Apricon Farmas Health: Kesan Maggi Terhadap kesihatan Apricon Farmas Health

Followers

Monday, March 21, 2016

Kesan Maggi Terhadap kesihatan


Maggi..Kenapa Bahaya ?

Setiap orang mesti pernah memakan maggi kerana ianya mudah dan ringkas untuk dihidangkan ketika perut kita tengah lapar. Maggi ini popular dikalangan "STUDENT" lah katakan sebabnya mereka kekurangan duit untuk makan. Aku penah alaminya dan semua orang pasti akan mengalaminya. Tapi tahukan anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat ? haaa ni dia, cuba korang bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang.

APA ITU MSG ?  Monosodium glutamat atau MSG umum digunakan sebagai penyedap rasa untuk pelbagai makanan. Namun, menggunakan MSG secara berlebihan berpotensi menimbulakan masalah kesihatan, tetapi MSG masih dianggap selamat jika dikonsumsi dalam jumlah yang terkawal. " 

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers dalam pek pembungkusan juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak ?

  • Bagi kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu.
  • Bagi ibu mengandung pula, pengambilan mee segera yang berlebihan boleh mengakibat keguguran atau menggangu proses pertumbuhan janin, Jadi, para wanita dinasihati cuba elakkkan pengambilan mee segera secara kerap. Cuba gantikan dengan makanan yang lebih berkhasiat.
Berikut adalah 6 perkara yang kita perlu tahu mengenai mee segera:

  1. Penyerapan Nutrien : Mee menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
  2. Risiko Menghadapi Kanser : Terdapat bahan dalam mee segera yang dipanggil "Styrofoam". Ia merupakan punca menghidap kanser.
  3. Sodium : mee segera mempunyai kandungan penuh dengan jumlah natrium yang tinggi. Penggunaan berlebihan natrium membawa kepada penyakit jantung, strok, tekanan darh tinggi dan kerosakkan buah pinggan.
  4. Berat Badan : Makan mee juga adlah punca obesiti. Kenapa? Mee mengandungi jumlah lemak dan jumlah natrium yang tinggi. Ia juga menyebabkan pengekalan air dalam badan dan sudah tentu ia membawa kepada berat badan berlebihan.
  5. Propylene Glycol : Bahan dalam mee segera dipanggil "Glikol Propylene" yang mempunyai anti-beku. Bahan ini digunakan kerean ia menghalang mee dari pengeringan dengan mengekalkan kelembapan. Kesannya terhadap kita ialah akan melemahkan sistem imun badan kita. Selain itu, menyebabkan keabnormalan dan kerosakan kepada kawasan-kawasan tertentu.
  6. Metabolisme : Pengambilan mee segera menjejaskan metabolisme badan, kearana bahan-bahan kimia seperti bahan tambah, pewarna dan bahan pengawet di dalam mee segera.

No comments:

Post a Comment