Pewarna dalam teh tidak dibenarkan, kata Rosnah
03/01/2011 6:45pm
KUALA LUMPUR 3 Jan. – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin hari ini mengesahkan penggunaan bahan pewarna tiruan dalam teh adalah tidak dibenarkan walaupun selamat digunakan.
Katanya, berdasarkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh kementerian, pewarna tiruan yang dikesan di dalam teh adalah Sunset Yellow, Tartrazine, Carmoisine atau Ponceau 4R di mana pewarna-pewarna ini adalah dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bagi makanan dan minuman tertentu.
"Ini bermakna, bahan pewarna tiruan yang dikesan di dalam teh adalah selamat digunakan tetapi tidak dibenarkan penggunaannya di dalam teh untuk mengelakkan penipuan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai laporan mengenai penjualan dan pengambilan teh timbang di Kelantan yang mengandungi bahan pewarna sintetik yang dikatakan boleh menyebabkan masalah kesihatan khususnya kanser dalam jangka panjang.
Justeru Rosnah menasihati pengguna supaya tidak membeli atau meminum teh yang mengandungi bahan pewarna tiruan. – Bernama
jgn beli brg murah...
ReplyDeletecm kt klntn 2...
hati2 ye smua..
thanks doc..
betol tu, dalam pemilihan makanan kita, jangan nilai kuantiti, tp nilai pada kualitinya...:)
ReplyDelete