Pokok Aprikot
 merupakan pokok kecil dengan daun rimbun, melebar setinggi 8–12 meter, 
daunnya berbentuk simbol hati, dengan hujung runcing, dan sepanjang 8 cm
 dan 3–4 cm lebar. Ia berbunga putih hingga merah jambu. Buahnya 
menyerupai buah pic atau nektarin, dengan warna daripada kuning hingga 
warna oren dan kadangkala kemerah-merahan, permukaannya licin dan hampir
 tanpa bulu. Buah aprikot ialah buah berbiji benih besar juga dikenali sebagai pepauh, kerana biji benih tunggal yang keras.
Apricot 
dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 
4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.
Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan 
Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini 
kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka 
semenjak 1500 tahun dulu.
Apricot juga terkenal sebagai makanan 
kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula 
mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah 
diperkenalkan di Eropah semasa zaman Alexander The Great.
Apricot termasuk dalam kelas subasid. 
Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. 
Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gulanya akan 
semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak. Apricot merupakan 
buah yang berbij dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak 
dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan 
sejak berkurun lamanya.
Di China ubat yang digelar Apricot Gold 
diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini
 dikatakan dapat memanjangkan umur. Apricot bagus untuk amenia kerana ia
 mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah 
adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut 
dimanfaatkan oleh tubuh, masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot.
Kebanyakan orang mengambil vitamin B-17 
untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil vitamin B-17
 sebagai pemakanan makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen 
lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.
Kelebihan Vitamin B-17;
· Merawat dan membunuh kanser
· Merawat penyakit kencing manis
· Merawat penyakit jantung
· Merawat penyakit gout
· Anti penuaan
· Mengurangkan risiko penyakit Parkinson & Asma
· Mengurangkan berat badan
· Melancarkan sistem penghadaman
· Melancarkan sistem peredaran darah
· Seimbangkan kandungan gula dalam darah
· Menurunkan kolesterol dalam darah
Sumber: World Without Cancer.
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment