Sakit kepala ataupun migrain merupakan
jenis penyakit paling umum dan ramai yang mengalaminya. Banyak faktor yang
boleh mencetuskan sakit kepala seperti sinusitis, stress dan ketegangan mental.
Akan tetapi, tahukah anda bahawa pola diet atau pengambilan makanan tertentu
juga menyumbang besar terhadap situasi ini.
Pakar diet Dr. Sunita Dube dari
Hospital Aryan di Mumbai, India bersetuju dengan pendapat makanan dapat
merangsang sakit kepala.
“Di samping faktor keturunan
keluarga dengan migrain dan stess, makanan juga bertanggungjawab sehingga 30 peratus sebagai penyebab migrin.
Keadaan lain, seperti perubahan hormon, stress, amalan tidur dan depresi,
bagaimanapun tetap mempunyai peratus lebih tinggi.” Katanya.
Pakar berpendapat, salah satu alasan
paling umum penyebab sakit kepala adalah terjadinya perubahan pola makan secara
tiba-tiba (beralih ke diet kalori sangat rendah). Perkara tersebut boleh
menyebabkan sakit kepala, terutama jika anda menjalani diet dengan mengurangkan
atau menghilangkan karbohidrat sepenuhnya. Ini kerana, otak hanya dapat
menggunakan karbohidrat sebagai bahan bakar. Bukan saja melewatkan waktu makan,
kekurangan air dalam badan juga boleh mencetuskan sakit kepala.
Para ahli bersetuju, tyramine
(salah satu jenis asid amino) sebagai pencetus utama penyebab sakit kepala.
Tyramine terdapat dalam beberapa makanan tertentu. Ia bertindak dengan cara
mengurangkan kadar serotonin pada otak dan mempengaruhi saiz saluran darah.
Berikut adalah beberapa makanan dan minuman yang mencetuskan sakit kepala dengan
kandungan tyramine di dalamnya:
1. Minuman
beralkohol
Penelitian menyatakan anggur
merah mengandungi tyramine dan bahan fitokimia, yang mungkin menjadi pencetus
sakit kepala. Tyramine bertindak dengan meningkatkan pengaliran darah ke otak
hingga menyebabkan sakit kepala pada sesetengah individu. Yang pasti, saintis hingga
ke hari ini masih tidak dapat menjelaskan bagaimana ia terjadi.
Selain anggur merah, kandungan
yang hampir sama terdapat dalam bir, wiski dan anggur yang bertindak
mengurangkan kadar serotonin ( hormon
yang menenangkan ) pada yang akhirnya memicu migrain.
2. Coklat
Coklat berupaya mencetuskan
rangsangan migrain disebabkan oleh kandungan tyramine yang terdapat di
dalamnya. Selain itu, coklat juga mengandungi kafein dan feniletilamina yang
menyebabkan salur darah mengecut sekaligus menyebabkan sakit kepala. Biarpun begitu,
terdapat sesetengah individu yang diserang sakit kepala sekiranya menikmati
coklat tetapi tidak mengalaminya sewaktu menikmati minuman berkafein. Pakar
percaya ia mungkin disebabkan oleh individu terbabit sensitif terhadap feniletilamina,
hanya terhadap kafein. Biarpun begitu terdapat juga yang sensitif pada
kedua-duanya.
3. Gula
Gula secara semulajadinya amat
penting kerana semua tumbuhan dan haiwan menyimpan tenaga dalam bentuk gula. Secara
umum gula memiliki nilai tenaga yang sama, yakni sekitar empat kalori bagi
setiap gram. Secara umum, tidak ramai yang intoleran dengan gula menderita
sakit kepala. Namun, kes sakit kepala lebih tinggi di kalangan mereka yang
intoleran dengan pemanis aspartam (pemanis gentian). Jadi, apabila anda sering
sakit kepala atau migraine akibat pola makan atau diet, ada baiknya segera
berjumpa doktor.
4. Kopi
Sebagaimana diketahui kopi
mengandungi kafein yang dapat meningkatkan tahap konsentrasi minda. Bagaimanapun
jika kerap menikmatinya, tetapi kemudian
berhenti secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan anda sakit kepala, mudah marah
dan gejala lain.
No comments:
Post a Comment