Kami adalah sebuah syarikat yang membekalkan produk kesihatan dan farmaseutikal, serta produk penjagaan diri berdasarkan kesedaran kepentingan cara hidup yang sihat dan seimbang
Thursday, August 1, 2013
Khasiat strawberry
SIAPA yang mampu menolak apabila dihulurkan dengan buah berwarna kemerahan ini? Selain comel, buah yang kaya dengan pelbagai nutrisi ini adalah antara diet terbaik yang harus dimasukkan dalam diet seseorang.
Walaupun di Malaysia pokok strawberi bukanlah tumbuhan yang mudah hidup, tetapi bekalan dari tanah tinggi seperti Cameron Highlands sudah cukup untuk mempopularkan buah-buahan ini.
Rasanya yang sedikit masam manis, sesuai dijadikan jus, penghias kek, disalut bersama coklat atau dimakan segar begitu sahaja.
Tetapi adakah benar buah yang saiznya sebesar sedikit duit syiling 50 sen itu membekalkan khasiat yang baik untuk tubuh?
Jabatan Pertanian Amerika Syarikat(USDA) mencadangkan kepada rakyat negara itu untuk menikmati sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan segar atau sayuran setiap hari, tetapi ramai yang tidak mampu mencapai standard itu.
Walaubagaimanapun, USDA mengakui strawberi adalah antara pengganti dan penyelesaian terbaik kepada masalah itu.
"Strawberi boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam salad, minuman dan sebagainya. Dengan dua hingga tiga hidangan sehari ia adalah perisai terbaik untuk sistem imun tubuh.
"Gemarkan strawberi? Teruskanlah menikmatinya kerana anda tidak akan menyesal," ujar jurucakap USDA Hazel Brown.
Menurutnya, strawberi mengandungi pelbagai nutrien, dengan vitamin C mengetuai senarai utama kumpulan itu. Vitamin C yang tinggi dapat meningkatkan produksi hormon seks dan melancarkan aliran darah menuju ke organ seks. Vitamin C baik dimakan untuk menjaga kesihatan kulit.
Kandungan lain seperti antianemia dan komponen nutrisi juga baik untuk menjaga stamina tubuh.
Strawberi juga mengandungi fitonutrien dan antioksida yang berfungsi untuk melawan radikal bebas.
Antioksida ini dipercayai mempunyai kaitan menjadikan strawberi berwarna kemerah-merahan.
Persoalannya, bahayakah radikal bebas ini kepada tubuh?
Menerusi pelbagai kajian, radikal bebas ini menyumbang kepada pembentukan kepada pelbagai jenis kanser.
Selain vitamin C, strawberi juga menyediakan sumber vitamin K dan magnesium selain asid folik, potasium, riboflavin, vitamin B5, vitamin B6 dan asid lemak omega-3.
Jelas Brown lagi, strawberi adalah salah satu buah-buahan yang sangat versatil. Walaubagaimanapun, salah satu kelemahan strawberi adalah ia tidak mampu bertahan lama.
"Beli strawberi apabila anda ingin menikmatinya. Ia hanya bertahan antara tiga hingga lima hari.
"Malah, elakkan daripada membekukan strawberi jika niat anda untuk memanjangkan tempoh hayat buah itu. Ini kerana ia hanya akan menghilangkan keseluruhan nutrisi buah tersebut," katanya.
Selain daripada kegunaannya sebagai sumber makanan, strawberi bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Daunnya boleh direbus dan airnya digunakan untuk mencuci dan mengubat kudis dan luka-luka.
Daun yang telah direbus itu kemudiannya ditampal ke bahagian-bahagian yang luka atau berkudis bagi meredakan kesakitan.
Air rebusan daun strawberi juga berkesan untuk menjaga kesihatan mulut. Caranya adalah dengan berkumur menggunakan air rebusan itu. Ia bertujuan menguatkan untuk gusi dan gigi serta mengubati ulser dalam mulut.
Selain buah dan daunnya, jus strawberi yang biasanya dihidangkan sebagai minuman, juga mempunyai nilai tinggi dalam perubatan tradisional. Ia berkesan untuk mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga untuk membersihkan gigi.
Strawberi adalah sejenis buah yang hampir tidak dapat dicerna namun banyak mengandungi vitamin C (lebih banyak daripada oren). Wanita dewasa disarankan makan lima biji strawberi sehari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment