Apricon Farmas Health: 10 Jenis Kanser Apricon Farmas Health

Followers

Wednesday, March 4, 2015

10 Jenis Kanser

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ramai yang tidak tahu tentang jenis-jenis kanser yang ada di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Hari ini, admin mahu berkongsi sedikit info mengenai 10 jenis kanser yang agak popular.

1. Kanser Payudara

Kanser ini adalah yang paling popular di kalangan kaum wanita di seluruh dunia. Tetapi tahukah anda, walaupun statistik menunjukkan kanser payudara adalah lebih dominan di kalangan wanita, namun golongan lelaki tidak terkecuali untuk turut diserang kanser ini. Di kalangan lelaki, kanser ini sering dikaitkan dengan sejarah keluarga dan faktor genetik.


2. Kanser Serviks

Selain kanser serviks, kanser ini juga dikenali sebagai kanser pangkal rahim. Kanser ini adalah antara yang paling popular dan merupakan kanser kedua yang terbanyak direkodkan menyerang golongan wanita selepas kanser payudara. Menurut laporan WHO, 80% daripada wanita di dunia ini menghidapi penyakit ginekologi yang berbeza tahap. 75% daripada penyakit ginekologi adalah disebabkan oleh penjagaan yang tidak betul ketika haid dan penggunaan tuala wanita yang tidak berkualiti. Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor tersebut berperanan menyebabkan kanser servik.


3. Kanser Paru-paru

Kanser ini sering dikaitkan dengan golongan perokok-perokok tegar. Ini adalah kerana menurut kajian tabiat MEROKOK merupakan salah satu punca terjadinya kanser paru-paru. Kebanyakkan pesakit kanser paru-paru adalah dari penghisap rokok. Selain itu, pendedahan kepada radiasi dan bahan kimia juga turut meyumbang dalam kanser ini. Pencemaran atmosfera juga tidak terlepas pandang dari salah satu punca kanser paru-paru. Dan yang terakhir ialah di sebabkan oleh makanan yang mengandungi lemak tepu.

Sumber gambar: Google

4. Kanser Kulit

Kanser ini mungkin tidak seberapa popular di Malaysia, tetapi ia merupakan kanser yang biasa di Amerika Syarikat. Tahukah anda bahawa setiap tahun rekod kanser ini akan meningkat melebihi lain-lain jenis kanser, sehingga ia dianggap biasa oleh masyarakat US. Kanser ini terjadi disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap cahaya ultraungu (UV) dari sinaran matahari. 


5. Kanser Mulut

Kanser mulut merupakan pertumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Kanser ini sering terjadi di kawasan lidah, lantai mulut, bahagian dalam pipi, gusi, lelangit, dan bibir bawah. Tahukah anda, seramai 1,900 orang di UK mati setiap tahun disebabkan oleh kanser ini. Kanser mulut sering dikaitkan dengan sebarang aktiviti merokok dan meminum minuman beralkohol boleh meningkatkan risiko untuk menghidapi kanser ini. Sumber: British Dental Health Foundation


6. Limfoma

Limfoma adalah kanser yang terjadi di bahagian limfatik badan. Bahagian limfatik merupakan sebahagian dari sistem imunisasi badan kita. Limfoma dibahagikan kepada 2 kategori, bergantung kepada bentuk sel barah. Ianya dikenali sebagai Hodgkin's Lymphoma atau penyakit Hodgkin (HL) dan non-Hodgkin Lymphoma (NHL). Gabungan kedua-dua kanser ini menjadikannya penyakit kanser ke-3 yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Kanser ini biasanya terdapat pada kanak-kanak dewasa atau remaja.

Sumber gambar: Google

7. Kanser Otak

Kanser ini boleh dihidapi oleh pelbagai peringkat umur, termasuklah bayi dan kanak-kanak. Secara umumnya terdapat dua jenis kanser otak, iaitu di bahagian atas dan di bahagian bawah otak. Kanser ini selalunya terjadi berpunca dari faktor genetik atau keturunan, radiasi pada otak, pesakit AIDS, leukimia dan kegagalan buah pinggang. Virus 'papova' semasa hamil juga memberi risiko kepada anak yang bakal dilahirkan untuk menghidapi kanser ini.

Sumber gambar: Google

8. Kanser Usus

Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia. Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika anda berusia lima puluh tahun ke atas. Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus, dan pernah menghidap penyakit radang usus lebih daripada lapan tahun.



9. Kanser Tulang

Badan kita mempunyai lebih dari 200 tulang. Fungsi utamanya adalah rangka untuk badan dan melindungi organ-organ utama seperti paru-paru dan hati. Terdapat dua jenis kanser tulang iaitu primer dan sekunder. Kanser tulang primer adalah berpunca dari tulang sementara kanser tulang sekunder adalah berpunca dari organ-organ lain dan merebak ke tulang (contoh: dari kanser payudara, paru-paru dan kelenjar prostate). Kanser tulang sekunder adalah kanser tulang yang paling banyak di temui. Ia berpunca dari sel kanser yang merbahaya dari organ lain dan telah merebak ke tulang dan ia boleh menyerang ke semua tulang.


10. Leukemia

Leukemia juga dikenali sebagai kanser darah. Leukemia merupakan sel-sel kanser yang membentuk menjadi darah dan menghasilkan jumlah sel darah putih yang belum matang. Sel-sel abnormal ini tidak boleh menjalankan fungsi-fungsi normal sel-sel darah putih. Mereka terkumpul di dalam sum sum tulang dan melimpah ke dalam darah dan mungkin merebak ke dalam organ-organ seperti hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang. Kadangkala, sel-sel ini juga mungkin merebak masuk ke dalam cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang. Oleh kerana terlalu banyak sel-sel darah putih yang terkumpul di dalam sum sum tulang, sum sum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet yang mencukupi.

Sumber gambar: Google

Ini hanyalah antara 10 jenis kanser yang wujud di dunia ini. Terdapat banyak lagi jenis yang ada seperti kanser prostate, kanser ovari, dan sebagainya. Kebanyakan jenis kanser boleh dirawat sekiranya kita dapat mengenalpasti di peringkat awal.

Untuk maklumat lanjut layari :
Laman web : http://farmashealth.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/AprikotB17

No comments:

Post a Comment