Apricon Farmas Health: Penyakit Barah Payudara Di Kalangan Lelaki Apricon Farmas Health

Followers

Friday, December 24, 2010

Penyakit Barah Payudara Di Kalangan Lelaki



Lebih kurang 1% daripada kanser payudara setiap tahun di Amerika Syarikat terdiri daripada kaum lelaki. Trend ini semakin menaik di Amerika Syarikat.

Sebanyak 1,690 kes baru di jumpa di kalangan kaum lelaki setiap tahun (anggaran 2005), dan lebih kurang 460 akan meninggal dunia akibat penyakit ini. Kanser payudara telah meningkat sebanyak hampir 50% dalam 3-4 tahun kebelakangan ini.

Kaum lelaki tidak patut meninggal dunia akibat penyakit ini hanya kerana mereka tidak sedar penyakit ini boleh berlangsung di kalangan kaum lelaki juga. Lelaki dengan sejarah kanser payudara di kalangan ahli keluarga mesti memeriksa diri mereka dengan tetap dan berjumpa dengan doktor mereka sebaik sahaja mereka memerhatikan sesuatu perubahan. Rawatan mereka sama dengan rawatan bagi kaum hawa. Lebih awal mereka mengesan kanser mereka, lebih baik kemungkinan mereka menjalani rawatan yang berjaya.

Di negara barat, majoriti kes kanser payudara lelaki adalah di kalangan pesakit dalam lingkungan umur 50an atau 60an. Sama seperti kaum wanita, gen kanser payudara (BRCA2) juga membawa kesan kepada kaum lelaki dan meningkatkan risiko mereka menghidap kanser payudara.

Di Malaysia, Daftar Kanser Kebangsaan melaporkan 56 kes baru kanser payudara lelaki pada 2002 dan 24 kes baru pada 2003.

Pada 2002, kanser payudara dikesan di kalangan 26 lelaki Melayu, 22 lelaki Cina dan 5 lelaki India. 71% (40 daripada mereka) daripada mereka yang didiagnosis adalah berumur 50 tahun atau lebih.

Daripada 24 kes baru yang dilaporkan pada 2003, 11 adalah kaum Cina,7 adalah kaum Melayu. 71% daripada mereka berumur lebih daripada 50 tahun.

(sumber rujukan: radiologi malaysia)

16 comments:

  1. sy dgr2 kalau llki kne lagi teruk drpd prmpuan kan dr???ape2 pun mntk dijauhkan drpd musibah pnykit mcm ni...

    ReplyDelete
  2. lelaki kalau kena agak2 nk potong apa yer?

    ReplyDelete
  3. Berdasarkan kajian yg dijlnkan, kanser payu dara yang menyerang golongan lelaki lebih agresif berbanding golongan wanita. Di Negara kita contohnya , kebanyakan pesakit kanser payudara dikalangan lelaki berusia dari 40 tahun ke atas Wallahua’lam..:)

    ReplyDelete
  4. ya doct bee dah polow molow balik..

    ReplyDelete
  5. lelaki pun leh kena kanser payudara?
    first time dgr..menakutkan..
    hope kita diberi kesihatan yg baik2..
    thankz 4 info dr ^_^

    ReplyDelete
  6. cik mimie: tol 2, ramai yg x taw....lelaki pon x terkcuali,salah satu faktor kanser dklngn lelaki ialah faktor genetik....

    ReplyDelete
  7. tp org llki biasanya fikir pempuan je yg akan kena breast cancer.....

    ReplyDelete
  8. ade faktor lain x selain faktor genetik
    pemakanan ke?

    ReplyDelete
  9. chittysarah:
    faktor² penyebab lain kanser payudara adalah disebabkan faktor usia. semakin meningkat usia seseorang maka semakin mudahlah dirinya terkena kanser payudara..

    nurul:
    yer.. disebab sikap sambil lewa inilah menyebabkan lelaki mengalami kanser payudara.. :)

    (terima kasih di atas pertanyaan)

    ReplyDelete
  10. Nurul Nadia:
    Kanser payudara bukanlah disebabkan rokok. tetapi rokok merupakan penyebab utama kanser paru-paru. nanti doktor akan ceritakan tentang kanser paru-paru untuk entri akan datang. :)

    ReplyDelete
  11. Nurul: info yg baik dan berguna perlu disebarkan....supaya sume dapat manfaat..t.kasaih atas sokongan:)

    ReplyDelete
  12. btul2...same2.......pape pon.....blh kuarkan info psl kanser servik x?psl treatment....kurang info....

    ReplyDelete
  13. insyaAllah.......for the next coming entry, doc akan share info kanser servik yea.tgu entry dr yea...:)

    ReplyDelete