Apricon Farmas Health: Penyakit Genetik: Berapa Risiko Anda? Apricon Farmas Health

Followers

Thursday, October 18, 2012

Penyakit Genetik: Berapa Risiko Anda?


Bukan hanya harta yang akan menjadi warisan turun temurun, malah penyakit juga boleh diwarisi. Persoalannya, sebanyak mana penyakit genetik ini akan mempengaruhi kehidupan anda? Sebelum berbicara lebih lanjut, gangguan genetik bermaksud penyakit yang disebabkan oleh kelainan pada gen atau kromosom.

Dengan kata lain, jika ibu bapa atau ahli keluarga mempunyai sejarah penyakit kronik, berkemungkinan besar juga anda bakal mendapat penyakit yang sama. Menurut Penyelidik Perubatan dan Pengamal Perubatan Alternatif, Prof. Dr. Ariffaizal Mohd dari Pusat Rawatan Attitude Theraphy, setiap individu akan mewarisi setiap maklumat ibu bapa. Ini termasuklah maklumat yang tercatat dalam Asid Deoksiribonukleik (DNA) ibu dan bapa.

Biarpun begitu penyakit genetik tidak 100 peratus akan mempengaruhi kehidupan seseorang.Kadang kala amalan hidup yang tidak sihat juga menjadi pendorong untuk anda diserang penyakit kronik, bukan hanya disebabkan oleh genetik keluarga.

"Misalnya kencing manis atau diabetes. Penyakit ini boleh diwarisi daripada induk kepada ahli keluarga yang lain iaitu si anak. Tetapi jika si anak menjaga gaya hidup yang teratur, maka potensi untuk dapat penyakit tersebut menjadi kurang. Berkemungkinan juga tidak akan berlaku.

"Ia bergantung kepada kemampuan si anak itu sendiri untuk mengatasinya. Jika amalan gaya hidup seharian dijaga dengan baik, ia dapat dielakkan." jelasnya dengan memberitahu terdapat juga situasi di mana ibu bapa menghidap penyakit kronik tetapi anaknya tidak. Sebenarnya, dalam setiap tubuh individu sudah wujud pelbagai jenis penyakit.

Menyentuh tentang faktor umur pula, Dr. Arif berkata, majoritinya usia yang kian meningkat mendedahkan seseorang diserang  penyakit. Hal ini termasuklah yang diwarisi daripada keluarga terdahulu. 

Dr. Arif turut menasihati individu yang mempunyai sejarah penyakit genetik agar menjalani pemeriksaan awal dan mendapatkan rawatan secara berjadual di mana-mana hospital.

Pemeriksaan awal berupaya membantu mengurangkan kecenderungan diserang penyakit. Selain itu, rujukan daripada pakar juga boleh membantu untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai penyakit yang disebabkan oleh faktor genetik.

Berikut beberapa penyakit disebabkan genetik yang dipetik melalui Tribun-Medan.com Berita Terkini Medan September 2011 :-

Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah disebabkan peningkatan tekanan darah normal (dalam waktu yang lama). Kadang kala hipertensi ini tidak akan menunjukkan simptom-simptom secara jelas. Jika ibu bapa anda memiliki tekanan darah tinggi, anda juga berisiko 15 peratus untuk mendapat penyakit yang sama.

Kolestrol Tinggi

Kadar kolestrol yang tinggi dalam kalangan anggota keluarga dipanggil Familial Hypercholesterolaemia (FH). FH juga merupakan salah satu contoh genetik yang dominan. Kebarangkalian untuk seseorang mendapat penyakit ini daripada genetik keluarga adalah sekitar 50 peratus.

Hipotiroid

Hipotiroid berlaku apabila tubuh badan tidak dapat menghasilkan hormon tiroksin yang cukup. Simptom-simptom penyakit ini seperti cepat letih dan mengalami penurunan berat badan ketara. Perempuan lebih berisiko tujuh kali untuk dapat penyakit ini. Menurut perunding Endokrinologi dari spire Bushey Hospital, Dr. Mark Cohen, jika terdapat salah seorang dari saudara atau ibu anda memiliki penyakit kronik, maka anda memiliki risiko 20 kali ganda unutk mendapat penyakit yang sama.

