Apricon Farmas Health: Beberapa Fakta Jenis-Jenis Leukimia. Apricon Farmas Health

Followers

Friday, January 7, 2011

Beberapa Fakta Jenis-Jenis Leukimia.


JENIS KANSER YANG KERAP MENYERANG GOLONGAN LELAKI MENGIKUT UMUR DI SEMENANJUNG MALAYSIA, 2006.

Leukemia Limfoid Akut (Acute Lymphoid Leukaemia (ALL))
Leukemia limfoid akut lebih lazim pada kanak-kanak dan merupakan peratusan yang kecil sahaja di kalangan leukemia orang dewasa.
Ia menjejaskan limfosit-limfosit yang belum matang. Limfosit yang normal bertanggungjawab melawan jangkitan: apabila bakteria atau virus menyerang tubuh, limfosit bertindak balas dengan menghasilkan antibodi atau sel-sel pembunuh limfosit yang khas. Apabila anda menghidapi leukemia limfoid akut, limfosit tidak dapat berfungsi dengan betul dan anda mungkin mendapat jangkitan yang serius. Tambahan pula, penyakit ini menyebabkan banyak limfosit yang abnormal dihasilkan, yang menghimpit sel-sel darah merah dan platelet yang normal.

Leukemia Limfoid Kronik (Chronic Lymphoid Leukaemia (CLL))

Leukemia ini juga menjejaskan limfosit-limfosit, tetapi berkembang dengan lebih perlahan daripada leukemia limfoid akut.

Penyakit ini berkembang dengan lebih perlahan, oleh itu sel-sel normal tidak terhimpit dan ditolah keluar dengan cepatnya berbanding dengan leukemia limfoid akut. Jika anda menghidapi leukemia limfoid kronik, anda mungkin tidak mengalami sebarang gejala sehinggalah peringkat-peringkat lanjut penyakit ini.

Leukemia Mieloid Akut (Acute Myeloid Leukaemia (AML))
Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak-kanak dan remaja.
Leukemia mieloid akut terutamanya menjejaskan sel-sel mieloid yang dikenali sebagai granulosit. Penyakit ini menghasilkan sel-sel mieloid yang masih muda di dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan kekurangan sel-sel mieloid yang matang. Sel-sel mieloid yang muda ini boleh menyekat salur-salur darah.

Leukemia Mieloid Kronik (Chronic Myeloid Leukaemia (CML))
Leukemia mieloid kronik boleh terjadi pada semua peringkat umur tetapi paling jarang dikesan pada usia di bawah 20 tahun. Ia menghalang sel-sel mieloid daripada berfungsi dengan betul. Ia berlaku di dalam dua peringkat: pertama, berlakunya pembahagian sel-sel abnormal secara perlahan. Kemudian, ia boleh dengan cepatnya berubah ke peringkat akut.
bilangan sel darah putih yang normal dan sihat akan melemahkan sistem pertahanan badan, menyebabkan pesakit mudah mendapat jangkitan, anemia dan pendarahan teruk. Sebaliknya, mempunyai terlalu banyak sel darah putih akan merosakkan fungsi sumsum tulang dan memasuki organ badan lain. Jika berlaku pendarahan atau jangkitan, ia boleh membawa maut.

Glosari

  • Akut                  : Berlaku secara tiba-tiba atau di dalam tempoh yang pendek
  • Aferesis             : Proses di mana darah diambil keluar daripada tubuh buat sementara, satu atau bahagian  darah ini diasingkan, dan darah dipindahkan semula ke dalam tubuh
  • Blas leukemia    : Suatu sel darah putih abnormal yang terbentuk di dalam sum sum tulang
  • Sum sum tulang : Tisu yang lembut seperti span di tengah-tengah tulang anda yang besar yang menghasilkan sel-sel darah putih, sel-sel darah merah dan platelet.
  • Eritrosit             : Sel darah merah. Eritrosit mempunyai warna merah disebabkan hemoglobin, bahan yang membawa oksigen dari paru-paru ke sel-sel tubuh.
  • Granulosit          : Sejenis sel darah putih yang mempunyai butir-butir di dalam sitoplasma sel-selnya.Granulosit terbentuk di dalam sum sum tulang (tisu mieloid). Mereka membantu tubuh melawan jangkitan.
  • Nodus limfa      : Juga dipanggil kelenjar limfa. Struktur yang kecil berbentuk kacang yang membentuk sebahagian sistem limfa. Limfa ialah cecair yang mengalir melalui sistem ini dan membawa bersama sel-sel yang membantu melawan penyakit dan jangkitan. Nodus limfa menapis limfa untuk mengeluarkan bakteria dan agen-agen lain yang memudaratkan seperti sel-sel kanser.
  • Limfosit           : Sejenis sel darah putih yang dibentuk di dalam nodus limfa. Ia merupakan sebahagian daripada sistem daya tahan badan yang membantu melawan jangkitan.
  • Sel darah putih   : Juga dikenali sebagai leukosit. Salah satu jenis sel yang utama yang hadir di      dalam darah. Memainkan peranan penting di dalam melawan jangkitan.

4 comments:

  1. baru tahu .
    nama bukan main susah nak disebut ya .
    hehe

    ReplyDelete
  2. nak tanye..... biase berape bayaran untuk pemeriksaan kesihatan? Ade student price tak?? hehe.... huhu

    ReplyDelete
  3. @nelly: betul tu nelly:)
    @MatNagger: untuk Bayaran pemeriksaan kesihatan tu, doktor xpasti, tapi lazimnya perkhidmatan adalah percuma kalau di hospital kerajaan, untuk detail yg lebih lanjut, boleh rujuk kt klinik berdekatan,:)(T.KSH DI ATAS SOALAN)

    ReplyDelete
  4. Masya Allah... Semoga Allah lingdungi kawan audra nnt amin... dia baru selesai buat rawatan KIMO...nak tnya if dah buat rawatan kimo ada harapan utk sembuh x?....

    ReplyDelete