Sumber : http://e-kesihatan.blogspot.com/2011/02/kanser-sedang-meningkat-di-negara.html
Sebagai menandakan Hari Kanser
Sedunia, Persatuan Kanser Amerika telah mengeluarkan satu laporan baru
yang memberi amaran bahawa gaya hidup yang berhubungkait dengan
pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun sedang menyebabkan
peningkatan berlakunya kanser di seluruh dunia.
Malahan,
kebanyakan dari kes-kes dan kematian baru kanser di dunia (7.1 juta dan
4.8 juta, masing-masing) adalah berlaku di negara-negara yang sedang
membangun ekonominya, mengikut pengarang laporan tersebut. Ini, mengikut
mereka, menggambarkan peningkatan penerimaan perlakuan yang tidak sihat
– seperti merokok, gaya hidup yang tidak aktif dan amalan pemakanan
yang tidak baik – yang lazimnya mengiringi pembangunan ekonomi.
Laporan tersebut, "Fakta & Bilangan Kanser Global (Global Cancer Facts & Figures)", menyatakan kanser paru-paru, payu dara dan kolorektal adalah menyumbang kepada peningkatan ini.
Daripada
itu, kira-kira satu pertiga dari jumlah kematian kanser yang telah
berlaku di seluruh dunia pada tahun 2008 (bersamaan dengan lebih kurang 7
300 kematian sehari) mungkin boleh dielak dengan memberi fokus terhadap
faktor risiko yang boleh dielak seperti merokok, minuman keras, corak
jangkitan dan tabiat pemakanan, kata ketua pegawai perubatan Persatuan
Kanser Amerika Dr. Otis W. Brawley dalam satu editorial bersama dengan
laporan tersebut.
"Penerapan pengetahuan kawalan kanser sedunia
mengikut kemampuan dan pembangunan negara atau kawasan boleh menjurus
kepada pencegahan lebih lagi kematian kanser dalam dua tiga dekad akan
datang" katanya dalam siaran dari persatuan itu.
"Untuk mencapai
itu, bagaimanapun, agensi-agensi kesihatan awam nasional dan
antarabangsa, pihak kerajaan, para dermawan, dan sektor swasta perlu
memainkan peranan utama dalam pembangunan dan penerapan program kawalan
kanser nasional atau antarabangsa di seluruh dunia" tambah beliau.
Analisis penuh Persatuan Kanser Amerika dijadualkan untuk diterbitkan, bersama dengan rencana pengarang Brawley, dalam CA: A Cancer Journal for Clinicians edisi 4 Febuari.
Pengarang
laporan tersebut menyatakan walaupun bilangan penyakit global 2008
(12.7 juta kes-kes kanser baru dan 7.6 juta kematian-kematian kanser),
bilangan itu dijangka akan hampir berganda menjelang 2030 apabila
penduduk dunia bertambah dan meningkat tua.
Di negara maju,
sebagaimana pada 2008, kanser prostat, paru-paru dan kolorektal adalah
paling boleh dielakkan dalam golongan lelaki, manakala kanser payudara,
kolorektal dan paru-paru adalah yang paling biasa dalam kalangan wanita.
Sebaliknya,
di negara membangun, risiko terbesar untuk lelaki adalah kanser
paru-paru, perut dan hati, dan kanser payudara, paru-paru dan servikal
adalah ancaman kanser utama bagi wanita.
No comments:
Post a Comment