Apricon Farmas Health: Artikel Pancasihat Mingguan Malaysia 11.05.2014 - 10 Pembohongan Tentang Kanser Payudara Terbongkar Apricon Farmas Health

Followers

Sunday, May 11, 2014

Artikel Pancasihat Mingguan Malaysia 11.05.2014 - 10 Pembohongan Tentang Kanser Payudara Terbongkar

10 PEMBOHONGAN TENTANG KANSER PAYUDARA TERBONGKAR
“Terapi Aprikot Vitamin B17 semakin diterima sebagai kaedah rawatan alternatif kerana bersifat anti-neoplastik iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser”- Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa.

Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan, Kanser payudara telah menyumbang sebanyak 31 % kes kanser bagi golongan wanita yang telah didiagnosis pada tahun 2003. Oleh itu, ia telah dinobatkan sebagai pembunuh nombor 1 wanita di Malaysia. Ramai masyarakat telah mengetahui pelbagai fakta tentang bagaimana terjadinya kanser payudara, namun terdapat juga mitos dan salah tanggapan yang perlu diperbetulkan supaya masyarakat lebih memahami apakah sebenarnya kanser payudara ini.

1.    Saya terlalu muda untuk mendapat kanser payudara!

Tidak dinafikan semakin meningkat usia maka risiko mendapat kanser di kalangan wanita juga akan meningkat. Tetapi kanser payudara boleh terjadi seawal usia 20-an. Lebih membimbangkan apabila kanser payudara di kalangan wanita muda adalah lebih agresif dan sukar dirawat. Kanser juga lebih cepat merebak dan bertambah dari tahap 1 ke tahap 4.

2. Petanda kanser payudara hanyalah benjolan.

Kehadiran ketulan atau benjolan merupakan salah satu petanda kanser payudara, dan ia juga mungkin merujuk kepada kehadiran benigna (sejenis tumor yang tidak merebak). Namun selain kemunculan benjolan, terdapat 11 petanda lain yang perlu diambil perhatian dan antaranya termasuklah kerutan, pengerasan, keluar cairan dan sebagainya. Oleh itu, dengan menjalani mamogram, ia boleh mengesan kehadiran kanser sebelum apa-apa gejala dirasai atau dilihat sama sekali.

3. Hanya wanita yang mengalami kanser payudara.

Walaupun statistik menunjukkan kanser payudara adalah lebih dominan di kalangan wanita, namun golongan lelaki tidak terkecuali untuk turut diserang kanser payudara. Di kalangan lelaki, kanser payudara sering dikaitkan dengan sejarah keluarga dan faktor genetik.
4.    Risiko diserang kanser payudara hanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga.
Hanya 5 hingga 10 % daripada semua jenis kanser payudara adalah diwarisi daripada keturunan disebabkan oleh perubahan dalam gen. Perubahan genetik seperti ini lebih kerap berlaku kepada sekumpulan etnik tertentu seperti kaum Ashkenazi (Eropah tengah dan timur) dan kaum Norwegian dan Icelandic. Ini adalah kerana mereka berkahwin dengan keluarga yang terdekat dan berkongsi salasilah keturunan yang sama sejak awal generasi. Maka perubahan pada genetik akan berlaku dengan lebih kerap dan mudah.

5.   Diet tidak mempengaruhi berlakunya kanser!
Para penyelidik bersetuju bahawa tidak ada makanan tunggal yang terbukti secara langsung menyebabkan kanser payudara. Namun, pengambilan makanan tertentu secara berlebihan boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara. American Cancer Society mendapati kafein boleh  meningkatkan risiko tumor payudara atau juga dikenali sebagai benjolan fibrokistik.

6. Mamogram itu menyakitkan!

Mamogram sememangnya tidak selesa untuk dilakukan, namun kebanyakkan wanita yang menjalani mamogram mengatakan ia tidak begitu menyakitkan. Lebih tinggi tekanan yang dikenakan, maka akan bertambah ketidakselesaan yang akan ditanggung oleh pesakit. Namun, perlu diingat bahawa semakin tinggi tekanan, maka imej yang akan dirakam adalah lebih jelas dan memudahkan petugas radiologi untuk menaakul.

7. Breast-self examination (BSE) tidak membantu!

Ramai wanita yang enggan dan malas untuk membuat pemeriksaan bulanan payudara, malah tidak mengejutkan jika terdapat segelintir golongan yang tidak mengetahui langkah dan prosedur yang betul untuk melakukannya. Ini amatlah merugikan kerana pemeriksaan ini bukan sahaja amat mudah untuk dilakukan, tetapi juga amat membantu untuk mengesan tanda-tanda awal dan ianya boleh menyelamatkan nyawa.