Gangguan Bipolar

Jika ibu bapa memiliki penyakit ini, maka risiko setiap anak-anak untuk mendapat penyakit ini antara 10 hingga 15 peratus. Gangguan bipolar berlaku disebabkan ketidakseimbangan kimia dalam otak dan pengaruh faktor genetik juga.

Diabetis jenis 2

Lazimnya diabetes jenis 2 ini dianggap sebagai penyakit orang dewasa. Risiko seseorang untuk dapat penyakit ini adalah 15 peratus. Tetapi jika ibu bapa yang mempunyai sejarah penyakit ini, risiko untuk individu mewarisi penyakit ini adalah 75 peratus.

Artristis (Radang sendi)

Artristis adalah jenis penyakit yang tergolong dalam atristis disebabkan masalah sendi.Jenis penyakit ini sering menyerang individu yang mengalami peningkatan usia. Peratus untuk individu mendapat penyakit ini adalah 80 peratus. Tetapi penyakit ini jarang diwarisi jika dibandingkan dengan penyakit lain.

Kanser Payudara

Kanser payudara merupakan salah satu penyakit tersebab menyebabkan kematian kepada kaum wanita. Anggaran lima hingga 10 peratus kanser payudara ini disebabkan oleh masalah genetik.

Parkinson

Pada mulanya penyakit Parkinson dikenali sebagai tremor iaitu gementar pada tangan, kaki, rahang dan muka. Didapati 15 hingga 20 peratus individu akan mendapat penyakit ini melalui genetik daripada ibu bapa. Parkinson biasanya menyerang individu yang lewat usia biasanya melebihi 50 tahun. 

Kecenderungan lain disebabkan genetik adalah seperti:

Personaliti

Terdapat juga genetik ibu bapa juga mempengaruhi tingkah laku dan personaliti anak-anak mereka. Banyak juga penemuan telah menunjukkan bahawa perubahan personaliti diri adalah disebabkan oleh bahan kimia yang terkumpul dalam otak. Comtoh penting jelas adalah penyakit mental dan perubahan sikap seperti daripada sopan ke kurang sopan.

Ketagihan

Dopamin merupakan faktor untuk seseorang mengalami ketagihan. Dopamin akan merangsang pemikiran untuk berada dalam keadaan yang cukup 'senang' atau khayal. Dopamin ini selalunya terdapat dalam alkohol, rokok dan juga dadah.

Obesiti

Kanak-kanak mempunyai peluang 75 peratus untuk mewarisi berat badan berlebihan daripada ibu bapa mereka. Jika si ibu obes, kecenderungan anak untuk obesiti juga adalah tinggi. Terdapat teori mengenai gen abnormal yang dikenali sebagai Beta-3 boleh mengubah metabolisme individu untuk menjadi obes. Sepatutnya gen ini digunakan untuk membakar lemak secara semula jadi dalam tubuh badan.

Agresif

Secara semula jadinya lelaki lebih agresif berbanding wanita. Golongan lelaki mempunyai jumlah hormon estrogen dan testosteron yang kecil dalam sistem tubuh badan mereka. Jumlah estrogen ini menyebabkan lelaki lebih sensitif. Kedua-dua jenis hormon ini akan menampakkan keagresifan lelaki.

Kecerdasan atau kebijaksanaan

Kajian terhadap pasangan kembara antara yang paling menyakinkan untuk menguji kecerdasan atau kepintaran mereka. Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 50 pasangan kembar yang dipisahkan dan dibesarkan dalam keluarga yang berlainan., ia tidak mengubah keserasian mereka. Kajian membuktikan 70 peratus pasangan kembar ini tetap mempunyai kolaborasi yang sama dengan saudara kandung yang lain.

Kecenderungan peratusan untuk dapat penyakit genetik lain :

Kanser Prostat = 45%
Kanser Pankreas = 36 %
Kanser Kolon ( Kanser Usus) = 35%
Kanser Pundi Kencing = 31%
Kanser Perut = 28%
Kanser Paru-paru = 26%
Leukimia = 21%

sumber : majalah i sihat

No comments:

Post a Comment