Apricon Farmas Health: 3 Rahsia Bakar Lemak Apricon Farmas Health

Followers

Thursday, October 18, 2012

3 Rahsia Bakar Lemak




Ingin membakar lemak lebih banyak? Mahu mengempiskan perut atau kurangkan lemak pada bahagian peha, lengan  atau mana-mana bahagian yang lain? Panduan di bawah boleh digunakan untuk membantu mencapai impian anda:

1.       Kurangkan beban semasa angkat berat

Anda tidak perlu lagi menahan kesakitan, kepayahan, dan kesukaran dengan mengangkat beban yang paling berat yang ada di gim. Kajian terbaru dari Universiti McMaster mendapati mereka yang mengangkat beban yang ringan (kira-kira 30 peratus daripada usaha maksimum, atau lebih kurang 24 kali sehingga tahap maksimum) adalah sama efektifnya dengan mereka yang mengangkat beban paling berat (kira-kira 90 peratus daripada usaha maksimum atau lebih kurang 5 hingga 10 kali sehingga tahap maksimum) selagi seseorang itu boleh memfokuskan pada otot-otot sehingga latihan pusingan terakhir.

Semakin aktif seseorang itu, semakin tinggi potensi dirinya untuk mendorong diri sendiri semasa bersenam. Para penyelidik dari New Zealand mendapati wanita yang selalu bersenam lebih mudah untuk melakukan kerja pada kadar degupan jantung mereka; dengan kata lain meningkatkan metabolisme berbanding wanita yang jarang-jarang bersenam.

2.       Latihan anda!

Apabila membincangkan jumlah lemak yang anda akan bakar semasa bersenam, kajian dari Universiti Birmingham mendapati anda akan lebih membakar lemak semasa berlari berbanding semasa anda berbasikal. Kajian terbaru mendapati wanita kehilangan 0.7 kg atau lebih dalam masa seminggu akan berjaya menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang  berbanding mereka yang kehilangan 0.2 kg atau kurang dalam masa seminggu. Mereka yang lebih  cepat menurunkan berat badan lima kali lebih berpotensi menurunkan 10 peratus berat badan dalam masa 18 bulan berbanding mereka yang dapat menurunkan berat badan secara perlahan-lahan.

3.       Pastikan perut yang sihat

Bersenam merupakan kunci untuk menghilangkan perut buncit. Kajian dari Universiti Alabama di Birmingham mendapati mereka yang kehilangan berat badan secara purata 10 kg dan mengamalkan rutin kecergasan sama ada melakukan latihan kekuatan  atau kardio selama 40 minit dua kali seminggu selama setahun tidak akan ada lemak degil, walaupun berat badan mereka meningkat sedikit. Mereka yang berhenti mengamalkan senaman pula tidak akan beruntung kerana mereka termasuk dalam golongan 33 peratus lemak degil yang meningkat.

4.       Elak Lemak Tepu Dalam Badan

Walaupun badan anda memang memerlukan lemak di dalam badan unuk berfungsi dengan baik, anda seharusnya mengelakkan pengambilan lemak tepu yang banyak. Lemak tepu berpunca dari makanan seperti lemak pada daging, mentega, susu, keju, dan pelbagai lagi jenis makanan yang lain.
Walaupun sesetengah lemak tepu itu boleh dimakan, tetapi terlalu banyak lemak tepu boleh menigkatkan kadar kolestrol yang mana akan menyebabkan saluran darah tersumbat, strok, dan serangan jantung. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu ke dalam badan dan seterusnya membantu meningkatkan kesihatan anda dengan lebih baik untuk jangka masa yang panjang.

Kurangkan makan daging merah

Daging terutamanya bahagian berlemak seperti tulang rusuk dan bakon mengandungi lemka tepu yang sangat tinggi. Gantikan daging, bakon dan sosej dengan ayan tanpa lemak. Berhati-hatilah dengan bahagian ayam yang anda makan. Daging ayam seperti di bahagian peha & kepak adalah lebih banyak kandungan lemak berbanding dengan daging putih di bahagian dada ayam.

Gunakan lebih banyak minyak zaitun di dalam masakan.

Minyak zaitun mengandungi lemak tak tepu-poli tidak tepu dan mono tidak tepu; yang mana boleh membantu menurunkan kadar kolestrol serta boleh menggantikan lemak tepu dalam masakan anda.

Ketahui berapa jumlah lemak yang anda perlukan setiap hari.

Bagi mereka yang mengamalkan 2000 kalori diet, wanita tidak boleh mengambil melebihi 18 gram lemak tepu manakala bagi lelaki tidak boleh melebihi 20 gram lemak tepu. Anda digalakkan makan separuh dada ayam tanpa kulit yang hanya menyumbang 2 gram lemak tepu ke dalam tubuh badan anda.

Elakkan makanan sejuk beku

Kebanyakan makanan yang dibekukan ini mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi.

Panggang daging yang anda ingin makan

Jika anda menggoreng sepotong daging, daging itu akan digoreng dengan lemkanya sendiri. Daging tersebut akan menyerap semula lemak dan minyak yang digunakan untuk menggoreng. Sebaliknya apabila anda memanggangdaging, lemak pada daging tersebut akan mengalir keluar dan tidak akan di serap semula.

Tambahkan suplemen Omega-3 ke dalam diet harian anda.

Omega-3 adalah sejenis asid lemak yang baik untuk tubuh badan anda yang membantu ‘melawan’ lemak tepu dan kolesterol yang ‘jahat’. Selain itu, Omega-3 ini juga membantu mengawal keradangan di dalam badan, menguatkan jantung, membantu penglihatan yang baik, serta boleh meningkatkan mood anda. Omega -3 ini boleh didapati dari sumber beberapa jenis ikan seperti salmon, ikan kembung, tuna dan sardin. Anda juga boleh membeli kapsul supplemen Omega-3 di pelbagai farmasi & klinik.


Kurangkan pengambilan harian produk tenusu.

Keju mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi, sama seperti susu lemak penuh. Apabila anda ingin menggunakan keju dalam makanan, pilih keju yang berasaskan susu rendah lemak. Kepada penggemar air susu pula, cuba beralih kepada susu tepung dari susu lemak penuh.

NOTA:

Jangan sekali-kali membuang semua lemak daripada pemakanan harian anda. Otak dan beberapa organ di dalam badan anda memerlukan sejumlah lemak untuk berfungsi dengan baik.

2 comments: