Apricon Farmas Health: MEROKOK… NIKMAT ATAU AZAB??? Apricon Farmas Health

Followers

Monday, December 27, 2010

MEROKOK… NIKMAT ATAU AZAB???

ROKOK, ROKOK & ROKOK……amalan merokok sekarang dah jadi satu tren, suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan kerana terpengaruh dengan budaya asing, kononya bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang dikaitkan dengan merokok.

Walaupun semua dah sedia maklum yang merokok itu membahayakan kesihatan. Tapi ramai je ambik smbil lewa tentang benda ni (dengar x dengar)….mungkin sebab masih sihat. Itulah klemahan masyarakat kita, slagi x kena, slagi tu x serik. Sama-sama kita kaji beberapa fakta mengenai bahaya rokok,

Berdasarkan pakar kesihatan, seorang perokok berpotensi terdedah kepada ;
- 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser mulut
- 12 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser paru-paru
- 10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser di larinks
- 6 kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit hati
- 2 kali lebih berisiko untuk mendapat stroke.

Kandungan dalam rokok:





Setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut kerana mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun. .kandungan bahan kimia adalah seperti gmbr di atas. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab utama kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan.

Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok.Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan yang menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

p/s: berdasarkan kepada info di atas, mari kita fikir sejenak, merokok adalah nikmat atau azab kepada kita…

5 comments:

  1. gerunnya......tapi org cakap kalo yg duk kat tepi perokok lg teruk tjejas kshtannya.....betul ke?

    ReplyDelete
  2. betol tu nadiah.....(kita istilahkan keadaan ini kpn secondhand smooker).ini kerana mereka lebih terdedah kepada asap beracun tersebut.
    Asap Yang Keluar Dari Puntung Rokok Mengandungi :-
    3 kali lebih banyak tar.
    2 kali lebih banyak nikotin.
    5 kali lebih banyak karbon monoksida.
    50 kali lebih banyak bahan kimia yang menyebabkan barah.

    ReplyDelete
  3. hoho......bhyanye.....dah r badan berbau....bibir hitam..er..kutuk org plak...tapi tu la kenyataan....hii...

    ReplyDelete
  4. xpe, nurul, kita cakap based on fakta , bkn kutuk...hehe....amalan merokok mmg xde kebaikan, tetapi byk mudarat:)

    ReplyDelete
  5. hii....agree with dat..byk dtgkan mudarat.....

    ReplyDelete