Apricon Farmas Health: Info Kesihatan Apricon Farmas Health

Followers

Monday, April 11, 2016

Info Kesihatan

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai


Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sedrhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya strok haba.

Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang berisiko :

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Pengidap penyakit sistem penafasan. 
  • Pengidap penyakit darah tinggi jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiriod.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/pengeringan peluh.
  • Gejala cuaca panas melampau adalah :
  1. Sakit kepala
  2. Keletihan
  3. Lemah tumpuan
  4. Pening
  5. Lemah otot-otot atau kekejangan
  6. mual dan muntah
Kesan yang terlalu teruk boleh menyababkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma). Antara cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau :
  • Anda perlu :
  1. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan dan jangan sesekali tunggu sehingga anda sendiri rasa dahaga.
  2. Di waktu panas tidak digalakkan berada di bawah cahaya matahari terlalu lama, sebolehnya berada di dalam rumah lebih kerap.
  3. Hadkan aktiviti luar.
  4. Kerap berehat.
  5. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukan tubuh badan.
  6. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
  7. pakai topi atau payung untu menghaaln cahaya matahari ke tubuh.
  • Elakkan :
  1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tingi.
  2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  3. Bersenam dalam cuaca panas
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ambil tip-tip ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk diri anda :
  • Keluar dari kawasan yang panas.
  • Tanggalakan pakaian yang ketat.
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air Setiap 15 minit.
  • Dapatakan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal. 


No comments:

Post a Comment