain pil B17, kaedah suntikan akan mempercepatkan lagi penyembuhannya. Setakat ini respond yang diterima cukup baik.
Malah peramal terapi ini didakwa mampu menyembuhkan penghidap kanser 100 peratus- sesuatu yang cukup mengagumkan! Ini kerana terapi kanser B17 bukan seperti kaedah alternatif yang lain, ia sebaliknya disokong oleh bukti kejayaan selain penemuannya pada tahun 1950 oleh pakar biokimia. Dr.Ernest Krebs Jr.
Sekalipun ditolak amalannya serta pendaftaran produknya diharamkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), mendapatkan B17 sebenarnya tidaklah sesukar dibayangkan. Bukan itu sahaja, sekiranya ingin mendapatkan pil atau suntikan vitamin yang sumber utamanya ialah biji buah aprikot ini, anda disarankan mendapatkannya daripada doktor-doktor di klinik-klinik (bukan kerajaan) yang mempercayai keberkesanannya di seluruh negara!
Sumber :Majalah isihat edisi Julai 2011
dimana nk dapatkan khidmat yg disebut di atas?
ReplyDeleteMaaf..pihak kami tidak menyediakan khidmat terapi tersebut..kami mengeluarkan produk dari 100% biji aprikot yang kaya dengan vitamin B17 untuk membantu mencegah & merawat kanser.
Delete