8. Berat badan dan kanser payudara tiada kaitan.

Aktiviti senaman bukan sahaja dapat mengawal berat badan malah boleh meningkatkan kecergasan  kardio-pulmonari dan pengaliran darah. Berat badan yang berlebihan akan mengundang pelbagai masalah kepada kesihatan dan menurut Cancer Research UK, obesiti mempunyai kaitan yang erat dengan kanser payudara. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dianjurkan untuk kerap melakukan senaman dan mengamalkan diet yang seimbang.

9. Buah-buahan dan sayuran hanya untuk meredakan sembelit.

Buah-buahan dan sayuran bukan sahaja baik untuk penghadaman dan perkumuhan malah memberi pelbagai faedah kepada kesihatan. Masyarakat yang kurang makan buah-buahan dan sayuran akan menghadapi 2 kali ganda risiko untuk diserang kanser termasuklah kanser payudara. Rahsianya adalah kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan kandungan fitokimia yang bersifat pelindung dan antioksidan semulajadi yang bukan sahaja melambatkan penuaaan malah menggalakkan pertumbuhan sel-sel yang sihat dan menyingkirkan sel-sel rosak penggalak kanser.

10. Rawatan alternatif tidak memberikan kesan positif.


Salah satu kaedah alternatif yang semakin berkembang pesat adalah dengan menggunakan Laetrile atau Vitamin B17. Vitamin B17 terkenal mempunyai sifat anti-neoplastik yang kuat, iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser. Vitamin B17 diekstrak daripada teras biji aprikot dan ia boleh dikapsulkan, dijadikan tablet, atau diberikan dalam bentuk suntikan. Apabila Vitamin B17 masuk ke dalam badan kita, ia akan terurai kepada elemen sianida dan bezaldehyde oleh enzim Beta-glucosidase yang hanya terdapat pada sel-sel kanser. Kedua-dua elemen ini akan bertindak menyerang dan membunuh sel-sel kanser dalam badan pesakit. 

INFO MENARIK!

Kebelakangan ini, produk berasakan teras biji aprikot semakin bertambah di pasaran tempatan dan mudah untuk diperoleh. Perkara ini amat membimbangkan kerana makanan tambahan berasakan kesihatan haruslah mencapai kualiti yang terbaik bagi menjamin tahap keselamatan pengguna. Atas kesedaran ini, Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa, selaku penaung kepada produk Farmas Health yang juga merupakan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM menasihatkan pengguna supaya berhati-hati dalam membeli produk berasaskan biji Aprikot. Pengguna yang bijak perlu memastikan bahawa produk tersebut telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Kenyataan beliau turut disokong oleh Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia dan penasihat utama produk Farmas Health, Dr. Ismail Lasa. Beliau turut menasihati para pengguna yang ingin mencuba rawatan alternatif supaya membeli produk dari pengeluar yang diiktiraf dan mempunyai kakitangan mahir yang berkelulusan dalam bidang yang berkaitan seperti bidang perubatan, farmaseutikal dan bioteknologi. Ini untuk mengelakkan pengguna dari tertipu dengan lambakkan produk-produk berasaskan biji aprikot yang dijual dengan harga yang terlalu murah di pasaran. Tanpa kawalan kualiti yang optimum, dikhuatiri produk lambakkan ini bukan sahaja akan merugikan malah memberikan kesan negatif kepada pengguna jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Keberkesanan Vitamin B17 dalam membantu mencegah dan merawat kanser telah diperakui dan telah mendapat testimoni yang menakjubkan oleh pesakit kanser bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Antaranya, Fanida, 74 tahun. 12 tahun yang lalu, beliau disahkan menghidap kanser payudara. Kemudian, pada tahun 2004, beliau telah didiagnosis pula dengan kanser ovari peringkat keempat dan telah menjalani kimoterapi. Beliau telah diperkenalkan dengan Vitamin B17 dan mengamalkan pemakanannya secara konsisten. Setelah itu, terdapat  perubahan positif yang ketara setiap kali melakukan pemeriksaan kesihatan. Sehingga kini beliau masih mengamalkan pemakanan Vitamin B17.

Rencana ini disediakan & ditaja oleh: TK FARMAS SOLUTION & INDUSTRIES

No comments:

Post a Comment