Lelaki
Kerap Berhadapan Dengan Penyakit Barah Ginjal Berbanding Wanita. Mengikut
Anggaran Umum, Jumlah Lelaki Yang Berhadapan Dengan Penyakit Ini Adalah Dua
Kali Ganda Daripada Wanita. Ketahui Fakta Mengenai Penyakit Ini.
Secara umum
lelaki lebih kerap berhadapan dengan penyakit barah ginjal berbanding wanita.
Mengikut anggaran umum, jumlah lelaki yang berhadapan dengan penyakit ini
adalah dua kali ganda daripada wanita.
Malah,
risiko barah ginjal semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia. Lebih 90
peratus daripada kes membabitkan mereka yang didiagnos dengan barah ginjal
adalah pesakit yang berusia 45 tahun ke atas.
Pakar
Onkologi Klinikal dan Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Gucharan Singh
Khera, berkata umumnya pada waktu didiagnos, barah berkenaan sudah mengalami
metastatis (merebak ke bahagian tubuh yang lain) di kalangan satu pertiga
pesakit. Dr Gucharan berkata, sehingga kini 208,000 orang di seluruh dunia
didapati menghidap barah buah pinggang setiap tahun manakala 102,000 individu
meninggal dunia akibat penyakit itu setahun. Pada tahun lalu, 51,000 kes barah
ginjal didiagnos di Amerika Syarikat dengan membabitkan 13,000 kematian.
Katanya, walaupun wujud kemajuan dalam usaha memahami mekanisme pertumbuhan pelbagai
jenis barah, barah ginjal masih menjadi penyakit yang belum difahami
sepenuhnya.
“Apabila
barah ginjal berada pada tahap lanjut, ia sangat sukar dikawal. Pada umumnya
barah ginjal adalah penyakit yang tidak bertindak balas dengan kemoterapi atau
terapi hormon,” katanya. Menurut laporan kedua Daftar Kanser Kebangsaan
mengenai kes barah di Malaysia pada 2003, ada 305 kes barah ginjal disahkan
secara diagnosis di Semenanjung.
Faktor
Risiko
- Pesakit yang menjalani dialisis ginjal dan mereka yang mempunyai sejarah barah ginjal dalam keluarga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk diserang penyakit ini.
- Merokok adalah faktor risiko utama barah ginjal. Perokok memiliki kebarangkalian dua kali ganda lebih tinggi berhadapan barah ginjal berbanding mereka yang tidak merokok.
- Obesiti dan penggunaan ubat penahan atau pelega kesakitan dalam jangka panjang juga boleh mengundang masalah ini.
Simptom
- Darah dalam air kencing
- Sakit belakang
- Sakit pada sisi badan yang tidak hilang
- Sakit atau pembesaran pada abdomen
- Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya
- Hilang selera makan
- Badan letih dan lesu
Rawatan
Rawatan
barah ginjal bergantung pada tahap seriusnya penyakit itu dan keadaan kesihatan
pesakit secara menyeluruh. Terapi utama bagi barah ginjal adalah pembedahan.
Bagaimanapun, ia hanya berkesan jika semua barah dapat dibuang. Rawatan radiasi
juga boleh dibuat apabila barah sudah merebak ke luar ginjal.
Selain
itu, pesakit boleh menggunakan rawatan kemoterapi tetapi rawatan ini hanya
boleh dilakukan pada sesetengah pesakit sahaja. Terdapat kaedah terapi baru
yang digunakan kepada pesakit barah ginjal yang bertindak ke atas bahagian
khusus sel barah. Rawatan ni menunjukkan keberkesanannya dalam rawatan pesakit
barah ginjal lanjutan. Ini termasuk pengambilan ubat bagi menghalang
pertumbuhan sel darah baru dan ubat yang mensasarkan faktor pertumbuhan sel
penting yang lain.
Hi there! Would you mind if I share your blog with my
ReplyDeletefacebook group? There's a lot of people that I think would really appreciate your content. Please let me know. Many thanks
Visit my webpage - diets that work
Way cool! Some very valid points! I appreciate you
ReplyDeletewriting this post and also the rest of the site is also very good.
My web blog - mind control To get Love back
It's going to be finish of mine day, except before end I am reading this wonderful paragraph to increase my experience.
ReplyDeleteFeel free to surf to my homepage Abercrombie Bruxelles