Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. 
Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang 
terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon
 ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
Sel-sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap 
iodin yang diambil dalam pemakanan manusia. Iodin ini akan bergabung 
dengan asid amino tirosina yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan 
T4. Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 
15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2.
T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 
adalah lebih aktif daripada T4. T4 yang tidak aktif itu akan ditukar 
kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah 
pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hipotalamus 
yang berada di bahagian otak.
Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi tiroid ialah TRH dan 
TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks. TRH 
dikeluarkan oleh oleh hipotalamus. TRH ini menyebabkan pituitari 
mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan tiroid mengeluarkan T3 dan 
T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan 
menyebabkan berlakunya masalah tiroid.
Penyakit kelenjar tiroid
Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:
Perempuan
Genetik
Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
Usia lebih 60 tahun
Merokok
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:
Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
Hipotiroidisme
Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 
didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini
 ialah :
Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan
 mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel 
tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
Bengkak di leher
Cirit birit
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Gementar dan gelisah, terketar-ketar
Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
Kesuburan turun
Penumpuan kurang
Mata menjadi besar (bulging)
Angin yang tidak menentu
Kejang otot
Oesteoporosis (kereputan tulang)
Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
Suhu badan naik, tak tahan panas
Rambut tidak kuat
Sukar bernafas
Sukar tidur
Tekanan darah naik
Turun berat badan walaupun selera naik
Lemah
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.
Kami adalah sebuah syarikat yang membekalkan produk kesihatan dan farmaseutikal, serta produk penjagaan diri berdasarkan kesedaran kepentingan cara hidup yang sihat dan seimbang
 
 

 
 
Hello there! This is kind of off topic but
ReplyDeleteI need some advice from an established blog. Is it very difficult to set up your
own blog? I'm not very techincal but I can figure things out pretty quick. I'm thinking about setting up my own but I'm not sure where to begin. Do you have any tips or suggestions? Cheers
my web page - Hypothyroidism Revolution