Kanser payu dara adalah kanser yang biasa menyerang kebanyakan wanita di Malaysia. Malah keganasan penyakit meragut nyawa telah membuatkan ia berada di ranking pembunuh utama wanita. Menyentuh perkaitan bagaimaan kanser ini boleh terjadi, kebanyakannya disebabkan oleh gen dalam tubuh.
Saintifiknnya, di dalam tubuh manusia tidak kira sama ada lelaki atau wanita diciptakan gen yang dikenali sebagai BRCA1 dan BRCA2. Bagaimanapun kedua-dua gen ini boleh bermutasi atau rosak menjadi gen BRCA dan boleh mengakibatkan kanser.
Bagaimana gen dalam tubuh ini boleh bermutasi? Ia kesan pendedahan kesan biologi dan persekitaran atau disebabkan seseorang itu telah dilahirkan dengan satu gen yang telah rosak.
Selain daripada dua gen yang disebutkan tadi terdapat beberapa gen lain yang boleh rosak dan mampu merangsang kanser mengganas di dalam tubuh. Ia adalah TP53 dan PTEN, CYP1B1 dan COMT, yang akan diuji untuk mutasi (polymorphism).
Di dalam gen CYP1B1 juga terdapat kaitan dengan beberapa jenis kanser (termasuklah kanser payudara). Ia fungsinya dalam mengaktifkan procarcinogens alam sekitar. Variant CYP1B1 juga mempunyai keupayaan untuk bertukar menjadi pemangkin penukaran estrogen yang tidak sihat, catechol estrogen, terutamanya 16-hydroxyestrone (16-OHE2), yang boleh menyebabkan mutasi genotoksik.
Manakala individu yang mempunyai varian COMTT yang rendah juga berisiko terdedah kepada kanser payu dara kerana peningkatan pengumpulan metabolisma catechol estrogen yang tidak sihat. Gen lain yang dikaitkan dengan kanser payu dara adalah CASP8, FGFR2, TNRCP dan MAP3K1 selebihnya masih lagi tidak dapat diuji.
Sama seperti yang dialami Angelina Jolie, dia juga dikesan 87 peratus berisiko mendapat penyakit kanser lantaran BRCA1 beliau telah rosak. Sehubungan itu, bagi mengurangkan peratusan dirinya terkena penyakit kanser, Jolie bertindak melakukan pembedahan yang dikenali sebagai prophylactic mastektomi membuang payu dara dan ovary oophorektomi.
Itu cara Jolie mengelakkan diri dari menjadi mangsa kanser. Namun anda tidak semestinya perlu melakukan tindakan yang sama dengan aktres popular ini kerana setiap manusia punya gen yang berbeza.
Pemeriksaan daripada pakar adalah langkah terbaik menentukan tindakan anda.
Mencari Gen
Menentukan sama ada gen anda rosak atau tidak semestinya lebih tepat dikesan dengan ujian genetik tetapi kos melaksanakannya bukan murah. Satu sesi prosedur ini menelan belanja melebihi RM 6,000. Tambahan pula, melakukan ujian genetik ini tidak semudah ujian dan darah.
Justeru, saya sarankan kepada wanita yang ingin kepada wanita yang ingin mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penyakit kanser ini menggunakan cara lain. Ambil kira latar belakang keluarga tentang penyakit ini kerana ia merupakan penyakit yang diwarisi. Jika salah seorang ibu bapa mempunyai mutasi gen, anda mempunyai 50-50 peluang mendapat gen yang rosak.
Selain daripada cara tersebut, anda juga boleh lakukan profil genetik DNA yang mana kosnya lebih murah. Sekitar rm 3,000 dan mendapatkan juga doktor terlatih di dalam nutrigenomic untuk menasihati anda mengenai diet dan makanan tambahan yang betul bagi mengurangkan risiko bukan sahaja untuk kanser payu dara tetapi semua jenis kanser.
Akhir sekali, lakukan pemantauan payu dara secara berterusan melalui pemeriksaan sendiri payu dara, ultra bunyi, monogram dan MRI ( mengikut nasihat doktor). Ambil kira sebarang perubahan tidak normal pada payu dara seperti ketulan, cecair nanah atau darah.
Lakukan perkara ini jika ingin sihat...
1.Makan makanan sihat dan seimbang. Pastikan anda ambil buah-buahan segar dan makanan organik dan sayur-sayuran seperti brokoli, bunga kol, pucuk brussel, kubis atau sayur pak choy untuk membantu mengurangkan risiko kanser payu dara.
2. Lakukan senaman secara rutin. Kajian menunjukkan bahawa senaman boleh mengubah metabolisme estrogen dan peningkatan nisbah 2-hydroxyestrone (2-OHE2)/ 16 alpa-hydroxyestrone (16-OHE2) yang cukup hebat mengurangkan risiko payu dara.
3. Kekalkan berat badan ideal terutamanya selepas menopaus dan dapatkan tidur yang cukup, paling kurang enam hingga lapan jam setiap malam untuk mengekalkan tahap melatonin. Mengapa melatonin ditekankan? Sekiranya melatonin rendah, ia boleh memicu juga kanser payu dara.
4. Dapatkan makanan tambahan seperti probiotik, Omega-3, minyak ikan, DIM (diindole methane), vitamin B6, B12 dan folate dan mineral tambahan seperti selenium dan magnesium.
5. Amalkan minum teh hijau untuk mengurangkan keaktifan sel dan gen yang rosak menjadi kanser
Sumber : Majalah Wanita (Disember 2013)

No comments:
Post a Comment