Tahukah anda apakah simptom kanser hati kepada seseorang? Bagaimanakah seseorang itu boleh terkena kanser hati? ada tak cara untuk mencegahnya? Untuk entry kesihatan kali ini akan berkongsikan mengenai hal ini.
Hepatoma atau lebih dikenali dengan panggilan kanser hati lazimnya berlaku di negara-negara Asia. Puratanya, mereka yang berumur 40 tahun ke 50 tahun mempunyai risiko untuk terkena penyakit ini. Biasanya golongan lelaki lebih mudah terkena kanser hati.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada kanser hati ialah penggemar minumun berakhohol danpembawa Hepatitis B.
Tanda-tanda seseorang itu mempunyai kanser hati-
- Gejala-gejala yang utama adalah kesakitan di bahagian abdomen, susut berat badan dan hilang selera makan. Gejala-gejala ini juga wujud apabila hati dijangkiti virus seperti Hepatitis A atau B. Berwaspadalah kerana hampir 30% dari pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala.
- Demam yang tidak diketahui puncanya
- Asites atau busung (pengumpulan cecair dalam rerongga peritoneum yang menyebabkan abdomen menjadi kembung). Cecair ini biasanya mengandungi kandungan protein yang tinggi dan mungkin bercampur dengan darah.
Purata pesakit kanser hati dilapor dapat meneruskan hidup hanya untuk jangka 4-8 bulan sahaja selepas didiagnos. Keterukan kanser hati, kerosakan hati yang awal disebabkan oleh hepatitis B atau pengambilan alkohol dan kebolehbedahan kanser tersebut, akan menentukan kemandirian pesakit kanser hati. Jika pembedahan mampu memulihkan kanser, peluang untuk pesakit meneruskan hidupnya selama 5 tahun lagi adalah tinggi, hampir 46%.
Bagaimanakah kanser hati ini boleh dicegah?
- Dapatkan imunisasi Hepatitis B seperti yang dijadualkan.
- Elakkan pengambilan alkohol berlebihan.
- Menjalani pemeriksaan kesihatan apabila terdapatnya perubahan tertentu pada kesihatan anda khususnya yang berkaitan dengan tanda-tanda amaran kanser
Sekiranya anda ingin mecuba alternatif lain, anda boleh cuba mengambil kapsul buah aprikot. Buah aprikot yang kaya dengan vitamin B17 sememangnya telah terbukti berkesan merawat pelbagai-bagai pesakit kanser.
Anda boleh merujuk mengenai aprikot di sini Apricon Farmashealth
No comments:
Post a Comment