Apricon Farmas Health: Osteoporosis Apricon Farmas Health

Followers

Friday, April 1, 2016

Osteoporosis

Kenapa Wanita Lebih Mudah Kena Osteoporosis Berbanding Lelaki ?

Apa Osteoporosis ?

Osteoporosis (OS-tee-oh-poh-ROH-sis) adalah penyakit berkaitan dengan tulang di mana tulang mudah sangat patah dan sangat lemah. Sebab itu orang-orang tua sangat bahaya bila jatuh , sebab tulang mereka sudah tidak kuat seperti orang muda yang tanpa osteoporosis. Malangnya, memang biasa sangat kita tak anggap penting osteroporosis ni semasa kita muda.


Siapa Yang Berisiko Menghidap Osteoporosis ini?

Ada banyak sangat faktor yang boleh menyebabkan osteoporosis. Namun ada beberapa faktor yang memang kita tak dapat elakkan, iaitu seperti berikut :
  1. Perempuan memang berisiko lebih tinggi menghidap osteoporosis bebanding lelaki kerana faktor fisiology seperti mengandung dan menyusukan anak.
  2. Menjadi semakin tua kita, semakin tua tualan ketumpatan tulang kita.
  3. Menopause
  4. Mempunyai badan yang bersaiz kecil.
  5. Mempunyai sejarah keluarga  yang ada osteoporosis.
  6. Tidak ada menstruasi (period).
  7. Mempunyai penyakit  seperti rheumatoid arthritis, type 1 diabetes, premature menopause, anorexia nervosa.
  8. Kurang bersenam.
  9. Pengunaan sesetengah ubat-ubatan yang boleh mengurangkan penyerapan kalsium dalam jangka masa yang lama.
Faktor llain yang menyumbang kepada osteoporosis
  1. Merokok
  2. Terlalu banyak minum alkohol
  3. kurang pengambilan kasium dan sayuran hijau
  4. Kurang bersenam
Macam Mana Untuk Mengelakkan Tulang Menjadi Lemah & Rapuh

Dapatkan kalsium secukupnya setiap hari. Sebab tulang kita mengandungi kalsium. Kalsium daripada makanan sebenar adalah jauh lebih baik beebanding kalsium dalam bentuk sipplement, sebab makana sebenar juga membekalkan pelbagai nutrisi lain selain kalsium.

Kenapa Wanita Lebih Mudah Kena Osteoporosis

  1. Wanita mengalami proses mengandung. Untuk memastikan tulang baby dalam kandungan kuat dan sihat, baby perlukan banyak kalsium sedari dalam rahim lagi. Baby dapat kalsium ini aripada makanan si ibu (atau pun supplement yang ibu ambil). Jika seseorang ibuyang mengandung tu tak cukup ambil kalsium harian setap hari, ibu itu akan kehilangan kalsium tu dari tulang ibu sendiri. Sebab itulah ibu hamil yang kurang kalsium biasanya memang akan rasa gigi mulai goyang dan mulai sakit belakang dan tulang semasa mengandung.
  2. Wanita biasanya menyusukan anak selepas bersalin. Sama juga seperti mengandung, susu ibu mengandung 40% kalsium. Jika ibu itu sendiri tak mengambil cukup kalsium semasa menyusukan baby, memang ibu akan kehilangan kalsium dari tulang ibu sendiri.


Osteoporosis sangat boleh dikawal jika ibu menjaga pamakanan yang betul dan seimbang, kaya dengan kalsium, vitamin D dan magnesium. Mungkin kita tak nampak kepentigan kalsium ini dan risiko osteoporosis ini kerana kalsium dalam tubuh kita tak selamanya tinggi.

Rujuk gambar rajah di atas bagaimana tulang kita akan kekuranga ketumpatan bila umur kita semakin meningkat.

Pada awal usia kita dari dalam kandungan ibu lagi, sehingga umur 20 merupakan waktu kritikal pembentukan tulang kita. Sebab itulah jika mahukan anak yang tinggi dan mempunyai tinggi ideal, pastikan anak kita tu cukup serba kalsium dari pemakanan harian.

Ketumpatan tulang mula berkurangan apabila mencecah umur 25 tahun. Sekiranya pengambilan kalsium harian tak mencukupi, ketumpatan tulang akan jadi lebih mudah berkurang bebanding mereka yang cukup pengambilan kalsium harian.

Paling jelas ketumpatan tulang berlaku pada perempuan berbanding lelaki kerana proses fisiology semula jadi wanita yang perlu mengandung dan menyusukan. Malah ketika megalami menapause, ketumpatan tulang akan turun dengan lebih mendadak.

Sebab itulah banyak kita perhatikan orang tua yang bongkok adalah kebanyakannya terdiri daripada wanita.

Adakah kita nak diri kita yang tua nanti bongkok dan menjadi rendah tiba-tiba? Kalau tak nak, maka sejak muda lah kena pastikan kalsium badan kita sentiasa cukup.




No comments:

Post a Comment