Apricon Farmas Health: 10 Amalan Terbaik Apricon Farmas Health

Followers

Thursday, April 14, 2016

10 Amalan Terbaik


Amalkan strategi untuk kekalkan diri sentiasa bertenaga setiap hari. :
  • Jangan Tinggalkan Sarapan Pagi
Percaya atau tidak, sajian pertama bagi setiap hari adalah sajian yang paling penting. Ia menyediakan bahan api yang diperlukan oleh badan untuk memastikan anda dapat menjalani hari anda. Jangan sekali-kali terlepas sarapan pagi, jika tidak sempat, maka kepingan sarapan (breakfast bar), pisang atau epal, atau minum segelas jus.
  • Makan Sedikit Tetapi Lebih Kerap
Kajian telah membuktikan bahawa makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap sebenarnya lebih menyihatkan dan memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang banyak, yang sering membuat anda merasa letih dan mengantuk! Ambil makanan ringan yang menyihatkan setiap empat jam untuk mengekalkan tahap tenaga anda.
  • Bersenam
Berjalan, berjoging atau berbasikal sekurang-kurangya 15minit setiap hari. Mana-mana jenis aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap tenaga anda. Cari masa di antara waktu rehat, kelas, sebelum atau selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual bersenam. Anda akan melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.
  • Beri sel Sel Anda Makan
Jika anda selalu merasa penat dan keletihan yang melampau, ini mungkin tanda-tanda yang sel dalam badan anda tidak menerima nutrien secukupnya. Apabila badan kita mendapat cukup nutrien dari pemakanan kita, kita menjadi cepat letih. Cara terbaik untuk merasa lebih bertenaga adalah menambah diet kita dengan makanan tambahan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel kita.
  • Makan Makanan Tinggi Tenaga
Masukkan makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam dan daging teanpa lemak dalam diet anda.
  • Minum Air/Minum Jus
minum air dengan lebih kerap dan disamping itu, minum segelas jus epal atau jus oren tulen. Ia akan membekalkan anda dengan tenaga yang banyak terutamanya apabila anda sudah mula keletihan.
  • Kurangkan Pengambilan Kafein
Cara yang hebat untuk membantu mengekalkan tahap tenaga adalah mengurangkan atau menghapuskan kafein dari diet anda. Ingat kafien adalah sejenis perangsang dan ianya akan membuat anda gelisah.
  • Vitamin
Ambil vitamin C, dan multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik folik), atau makan makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti oren, badam, kacang tanah, anggur merah, delima dan berry (Acai berry, eldeberry).
  • Galian Mineral
ambil pemakanan tambahan yang mengandungi galian atau mineral, ia akan meningkatkan tenaga keseluruhan anda.

Ini hanya tips dan dorongan kepada anda sahaja, untuk jaga kesihatan diri sendiri sebenarnya terletak pada kehendak dan diri kita dan dengan mengamalkan kesihatan yang sihat dapat menjamin kebahagian keluarga dan negara. 

No comments:

Post a Comment