Apricon Farmas Health: TAWAN KANSER PARU-PARU APRIKOT VITAMIN B17 Apricon Farmas Health

Followers

Sunday, December 8, 2013

TAWAN KANSER PARU-PARU APRIKOT VITAMIN B17



Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia apabila lebih 4,000 kes pesakit baru dicatatkan setiap tahun. Pada tahun 2007, secara keseluruhannya kanser paru-paru mencatatkan kematian ketiga tertinggi selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Namun, dikalangan lelaki ia menduduki tempat pertama dengan kes sebanyak 15.8%. Kanser paru-paru sering dikaitkan dengan tabiat merokok. Walaubagaimanapun, selain daripada faktor pencemaran udara, bahan kimia karsinogenik, radiasi dan kecenderungan genetik, penyedutan asap rokok secara pasif kini diakui sebagai penyebab utama kanser paru-paru. Perokok pasif adalah golongan bukan perokok, namun sering berada di persekitaran yang memaksa mereka untuk menghidu atau menyedut asap rokok yang keluar melalui hasil pembakaran rokok atau asap basi yang dihembus oleh perokok. Menurut statistik, di Malaysia kira-kira 60% golongan wanita yang menghidap kanser paru-paru tidak pernah merokok.

BAHAYA ASAP ROKOK!

Asap rokok mengandungi lebih daripada 4,000 bahan kimia yang merbahaya kepada kesihatan. Ia juga melemahkan sistem pertahanan semula jadi paru-paru. Saluran udara manusia dipenuhi dengan bulu halus yang dikenali sebagai silia yang bertugas untuk menyingkirkan toksin, bakteria serta virus. Kehadiran asap rokok akan melumpuhkan tugas silia dan seterusnya bahan karsinogen dari asap rokok akan terperangkap dan terus terkumpul di dalam paru-paru. Menurut kajian yang dijalankan oleh para penyelidik, asap aliran sisi yang keluar hasil daripada pembakaran asap rokok dan asap yang dihembus oleh perokok adalah lebih merbahaya jika dibandingkan dengan asap aliran utama atau “mainstream smoke” yang disedut oleh perokok. Ini adalah kerana kandungan asap aliran sisi mengandungi:

·         50 kali lebih banyak bahan kimia yang menyebabkan kanser,
·         5 kali lebih banyak karbon monoksida,
·         3 kali lebih banyak tar dan
·         2 kali lebih banyak nikotin.

Namun, ini tidak bermakna golongan perokok terlepas daripada bahaya merokok kerana menurut pakar kesihatan, seorang perokok aktif atau perokok tegar berpotensi mengalami:

·      12 kali ganda risiko untuk menghidap kanser paru-paru,
·      10 kali ganda risiko untuk menghidap kanser mulut,
·      10 kali ganda risiko untuk menghidap kanser di larinks,
·      6 kali ganda risiko untuk menghidap penyakit hati dan
·      2 kali ganda risiko untuk mendapat strok.

APAKAH SIMPTOM DAN DIAGNOSIS KANSER PARU-PARU?
Menurut pakar onkologi, Dr. Albert Lim, kanser paru-paru sukar didiagnosis kerana sesetengah daripada gejalanya adalah sama dengan penyakit lain seperti kelesuan, penurunan berat badan, tiada selera makan dan sesak nafas. Seramai 80% daripada penghidap kanser paru-paru hanya menyedarinya setelah penyakit itu berada pada tahap ke tiga atau empat.
Antara simptom-simptom awal lain yang menunjukkan kemungkinan terjadinya kanser paru-paru adalah seperti:
·         Batuk yang tidak sembuh (lebih dari 2 minggu),
·         sakit di bahagian dada, bahu dan belakang ketika menarik nafas panjang,
·         nafas berbunyi,
·         lelah
 ·         batuk berdarah dan kahak yang banyak,
·         bengkak di bahagian leher atau muka,
·         kerapkali mendapat jangkitan paru-paru atau “pneumonia” dan
·         bentuk hujung jari tangan atau kaki berubah serta membonjol.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang sama seperti yang telah disenaraikan, maka anda perlu menjalani pengesanan awal. Antara diagnosis yang boleh dilakukan bagi mengesan kanser paru-paru adalah seperti pengimbasan tulang, biopsi, sinar-X dada, kiraan darah yang lengkap, imbasan CT, ujian fungsian hati, MRI, Imbasan PET (Pancaran Tomografi Positron), ujian kahak, thoracentesis dan bronkoskopi.

PENGKELASAN KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru terbahagi kepada dua jenis iaitu kanser sel kecil paru-paru dan kanser bukan sel kecil paru-paru. Kanser sel kecil paru-paru yang meliputi hampir 20% daripada kes kanser paru-paru terbahagi kepada dua jenis iaitu "limited"  dan "extensive". Jika sel kanser tersebut hanya menyerang satu paru-paru atau kelenjar limfa yang berdekatan sahaja, ia dikategorikan sebagai “limited”. Seterusnya, apabila kanser tersebut telah merebak ke paru-paru kedua atau organ badan yang lain, maka ia akan dikategorikan sebagai “extensive”. Manakala bagi kanser bukan sel kecil paru-paru pula, ia merupakan penyumbang terbesar kes kanser paru-paru dengan peratusan sebanyak 80%. Kanser ini dikelaskan mengikut tahap iaitu, tahap 1 hingga tahap 4 bergantung kepada sejauh mana ia telah merebak. Walaupun pengkelasan ini berasaskan kriteria mudah patomorfologi, namun ia memerlukan  pengurusan dan prognosis penyakit yang berbeza dan spesifik.

