Apricon Farmas Health: KANSER MULUT: Kesan Awal Dengan Melakukan Pemeriksaan Mulut Sendiri Apricon Farmas Health

Followers

Friday, January 8, 2016

KANSER MULUT: Kesan Awal Dengan Melakukan Pemeriksaan Mulut Sendiri




KANSER MULUT
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
LOKASI YANG SERING TERJADI KANSER MULUT
  • Lidah
  • Lantai mulut
  • Lapisan dalam pipi
  • Gusi
  • Lelangit
  • Bibir bawah
  • Faktor-faktor risiko  

 FAKTOR- FAKTOR RISIKO YANG MENYEBABKAN KEJADIAN KANSER MULUT :
  • Merokok
  • Mengunyah tembakau
  • Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
  • Minum alkohol yang berlebihan
  • Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan
  • Apakah tanda-tanda kanser mulut ?
TERDAPAT TANDA-TANDA KELAINAN SEPERTI BERIKUT DI DALAM MULUT:
  • Ulser yang lambat atau tidak sembuh
  • Tompok putih (leukoplakia)
  • Tompok merah (erythroplakia)
  • Nafas berbau (halitosis)

PROGNOSIS UNTUK KANSER MULUT BERGANTUNG KEPADA BEBERAPA FAKTOR:
  • lokasi kanser terbabit ( kanser pada bahagian bibir mempunyai prognosis yang lebih baik     berbanding pada bahagian lidah )
  • saiz ( kanser berskala kecil mempunyai prognosis yang lebih baik )
  • tahap kanser (kanser tahap 1 mempunyai prognosis yang lebih baik berbanding tahap 4 )
  • tahap kedalaman pencerobohan sel kanser ke dalam tisu badan
  • prognosis menjadi lebih buruk bila sel-sel kanser telah merebak ke bahagian lain tubuh
  • prognosis juga bertambah buruk bila terjadi pada pesakit yang telah berumur lanjut
KAEDAH RAWATAN
  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
  • Kombinasi antara tiga kaedah di atas.
KOMPLIKASI
  • Kecacatan struktur mulut dan muka
  • Hilang selera makan
  • Sakit
  • Kesukaran menelan
  • Kesukaran bercakap
  • Bukaan mulut terhad
  • Kehilangan berat badan
  • Tekanan perasaan
  • Sel-sel kanser boleh merebak ke bahagian lain tubuh ( metastasis )
  • Boleh membawa kepada kematian
  • Apa yang perlu anda lakukan ?
RISIKO MENDAPAT KANSER MULUT BOLEH DIKURANGKAN JIKA ANDA:
  • Tidak merokok
  • Tidak minum minuman alkohol
  • Tidak mengunyah tembakau / pinang
  • Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian
  • Lakukan pemeriksaan mulut sendiri
  • Pengamalan gaya hidup sihat
Berhenti merokok melebih dari 3 tahun boleh mengurangkan risiko kanser mulut sebanyak 50%.
PEMERIKSAAN MULUT SENDIRI
 • Pastikan cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan ibu jari     dan jari telunjuk untuk melihat bahagian dalam mulut.
• Perhatikan tompok-tompok putih atau merah terutama sekali pada luka atau ulser yang tidak sembuh.
• Menggunakan ibu jari dan jari untuk periksa jika ada benjolan atau kelainan pada tisu. Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, dapatkan nasihat doktor pergigian
  (Sumber artikel: Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia)

No comments:

Post a Comment