Tahukah anda bahawa terdapat beberapa cara mudah yang kita boleh lakukan untuk menghindari kanser. Antaranya adalah:
1. Kurangkan minuman bergula
Minuman bergula bukan sahaja menyumbang kepada penyakit obesiti dan diabetis, malah ia juga mampu meningkatkan risiko menghidap kanser endrometrium (dinding rahim). Berdasarkan kajian dari University of Minnesota School of Public Health, wanita yang minum minuman bergula dalam kuantiti yang banyak mempunyai risiko sebanyak 87% untuk menghidap kanser endrometrium.
2. Makan "resistant starch"
Resistant starch adalah kanji yang tidak diserap ke dalam darah, sebaliknya ia akan menjadi serat dan akan dilupus dengan cepat. Kanji ini boleh ditemui pada makanan seperti pisang hijau, kacang putih dan oat yang telah dihancurkan. Kanji ini boleh membantu mengurangkan risiko untuk menghidapi kanser usus yang terjadi akibat dari pemakanan daging merah yang tinggi. Berdasarkan jurnal Cancer Prevention Research, peserta yang menyertai kajian tersebut mempunyai peningkatan sebanyak 30% pertambahan sel pada tisu rektum (dubur) selepas memakan 300g daging merah dalam sehari untuk empat minggu. Selepas menambah 40g resistant starch semasa memakan daging tersebut dalam sehari, level pertambahan sel kembali menurun ke tahap yang normal.
3. Kurangkan duduk, lebihkan berdiri
Kajian terbaru menunjukkan bahawa golongan yang menghabiskan masa dengan duduk sepanjang hari memiliki risiko sebanyak 24% untuk menghidap kanser usus dan endometrium berbanding golongan yang kurang menghabiskan masa dengan duduk. Kajian lain menunjukkan bahawa golongan yang menghabiskan masa di hadapan tv mmpunyai risiko sebanyak 54% untuk menghidap kanser usus berbanding mereka yang kurang menonton tv. Cara paling mudah yang kita boleh lakukan, kita boleh bangun dan berjalan untuk beberapa minit sekurang-kurangnya setiap satu jam.
4. Makan brokoli yang telah dikukus
Brokoli adalah sayur yang boleh menghalang kanser yang kita perlu makan selalu. Tetapi, menurut penyelidik dari Itali yang telah membuat kajian mengatakan bahawa brokoli yang telah dikukus mengandungi lebih glukosinolat (komponen sihat dari sayur) berbanding brokoli yang direbus, digoreng atau dimasukkan ke dalam microwave. Ini adalah kerana menurut Harvard Family Health Guide, nutrien dari brokoli akan melarut ke dalam air dan bukannya kekal di dalam sayur.
5. Makan bawang putih
Herba ini mempunyai sebatian allyl sulfur yang boleh merangsang sistem imun terhadap kanser, dan mungkin mempunyai potensi untuk membantu badan menyingkirkan bahan kimia yang menyebabkan kanser dan membantu sel kanser mati secara semula jadi (proses ini dipanggil apoptosis). Iowa Women’s Health Study menunjukkan wanita yang memakan bawang putih dalam jumlah yang tinggi mempunyai risiko 50% lebih rendah untuk menghidap kanser usus berbanding wanita yang makan sedikit.
6. Minum teh hijau
Menurut Institut Kanser Kebangsaan, lebih dari 50 kajian terhadap kaitan antara teh hijau dengan risiko kanser telah diterbitkan sejak 2006. Sesetengah kajian menemui bahawa golongan yang suka meminum teh mempunyai risiko yang kurang untuk menghidap kanser payudara, ovari, usus, prostat dan paru-paru. Khasiat penyembuhan teh hijau telah di iktiraf di Asia selama beribu-ribu tahun. Sesetengah saintis percaya bahawa bahan kimia di dalam teh hijau, EGCG, boleh menjadi salah satu sebatian anti-kanser yang paling kuat, memandangkan ia mempunyai bilangan antioksidan yang tinggi.
7. Tidur dalam keadaan yang gelap
Kajian menunjukkan pendedahan terhadap cahaya pada waktu malam boleh meningkatkan risiko kanser ovari dan payudara di kalangan wanita. Cahaya ini menyekat penghasilan melatonin (bahan kimia otak yang mengawal kitaran tidur dan jaga manusia). Kajian menunjukkan risiko kanser payudara meningkat terhadap golongan wanita yang tidak tidur semasa paras melatonin mereka berada pada tahap tertinggi.
8. Berjalan 30min sehari
Berdasarkan Fred Hutchinson Cancer Research Center, lebih dari 24 kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang bersenam mempunyai risiko kurang dari 30% - 40% untuk menghidap kanser payudara berbanding wanita yang kurang aktif. Senaman yang sederhana menurunkan paras estrogen di dalam darah (hormon yang memberi kesan terhadap risiko kanser payudara).
9. Minum susu
Kajian terbaru menunjukkan bahawa kalsium mampu melindungi manusia dari kanser usus. Peserta dari Nurses' Health Study yang mengambil kalsium lebih dari 700mg sehari mempunyai 45% pengurangan terhadap risiko menghidap kanser usus berbanding mereka yang mengambil kalsium 500mg atau kurang dalam sehari. 700mg susu boleh disamakan dengan secawan yogurt rendah lemak pada waktu pagi (345mg), secawan susu rendah lemak pada tengahari (300mg) dan secawan bayam bersama hidangan makan malam (292mg).
10. Elakkan dry-cleaning
Banyak kedai dobi masih menggunakan bahan kimia yang dikenali sebagai PERC (perchlorethylene), yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, hati, dan kanser melalui pernafasan atau keadaan yang terdedah terhadap bahan kimia tersebut berulang kali. Dengan membeli pakaian yang tidak memerlukan cucian kering, atau mencuci dengan tangan anda sendiri boleh mengurangkan risiko anda terdedah kepada bahan kimia ini. Jika anda memerlukan cucian kering, keluarkan pakaian anda dari beg plastik dan jemurkan di luar atau di bilik lain sebelum memakainya.
Sumber: Reader's Digest
Customer Hotline : 0389273330 / 0389273332
Untuk maklumat lanjut layari :
Laman web : http://farmashealth.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/AprikotB17
Laman web : http://farmashealth.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/AprikotB17
No comments:
Post a Comment