Apricon Farmas Health: Elakkan Membeli 7 Jenis Makanan Ini Apricon Farmas Health

Followers

Friday, April 17, 2015

Elakkan Membeli 7 Jenis Makanan Ini

Assalamualaikum & Salam Sejantera,

Memandangkan negara kita telah melaksanakan GST, di sini admin ingin berkongsi beberapa jenis makanan yang kita boleh elak dari membeli semasa berbelanja. Selain dapat menjimatkan kos, kita juga mampu menjaga kesihatan.

1. Keju parmesan


Keju ini selalu digunakan untuk melengkapkan hidangan pasta. Tetapi, selain parmesan, cheddar juga boleh digunakan dalam pasta menggantikan parmesan. Jika dibandingkan dengan parmesan, harga keju cheddar jauh lebih murah, sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan kita.

2. Daging salai dan daging yang telah diawet


Pengambilan daging yang telah diawet seperti sosej, bebola daging, dan bacon, serta daging yang disalai dalam pemakanan seharian kita secara berlebihan mampu meningkatkan peratusan untuk menghidap penyakit merbahaya sepeti kanser, tekanan darah tinggi, dan migrain. Kajian juga menunjukkan bahawa daging yang diawet dan disalai mempunyai lemak yang mampu menyumbat saluran arteri (darah) kita.

3. Produk yang mengandungi blueberry

Gambar hiasan

Kalau anda perasan, terdapat banyak produk yang menggunakan blueberry sebagai bahan perasa utama seperti bijirin sarapan dan muffin. Tetapi, adakah mereka benar-benar menggunakan blueberry sebagai bahan utama? Tidak! Kebanyakan produk hanya menggunakan perasa blueberry. Apa kata jika kita beli sendiri buah blueberry dan makan bersama bijirin sarapan, atau buat muffin sendiri menggunakan buah blueberry yang betul. Kebersihan dan khasiatnya juga akan lebih terjamin.

4. Roti multi-grain


Roti ini telah disenarai sebagai makanan ringan yang menyamar sebagai makanan kesihatan. Jika anda ingin membeli, pastikan ia menggunakan gandum sebagai bahan utama. Ini adalah untuk memastikan bahawa ia tidak menggunakan bijirin lain yang dicampur bersama roti putih biasa. Lebih baik lagi jika dielakkan dan gantikannya dengan pengambilan barli, beras perang atau oat.

5. Mentega kacang kurang lemak

Gambar hiasan

Apabila syarikat pemakanan mengeluarkan lemak dari bahan utama produk mereka, sudah semestinya mereka terpaksa menggantikan lemak tersebut dengan bahan lain untuk mengekalkan rasa produk mereka. Kebanyakannya akan digantikan dengan gula. Sebaliknya, gunalah mentega kacang biasa untuk membekalkan lemak dan protein tanpa pemanis tiruan.

6. Teh di dalam botol/tin

Gambar hiasan

Bancuhlah teh anda sendiri di rumah. Selain dapat berjimat, anda juga telah terselamat dari pengambilan gula yang berlebihan.

7. Daging burger dan patty daging



Daging burger beku dan yang telah diproses adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan daging segar yang dijual. Membentuk daging menjadi daging burger atau patty hanya memerlukan masa 10 minit sebelum digoreng. Kajian di luar negara juga menunjukkan daging yang telah diproses di sana, mengandungi e. Coli lebih banyak dari daging biasa yang belum diproses.

Terdapat banyak lagi makanan yang kita boleh elakkan demi menjaga kasihatan sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan seharian. Apa yang penting, makanan yang dibeli haruslah bersih, berkhasiat dan halal untuk dimakan.

Sumber: Reader's Digest

No comments:

Post a Comment