CEGAH DAN RAWAT KANSER PARU-PARU MENGGUNAKAN VITAMIN B17

Hasil kajian ahli sains dan ahli biokimia tentang B17 telah dibukukan dan dirakamkan dalam bentuk VCD yang bertajuk “World without Cancer” oleh G. Edward Griffin dan “Alive & Well”: One Doctor's Experience with Nutrition in the Treatment of Cancer Patients. Intipati buku tersebut telah menerangkan bagaimana tubuh badan manusia akan bertindak balas jika mengambil diet Vitamin B17. Vitamin B17 terdiri daripada komponan glukosida dan radikal sianida yang bersifat “bio-accessible”. Ini bermaksud ia dapat menembusi membran selular terus kepada intrasel dengan cepat dan mudah. Sel-sel kanser dikenali sebagai Trophoblast. Di dalam Throphoblast terdapat enzim yang dinamakan sebagai Beta-glucosidase. Apabila pesakit kanser mengambil Vitamin B17 semasa proses rawatan, Beta-glucosidase akan menguraikan Vitamin B17 untuk membentuk dua molekul glukosa, satu molekul benzaldehid dan satu molekul hidrogen sianida (HCN). HCN yang terhasil akan bertindak membunuh sel-sel kanser dengan memecah dan menembusi dinding-dinding sel. Keseluruhan proses ini dikenali sebagai “selective toxicity” kerana hanya sel-sel kanser sahaja disasarkan untuk dimusnahkan.

 Pengambilan Vitamin B17 ini turut disokong oleh Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, selaku penaung kepada produk Farmas Health yang juga bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM. Beliau mengakui sumber terbaik bagi Vitamin B17 adalah daripada teras biji aprikot
Namun, beliau mengingatkan kepada para pengguna supaya mengambil teras biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan mengikut piawaian teknologi farmaseutikal melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ini amat penting bagi memastikan biji aprikot tersebut tidak terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas yang boleh menyebabkan keracunan kepada pengguna.

Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa juga mengakui aprikot kaya dengan Vitamin B17 yang mampu merencatkan sel abnormal dan seterusnya mengekalkan perkembangan sel-sel yang sihat. 

Keberkesanan Vitamin B17 turut dirasai oleh salah seorang bekas penghidap kanser, iaitu Sarah Saidin. Pada awalnya beliau sering diserang batuk teruk yang berpanjangan sehinggakan beliau hilang selera makan. Disebabkan itu, beliau telah kehilangan berat badan dan staminanya juga semakin merosot. Beliau sering mengadu sakit-sakit diseluruh badan terutamanya dibahagian belakang dan pinggang. Setelah membuat pemeriksaan, beliau disahkan menghidapi kanser Hodgkin Lymphoma iaitu kanser darah pada November 2009.
Beliau akhirnya membuat keputusan untuk menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 12 kali bermula Mac 2010. Walaupun menerima kesan sampingan negatif daripada proses kemoterapi, namun beliau tetap berfikiran positif. Dalam usaha mencari penawar dan hasil daripada pencarian itu, beliau akhirnya tertarik dengan sebuah artikel mengenai pengalaman seorang seniwati tanah air iaitu, Dato’ Sarimah Ahmad yang telah berkongsi mengenai khasiat dan keberkesanan Vitamin B17.

Sejak itu, suplemen Vitamin B17 menjadi hidangan utama di mana beliau perlu menelan 24 biji kapsul setiap hari. Disamping itu, beliau turut mengamalkan diet sayuran yang banyak dan sering bersenam bagi meningkatkan stamina beliau. Hasil daripada kesungguhan dan sokongan keluarga, kini beliau telah disahkan bebas daripada Hodgkin Lymphoma.

TAHUKAH ANDA?

1.       30% daripada semua kematian berkaitan kanser berpunca daripada tabiat merokok.

2.       Kes kanser paru-paru bertambah dengan kadar 17% setahun dan tabiat rokok juga menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit jantung korinari.
3.       Merokok satu paket sehari meningkatkan risiko kanser paru-paru sehingga 10 kali ganda.
4.       Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau di mana 2000 daripadanya toksik dan 63 karsinogenik.

5.       Jumlah perokok di Malaysia kini dianggarkan 3 juta orang (2008). Menurut ramalan Kementerian Kesihatan Malaysia, angka tersebut akan meningkat kepada 4 juta orang menjelang 2015.

6.       Kira-kira 90% perokok adalah lelaki dengan purata menghisap 14 batang rokok sehari.

7.       Sebanyak 60-75% asap rokok disedut oleh perokok pasif.

8.       Hanya 50% daripada golongan perokok akan menjangkau ke usia 70 tahun.
9.       Kira-kira 10,000 perokok di Malaysia berhenti merokok setiap tahun, namun malangnya mereka berhenti kerana telah meninggal dunia.

10.    Perokok tegar di Malaysia membelanjakan sekitar RM15 juta sehari untuk membeli rokok. Ini bermakna RM5.8 billion setahun.

Artikel keluaran TK Farmas Solution & Industries
Metro 08/12/2013

No comments:

Post a Comment