Tahukah Anda…?
Barah hati telah meragut nyawa hampir 610,000 penduduk
seluruh dunia setiap tahun. Berbanding wanita, penyakit ini biasanya menyerang
lelaki dalam lingkungan usia 50 hingga 60 tahun terutamanya di beberapa
bahagian benua Afrika dan Asia berbanding di utara atau selatan Amerika dan
Eropah.
Setiap orang mempunyai pelbagai cara tersendiri untuk
menjaga kesihatan. Begitu juga dengan pemimpin Negara China yang terkenal dan
diagungkan-agungkan rakyatnya, Deng Xioping. Mandi air sejuk dan bermain daun
terup merupakan amalannya mengekalkan kesihatan sehingga usianya menjangkau
lebih 90 tahun
Menggunakan pembersih tangan yang mengandungi etanol mampu
menyingkirkan sehingga 80 peratus bakteria Rhinovirus punca selesema berbanding
hanya 30 peratus jika anda menggunakan sabun dan air
Merokok sangat bahaya terutamanya kepada golongan remaja kerana
pada usia begini golongan remaja ini memiliki kecenderungan 100 kali untuk
menghisap ganja dan ubat-ubatan terlarang lain seperti kokain dan heroin.
Manusia boleh menjadi subjek kepada 2000 jenis penyakit yang
ganjil. Belum lagi merawat, mengingati dan mengelaskan nama kesemua jenis
penyakit tersebut sudah cukup untuk membuatkan profesion perubatan sibuk
Secara purata pisang mengandungi 90 kalori iaitu kira-kira
90 peratus keperluan karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh. Pisang juga turut
mempunyai vitamin B dan C serta kalium yang dapat menghasilkan tenaga.
No comments:
Post a Comment